Tuesday, September 1, 2009

ANDA MENCARI KERJA?

Salah ke tajuk ni?

Atau should it be: Kerja Mencari Anda, Tunggu Rumah, Habiskan Beras dan Gula Pasir serta Minyak Masak Mak Bapak, Kerja Akan Mencari Anda.

Dulu, orang berpusu pusu mencari kerja. 

Kekosongan satu, yang datang memohon, satu negeri. Apabila satu negeri memohon, maka terjadilah akan dialog berikut:

"Cuba tanya Pak Karim, anak dia si Jiman kan kerja kat sana, suruhlah dia rekomen," cadang Mak Jah kepada suaminya yang kini dipanggil "oii bapaknya" sahaja dek kerana dah lama kahwin.

Seadanya nama sebenar Jiman adalah Daniel dan di bandar dipanggil Danny. Di kampung dipanggil Jiman kerana mengambil sempena cerita Esok Untuk Siapa lakonan Jins Shamsuddin kerana ketika kecil Danny kepala botak.

Sorry, aku dok google gambar Jiman masa botak tapi tak jumpa. Aku cuma jumpa gambar He-Man Master Of Universe. Bunyi dia lebih kurangkan. Kira bolehlah. Tapi percayalah, kartun ni memang best. Among the superheroes yang aku suka. His six-pack macam badan aku dulu, sebelum aku kena sakit cirit birit. Tapi aku tak tahu kenapa dia cuma berseluar dalam jek. Mungkin nak tunjuk peha dia kot. Dosa, tak tutup aurat yek.

Berbalik kepada cerita cari kerja.

Sekarang susah untuk mencari pekerja yang betul betul nak kerja. Yang ada bukanlah bekerja sebaliknya untuk dapat gaji semata-mata. Apa yang dilakukan sekadar mencukupkan syarat sebulan bekerja. Tak perlu bersusah payah untuk kerja lebih lebih atau atau inisiatif. 

Jawapan yang biasa didengar ialah:

"Alah, aku kerja kuat kuat pun, gaji macam tu jugak," keluh seorang pekerja. Dia baru bekerja tiga bulan dan masih tak konpem lagi jawatannya. Itu satu kejadian yang tragis. 

Semasa ditemuduga, ketika ditanya berapakah gaji yang diharapkan (read: dituntut/dipaksa):

"Saya espek (expect)  RM3,000 sebulan," kata seorang calon dengan penuh yakin, sambil mengawal pengerakan kembang kuncup hidungnya.

"Kenapa awak mintak RM3,000," soal si penemuduga sambil mengawal pengerakan matanya yang mula berair menahan api kebencian.

"Sebab saya ada degree, mahal nak bayar belajar dulu. Lagipun, ni mana nak bayar duit PTPTN, nak bayar duit kereta, nak bayar duit sewa rumah, nak bagi mak bapak.. lagi satu Astro pun sekarang dah mahal, saya ambik pakej movie dengan education," jelasnya tanpa mata berkelip. Dia lafazkan ayat itu satu nafas jek. Mesti dia memiliki ilmu menyelam yang baik.

Sebaik jawapan itu diberikan, si penemuduga bertukar menjadi He-Man, dan secara kebetulan, nama sebenar penemuduga ialah Herman. Mungkin sudah takdir untuk dia jadik superhero. 

Yang baik tentang jawapan yang diberikan cuma pasal nak bagi mak bapak dia jek. Yang lain?

Adakah anda bekerja untuk itu semua dan bukannya untuk mencari pengalaman?

Adakah nilai anda memohon gaji seperti itu bersandarkan gaya hidup anda?

Bukan ker jawapan sepatutnya adalah: "Saya ada pengalaman seperti berikut.., dan with all that experiences and knowledges, I am confident I can be a good asset to this company, if I am hired.

Bila tengok pengalaman kerja, memang tak ada. Maka, kalaulah majikan dungu atau company yang dia mintak kerja tu sebenarnya milik tok sedara mahupun sepupu mak teh dia, dia boleh dapat gaji tu.

Dan dia dapat gaji itu untuk belajar dapatkan pengalaman, dan rakan rakan sekerja lain terpaksalah turut mendungukan diri untuk mengajar dia.

