During my tenure as public relations personnel, I sent zillions of Hari Raya cards and guess what, one of the recipient is the renowned Habsah Hassan. Dan Kak Chah ni seorang yang akan membalas kad raya yang dihantar padanya walaupun hakikatnya, bila sampai kad tu, antara ayat yang mungkin berlegar di mindanya:
I was exposed to an environment to always be in constant communications with my job related contacts.
Memang seronok sebab I can rely on my coordinator to have all the cards sent out. All I need to do is, signed the cards. Of course, my coordinator facial expression would rather be acquaphious.
I have left the PR scene many years now and kembali ke pangkal jalan to journalism.
Journalism has been my passion walaupun masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya, dengan paniknya, terus cakap nak jadik guru. Nope, I do not have what it takes to be one. The only reason to justify it is sebab nak balas dendam kat anak cikgu yang cengeh. Haha.
School days.
Masa kecik kecik dulu, adalah wajib untuk berikan kad raya pada kawan sekelas yang duduk sebelah.
Masa sekolah rendah dulu, kad raya mesti dilengkapi dengan pantun:
PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS.
And some even went overboard, pi pandai pandai tukar nilai estetika pantun dua kerat tu menjadi:
1. Pecah kaca pecah kacang, sudah baca jangan lupa datang.
2. Pecah kaca pecah kuali, sudah baca jangan buli.. tau! (yeah this does not rhyme at all, tapi yelah, budak darjah dua kan, they can come up with all sort of things).
Those are couple of innovations by year two pupil. Dan kad raya mestilah ada kartun kartun.
Pix credit: jibam.cesb.net.my
Dulu kad raya cuma 20 sen sekeping yang two-sided. Kalau nak bagi kat best fren, kena bagi double-folded, baru konpem as best fren. Nope, we do not have BFF. Sissy. Ada jugak yang berniaga sepuluh RM1. Nilai entrepeneurship pada bebudak sekolah memang dah ada, cuma nak kena pupuk jek. Masuk sekolah menengah diaorang tak jual kad raya, diaorang jual rokok.
Yang aku masih gelak lagi sehingga hari ini ialah, kat sampul surat tu mesti ada tulis: Thank You Mr Postman. Hahaha. Hahaha. Beradab sungguh.
Ada pulak tu, buat acah acah, kat luar sampul surat, biasanya di bahagian belakang akan ditulis, Hi, Teka Siapa. Kalau dah macam tu, get ready jerlah isi perutnya, pasti ada gambar bunga sekuntum bak mekar di pagi hari, siap ayat melodramatik. Kalaulah aku boleh antar balik kad tu semua pada pengirimnya (read: masukkan dalam pesbuk dan buat tag), pasti aku kena saman malu.
Unfortunately, from Standard One sampai Form Five aku takde terima apa jua kad dari pengirim yang bunyinya perempuan. And nope, ai m not gei.
As we grew older, so as the cards. Masuk secondary school, kad raya mestilah yang menggambarkan KEREK-ter. Mesti ada gambar kubah masjid. Mesti ada tulisan jawi sikit sikit. Mesti ada ayat ayat yang melankolik ala ala Hallmark.
From hazmin.net
Ada jugak yang terlebih inovatif, pi buat sendiri. Kalau cantik, ok, yang tak cantik tu yang sakitkan hati.
Cikgu yang ajar Arts pun satu, pi suruh bebudak buat kad raya guna drawing block paper. Kertas tu dahlah tebal, pi suruh lipat sampai lapan. Selekehlah jadiknya. Dan aku pulak, bukan sepupu Picasso atau ada susur galur keturunan Van Gogh maka jadiklah macam kertas sampul nasi lemak dan sampul roti john. Dan cikgu ajar lukisan adalah antara cikgu yang aku tak suka sebab sampai abis sekolah dia gagal pandaikan aku untuk jadik sedikit berseni. Kalau tidak boleh buat galeri.
Good ol' days.
Dah berapa tahun dah aku tak hantar kad raya, sebaliknya terima jek. Aku tak tahu kenapa aku tak hantar lagi kad raya. Mungkin sebab kalau SMS lagi senang kot.
Yang aku perasan, niat penghantar amat baik sebab ingat pada aku tapi ada yang cuma tandatangan jek without their name or their company's name, maka aku anggap mereka adalah secret admirer aku yang ada crush on me.
