Friday, September 11, 2009

JANGAN AMBIK ANAK SAYA

Scene: Pemeriksaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.

Location: Kampung Dato Sulaiman Menteri

Time: Approx. 12.00 midnight.

Pegawai AADK: **Salleh ada?

Wanita tua: Siapa Salleh? Siapa ya?

Pegawai AADK: Siapa orang lelaki tinggal di sini.

Wanita tua: Saya dengan anak saya. Suami saya, tetapi dia kat Larkin.

Pegawai AADK: Siapa nama anak lelaki makcik?

Wanita tua: anak saya.. errr nama dia Salleh. Tapi dia tak ada, dia keluar.

** Bukan nama sebenar.

Wanita tua berusia dalam lingkungan lewat 50-an itu menafikan anaknya berada di rumah.

Terdapat sebuah bilik di luar rumah berkenaan yang dibina secara extension.

Apabila diperiksa, hanya kira-kira 5 minit pintu bilik itu diketuk, seorang lelaki keluar mengenalkan dirinya sebagai Salleh.

45 minit sebelum itu:

Pegawai AADK: Ni bilik apa ni?

Wanita tua: Ni bilik anak sedara saya duduk.

Apabila diperiksa, anggota AADK bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor turut menemui dua ketulan dan satu paket dipercayai dadah jenis ganja di dalam bilik itu.

Adegan peluk memeluk berlaku antara si anak dan ibu.

Wanita tua: (Meraung) Dahlah encik, bawaklah anak saya kalau dia salah.

Wanita tua: (Sambil memeluk anaknya), Selamatkanlah anak aku.



Setelah menjalani ujian saringan air kencing, lelaki berusia 26 tahun ini turut didapati positif dadah.

Lelaki itu dipercayai menjadi 'pusher' atau pembekal dadah jenis ganja di kawasan itu yang rata rata didiami kaum Melayu.

Sebelum itu, seorang lelaki berusia 43 tahun melarikan diri dengan berseluar dalam sahaja sebaik anggota AADK mengetuk rumahnya.

Macam lipas kudung lelaki ini berlari tetapi anggota JPAM sudah sedia menunggu kira-kira 20 meter dari rumahnya dan dia berjaya diberkas.

Apabila diperiksa, alat untuk menghisap dadah atau 'dapur' ditemui disembunyikan di bawah papan lantai rumah lelaki itu.

Kawasan setinggan itu sudah turun temurun dikenali sebagai hotspot aktiviti penagihan dadah.


'Dapur' yang ditemui. Lelaki sebelah kiri adalah pegawai AADK yang kehilangan anak berikutan H1N1, dan disebut dalam entry ini.

Pix | ezreen abd talip.

Ops Lenjan 2 yang dijalankan malam Rabu lalu adalah susulan dari Ops Lenjan 1 pada 7 Ogos lalu. Dalam Ops Lenjan 1 itu, sepucuk pistol jenis Smith & Weesen .38 turut ditemui.

Sebelum operasi bermula, wakil media turut diraikan Pengarah AADK Johor, Sidik Jaafar dalam satu majlis berbuka puasa yang turut disertai pegawai serta anggota AADK, JPAM dan Rela.

Kami turut menerima sijil penghargaan di atas kerjasama yang dijalin bersama agensi itu.

More pictures at ezreen talip's fotopages here.

14 replies:

Rona Realiti said...

dkt2 nk raya...
anak plak jadi hantu raya...

syahirah said...

dekat je dengan kampung saya tu.
tempat tu memang selalu kena buat rush (kalau tak silap). since zaman sekolah kecik-kecik dulu lagi kitorang dah takut nak lalu2 dekat situ.huhu

ZARA 札拉 said...

