Monday, August 17, 2009

MAIN TING TING DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, PANDAN JOHOR BAHRU.

I have once written about customer service standard in Malaysia,

Semua orang tahu, customer service standard di Malaysia boleh dianggap sebagai terbalik. It is a take it or leave it situation, and yes, sometimes we are left with no choice but to carry on accepting their bad service.

We all know bad customer service yang paling ketara ialah di jabatan atau agensi kerajaan. Ia cerita lapuk. Cerita basi, yang sentiasa dihangatkan semula setiap pagi macam lauk di restoran mamak 24jam. Kari semakin masin. Sayur dah naik lembik tapi kita tetap cekik jugak. Kita redhakan jugak padahal kita ada pilihan.

Ada bagai stigma dalam jabatan kerajaan tentang bad customer service. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi. Yang dulu dah naik pangkat atau dah pencen, yang baru pun sama jek.

Ia bagai satu kecelakaan kepada kita rakyat Malaysia yang terpaksa menelan apa jua yang diberikan kepada kita. Nak complaint, dah tak kuasa.

Omputih kata - customer is king. Di Malaysia kalau pi pejabat kerajaan atau agensi kerajaan, sampai di pintu pejabat diaorang, kita kena merangkak hingga ke kaunter sebagai tanda kita menyembah mereka. Kalau kita tak buat camtu, persiapkan diri anda untuk menerima layanan yang paling teruk dari dikidnap oleh lanun di Somalia.

Apatah lagi ia berkaitan nyawa.

Bukan mudah menjadi jururawat di hospital kerajaan. Ia satu tugas yang mencabar. Ia satu tanggungjawab yang sungguh sungguh memerlukan ketabahan dengan jumlah pesakit yang tinggi, maka tinggilah jugak peel, perangai dan kejengkelan yang ditimbulkan pesakit.

Tetapi, mereka adalah pesakit. Sebab itu, aku anggap mereka yang menjadi jururawat adalah antara manusia yang paling beruntung di dunia ni. Hampir setiap hari mereka berdepan dengan karenah manusia yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi.

Yang dok menjerit, yang asyik panggil jururawat sampai kekadang takder time langsung nak rehat. Pantang betul kan? Namun dek karenah pesakit pesakit seperti itulah maka aku anggap jururawat adalah makhluk yang paling beruntung.

Apa yang untungnya kalau pagi petang siang malam melayan karenah pesakit? Apa untungnya pegang mangkuk tempat mereka berak, tempat pesakit muntah dan pelbagai lagi?

Mereka dianugerahkan Tuhan pelbagai dugaan untuk menjadikan mereka manusia yang amat amat sabar. Dahlah dapat pahala kerana membantu orang sakit, ditambah pulak pahala mereka disebabkan mampu menanamkan kesabaran dalam hati mereka. Yelah, kalau kita asyik doa untuk menjadi orang yang sabar, macam mana kita nak tahu kita ni sabar atau tidak; kalau dugaan tak datang menjelma depan mata.

Itulah. Tapi akhirnya mereka hanya manusia. Maka apabila kita lemah dalam menghadapi dugaan bagi menjadikan kita seorang yang sabar, maka marilah kita muhasabah diri.

Cewah, aku bercakap, mengalahkan ustaz. Ternaik naik kening aku. Hahah.

Dan apabila ada kalangan mereka yang bertugas sambil ditemani rasa marah, rage, benci, malas dan tak suka dipanggil pesakit, adakah mereka sesuai dipanggil jururawat? Jurumarah? Jurubenci? Jurumalas?

Hospital Sultan Ismail, Pandan Johor Bahru adalah sebuah hospital pakar milik kerajaan. Bangunan hebat. Dibuka pada Julai 2004, partly sebab selepas itu didapati terdapat kulat bermastautin di hospital itu. Akhirnya selepas kajian dilakukan, ia disebabkan rumput yang ditanam sebagai lanskap hospital itu. Ia berjaya diselesaikan, namun kejadian terbaru menampakkan masih ada 'kulat' dalam hospital itu.

