Monday, August 10, 2009

KPI YANG TIDAK DISUKAI WANITA.

I was away for the weekend untuk selesaikan satu kerja yang amat amat penting. Lebih penting dari penting.

Tetapi ada perkara yang lebih penting hari ini. Lebih penting dari itu semua yang kuanggap penting.

Ini cerita penting.

Ia mengenai KPI.

Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menetapkan akan KPI yang perlu dicapai semua menteri kabinet, lantas diperturunkan pula penetapan KPI itu kepada pegawai kanan kerajaan.

Yang penting ia perlulah dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar batuk batuk di tangga, mahupun sekadar statement kepada media. Kadang kadang di atas memang bersungguh sungguh, tetapi di bawah banyak yang perlu diperbetulkan.

Tetapi ini bukan mengenai KPI yang itu.

Ini mengenai satu lagi KPI.

Ia dilaporkan di Harian Metro edisi Ahad.

Kelab Poligami Ikhwan atau KPI. 

Haa tu dia.

The story is self-explanatory. 

Pada pendapat aku, bagi tidak menimbulkan sebarang kegusaran dari pelbagai pihak, story digarap dengan intro - ia dibuka kepada pelacur, dan turut disebut, ia sebagai ruang untuk mereka mendirikan rumahtangga secara poligami.

“Jika jadi pelacur, belumpun tua, kamu sudah tiada nilai,” kata Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI), Hatijah Aam, 54.

Penasihat KPI ini adalah salah seorang isteri pertubuhan yang sudah diharamkan, Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Ia diharamkan pada 21 Oktober 1994.

Khatijah adalah isteri kedua Ashaari.

Sebelum ini, Khatijah pernah menulis sebuah buku yang diberi judul Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya dan diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Sebuah lagi buku ditulis bersama suaminya berjudul Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan turut diharamkan.

Menurut laporan, kandungan buku `Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya' mendakwa Ashaari sebagai Putera Bani Tamim yang mampu bertemu dan berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w serta diberi kuasa untuk memanggil duit, "power" serta segala keperluannya.

Dalam satu kenyataan pada 22 Jan 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berkata buku−buku tersebut adalah antara 18 penerbitan yang diharamkan antara 12 Oktober dan 24 Disember lalu kerana didapati mengandungi bahan yang menyentuh kesucian agama Islam atau fakta yang menyeleweng, menyesat akidah, menghina Nabi dan Rasul.

Tentunya sebagai lelaki, saya sendiri berasa manis dan enak jika dapat berpoligami.

Saya amat amat setuju dengan poligami.

Tetapi ia perlu diperhalusi terlebih dahulu sebab tak mahu ia terlalu jadi 'murah' kepada yang mengamalkan 'sistem demokrasi' atau sharing is caring itu.

Mungkin apa yang diniatkan Khatijah itu sesuatu yang baik terutama apabila mempelawa pekerja seks untuk menyertai KPI. Tetapi apakah yang dihasratkan di sebalik penubuhan KPI itu. Dalam berita itu, tidak disebutkan bilakah KPI ditubuhkan. Adakah ia satu pertubuhan yang didaftarkan? Siapa presidennya?

KPI kini mempunyai 646 ahli membabitkan 222 suami dan 524 isteri. Ketika ini semua ahli kelab berkenaan adalah anggota GISB. 

You do the math ok.

Tetapi secara ratio setiap suami yang menjadi ahli KPI ini memiliki empat orang isteri. Tak mungkin seorang memiliki 5 orang, sebab tak boleh (walaupun ada keinginan).

Mungkin perlaksanaan oleh 222 suami itu adil, tetapi mampukah lelaki berlaku adil? Apa yang dimaksudkan dengan adil? It is relative. Ia subjektif.

Poligami sentiasa menjadi satu isu yang akan dibantah oleh pelbagai pertubuhan. Mereka lebih suka terhadap monogami manakala poligami dianggap sebagai satu perkahwinan yang tidak mungkin adil.

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)  perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3.

Yang selalu diambil abang abang suami ialah frasa pertama firman ini. Manakala sering terlupa akan sambungannya.

