Kejap lagi akan terdengar takbir raya. Takbir tanda akan berakhir bulan penuh keberkatan. Setahun menanti, bagai tak puas bermanja beribadah dengan PenciptaNya, bulan penuh dengan pahal berlipa kali ganda sudah sampai ke penghujung.
Aisyah melihat takwim. Mulutnya kumat kamit bagai berkata sesuatu. Mungkin menghitung. Mungkin membisikkan sesuatu.
"Ohh, ibu Rohani kata, Ramadan dah nak abis. Esok dah raya. Bestnya!" terdengar suara kecilnya. Bibirnya menguntum senyuman. Comel senyumnya, lengkap dengan sepasang lesung pipit di sebalik rambut halusnya.
Tahun ini, kali kedua Aisyah menunaikan ibadah puasa. Keletihan tahun lalu kerana berlapar dan berdahaga tidak lagi dirasai. Gigih sungguh Aisyah biarpun hanya berusia 6 tahun.
Ibu dan ayahlah yang mendidik Aisyah berpuasa. Menceritakan nikmat berpuasa. Menceritakan ganjaran di akhirat kelak. Menceritakan betapa puasa itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Dan ibadah diberi bonus pada Ramadan ini. Lebar mulut Aisyah ternganga mendengar ibu dan ayah.
"Adik, adik tau tak, nanti di akhirat nanti, bau mulut orang yang berpuasa wangi sangat, lebih wangi dari segala jenis minyak wangi kat dunia ni," kata kata ayah masih terpahat dalam ingatan.
Ibu hanya tersenyum.
Aisyah anak kedua dari dua beradik. Usia abangnya selang dua tahun sahaja. Akrab keduanya bagai tidak boleh dipisahkan.
Bagai sebuah pasukan, mesyuarat keluarga selalu diadakan biarpun untuk membeli sebuah perabut baru mahupun jika ayah berhasrat membawa mereka bercuti.
"Ibu, ibu, kenapa ayah selalu nak cakap cakap dengan adik ngan abang. Benda benda yang ayah cakap cakap tu kan untuk orang besar. Adik kan budak kecik lagi," soal Aisyah pada ibu. Berkerut kerut dahi Aisyah. Ibu hanya tersenyum.
Kata ibu, ayah mahu menerapkan nilai kekeluargaan, nilai keakraban serta pembentukan kematangan dalam diri anak-anaknya.
Ayah pernah meminta Aisyah dan abangnya, Musa untuk memberikan pendapat warna tema bagi baju raya. Aisyah memilih merah jambu, lantas digelakkan Musa.
"Pink untuk owang pompuan lah adik. Takkan abang nak pakai pink," celah Musa sebaik Aisyah mengutarakan cadangan.
Ayah dan ibu turut tertawa.
Aisyah hampir menitiskan airmata. Sampai hati abang cakap macam tu. Kecewa hati Aisyah. Musa bangkit. Ketawanya masih kedengaran. Terus Musa hampiri adiknya.
Dipeluknya kuat kuat adiknya.
Dibisikkan pada adiknya.
"Tapi pink mesti cantik kalau adik pakai. Nanti kalau adik pakai pink, abislah kita orang semua sebab semua orang mesti asyik tengok adik," pujuk Musa.
Hanya itu mampu Aisyah pahatkan dalam ingatan. Tahun ini tiada lagi gelak ketawa ayah, ibu dan Musa.
Mereka sudah tiada di depan mata. Hanya mendiami hati, ingatan Aisyah. Mereka pergi menemui Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan Aisyah koma selama hampir sebulan, terlantar anak kecil ini di atas katil bagai menanti hari muka.
Ayah, ibu dan Musa sudah pergi meninggalkan Aisyah. Aisyah kini penghuni rumah anak yatim, dan ibu Rohani menjadi ibu dan ayah kepada Aisyah untuk mengadu, untuk merintih, untuk merengek, untuk nakal dan dimarahi dan untuk berlari lari dikejar.
Tapi Aisyah tidak faham apa yang berlaku. Kata orang, ayah, ibu dan abang pergi jauh. Tapi kenapa tak balik balik. Kenapa tak ambik Aisyah?
Puas ditanya ibu Rohani.
Hari ini pula, hari terakhir Ramadan. Aisyah tidak begitu gembira. Resah hatinya menunggu ayah, ibu dan abang.
Begitu juga dengan Johan, Amirul, Zamani dan Zulaikha yang menjadi teman Aisyah, kawan Aisyah bermain, rakan Aisyah ketika ketawa di rumah anak yatim itu. Merekalah adik beradik Aisyah.
