Si kecil baru melepasi usia setahun.
Masih merangkak.
Beberapa bulan lalu, ibu kandung si kecil kembali ke Rahmatullah.
Kemudian dipelihara oleh saudaranya sendiri, seorang pegawai kanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertugas di Johor Bahru dan beliau adalah kenalan rapatku.
Sebelum itu pun, si kecil sudah manja dengan bapa angkatnya, dan si kecil sudah dianggap seperti anak sendiri, dibelai dimanja setiap detik bersama.
Tiada yang indah buat si bapa dan isteri, selain mendengar tawa dan tangis si kecil selepas penat bekerja, apatah lagi si bapa yang menyara hidup sebagai seorang pegawai AADK berdepan dengan pelbagai karenah manusia.
Tika pulang ke rumah, resah gelisah bagai hilang melihat gelagat si kecil.
Teriakan si kecil bagai sudah difahami akan kehendaknya. Tika lapar, tika kehausan, tika mahu dipeluk, dimanja. Tika mahu didodoikan.
Tidur yang nyenyak, badan yang keletihan sekalipun, tidak pernah si bapa dan isteri merungut pabila si kecil merengek.
Tiada irama yang lebih merdu selain dari hilai tawa si kecil pada si bapa dan isteri, walaupun anak angkat. Sepanjang kehidupan mereka berdua, sesaat tanpa si kecil pasti menggamit keresahan. Pasti memahat kegelisahan. Tidak pernah terdetik status si kecil, yang sudah kehilangan ibu pada waktu masih tidak memahami akan duniayang penuh dengan kepuraan ini.
Hari ini kira-kira jam 8 malam, si kecil pergi menemui Ilahi.
Anak perempuan berusia setahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sudah seminggu lamanya dan Rabu lalu, berikutan keadaannya semakin kritikal, si kecil dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.
Hari ini, si bapa bagai tidak mengerti mengapa ia harus terjadi pada dirinya. Tetapi atas keinsafan dunia bukan hak mutlak, dia redha biarpun airmatanya tidak dapat dibendung membasahi pipi.
Tertutup rapat mata si kecil. Kaku tubuhnya. Tiada lagi hilai tawa. Tiada lagi tangisannya. Tidak bolehkah masa diputarkan. Termangu wajah si bapa. Si isteri pula sarat mengandung enam bulan anak pertama.
Yang pasti, pipi montel dan bibir nipis si kecil sudah kaku, tak bernyawa. Malaikat Izrail sudah berkunjung membawa si kecil ke pintu syurga menemui ibunya.
Kesemua mereka dikuarantin sejak seminggu lalu dek penangan H1N1.
Allah SWT lebih mengetahui. Allah SWT Maha menentukan.
Ya, Allah, sesungguhnya kau lebih berhak terhadap makhlukmu, Ya Allah. Ya Allah, permudahkan kehidupan kawanku ini Ya Allah.
Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!
Al-Fatihah.
p/s: Dinasihatkan kepada semua, tidak memandang remeh akan H1N1. Jika perlu berada di kawasan orang ramai termasuk pasar, pastikan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan. Dan pastikan sentiasa membasuh tangan sebaik memasuki rumah. Bersihkan diri secepat mungkin. Kerapkan membasuh tangan.
7 replies:
dude
this is some heavy stuff here. alfatihah to the baby and takziah kepada bapa angkat
ni yang buat kena pikir dua kali hendak rewang2 di KL weekend. takut pula. anehnya lagi aku pikir pasal h1N1 makin rasa macam nakd emam . jadi hipokondriakkah aku?
takziah utk yr fren..
me too lost aa dear fren to h1n1, the third victim.
keep handy sebotol kecik instant sanitizer, sapu kat tgn from time to time terutama kalau memegang benda2 kat public area.
kalau boleh elak naik lif beramai-ramai..elakkan
face mask kene sentiasa simpan dlm henbeg..bila2 perlu..dah tersedia utk diguna..
menteri kesihatan kata.. jgn bimbang..more than 90% pulih seperti sediakala..
tak kena batang hidung bleh la cakap camtu..wajibbb risau n bersedia, jgn panik tak tentu hala dah laa
semoga kita sama2 selamat dan menyelamatkan yg lain..
Yes, people should start taking it seriously, but most of us have this attitude "it's not gonna happen to us".
like u said, wash frequently, avoid crowds. it's sad to lose your life to H1N1.
btw, somehow I get this feeling that you might know my "bapaku pulang dari kota bapaku belikan kereta"..circle is getting smaller and smaller.
Take care en hazrey, carry a bottle of sanitizer with u where ever you go.
Last Monday UTM ada buat solat hajat hindar H1N1.Moga2 H1N1 free kat sini.
Al-Fatihah for that little girl.
Takziah untuk your friend..sebaya anak aku jugak tuh...
We encountered this H1N1 screening matter earlier, my wife wrote it HERE...
But yesterday diorang dah bagi screening kit kat hospital swasta...should be a good move...
aku demam trok gak arituh, nasib baik disahkan common flu. skang takut gak na gi mne2 espicially common places. yg kena kuarantin pun bukan na dok umah,
salam Takziah..
bolehkah kerajaan istihar wabak macam istihar banjir..paras merbahaya,merah..???
risau..
bercampur ketahanan diri yang rendah..
Post a Comment