Monday, September 14, 2009

ATUK KENA TANGKAP KHALWAT.

Di Trengganu malam kelmarin, seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan bersama kekasihnya berusia 60 tahun kerana khalwat.

Keduanya ditahan dalam keadaan yang mencurigakan di sebuah hotel bajet di negeri itu.

Pada usia 70 tahun, saya membayangkan atuk ini berkopiah dan menghabiskan sisa hidup di masjid atau surau.

Apa lagi yang boleh dilakukan pada usia sebegitu banyak? Mungkin mereka berada di hotel bajet itu untuk berbincang mengenai jenama gigi palsu yang terbaik di pasaran.

Mesti malu cucu cicitnya.

"Apalah atuk ni, mana kitaorang nak letak muka? Dah tua, dah maghrib pun nak buat hal. Ini semua cari penyakit," mungkin itu ayat marah cucunya. Haha.

Kami sering menyertai operasi cegah maksiat.

Pernah, di sebuah hotel bajet di Taman Pelangi, satu pasangan remaja ditahan di dalam sebuah bilik.

Bila ditanya pegawai Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) buat apa dalam bilik (well, obviously when you are alone dengan gitu gitu, many many many and many things can happen. Takkan main monopoly pulak kan), this is their answer:

"Siang tadi kami gaduh. Jadi kami berjumpa nak settle," jawab si lelaki. Remaja perempuan hanya menunduk malu sebab kamera dah banyak sangat depan mata. Mungkin si remaja perempuan bercakap pada dirinya: mati aku, mati aku.. habislah..

Maka, bagi pasangan yang sedang bercinta, kalau gaduh pada siangnya, check in di hotel bajet malamnya. Subuhnya di lokap Jaij. Esok malamnya, keluar kat TV.

Sungguh best jawapan si lelaki itu.

Tapi tak se-best fakta ini. Remaja perempuan itu berusia 16 tahun.

Dan satu lagi kisah di Pantai Lido.

Pegawai penguatkuasa ternampak satu pasangan sedang molek duduk di bangku batu.

Memanglah terkejut beruk, kerbau dan illama ketika ditegur.

Selepas kad pengenalan dari keduanya diperolehi, mereka diarah menaiki van Jaij untuk tindakan selanjutnya.

Jarak antara bangku itu dan van kira-kira 15 meter.

Ramai wakil media menyertai operasi itu termasuk dari TV, maka melimpahlah spotlight dari kamera di sebalik kegelapan malam.

Di pertengahan jalan, si perempuan terus merebahkan diri ke atas rumput. Semua orang terkejut.

"Saya taknak pergi, saya taknak pergi. Saya nak balik. Saya nak balik," menjerit-jerit, meraung meraung si perempuan tu sambil tangannya menumbuk numbuk rumput.

Gila ke apa budak ni, aku berbisik.

Kuat suara raungannya memecah kesunyian dan kesyahduan serta kebeningan malam di Pantai Lido.

Yang si lelaki panik seketika. Dia turut pujuk. Tapi kekasihnya tu taknak bangun jugak. Puas digertak pegawai penguatkuasa suruh bangun. Tak mahu jugak.

Flash kamera tak henti henti berkelipan pada si perempuan tu. Ditambah pulak dengan spotlight kamera. Maka meriahlah adegan rebahkan diri dan berguling guling sambil menumbuk menumbuk rumput.

Dalam pada itu, one group of family passes by. Siap dengan peralatan untuk menangkap ketam. Complete keluarga ni, bapaknya ada, maknya ada, anak anaknya pun ada. Mereka pun turut berhenti melihat adegan ini.

Tetiba soalan cepu emas dan platinum terpacul dari mulut si bapa:

"Encik, ni tengah shoot drama apa ni?"

Ikhlas wajah dia ketika menanyakan soalan tu. Seluruh ahli keluarganya berhenti menonton adegan yang lebih baik dari filim Abdul Razak Mohaideen.

Nyaris aku ketawa berdekah dekah dengan soalan tu. Tapi aku tahu dia ikhlas. Dia jujur.

"Tak bang, ini operasi Jabatan Agama," jawab aku ringkas.

Dia terus berkongsi dengan seluruh ahli keluarganya, dan semua terbahak bahak ketawa.

Hampir 10 minit jugaklah adegan tu sehingga berjaya dipujuk oleh si boiprennya.

Kalau 10 minit untuk satu adegan, itu dah kira overrun. Hahah.

Morale of the story ialah:

1. Pastikan atuk kamu ada di rumah selepas terawih. Ohh, kalau boleh, simpan semua seluar jeans atuk. Atuk atuk mana boleh pakai seluar jeans. Pastikan atuk tidak sikat rambut belah tepi guna Brylcreem banyak sampai berkilat.
2. Pastikan nenek kamu ada buat kuih atau jahit baju selepas waktu berbuka.
3. Jangan bagi anak keluar lepas waktu maghrib.

Dan yang paling penting, jangan ada girlfriend yang dramatik sangat. Susah beb. Mana nak letak muka. Buat research dulu sebelum bercinta. Kalau ada unsur dramatik serta si girlfren yang suka cerita tak justify dan tak tally dengan apa yang sebenarnya berlaku, sila tinggalkan dengan segera. Ya segera. Hari ni jugak. Jangan tunggu esok sebab minggu depan dah nak raya.