Mungkin mereka lupa, aku tak kerja di bank, di mana aku boleh simpan semua specimen signature dan bila kad sampai, aku hanya perlu bandingkan pada paparan di skrin. Kalau kurang satu titik atau leleh hujungnya terlebih, kiranya tak sah. Rigid walaupun kad pengenalan dah dibagi.
Tapi, doa aku setakat ni masih dimakbulkan. Aku berdoa janganlah ada orang yang hantar kad raya siap dengan lagu, pastu sebesar besarnya kad tu. Aku takut nak bukak. Takut lagu raya yang dalam tu bukan favourite aku.
Siapalah pepandai cipta kad besar besar tu siap dengan lagu? Kan lagi baik bagi CD jek terus attach kan pada kad raya tu. Dapat pahala.
Tapi aku pasti ramai yang sudah mencongak congak untuk menghantar bulk SMS sehingga network jam pada malam raya nanti.
Pastinya mereka sudah ada draft untuk dihantar, tinggal nak masukkan nama pengirim dan satu keturunan untuk dihantar pada semua yang ada dalam phonebook. Dan biasanya dan lazimnya, SMS ini adalah SMS recycle. Tinggal nak pilih jek mana satu yang best dan sesuai dengan jiwa.
Kos SMS pun hampir dengan kad raya masa aku sekolah dulu except, kad raya kena tulis pakai tangan, tetapi SMS taip jek apa nak cakap dan takyah pakai posmen.
Dan pastinya, tokeh tokeh Maxis, Celcom dan Digi akan ketawa besar selepas raya nanti. Begitu jugak penjual topup card yang kebanyakannya dimonopoli mereka yang menyambut Go Xi Fa Chai. Mereka juga sanggup bukak kedai sampai dinihari demi memastikan pelanggan yang bakal menghantar bulk SMS tidak terputus kredit mereka. Aiyah, dey ar mai kastemer, mah.. Ya, semua orang dipanggil Mah.
Aku pulak, jarang (read: malas) membalas SMS ucapan hari raya sebab Celcom atau Maxis tak bagi lagi waiver untuk aku hantar bulk SMS kepada semua yang ada dalam phonebook henpon aku.
Biasanya, alasan yang aku berikan, ".. dah aku dah hantar dah, network problem ni, SMS tak lepas." And it works.
Dan untuk pembaca di luar negara,anda pun boleh hantar kad raya pada aku jugak sebab aku mempunyai hobi mengumpul setem, sampul surat dan cop pejabat pos luar negara. Haha, dulu kat sekolah siap pinjam kelas sebelah buku stamp collection sebab aku tak ada hobi. Too poor to have one. My past time so occupied tolong family (read: cekik darah mak ayah dan habiskan beras).
Tak mustahil aku rasa, akan ada kad raya Manga!
Anyone in Norway, Dubai, Amerika, Egypt mahupun Ostolia nak hantar kad raya, please hantar sekali dengan souvenir souvenir ok. Otherwise, it will be a return mail.
16 replies:
Lepas baca post ni....ingat2 rupanya dh 3 tahun tak dapat kad raya.
SMS...malas nak reply gak. Kalau reply pun...cuma taip > same 2 u.
Dulu2 balik sekolah hari2 tgk peti surat ada kad raya ke idak.
pernah dpt satu kad raya ni, tulis kat sampul luar tu "2 LONG BUGGY THE CUT" pastu alamat...puas interpret ape jadah la mende tu, siap translate ke BM...rupenye "Tolong Bagi Dekat"...
hahaha kreatif tak bertempat pun susah jgk...kekeke
Tahun ni nak hantar ucapan raya kat Facebook je...sekalikan dengan bil internet...haha...
Untuk ko nanti aku wish kat ruang komen blog je...boley?
p/s:Nama penerima dan pembalas kad raya yang ko sebut kat entri ni,suratan atau kebetulan?Hehe...
hahaha~
abah masih menghantar kad raya lagi, dan mungkin juga aku akan mengirimkan kad raya, ada pembaca yg sudah bertanya~
Oho~ return mail ke? kalau dalam Malaysia?
