Friday, August 7, 2009

PISTOL .38 SMITH AND WESSON.

Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru.

Lain yang dicari, lain yang dapat.

Objektif Ops Lenjang Satu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah bagi mengesan penyalahgunaan dadah, namun apa yang ditemui lebih berbahaya.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 20-an, didapati memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson .38 dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) siang semalam.

Kawasan perkampungan ini pernah diserbu pihak polis dalam satu operasi besar-besaran beberapa tahun lalu, termasuk menggunakan unit udara PDRM namun yang berjaya ditahan hanya segelintir sahaja.

Ini kerana banyak tempat persembunyian di sebalik perkampungan setinggan yang tidak tersusun itu.

"Kat sini semua ada. Kalau diaorang merompak, menyamun, semua balik kat sini," itu keluhan seorang makcik yang sudah tinggal di kampung itu sejak 36 tahun lalu.

Kampung Melayu Pandan dikatakan dibuka sejak 1938 dan dahulunya didiami masyarakat yang mencari rezeki sebagai nelayan.

Kini ia bagai satu penempatan yang menjadi kebimbangan masyarakat. Apatah lagi jika mereka tinggal di situ.

Dan semalam, Khamis 6 Ogos 2009, satu serbuan dilakukan AADK bersama 8 agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bermula jam 10 pagi.

Seorang lelaki dikenali sebagai Maleng, berjaya meloloskan diri biarpun dikejar selepas enggan berhenti untuk diperiksa anggota penguatkuasa dalam operasi itu. Bagaimanapun, rakannya, seorang lelaki berusia awal 20-an tertangkap. Kurang dipastikan sama ada rakannya itu adalah geng jenayah kerana mengikut pengakuan awal, dia diugut untuk mengikut Maleng.

Motosikal yang ditunggangnya jatuh selepas merempuh seorang wanita warga emas berusia 62 tahun. Wanita malang itu mengalami kecederaan di kepala.



Pemeriksaan ke atas motosikal itu membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson .38 yang disembunyikan di bawah tempat duduk bersama enam peluru hidup.



Agak mengejutkan kerana pada usia semuda itu, lelaki itu sudah memiliki sepucuk pistol.



Makcik yang dilanggar hanya mampu menangis. Termenung makcik tu kena rempuh. Nasib umur panjang.

Kawasan perkampungan ini memang international. Ada Indonesia, ada Bangladesh, ada Myanmar.

Sebelum ke kampung itu, sebuah kawasan berhampiran turut diperiksa.

Sebuah rumah diperiksa. Terdapat seorang lelaki di dalam rumah sedang nyenyak tidur.

Dikejutkan untuk diperiksa dokumen perjalanannya.

Hampir terkejut kami, sebab ada persamaan dengan seorang penyanyi. Macam dah lama tak karaoke lagu kumpulan ini.




Dia mungkin peminat nombor satu penyanyi itu. Dan saya dah tengok kad pengenalannya, bukan orang dimaksudkan.

Dan ini pula, seorang gadis hot yang terlibat dalam operasi itu. Dia bukan ditangkap tapi jaga jaga, dialah yang buat urine test, kalau korang positif, senyumlah puas puas kat dia, sebab lepas tu, dah tak boleh senyum dah. Tomey kan?


16 replies:

Obefiend said...
This comment has been removed by the author.
Obefiend said...

aku baru layan GI Joe semalam. aweks ni kalau pakaikan catsuit hitam leather dan diberi pistol smith & weeson tadi mesti nampak macam Baroness

cermin mata dah sejibik dah!

HAHAAHAHAHAHAHAH

Hazrey said...

Betullah bro. Lagi hot.

helmi ibrahim said...

wahh...kiutnye awek tuh! =p

Mazidul Akmal Sidik said...

Obefiend, saya pun tengok GI Joe semalam, jam 3.30 pm :)

Hazrey sekarang tak ada masa tengok wayang sebab sibuk, suka dan redha kena urine test.

Negatif pun minta diuji diulang, "Tolonglah, buat sekali lagi, salah kut test tadi tu"

:)

Hazrey said...

Helmi: Malangnya, sudah menjadi milik orang. Tapi bukan aku.. tu yang makin sedih tu. Haha.

Bro Mazidul: Hahaha, janganlah pecah rahsia kat sini. Hahahaha.. Kitaorang nak pindah opis ke AADK Johor. Wuhuuuuu

F A R Y N said...

awek tu mmg comey ;)

eddie dewanaga said...

jgn ingat kg pandan KL je yg 'merah',
kg melayu pandan JB pun tak kurang hebatnya... situlah lubuk ayam kering, bijik dan tepung, situlah pajak gadai dan rabak kedai.

Mazidul Akmal Sidik said...

Tak apa! Nanti saya akan cari dan rakam gambar aweks Jabatan Imigresen lebih comel. Lembah Klang banyak kelebihan. Eh! Ye ker?

zan said...

Comel2 tapi orang punya..

Baru nak post urine tadi..hehehe

azhan said...

muda-muda bwk pistol, kasi lagi 5-6 tahun mana tau boleh kuar kereta kebal plak.

ni awek yg PPC kau ke?

gua saje carik gaduh dgn kakak ipar, ha ha ha ha ha

Azhar Abdullah said...

Kat Perlis ni aku selalu JV program dengan AADK..apasal la awek tu tak posting sini...nanti aku nak JV dgn AADK JB plak..boley?

Pistol main selit bawah seat motor je...zaman dah berubah,dunia makin maju...

Nama yang ko sebut tu orang seberang ke?Kalau orang seberang lagi aku hangen...kalau orang Malaysia pun aku hangen jugak...sian makcik tu...

Obefiend said...

hahaha!

saya pasti bro akmal tonton di cineleisure atau OU. sering terserempak bro di sana dengan backpak besar. macam pengembara. Mahu ganti S Samad Said kah?

Syed said...

Aa'aa.. tomey.
Sempat ya ambik gambar dia :P

Hazrey said...

Faryn: Reminds of Gardenia TVC jingle.

eddie: Memang rabak pun kampung tu.

Bro Mazidul: Eleh, tak boleh. Awek ni lagi cun. Comey tomey and lotey.

zan: Hahah, lepas ni ramai yang sukarela bagi urine.

azhan: hahahah.. nahas nahas.. aku akan pastikan kat rumah takder internet sehingga posting baru. hahaha

Azhar: Tak boleh, aku dah kautim dengan pengarah, toksah kasik tukar. Aku tak pasti asal mana sebab tadi call polis, depa belum ditangkap lagi.

Syed: Memang tomey. Capture dari video. Kita kalau suka kena sungguh sungguh. Hahahah

Anonymous said...

Pretty Cute la, wats her name?

~ Fi ~ similar or probably d glasses?

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.