Apa maksud do-dah?
Mungkin wartawan yang acapkali menulis hearsay itu tersalah dengar. Mungkin. Sebenarnya dalam dunia kewartawanan, hearsay langsung tidak boleh digunakan, tapi aku tak tahu apa polisi akhbar berkenaan untuk menggunakan hearsay tanpa sebarang pengesahan fakta.
Macam mana pun, information came knocking on my door, and menjawablah aku dengan rendah diri, siapa lelaki bergambar bersama si gadis manis tampak gembira diambil gambarnya.
Seriously, aku tak pernah tengok si gadis manis ni kat mana mana drama, mungkin aku terlepas pandang. Slot Kisah Benar mungkin? Tapi adalah tu kot. Sangka baik bulan puasa ni.
Tapi aku tahu kembarnya kahwin dengan lelaki beraura tanpa penapis air seperti Bio Aura.
Lelaki itu adalah peneraju beberapa syarikat hartanah yang agak terkenal di Kuala Lumpur.
Dan ya, dia bergelar Datuk.
Seorang pembaca Nikilala, memberikan komen berikut.
Agak emosi, tetapi aku faham.
Berikut adalah komennya:
"Pada pendapat saya si Dato' Ambrose (oopps there goes his name) tu yang *tuutt* takkan tak tahu perempuan yang pisau cukur mcm tu... nama je jutawan but tak tahu yang mana permata n yang mana kaca. Ain n his wife is so much different. Ain dah la xde education harapkan muka je cantik menagih duit duit lelaki yang *tuut* mcm Dato' A ni.. blakon xseberapa pakai kereta mahal bisnes sana sini la konon... kepada ain....sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
manusia ada mata n telinga jangan ingat apa dia buat selama ni orang tak tahu. i hate her bcause i kenal Dato' A's family very well. ini la yang dia tunggukan nak kawin sangat kan. sementara dia tunggu hari bahagia dia pihak lain menunggu hari perceraian dia hope she's happy go ahead tell the story she's marrying "duda anak 3" konon kenapa tak boleh sebut je nama kekasihnye tu dah alang2 menyeluk pekasam biarla sampai ke pangkal lengan... huurrmm mungkin dia pun tau masih banyak rintangan sebelum bergelar isteri kepada jutawan tu.... banyak pulak cakap aku ni ahhhhhrrrgghh whatever!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Kenapa pembaca ini bunyinya seperti marah? Adakah dia emosional? Tapi kekadang manusia emosional apabila ada sesuatu yang tidak boleh diterima akal, and that explains when she says "I hate her because I kenal Dato' A's family very well."
Dan apabila si manis cantik molek ni mengeluarkan kenyataan bahawasanya sang lelaki itu berstatus duda pada ketika bulan Ramadan ini, walhal lelaki itu masih lagi berkahwin, macam mana nak adjust tu?
Sebagaimana yang digarapkan pembaca, apa perasaan isteri? Adakah si isteri ketahuan? Si isteri tidak membaca akhbar Melayu? Tapi bukankah si isteri ada rakan rakan Melayu?
Ada dua kemungkinan:
1. Lelaki itu tak beritahu statusnya masih lagi suami orang?
2. Memang si gadis manis ini nak menyembunyikan status sebenar si lelaki itu. Tetapi apa tujuannya? What is her sole purpose of doing so? Tell me lah, tell me.
Tapi, macam mana dengan status perkahwinan terdahulu?
Firstly, kalau belum bercerai dan lelaki itu convert, ia sekaligus mengakibatkan perkahwinan pertama itu nullified atau terbatal.
Tetapi kalau di Indonesia, perkahwinan campur memang wujud contohnya Islam dan Kristian seperti Rima Melati dan Marcell. Aku suka suara Marcell ni. Best. Dan aku pun suka Misha Omar. Datuk pernah dengar lagu lagu Misha Omar tak? Aku suka lagu Bunga Bunga Cinta.
Dan Indonesia tidaklah jauh mana pun. Terakhir aku ke Jakarta ialah bersama wifey, Don Corleone dan isterinya; tak sempat untuk berdengkur dah pun landing.
A'ahlah, si bimbo DonCorleone ni, kenapa dia tak ajak aku jumpa si Marcell ni. Nyebut pun tidak. Padahal aku minat kat dia. Kalau tidak boleh aku letak gambor dengan dia kat sini. Haha. Kejam betul dunia ni.