Oh, kasih seorang ibu~

Aduhai, masih berkeliaran lagi pusher2 itu semua~ orang sibuk di dapur buat kuih, dia buat dapur lainlah pula~

mizzyN said...

aku sedih dengar malaysian menghisap dadah, walhal kalau tanpa dadah pasti juga boleh hidup.

zulshaari said...

salam saudara Shazrey. saya amat berminat untuk berjumpa atau bertemu dengan saudara, atas nawaitu baik dan mulia dengan selawat nabi saya harap benar agar suatu masa dan ketika kita berjumpa berkenalan dengan lebih dekat. kalau ada datang ke kuala lumpur boleh hubungi saya sms 0173567008. percalah niat saya baik atas dasar persaudaraan ISLAM.

Hazrey said...

RONA:
This is a problem that should be addressed by pertubuhan pertubuhan yang gah di negara ini dan bukan sibuk berarak buat demonstrasi.

SYAHIRAH:
Apabila wujud penagih dadah, kes jenayah tinggi di kawasan itu, maka berhati hatilah.

ZARA:
Itulah.

MIZZYN:
Siapa pembekal? Siapa yang menagih? Siapa yang kaya?

ZULSHAARI:
Salam saudara Zulshaari. Nama saya Hazrey. Bukan shazrey. Tak apa. Terima kasih di atas jemputan itu. Insya'allah kalau saya ada keperluan, tentunya saya pasti tunaikan jemputan itu.

.mek.mizah. said...

huu.. mak die ade ati nak cover anak lagi tu... ~_~

zeqzeq said...

kesian anak mama, apa nak buat.

AnnDee said...

ala.. drama saja neh!!.. ingat tak en.zrey, masa tuh mak dan adik dia konon2 ada buat call melalui hp suruh budak neh balik rumah sebab ada orang cari? (konon2 nak tunjuk budah yahya tuh sedang keluar).. tau2 budak tuh ada kat sebelah bilik jah!!..

masa neh peluk mak bukan main.. "bu.. ibu jangan risau buu.. bla bla buuu" betul2 macam anak sayang gilakkk kat mak dia kan?

masa mak dia melawat kat lokap, budak yahya neh siap tengking kat mak dia lagi suh bagi duit beberapa ribu dengan segera.. katanya untuk jamin!!.. terkulat2 mak dia..

so.. SEMUANYA DRAMA!!

Yusoff Zaky Omar said...

Rokok lagi bahaya bro... sangat2 bahaya.. sampai sekarang gua tak leh berenti lagi. Ganja kecik hal ja.. tapi masalahnya cukai tak bayar.

Hayatito said...

Rasanya rokok takpe lg..
sekurang-kurangnya rokok ni still x buat seseorg jd jht(sgt). compare to dadah, my father pernah ckp, dapat tangkap je tembak. haha.. igt my father je yg ckp cmtu. masa pergi ceramah dadah ni ada sorg polis ckp benda yg sama gak.

skali involve dgn dadah, rosak la masa depan.

Suria Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Hazrey said...

MIZAH:
Ibu mana yang nak anak dia kena tangkap?

ZEQZEQ:
Kesian.

ANNDEE:
Saya terasa seperti gay dengan nama zrey tu. Saya berhitung bahawasanya ia adalah panggilan manja anda kepada saya. Ok saya redha. lols.

Tulah kan, the morale of the story is?

YUSOFF:
Jom berasap.

SURIA:
Tulah, peranan ibu bapa penting. Ambik tahu. Dan jangan sentiasa sangka anak kita buat benda yang baik baik belaka.

Obefiend Weiland said...

kasih ibu lain macam

sometimes to the point of studpidity. aku ada cousin yang kaki gam. satu family suruh hantar anak dia pergi serenti pasal kronok dah ketagihan dia. makcik aku tak nak. dia kata nak "berubat cara tradisional". puas la dia "berubat" tapi takde hasil pun

skang cousin aku tu dah mereng. rosak dah saraf otak dia.

sayangkan anak sangat sampai anak jadi mereng. baguih la sangat.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.