Sepanjang Ramadan, terasa seperti seorang yang begitu penting. Disambut, dirai, dipeluk, dicium. Terubat rasa rindu, terubat akan pelukan seorang dewasa. Terubat akan sentuhan seorang ibu, seorang ayah. Disuapkan makanan, ditatang bagai minyak yang penuh sepanjang Ramadan.
Tanpa disedari, airmata Aisyah mengalir menuruni pipi.
Ayah, ibu.. kenapa tinggalkan Aisyah. Kenapa bawak abang sekali. Kenapa tak ambik Aisyah sekali? Apa dosa Aisyah? Aisyah janji tak akan nakal lagi. Ayah, ibu, ambillah adik balik. Adik nak balik.
Aisyah seakan tak mengerti, semakin hampir Ramadan ke penghujung, semakin hambar akan sentuhan, pelukan dari orang dewasa. Semakin hilang akan sambutan besar besaran. Kenapa pakcik makcik tu semua tak datang lagi?
"Ibu, kenapa kita tak pergi makan kat hotel lagi?"
"Kita buat salah ke? Kenapa pakcik dengan makcik semua tu takde lagi? " Ibu Rohani tak mampu untuk menjawab soalan Aisyah.
Ayah dan ibu pula tak kunjung tiba.
Esok Syawal.
Siapa yang akan Aisyah cium tangan, peluk dan memohon maaf?
Pengalaman pertama buat Aisyah menyambut Syawal dibaluti kesunyian. Apa yang akan Aisyah lakukan esok pagi? Takbir sudah bergema.
Aisyah melihat keluar.
Mana kereta ayah? Kenapa ayah tak sampai sampai? Ayah? Ayah?
Ibu ? Ibu? Ibu, janganlah bencikan Aisyah. Ibu, Aisyah nak cakap sorry pada ibu. Ibu taknak marah Aisyah lagi. Aisyah janji tak nakal lagi. Aisyah janji tak malas lagi. Aisyah janji tak kotorkan rumah.
Mesti ayah banyak kerja, Aisyah cuba memujuk hatinya. Mesti sekejap lagi ayah sampai. Mesti sekejap lagi ibu datang. Aisyah tersenyum memikirkan akan baju baru yang bakal dibawa ayah, ibu dan abang untuknya. Aisyah terbayangkan warna pink kegemarannya.
"Nanti mesti dapat duit raya dari ayah."
Allahuakbar.. semakin bergema takbir, Aisyah masih termangu merenung keluar, menunggu cahaya lampu kereta. Lampu kereta ayah membawa ibu dan abang, datang untuk membawa Aisyah pulang.

12 replies:
:(
Sungguh amat tersentuh.
Naz, boleh bawak aishah pergi Norway tak?
Aisyah
huhuhu...syahdu baca kat opis...
huwaaaaaaaaa
sob..sob..sebak di dada..ngah control ni..sedih sgt2..takleh keje lah...
btw, hazrey, dah dapat apa yg di hajat? raya byk program best2, kan...
NAZ:
Salam hari raya dari ramai anak anak kecil seperti Aisyah pada Kak Naz di Norway. Jangan lupakan kami. Hugs and kisses for your children.
YUSOFF:
Aisyah kata: "Pakcik, kami taknak semua itu, kami nanak umah besar besar, kami nanak kaya kaya. Kita nak jumpa ayah, jumpa ibu. Suruhlah ayah, ibu ambik kita.. tolong eh pakcik."
FARYN:
Doakan Aisyah. Errr.. you are still in the office? Ermm.. jangan lupa peluk ayah dan ibu raya nanti, peluk kuat kuat.
ARA:
Ambik MC.
Dah, kami dah beli dah semalam di Jusco Bukit Indah di sebalik kepasrahan harganya. Hahaha.
bagus ceritnya
ada bakat kerja di MASTIKA kelak
HAHAHA HA AHA HA AHAHAHAHA HAAHAHA HAHA AHA
Tapi memang macam tu la amalan kebanyakan orang kaya-kaya atau orang-orang yang berkemampuan. Ingat anak yatim cuma pada bulan Ramadan dan bulan Syawal saja. Selain dari tu, takde. Kalau ada pun, dari syarikat besar-besar la..
OBE:
Hahahah, itu majalah, kasi hantu juga cerita. Hahahah. Tapi kan, taknaklah sebab I know they can't afford me. Wuhuuu.
IDA:
Thank you sebab faham. And dun forget, they are doing it because everyone is doing it. Classic kan?
sob sob.
ni yang rasa nak amek anak angkat aje nie tapi x mampu lagi.
sedeyhhh la cite nie...sikit lagi nak mengalir air mate....
*v* Leez *v*
Post a Comment