Ohh semasa kami beratur untuk check-in itu, kami terserempak dengan Allahyarham Yasmin Ahmad yang hendak menaiki penerbangan ke Pulau Pinang.
Dan memang tak jauh. Naik bisnes kelas, memang kelas. Tapi masa aku pergi dulu, naik sap sap soi, bajet airline.
Betul ke Datuk itu berusia awal 40-an dan anaknya tiga orang.
Apapun, kalau sekarang Datuk itu 40-an dan Aenn itu.. ehh minah tu berapa umur?
Kalau agaknya Datuk tu macam Pie, nak ker lagi, dah kerepot, tak boleh control dah bila melepas angin sebab daya kemutan dah kurang, mau tak lagi?
Aku akan tanya Fasha Sandha. Tapi untung Pie, dapat rasa Fasha peluk.
Tapi apakah maksud tersirat Fasha menunjukkan tanda bagus itu? Dah, korang jangan pikir bukan bukan, bulan puasa ni.
Yang penting, persoalan kini adalah, adakah perkataan yang dikeluarkan itu ialah DUDA atau Do-DAH? Itu ada slang omputih sikit kalau Duda disebut ala ala gaya baru balik dari holiday kat oversea seminggu dan kebetulan musim winter, tetiba lidah takleh sebut betul betul.


10 replies:
apa-apa pun kawin muda awet mUDA
kesan pertukaran ION + ION positif dan -Negatif
oleh itu kawin muda setiap tahun
tak kira lelaki atau wanita.
itu namanya HIMBO kahwin dgn BIMBO.
dude-dah poo-dah. mcm2 hal ler, asalkan dpt kahwin dgn jutawan kan. bikinlah mcm2 alasan selepas ni.
tp si nikilala yg komen tu tak perlulah emosional sgt. percaya pada takdir dan ketentuan dari Tuhan.
kalau dah jodoh si A kawin dgn si Datok ke Tan Sri ke Perdana Menteri ke. Tuhan kata itu jodoh dia. itulah dia.
setiap berlaku pasti ada hikmahnya.
yg pasti. mmg ramai GOLD DIGGER berkeliaran. salahkan dua2. lelaki dan pompuan sebab tak berjaya melawan nafsu masing2.
zeqzeq: Itu yang saya kat awak ni. Hahaha. Setiap tahun yek?
belle: Takperlah depa emo sebab mungkin depa kenal betul kat bini dia. Tak sampai hati. Maklumlah hati owang pompuan ni kan. Macam kitalah.. ehh bila ai pompuan..
hmmm...kalaulah menjadi...kalau tak, haru biru lah member sorang ni. anyway, takkan lah the wife senang2 nak lepaskan suami dia begitu aje.
may the best woman win - which in this case i hope its the wife.
dato nak bau bau tempe dengan MAWORLD
dua dua win
aen dapat kotel berlian.. dato bole guan KONEKsi yang dia besan kepada MAWORLD
cant you see that
HAHAAHHA
laaa..ingatkan duda laki tu..cehh...t'tipu...
Salam Hazrey
I'm with belle...salahnya dua dua party...tak boleh fokus on one person only.
This dotdot (nak cakap lady, takkanlah a lady buat kerja gini...nak cakap wanita, hmmm rasanya tak leh jugak.... nak cakap betina, kasar sangat...so we settle on dotdot je lah ya)... apa contribution dia dalam dunia seni sebenarnya.
Tentang partner in *crime* tu, susah nak comment kerana orang lelaki MEMANG macam tu!
Hish!!! :/
Akhirnya, yang jadi mangsa orang perempuan juga...the wife:(
alhamdulillah aku masih menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan tahun ini...masih mampu dan menyesali atas setiap perkara yang tidak memberi faedah kepada aku selama ini...
puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi dari segala perkara2 yang membatalkan serta mengurangkan pahala berpuasa...
assalamaualaikum...
ishhhhh..jangan la ngumpat..
dosaa..dosaaa
:D
meh kita doakan ramai2..berkat doa bulan2 posa nih. lagipun doa orang terainaya takde hijab kan? [kita pun terinaya gak kaedahnya, dgn hearsay yang tak berapa tentu kesahihannya..
fuhhhhh! aminnnnnnnn
ku udah confuse pada baris pertama~
hahaha~
takpe2~
sudah memahami yg seterusnya~
Post a Comment