25 replies:

F A R Y N said...

yang penting...
jgn pegi hotel bajet yg murah,sure slalu kena serbu..
pergila hotel 5 bintang yg meriah itu....ahahahaha

Azhar Abdullah said...

gila..keras perut aku gelak...teringat jugak dok join kawan2 Perlis buat raid...budak2 yang pegi suluh jerit dari jauh..."tengah makan aiskrim..!!"..haha...

y u z said...

aku bacakan kat abah sikit-sikit kes then moral of your story.terbahak dia gelak.

sib baik tak terkuar gigi palsu.hihih

y u z said...
This comment has been removed by the author.
Hazrey said...

FARYN:
Mahal lah. Bajet takder. Haha.

AZHAR:
Hahah jahat kau ni.

YUZ:
Abah jangan buat camtu tau. Cakap abah, kita tak balik raya tahun ni. :)

ninoZ said...

errr....dolu2 kann, kat pantai lido lah nih..lepas makan2 dgn geng
ade lah beberapa kali kitorang ramai2 gi tepuk kuat2 tingkap kereta org yg tgh berprojek di dalamnya..pastu kitorang lari cepat2...hehehehehe

dolu laaa.. time tgh perangai gila tak hengat :D

zeqzeq said...

habis kalau rindu sangat nak jumpa bukan kira atuk ke remaja hhee..

dekat mana selamat??
agak-agak masa nak daftar tu mereka baca bismillah tak?

sI tEDI said...

ha ha ha ha!! gelak gaban aku kat sini...

Nafsu nafsi tak mengenal usia..

Ilama tu binatang apa!! serius aku buntu nak teka!!

.mek.mizah. said...

uishh..
len kali sorokkan gigi palsu atok n nenek.. =P

ZARA 札拉 said...

hahaha~

nasib baik atok dan nenek dah takde.. perlu di awasi ke atok dan nenek saudara?

urgh~

nasib baik cuma menumbuk2 rumput~

kalau berguling2 atau menumbuk dada pegawai agama?

"tak mahu, tak mahu..."

aww, sudah jadi apa agaknya~
hahaha~

aRa said...

operasi cegah maksiat - we shud have one here..sakit mata hati nengok hantu2 longgok ni tanpa segan silu tak kira tempat. takkan nak jalan tutup mata, kan..

F A R Y N said...

hotel new york...kah kah kah...

Rona Realiti said...

teringat kisah kawan gua...
x pasal2 gua tpaksa jd waris dia...

Hazrey said...

NINOZ:
And I am one of them? How? I wanna sue you, menyebabkan gangguan mental dan privacy. Hahahah..

ZEQZEQ:
Hahah.. kahwin. Kah kah kah, baca doa tolak bala beb.

TEDI:
http://en.wikipedia.org/wiki/Llama

MIZAH:
Bukan dia pakai sangat pun kalau dah check in.

ZARA:
Kalau depa tumbuk dada pegawai penguatkuasa, konpem akan jadik cerita lain.

ARA:
Toksahlah, sebab susah saya nak cuci mata. Haha.

FARYN:
Apa relevannya Hotel New York dan ketawa anda? Boleh tak jangan tinggalkan komen yang mampu menimbulkan kontroversi. Hahaha..

RONA:
Uihh.. mesti best cerita tu kan.

mizzyN said...

waaaa seriusly die buat adegan drama kat situ! tapi budak 16 tahun memang terencat mcm tu.

sreSHAziela said...

hahahhaaa.. elang ngantuk baca entry bro ar... mmg tak leh blah ar siap tumbuk2 rumput bagai..

ape kata tumbuk je muka bf dia tu.. lepak kat bangku mlm2.. pape ntah budak2 skrg ni.. lepak lah kat mc'd ke.. ade air-cond, siap leh layan sundae.. kan best

Hazrey said...

MIZZY:
Rupanya dia memang bercita cita untuk berlakon dengan Pierre Andre.

SRESHAZIELA:
Sedap pulak teringat sundae coklat. Best best best... telan air liur ni..

alidyangon said...

Bro

Tajam selera orang tua tu...

Memang mafsu dia tak tua tua...

Apa daa....

Hampeh punya orang tua...

iSpy said...

kalau direktor ahmad nisfu yg direct, mesti dh kena tengking pakcik yg otw g tgkap ketam tuh~

alidyangon said...

Bro

Nak tulis lagi boleh?

Dulu ada juga bercita cita nak 'beromen' tepi laut, tepi tasik, tepi ladang, tepi hutan, tepi highway macam awek 'PILIH KASIH' tu he he he

Tapi malang, tak de awek nak kat aku...

nak beromen amendanya

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha kek lapis ha ha ha ha ha keke lapis sarawak mahal giler ha ha ha ha ha kek lapis indon jangan beli ha ha ha ha ha ha ha ha kek lapis mak aku juga yang sedap ha ha ha ha ha ha ha ha

Obefiend Weiland said...

dato cool

dia dari djaman hippies kot. free sex man.... its good

Hazrey said...

ALID:
Aku isytiharkan blog ini adalah blog kita bersama. Hahahahah.. Mana ada tajam selera orang tua tu, serba serbi dah tumpul bro. Nak alamat aku tak untuk kau hantar kek lapis?

ISPY:
Hahahahahah.... hahahha..

OBEFIEND:
Yeah, mesti dia smoke pot.

jaja said...

haha
sumpah post kelakar=D
da standy kemas barang nak balik guma
tetiba baca post kelakar ni
terpaksa la baca post seterus.. seterus dan seterusnya=D

Hazrey said...

JAJA:
Kali ni saya tak kenakan bayaran. Lain kali mau charge tau. Ohh saya tahu memang kelakar, sebab tu tokeh sarkas ambik saya kerja. Datanglah funfair tempat saya kerja.

miszLaiLie said...

wakakakakak...lawak gle...xtahan story yg last skali 2...dramatik gle!!...ehhehehe

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.