Maka, aku bertanya. Apakah nilai degree kalau English pun hancur bochai? English yang pemohon paham cumalah perkataan degree dan Yes, thank you.

Bukanlah aku berniat untuk memandang rendah nilai degree tetapi apakah nilai sebenarnya jika kerja yang mudah pun kita tak boleh buat walaupun kita dah berjubah baling scroll masa graduation dulu dan frame kan besar besar siap awan larat pada frame itu?

Apakah nilai itu selari dengan nilai dalam diri anda? Tanyalah diri anda, sebelum anda menulis angka yang banyak kosong pada borang permohonan anda.

Dan aku pelik, ada penuntut dari kolej swasta yang sudahpun menganugerahkan diploma langsung tidak memiliki apa yang sepatutnya.

Ada diploma tetapi tidak tahu menulis skrip.

Ada diploma tetapi langsung tak tahu macam mana nak operate editing software.

Ada diploma tetapi bila jumpa orang, takut.

Bestlah camni. Ada duit, masuk kolej, dapat diploma. Gantung besar besar kat hall rumah supaya satu kampung tahu anak aku ada diploma. Jangan lupa beli frame yang ada awan larat.

Kalau boleh pasangkan satu spotlight halakan ke frame tu ok. Baru nampak klasik lagi.

Ia samalah seperti ada diploma perakaunan tetapi langsung tak tahu mengira. Semua kena pakai kalkulator biarpun untuk kiraan paling mudah.

Hiduplah dalam realiti. 

Realiti ni mudah sebenarnya, kalau kita tak menipu diri sendiri atau mengharapkan lebih dari keupayaan kita. Learn the trade first. Cari ilmu dulu. Apa yang kita belajar di uni atau kolej tak sama dengan the real life. 

Dan jangan pulak mengharapkan sesuatu yang besar sebaik melangkah keluar dari menara gading. Carilah pengalaman tu dulu. Orang yang berjaya tu semua pun bermula dari pangkal. 

Tetapi, kalau nak senang cepat, pergi join MLM, takyah cari kerja. Besok boleh ambik gambar depan BMW dan gantung sebelah degree atau diploma anda. Jangan lupa pakai frame ada awan larat biar sampai orang tak larat nak tengok.

21 comments:

Anonymous said...

this is a true story from a reputable source, kawan kepada kawan aku jaga peperiksaan untuk masuk kerja.

soalannya ialah kena tulis essay dalam bahasa inggeris.

antara ayat yang diguna ialah

"i think that the department should make sure that they are bersih, cekap dan amanah. This is so that the public will sokong the kerajaan.'

hampeh ada degree pulak tu!

itawazi said...

i have new staffs yang sangat banyak cakap, tudung kalah bini mawi, kasut tinggi kalah i. kerja memilih. tak payah suruh pegang komputer, buat manual filing pun tonggang terbalik. tapi eksen ada degree konon tak mainlah buat filing. yea, rite. tahunya berkirim salam aje dengan staff senior. letey dek..

im said...

Kenapa aku macam terasa? adehh..

takpe2, i have two more years to improve myself..

sI tEDI said...

Alhamdulillah. AKu lakukan apa yang sepatutnya aku perlu lakukan dan di bayar gaji bulan.

Walaupun kadang2 aku rasa sakit hati melihat staff lain yang keje 1 jam hilang 7 jam , atau bos aku yang keje sekerat hari lunch hour dah cabut tak muncul2 dapat gaji ribu2an!

Aku juga bermula dengan 0 sehingga kini boleh memberi tunjuk ajar serba sedikit kepada orang lain.

Malu bertanya sesat jalan.
jangan bodoh sombong dan jangan berlagak yang kita tahu semua.

jangan meletakkan sesuatu harga sebelum kita mencuba. jangan menambah beberapa angka kosong di ruangan gaji semata2 kita belajar tinggi.

kita boleh dapat 4 flat sekalipun tetapi bila bekerja yang di kira amali tidak semestinya sama dengan apa yang di tulis dlm buku.

hencek hazrey..
aku harap aku tak lari dari tajuk! sekian. terima kasih :)

Hazrey said...