"Kau ni macam anak raja," itulah cetusan dari mulut seorang jururawat apabila seorang pesakit memanggil untuk dibantu.

Pesakit tidak mampu bangun selepas menjalani pembedahan di bahagian peha justeru memanggil jururawat untuk dibantu.

Jarak antara bilik pesakit yang menempatkan empat lagi pesakit itu tidak jauh dari kaunter jururawat. Hanya kira-kira 5 meter. Kalau jalan sekejap, tak sampai seminit dah sampai.

Kata pesakit lain di wad yang sama: "Kalau nak panggil nurse kat sini, kena buat appointment seminggu sebelum," sinis bunyinya tetapi itulah hakikatnya.

Ada seorang ibu yang menjaga anaknya di katil sebelah pesakit itu, turut membantu, bangkit menunggu di depan pintu wad, langsung tak nampak kelibat jururawat untuk datang membantu.

Dan beberapa hari lalu, satu sms ku layangkan kepada Exco Kerajaan Johor yang bertanggungjawab terhadap khidmat kesihatan di negeri ini. Beliau seorang yang sentiasa prihatin dan pantas bertindak. 

Aku katakan pada dia, aku tak suka complaint (walaupun hakikatnya memang hobi aku), tetapi apabila ada sesuatu yang menjelekkan, ia perlu disampaikan kerana itulah tugas kita. Menjadi penghubung antara masyarakat dengan pentadbir negara. Supaya, ya, supaya takderlah demonstrasi kelak sebab itu bukan jalan keluar kepada masalah.

Maka berduyun duyunlah panggilan ku terima untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk dari seorang 'matron' hospital berkenaan yang rupanya kenal aku. Haha, kecik tul dunia ni.

Dan aku katakan pada dia: inilah yang kekadang masyarakat marah pada kerajaan. Kerana perkara perkara kecil. Tetapi kita selalu pandang remeh tentang perkara seperti ini. Dan tiba tahun 2012 kelak, kalau depa pangkah orang lain, kita kata rakyat tak berterima kasih, tetapi penyampaian serta perlaksanaan sistem dan dasar pada tahap yang mengecewakan dan kita tak mahu buat improvement.

Dan aku juga bertanya, apa jadik kalau yang kena tu, anak penoreh getah, anak pemandu teksi, anak peneroka, anak buruh yang tak kenal sesaper? Salahkah mereka mengadu nasib pada media?

Adakah media ni JAHAT? Adakah perlu ada stigma di kalangan kakitangan kerajaan bahawa pengamal media adalah setan, iblis, jahat sebab bukak pekung kelemahan di jabatan kerajaan? 

Tak sampai beberapa hari, tiba pula satu panggilan dari seorang kawan. Anak berusia 7 tahun meninggal. Inalillah..

Dua kali diusung anaknya ke hospital yang sama dan hanya dirawat sebagai demam biasa biarpun dia berkeras mahukan pemeriksaan lebih lanjut dilakukan. Pulanglah si bapa dengan rasa kecewa.

Masuk kali ketiga, anaknya sudah kritikal, dan beberapa hari kemudian, anaknya meninggal dunia. Si anak kecil itu, anak tunggal. Nyawa sudah melayang. Allah SWT lebih sayangkan anaknya.

Tetapi apakah usaha kita? Si bapa sudah berusaha.  Sebentar nanti, aku akan pergi menemui si bapa. Apakah kisah lanjut mengenainya. 

Dan aku terfikir. Tempoh seminggu dua insiden. Dan ia hospital pakar. 

15 replies:

The Bachelor said...

AKUM NOK...

SAYANG,
PERNAHKAH KAU BERMIMPI DI BUAI BIDADARI KETIKA DIRI DI BAIT SAKIT,
KASIH,
PERNAHKAH KAU BERMIMPI DI BELAI SANG PUTERI KETIKA DIRI TERSEKSA MATI,
CINTA,
PERNAHKAH KAU BERMIMPI SEMUA YANG INDAH BILA BERADU DI ATAS KATIL PUTIH DI SUAP DAN DI SUDU KAN KASIH SAYANG NURSE...