=)
you make me feel old and sad
in the last 30 years of my existence as a sentient bipedal humanoids i only received a measly 5 kad raya. 3 of them from my parents when i was studying diatas lautan dulu.. haw haw
dulu Pos Malaysia siap bagi warning dateline. nak pastikan kad raya arrive before hari raya kena hantar before so and so date
the last 5 years dah takde dah warning ni di berita. nampak sangat trend kad raya dah decline. now dapat kad raya JPEG je
bagus la.. takde la rasa bersalah sangat when you dumped all the cards in the tong sampah after sebulan raya eh?
i miss the snail mails and snail cards time sekolah lah paling syiok. ceh tgk sapa paling byk dpt kad. so-lame-oh (budak2 ler katakan)
skrg kan dah ada blog dan FB. ucap kat situ pun dah meriah dah xD
BUNGACAHAYA:
hahah, kalau nampak abang posmen, dengan happy nya tanya - bang umah saya takder surat ker? hahahah..
SKYONE:
Haha. Owang Malaysia kat inovatif. Kah kah kah kah. None Tee Bay Last.
AZHAR:
Betullah. Boleh ker kepilkan sekali bil tenet? Tapi takleh ah, sebab aku sugar daddy so akulah kena bayar. Huwaaaaa... dan aku takder sugar baby.. itu lagi sadis. Dua dua. Surat-an dan memang betul-an.
ZARA:
Entah yek kalau kat Malaysia kita buat apa. Hahahah.. Gantung kat ranting pokok yang menjadi sebahagian dari hiasan ruang tamu. lols.
OBEFIEND:
Kekadang kita tidak sedar, Ramadan inilah kita mendapat kesedaran. Kah kah kah kah. Kau memang dah tua. Nowadays, Pos Malaysia dah takyah bagi dateline. Sebulan ke nak buang? Bukan lepas seminggu?
Ring-A-Belle:
Betul kan. Dulu, kalau dapat kad raya lepas raya dah tak macam raya dah. It spoilts the mood. Dan pls expect spam SMS and emails this year.
Ho ho ho, saya tak suka antar kad raya sb saya kedekut, kalau company ada duit buat kad raya, bleh la consider,dgn syarat duit setem pun company bayar.Sms pun guna duit gak so I nak jadi 1st person yg wish u kat sini.
#######SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN######
Salam Hazrey
Memang ada niat nak hantar kad raya tapi belum ada masa nak process (lame excuse). Beezee manjang!(laaaaagi lame excuse).
Tahun ini saya dapat assignment dari Oslo Philharmonic Orchestra...main violin di pagi raya....hehe!
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
DESERT ROSE:
Patutlah tokeh kad raya merungut dan tokeh company awak tu lagi merungut.
Selamat Hari Raya cik kak.
NAZ:
Salam kaknya.
Sekadar niat jek mana dapat pahala kalau takder usaha. Haha. You play violin? Reminds me of Titanic. Selamat Hari Raya orang Norway.
wah.. lame nye tak dpt kad raya.
dpt pon mls nak bls.. hehe
Pas bace post nih rase mcm nk korek blk buku tahunan sekolah dan amik address semua kwn2,cikgu,abg angkat,kakak angkat masa sekolah dulu.
Uh sunnguh nostalgia la.
H.a.t.e those recycled SMS !! Baik tak yah hantar...
wa dah dapat 1st kad raya yesterday,dari kedai service kereta wa,dengan pertanyaan bila nak hantar kereta.
Ritznest.
kad raya - so nostalgic. missed those days when kita hantar kad raya to one another. berebut-rebut nak antar so that we'll be the first to antar and member pulak balas. can even memorise address masing2. now nak ingat hp no. pong problem.
ada beli jugak kad raya, tapi buat hias kat opis.
hencik hazrey, in case you tak masuk my pesbook, i oso nak ucapkan "Salam Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir & Batin" to you and wifey. Kalau jalan raya kat cinggapore, sudi2 datang rumah. call je, k.
MIZAH:
rugi berniaga kad raya kat kawasan awak. :(
RENDA:
Time sekolah bebudak pompuan ni, mesti ada abang angkat, kakak angkat.. terus terangkat. hehe
SYED:
Hahah, and I am one of them too. Haha
RITZNEST:
Simbolik kan. Lepas ni you should receive one from insurance company, bila nak bayar policy, pastu finance - you have defaulted three months payment for your car, and last but NOT least - Income Tax.
ARA:
Ingatan dah makin kurang sebab usia dah makin lebih. Hehehe.. Selamat Hari Raya to you and hubby too. Dapat duit raya tak kalau datang?
Post a Comment