Anon: aku lemah betul kalau orang tak letak nama ni. Tapi sebab Ramadan, aku bagi chance. Tapi klasiklah kalau depa tulis camtu. Degree tidak menjanjikan apa apa. Itulah hakikatnya. Apa value degree?

itawazi: lepas ni, kalau nampak dia lalu, hulurkan kaki, biar dia terjatuh. Pastu cakap: ehh orang ada degree boleh terjatuh jugak ker? And say this: ohh.. belum cukup ilmu lagi rupanya.

im: You better be.

tedi: haha, that is why they are your boss and you are their KULI. Be a good KULI and sooner or later, you will be a boss with ribuan gaji ok. Good girl. :)

4 flat? apa tu? Flat 4 tingkat? To me it is not worth anything sebab apa yang diaorang belajar di kolej does not worth anything in real life except diaorang pandai pakai pc (read: untuk ym, pesbuk dan maispes).

Who says they are not bodoh dan sombong?

uDean said...

as student, mmg nmpk sngt perangai nie..

klo soh buat presentation, masing2 dah gugup.. klo presentation by group, mamat @ minah paling mat salleh mesti kne pick jd ketua n sekaligus kne present dpn klas.. yg lain dok sengih2 kat blakang..

klo kne plak task individual presentation, lagi haru. membe aku sanggup tukar kelas lain utk subjek yg sama, sbb xnk kne present kat dpn, fully english..

ohow.. perkara biasa, nama jek student mekanikal, tp beza 2 stroke @ 4 stroke lgsg tak tau.. padahal deanlist memanjang..

ninoZ said...

hmmm..me selalu tak sampai hati nak meletakkan nilai harga yg tinggi pada service yg diberi..letak agak2 balik modal jek, kesian lahhh
lagipun buat keje2 utk kepuasan diri..bukan nak mencari untung sgt
[salu kene marah dgn bos pasal nih..dia kata tak berbaloi penat lelah]
dah la tu..susah plak nak menolak permintaan org..kesian lahhh

in the end, org pijak kepala cukup2..willing to pay cipot tapi demand mcm gajah..

so now me jadik kejam..nak, ambik..tanak sudah!

eh..relevan ke nih?

tapi degree saya takde kene mengena dgn 'keje' saya sekarang..:D

F A R Y N said...

incik hazrey...
amik la saya bekerja dgn anda...
saya pandai mengipas..terbaik punya!
pandai buat kopi...
pandai urut2...kah kah kah...






agak2 kena pelempang tak kalau mak gula baca komen ni?

bungacahaya said...

Siann kan kat org yg berada bukan di tempatnya. Yelah belajar utk exam tinggi melangit pastu nak buat keje terkebil-kebil. Akak kerani gak yg tolong selesaikan. Komunikasi kantoi. Bila suruh jumpa org itu ini...'ala kak dia bukannya kenal saya. Segan la'...dah apejadah dia nak kenal ko! Ko la pegi kenal2 ngan dia (emo...emo...)

PAECE!

ouT oF My MinD said...

setuju ngan awak. Orang malaysia (utamanya melayu) tak pernah series bab nak kerja. Bila xde keja, rayu2 kita suruh carikan. Bila dh keja, ikut suka hati dia je nak buat apa...nak datang, datang. xnak sudah. nak berurusan dgn dia hanya pagi je, ptg dah x boleh. stupid betul.

perangai nie bukan saja kat golongan kononnya profesional, tp jugak golongan bawahan mcm pekerja kedai makan.

pck aku sanggup mengimport pekerja dari india kerana mereka sangat rajin, tak pernah nak malas-malas. Bila ambik orng melayu kerja, datang sesuka hati.buat macam kedai tu sedara dia punya, padahal kita tolong dia sbb xde keja...

tapi pelik aa...orng yang dulu masa mintak keja beriya-iya nak kerja dgn tekun, rajin dan segalanya yg baik-baik belaka tu, apa jadi ye lepas dia dapat keja? sekadar menanam tebu dipinggir bibir je ke?

Hazrey said...

udean: apa jua perangai mereka itu, akan dibawak sampai ke tempat kerja. Percayalah. Pastu cakap berdegar degar.

ninoz: Lu bisines macam cina wohh. Wa suka sama lu. Kila macam selala.