KALAU PERNAH PUN DALAM MIMPI JER...
AKU, FRANKLY SPEAKING, MMG ADA TABUNG KECEMASAN KHAS UTK AKU DAN BAKAL BINI AKU (BELUM ADA CALON) DAN ANAK AKU NANTI (BELUM ADA BINI MCM MANA NAK ADA ANAK) UNTUK PRIVATE HOSP. TAK SANGGUP MENGALAMI PERISTIWA KEJAM MENYAYAT HATI..ADUH SAKITNYA, JIWA INI, TERLONTAR DALAM KESEPIAN, ANDAI AKU TAHU, BEGINILAH OH JADINYA, AKU PUN TAK MAHU....

AKU NORMAL, TAK DI PENGARUHI UBAT-UBATAN ATAU GANGGUAN MAKHLUK HALUS.... BRO...KO DH LUPE AKU KER?? ATAU KO DAH JUMPA ORG LAIN KAT SANA..HAFIZUL ADA KAT JB.

SEE YA, HARI RAYA..

Aya Whitetea said...

hye , few day ago , my mother masuk ICU kat HTAR ,. heart attack. semua orang tahu kita sedang kena H1N1 , then i tanya lar kat mamat yang ramai kat pendaftaran masuk hospital tu , ada tak provide mask . then diorg reply we all tak provide that mask. ( nonsense betul , kat hspital yang patut memang provide such things boleh tak ada lak ) then i say owh , TQ . at the same time i cakap ngan adik i , bahaya ni , crowded places. u tau tak diorang terus sampuk cakap i and my sister , dah tau bahaya buat apa datang hospital. kurang ajar betul bagi i , seriously , then i replies , kalau mak akak tak sakit and msuk ICU , akak pun tak de hati nak datang spital ni.
maybe sebab i dan dia pun dah penat . he not suppose talk to me like this .

Naz said...

Salam Hazrey,
Terkilan baca tentang anak kecil 7 tahun tu. AlFatihah untuk arwah.

Memang pun...boleh bengkak hati kalau fikirkan tentang public service ni. As you wrote, itu semua cerita lama. But sometimes, cerita kalau dah lama, orang akan naik muak dan mungkin about time kita buat cerita baru. Unfortunately in Malaysia, more often than not cerita baru pun macam tu lah juga.
This is when people like you plays a very important role :)

Kalau cakap about hospital in the northern region, outstanding service goes to Penang Adventist. Cukup efficient dan penuh sopan dari yang paling bawah ke yang paling atas.
Sayangnya Kak Naz tak de pingat nak beri .. hehe!

itafukada said...

eemm..btul2.tp xsemua mcm tu,tp dsbbkan yg sket tu la rosak susu sebelanga.huhu..

Hazrey said...

Yuthri: AKu sibuk sikit. Sorry ler. Hafizul di KL. Macam mana ko boleh dapat cuti? Ciss.

Aya: Will write about your comment on next entry.

Kak Naz: Public Service will never improve selagi takder hasrat untuk improve. Yang bekerja adalah kaki dan tangan sahaja.

itafukada: yes, and i was being very specific.

eddie dewanaga said...

seorang rakan yg mengalami demam minggu lepas juga ada mengadu (mengomel sebenarnya) tentang petugas2 hospital ni...

akhir sekali dia menyimpulkan, kenaikan mendadak pengidap selsema babi dan kadar kematian yg begitu ramai adalah kerana kegagalan kementerian kesihatan itu sendiri...


aku dengan ikhlas mengganguk... setuju!

sreSHAziela said...

aya ~ mmg le hospital tu ade sengal nye sbb tak provide mask..

tp bg kite sendiri ni. kena lah prevent dr kena kan.. beli stok byk2.. nak pegi mane2 pon pakai.. bkn public place pon pakai je.. elok lah elak dr rawat kan.. servis gov hospital mmg teruk.. so tak payah harap kan drg.. mmg hampeh je dulu, kini & selamanya!

p/s: drg mmg kurang ajo bile jwp mcm tu kat u.. amik je nama dia.. then complain.. itu je cara nak ajo drg bersopan santun