Apa itu keadilan? Tetapi kita tak boleh menafikan ada yang mampu berlaku adil biarpun tidak sepenuhnya. Adil ini relatif. Dari banyak segi yang perlu diperhalusi. Duit pasar cukup? Duit nafkah cukup? Masa cukup? Perhatian cukup? Masa sakit nanti, nak menjenguk cukup masa? 

Poligami bukanlah satu kewajipan tetapi rukhsah (keringanan) ketika darurat menurut Dr. Muhammad al-Bahi.

Hakikatnya, sememangnya lelaki tidak mungkin akan dapat berlaku adil. Tak mungkin. 

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nisah ayat 129.

Ada suami biarpun menerima cap jari atau cap tapak tangan di borang poligami; masih tidak dibenarkan berbuat demikian disebabkan tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Yelah, nak bagi anak orang makan ingat senang ker.  Apatah anak dara orang itu, hot dan maintenance tinggi. 

Tetapi, dah natijah manusia. Bila part ni, hendak seribu daya. Maka berjalanlah si suami dengan bakal isterinya ke seberang di utara sana. Tup tup, balik penuh dengan kesenyuman. 

Namun, akan berbangkit masalah pada kemudian hari nanti. Masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali. Ia sekaligus merosakkan nama semua lelaki. Dan timbullah ayat "lelaki semua sama". Itu satu generalisation yang sungguh sunguh tidak adil. Dan pasti ada lelaki yang bersetuju dengan saya. Katakan anda setuju. 

Dan tidak mustahil nanti, pabila bernikah di seberang sempadan; akan berlaku kesulitan apabila si suami meninggal dunia, dan tidak mengetahui akan wujudnya Chief Bini dan Junior Bini dalam kehidupan suami. Maka, akan timbul pula satu kesulitan baru tika pembahagian harta kelak.

Ia juga akan menganiaya si anak anak dari Junior Bini. 

Berbalik kepada KPI, apakah aktiviti khusus kelab ini? Adakah ia sebagai satu lagi usaha untuk menghidupkan ajaran sebelum ini? Tidak, sepertimana yang disebutkan Khatijah sendiri dalam laporan itu, ia bukan bayangan dari Al-Arqam.

Bagaimanapun, saya sedikit keliru dengan kenyataan beliau:

"Begitupun, katanya, kelab berkenaan bukan boleh disertai dengan sewenang-wenangnya kerana ada syarat perlu dipatuhi.

“Syarat utama, suami perlu membawa isteri kerana kita tidak buat di belakang isteri (secara rahsia). Wanita semestinya menentang poligami.

“Sebab itu kita akan beri pemahaman berbentuk kursus dan motivasi untuk tempoh tiga bulan sebelum keputusan dibuat tanpa paksaan.

“Yang penting, mereka diberi pemahaman, nanti disiplinnya boleh diikuti dan kerana itu perlu jadi ahli dulu, perlu ikut kursus,” katanya.

Itu katanya. Memang tepat sekali, kalau si suami tidak mampu, buat apa diajak, digalak dan diseru berpoligami? Ia bukan kewajipan. Kalau ia hanya untuk menzalimi kehidupan wanita bukan sahaja dari segi fizikal atau mental, buat apa digalakkan? Adakah kursus tiga bulan itu mencukupi untuk si suami melayari kehidupan bertahun tahun selepas itu? Adakah ia mampu memberi satu ingatan kepada si suami untuk berlaku adil pada tahun tahun selepas itu?

Dan kenyataan seterusnya dari Khatijah agak pelik:

“Kita turut menjaga kebajikan ahli. Contohnya, jika ada ibu kehabisan susu anak, mereka boleh pergi mendapatkannya di kedai milik GISB tanpa bayaran,” katanya sambil memaklumkan, GISB mempunyai 1,000 premis perniagaan di seluruh negara.

Wait. Itu bagai satu galakan kepada yang tidak mampu untuk berpoligami. Sampai susu tak boleh beli, 'buat buat lupa' nak beli atau memang tak ada duit nak beli. Yang jadi mangsa adalah anak. Kesian si ibu. Sudahlah mengandung sembilan bulan, menanggung keperitan bersalin, nak menyusukan anak, kena pulak mengadu nasib di kedai. Macam mana kalau susu anak habis ketika musim perayaan seperti Aidilfitri nanti? Kedai GISB bukak?