Faryn: Urut? Siam ke, China? Aku suka urut Bali. Kalau Bali, sila antar resume.

bungacahaya: Memang gampang kan jawapan macam tu. Kurang pahala aku. Tapi betullah tu. Saya dah banyak kali dengar excuse macam tu. Rasa macam nak pelempang jek.

out of my mind: Hahah, betullah tu. Hahaha, biasalah tu. Yang kerja kolar biru ni pun sama, kan saya cakap, diaorang akan buat macam kedai tok sedara dengan sepupu mak teh dia. Dah nama Melayu. Pastu bila kita kutuk Melayu, dia marah, padahal kita sindir dia. Hahahah.. Dahlah pemalas, bodoh pulak tu. Hahahah. Melayu.

i.am.belle said...

dulu lain sekarang lagilah lain.

mrk kejar gaji besar bukan kejar ilmu.

interview tu pun satu skill. kalau tak belajar mcm mana nak handle intv, jgn harap nak dpt kerja gaji kedeboom.

F A R Y N said...

sila cek gmail...kah kah kah

Hazrey said...

belle: betul tu belle. In their mind, they have one purpose - that is to get a higher remuneration yang tak setanding dengan pengalaman mereka.

And yes, mereka kejar gaji, bukan kejar ilmu.

Faryn: Gila.

zeqzeq said...

..yang tak seimbang adalah seorang dapat tukar kerja 5 kali setahun.
dan lagi seorang tak dapat kerja apa-apa..

mana satu memilih atau terpilih..yang penting KABEL..

azhan said...

value degree = person+knowledge

itu belum citer lagi pasal book smart and street smart.

kalau setakat degree tapi bengap area2 lain hasilnya....jalanraya yang berlubang-lubang dan berlopak dengan air hujan dan menyebabkan sport rim kereta gua bengkok.Hahaha.

Obefiend said...

ada kerja?

aku nak 2000 je.. hhahhaa

ZARA 札拉 said...

Nak minta gaji RM 3000 sebulan tanpa generic skills dalam diri? dorang sepatutnya, gali lubang dan masukkan kepala dalam tu~

ya, kadangkala ada org tak sedar nilai degree tu, mengharap yg kononnya setimpal, dan letakkan ayat macam haram included nak bayar PTPTN? Damn! Totally tak mengambil apa yg diajar. Letupkan kepala di dinding seharusnya.

How To Get Yourself Employed dah diberikan pada pelajar (kalau di UTM0 - kalau graduan UTM yg buat statement keji macamtu, aku harus mau pecahkan frame dia~

luqman said...

heh..x suma camtu.reality mmg ada..tp x baik la klu main hentam suma budak degree camtu..still ada yg berperangai baik.klu budak bru masuk, apa salahnye ditegur di beri tunjuk ajar..even ko kerani da otai pun, ko tegur2 la budak2 fresh tuh.tegur berhemah.lau yg baru masuk jgn la expect tggi2 melangit smpy keja2 yg ko da biasa tp bru bg dorg ko xnak tlong dorg mmg la truk camtu..n kpada fresh degree..mst ada semngat untuk belajar..jgn ceoat puas hati dgn apa yg ada..demand boleh..tpi mst ada skill la..give n take

Hazrey said...

zaeqzeq: Kabel fiber optik kan?

azhan: We need both.

Obefiend: Pakai skirt.

Zara: Hahaha.

luqman: Yes, read more at bystander blog. See the right column. Dan untuk menjawab komen saudara, saya setuju, tak salah ditegur. Sekali, ok. Dua kali, ok. Tiga kali, ok. Empat kali? Lima Kali tapi masih buat silap yang sama, dan kena pressure sikit sebab passed the deadline? The problem with degree holder ialah mereka tak mahu improve. And true, they must have the generic skill. Kalau takder, bermulalah dari bawah. Memang tak semua macam tu, sama jugak dengan beli durian. Tak semua best. Ada yang tak best. Being specific is my expertise. :) Read again.

aimedidie said...

pasal carik kerja ni subjektif le bro. kadang2 kita dengar budak tu pointer cukup2 makan bila keluar. tapi senang dapat kerja. tapi ada pulak yang pointer bagus giler babi tapi dah lebih 8 kali interview sume gagal. pada aku kalau dah tertulis tu buat apa pun kalau bukan rezeki kita takkan dapat punya. alah! contoh terbaik macam penyanyi pujaan kau tu dari Felda Taib Andak tu. sape sangka. kah....kah...kah...

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.