Superzac said...

ingat dulu aku tolong jaga nenek (sekrang dah arwah dah) kat hospital PPUM (University Malaya). Nama je universiti tapi nurse macam tahap PMR tak pass..kurang ajar nak mampus.. Nak mintak suratkhabar pun kena maki dengan nurse. Macamlah dia yang tanggung aku makan minum...(hmm org yang tanggung aku makan minum pun tak tengking aku), inikan pula nurse yang bergaji tidak seberapa ,nak beli high heels aku pun tak mampu tapi divanya seolah-olah gaji sebulan macam Britney Spears..biarlah aku pecah tabung ayam aku, lagi rela gi gleneagles or ampang puteri..betul betul macam puteri dia layan aku...

ninoZ said...

my fren dibiarkan terberanak atas katil sorang2 kat hospital putrajaya..seb baik cleaner yg nak mop lantai ternampak.. doktor sibuk layan internet..nurse mcm hampehh halau family keluar sebelum tu tak bagi tunggu patient..
pastu baru kelam kelibut bawak masuk ot sebab bleeding teruk
pastu dorang punya dajal bleh ubah time of birth kepada masa dorang bawak masuk ot..boleh gitu?
dajal kan??
kerja doktor, nurse semulia mulia pekerjaan..tapi tak amanah, jujur n ikhlas, camni lah jadiknya
nak tunnggu ade cable besar baru dapat layanan baik..sabo je lahhh

intan said...

Aku baru tido kat HSI seminggu sbb jaga mak aku yg operate lutut (arthiritis). Aku takde mslh dgn nurse, cuma dgn doktor-doktor pelatih dia. Malas nak cerita, nanti hati aku sakit lagi.

mizzyN said...

cerita ninoz sangat menarik perhatian. sebagai orang pompuan yang memang sah kena masuk spital bila beranak seram plak aku nak gi spital kerajaan bila beranak.

mak aku pun pernah dimarahi nurse sebab tatau nak hantar sampel darah dia kat mana. aku nak sekeh-sekeh aje muka nurse muda 25-35 tahun tu sebab marah mak aku, tapi belum sempat marah mak aku kata.
"sebab tatau la saya tanya nie" dan terus aje dia manis molot.

kawan aku plak lepas diberitau yang dia tu cikgu baru dapat layanan ok. semua nurse patut belajar interpersonal relationship kat kolej la. takpun pegi audition kemesraan atau layanan sesama manusia.

ceh ceh, banyak la cakap aku. apsal jaga kaunter aku rasa patut rotate tukang kaga kaunter dengan orang keje dalam ofis. how much can u handle seranah orang dalam sehari dan seminggu?

tak mungkin bersabar lagi... said...

Saya pernah dapat layanan buruk dari nurse2 dan seorang doktor.Saya sakit perut teruk sampai xleh jalan,gi emergency,doc kata angin.lepas inject,suh balik.2 hari lepas tu sakit lg.perut dah makin membesar mcm org ngndung.tp doc check sambil mkn kacang.saya dah menangis x thn sakit.dia tetap suh balik.5 kali sy ulangalik g emergency.dah x thn sgt,sy g klinik swasta,amek drh n urine,dktr terus refer ke hosp.kat hosp dktr buat operation.Silap.buat lg sekali.keputusannya-KANSER.sedar dr operation,sy menangis sbb x thn sakit.kena tengking dgn nurse dpn org lain.bygkan baru umo 14 tahun.kalau sy x sakit xdela nk nangis.bongok.masa tu sy xtahu sy buat 2x pembedahan dlm 1 masa.kuar dr wad,family sy komplen kat timbalan pengarah hosptl sebab kecuaian dktr dan layang nurse.timb pngarah tu leh ckp "aduan kecuaian kami x terima".tp dia terima aduan tntg layanan nurse.padahnya,nurse tu kena teruk.tp nasib saya tetap malang bila kena masuk wad tu lg untuk buat kemoterapi.hampir semua nurse2 hentam saya."adik kecikla,adik manja la"..umo 14 kena mcmtu...dah byk kali dah saya nak berhenti buat kemo sbb x tahan kena perli...tp demi keluarga saya teruskan juga.Alhamdulillah skrg nurse2 tu x berani dah nak hentam saya sebabnya....saya ada kabel...kabel saya adalah bos jabatan tu...dia husband cikgu saya...jd bos kat jbtn tu...operation2 saya yg lepastu pun dia sendiri yg buat...nurse2 pun duk diam sebab skrg sy umo 22 dah...saya dah sihat,dah pandai melawan,dah pandai komplen...dan tahu saya dipihak yg benar...hehhehe...dan dah masuk u pun...skrg masih kuar masuk wad,tp semua baik2 belaka...tula beza layanan ada kabel dgn xda...sedih kan.