Ia sekaligus membuka ruang kepada ramai yang bercita cita untuk memiliki BMW padahal hanya mampu memiliki Perodua Kancil sahaja. Cukup masa (atau mungkin tak cukup pun), kena tarik. 

Padahal biarlah BMW itu dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja. Biarlah ada satu perbedaan dalam mereka yang layak dan tidak. Dan ya, ramai wanita yang tak suka akan poligami. 

Tempohari, saya menjenguk seorang ibu kepada lima anak yang membenarkan suaminya berpoligami pada ketika dia sendiri akan melahirkan anak bongsu. Last last, suami ghaib. Mungkin suami ada ilmu ghaib David Blaine.

Kadang kadang si isteri tak kuasa nak melayan rengekan dan pujukan si suami. Malas nak layan, sehingga membenarkan si suami yang dah tak kacak lagi macam dulu dan berperut boroi drooling over hotties. Maka, dibenarkanlah si suami berpoligami.

Tetapi si suami pulak kenalah nengok kat cermin, mampu atau tidak. Kalau Teo Credit mahupun Ah Leng Credit adalah rakan anda dengan bayaran berlipat kali ganda dek tak cukup duit, maka lupakanlah hasrat suci murni tu kononnya nak menjaga anak dara orang. Pi lah puasa selalu kurangkan sikit nafsu nafsi tu. 

Dan saya, saya akan terus menyimpan cita cita itu walaupun kekadang bila saya fikir, ia sekadar angan angan seperti lelaki lain. 

19 comments:

Audriena said...

"Tetapi si suami pulak kenalah nengok kat cermin, mampu atau tidak. Kalau Teo Credit mahupun Ah Leng Credit adalah rakan anda dengan bayaran berlipat kali ganda dek tak cukup duit, maka lupakanlah hasrat suci murni tu kononnya nak menjaga anak dara orang. Pi lah puasa selalu kurangkan sikit nafsu nafsi tu. "

itu je yang orang laki perlu pegang...

dok?

kui! kui! kui!

azza said...

Takde sape ckp poligami salah.
Cume portray it in a good way, takde sape marah. If "people" portray it spt "barbarian yg pelahap" semua pon squimish nak nengok. The word "people" here merujuk kpd kaum Adam ye.

*teringin gak pasang 4laki wpon itu hanye angan2 saje hahaha & biarkan la ia teros menjadi angan2*

waluyo said...

hidup yang sehat itu memang hidup yang pas dengan diri sendiri, orang lain dan sesuai dengan ketentuan Tuhan

Hazrey said...

Audriena: Hahaha.. yes, that is why saya tak suka lelaki. Saya suka perempuan.

azza: Yes, not only that they are potraying it negatively, cara kehidupan jugak macam tu dan penyebab poligami dianggap pemusnah rumahtangga, padahal tidak.

waluyo: Insya'allah.

Azhar Abdullah said...

Hehe..nak komen gak la..poligami ni antara keyword pembawa hit kat blog aku kalau ko nak tau...

Sebabnya aku dulu ni memang terlibat dengan pasangan poligami...jangan salah faham,aku tak poligami bro..setia pada yang satu..eceh (harap2 bini aku baca komen nih..hehe)

Dulu Perlis mudah poligami nih,tak yah keizinan isteri pertama..masa tu banyak la couple yang aku tolong adjustkan datang ke Perlis ni...

Pendapat aku la kan, poligami ni boleh..tapi mesti dengan dasar dan pegangan yang betul...baik dari pihak lelaki tu mahupun bakal isteri kedua...

Lelaki jangan kerana nak sedap yang baru ja maka nak poligami, dan wanita jangan hanya nak dapatkan suami ja sanggup jadi isteri kedua...

Kalau buka bab hak pulak,kedua2 isteri pertama dan kedua ada hak masing-masing...so kalau dah kongsi kena sanggup segala la...

Tapi sekarang Perlis dah ketatkan peraturan jadi macam negeri lain dah...dan aku pun dah stop bantu orang nak bina extension masjid ni, selepas aku kena serang dengan sorang chief bini ni melalui fon...hahaha...

Ko kalau nak anytime aku adjust...:D

Azhar Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Hazrey said...