Hazrey said...

eddie: Betul.

sreshaziela: Tapi betullah kata aya dan saya jugak setuju dengan sha. Tapi kan, kalau satu jabatan yang khusus administering health in this country tak bertegas, camner orang nak ikut?

superzac: True. Sampai bila pun macam tu.

ninoz: They are not doctors or nurses, they are makan gaji buta people.

intan: Mungkin sebab matron dia dah mula monitor sungguh sungguh. Good for you. Yang doktor pelatih tu, ermm.. next time say this: Betul ker awak doktor? Saya ingat atendan jek atau bawak ambulan.

mizzyN: they are lack of manners.

tak mungkin bersabar lagi: You see, it is all about saper kita kenal. Apa jadik dengan anak penoreh getah, anak nelayan? Anak buruh? Celaka kan? Ya, itu satu kecelakaan buat kita. Dan amat amat butuh. Ya, kita membutuhkan sistem courtesy yang lebih baik di government hospital.

tak mungkin bersabar lagi said...

Tula bila pk2 balik sedih...cubala tgk blog mazidulakmal.blogspot.com. Dia kan pernah buat liputan 360 tntg kelemahan hospital. Ramai orang dr bidang perubatan yg hentam dia.Kata dia bias la,xfhm masa kerja dktr yg lama la,pesakit x guna saluran yg betul la untuk buat aduan (kononnya pesakit patut mengadu kat pengarah hospital bukannya 360)...cubalah pk bila buat aduan pada saluran yg betul cnthnya saya buat aduan kat tmbalan pengarah hospital sbb jd mangsa kecuaian dktr semasa pembedahan,ada ke dia peduli.Ingat perut saya ni perut ikan ke apa. Jd bila hal mcmni terjadi,sebab tu la berlakunya aduan kat wartawan...mungkinla kan dktr2 yg xpuas hati tu x belajar mass communication...dia xtau hanya dgn media massa sj dpt menarik perhatian ramai pihak...tu pun kalau pihak2 tu sedar...at least diorng cube kan ketengahkan masalah pesakit...ntahla...dahla main dgn nyawa pesakit.pk emosi n tekanan kerja dorang sahaja.kalau x tahan dgn tekanan,takyahla jd dktr dgn nurse kn.memangla kerja tu murni tp kalau mcmni punya buat pesakit teruk la.pk la kalau mcmni punya kerja,ramai orang dh sumpah2 pk la akibatnya...(this comment sy x tuju kat semua ok.hanya sebilangan sahaja...thank a lot kepada semua yg ikhlas dlm merawat pesakit)...mintak2 ada kakitangan yg baca...semoga ada kesedaran...

Hazrey said...

Takper, nanti saya pergi tengok blog mazidul tu. Saya pun suka tengok 360 tu, lebih lebih lagi kalau ada cerita dari Johor. Saya suka kat wartawan diaorang yang kat Johor tu. Baik orangnya saya dengar.

Sebenarnya, bukan masalah sama ada mereka tak belajar mass comm atau sebaliknya. Tetapi this is about manners. This is about how they are being brought up.

Wait until I tell you about my own sister being given wrong antibiotic med oleh hospital kerajaan two days ago. Pergi specialist, doc tengok ubat, depa geleng kepala.

Sama pun mengharap ada kakitangan hospital membaca. Tapi mana sempat, diaorang sibuk pesbuk dengan ym jek.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.