Azhar: Haha. Hopefully your offer is not being read by my wife. Tapi kenapa rasa teruja ni. lols. somehow i know we can be good frens. Hahah

ZARA 札拉 said...

Aku baca dalam newspaper gak pasal ni.
Aduhai, ada baiknya juga hal begini. Selalu terfikir bagusnya lelaki yang berlaku adil dan isterinya mampu menerima juga~

mizzyN said...

isteri yang sanggup berpoligami memang hebatlah. walaupun saya tak suka kena madu (di masa akan datang) tapi ia juga ada kebaikan bila kena pada tempatnya kan. bagus encik hazrey beri kata2 hikmat pasal bermadu ini buat tatapan kita bersama.

adnan said...

Jom sokong KPI

http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab

Majelis Pelancaran
Kelab Poligami Ikhwan
"Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan"

Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
Sabtu 15 Ogos 2009
09.00 - 12.00 tengahari

Saksikan Juga Persembahan :
Teater Muzikal Islam
dari Kumpulan
"Generasi Harapan"
(Adik beradik dari keluarga berpoligami)

JOM...
Masuk Percuma & Jamuan Disediakan

Penaung Bersama :

Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

Info lengkap hubungi
012-2013512
019-5579306
019-2645313

ninoZ said...

asal madu tu manis n sedap lebih dari gula gula..yg mempahitkannya manusia gak....
makan manis byk sangat, cepat kene kencing manis :)
dah fitrah manusia suka carik penyakit kannnn?

Hazrey said...

Zara: Tiada lelaki dalam dunia ini mampu berlaku adil. Percayalah. Namun, betul kata Zara, si isteri pula perlu menerima seperti yang dikatakan Azhar Abdullah dalam komennya, bertitik tolak kalau isteri boleh menerima chief bini dalam hidupnya, maka dia juga perlu kembali kepada ajaran Islam.

mizzyN: Itu sebenarnya untuk ingatkan diri sendiri. Hahah.

adnan: Kalau saya sokong, saya kena ada lebih bini. Terima kasihlah kerana menjemput. Isteri hot saya dah kata, 15 Ogos tak dibenarkan keluar kawasan. Haha.

ninoZ: Betul tu. Tiada peraturan Allah SWT yang tak baik. Semua baik. Yang tak baiknya datang dari manusia sendiri.

Naz said...

Salam Hazrey,
Tak salah menyimpan cita cita ... asalkan hati dan perut (!) sentiasa beringat akan pro dan kontranya :D

I think (some)men should practise turning the table once in a while and perhaps then they would see the issue in a new light. Very enlightening gitu...hehe!

Salam untuk orang rumah! :)

The Bachelor said...

assalamualaikum...
biar apa pun pendapat orang ramai ttg poligami, ianya harus di lihat dari sudut yang amat mudah. Sunah nabi dan garis panduan dalam islam.
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى
وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى
أَلاَّ تَعُولُواْ
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba
perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.

terpulang kepada kita mentafsir kemampuan diri kita untuk berpoligami....

p/s errr....aku belum kahwin lagi..

The Bachelor said...

assalamualaikum...
biar apa pun pendapat orang ramai ttg poligami, ianya harus di lihat dari sudut yang amat mudah. Sunah nabi dan garis panduan dalam islam.
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى
وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى
أَلاَّ تَعُولُواْ
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba
perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.

terpulang kepada kita mentafsir kemampuan diri kita untuk berpoligami....

p/s errr....aku belum kahwin lagi..

zeqzeq said...

boleh membezakan antara Isteri yang pasif dan ganaz itu positif belajar secara tak langsng dalam semua segi..

kesannya..
nampaknya isteri yang memberi tunjukk ajar dalam bab tutt

Hazrey said...

Kak Naz: Thank you for the moral support. lols. The last time I have checked, my not so boroi perut and my fragile hati are always beringat. Hehe.

But wait, it is always about men kan? Kenapa wanita tidak pernah disebut dalam hal poligami selain hal terseksa. Masa nak kahwin dulu tak pikir? Right?

The Bachelor that is NOT so bachelor after all: Panjang nama kau ni. Tetiba aku rasa kau paksa seorang ustaz untuk menulis untuk kau. Hahaha.

zeqzeq: betul tu. setuju. But bukankah rukun rumahtangga itu memerlukan team spirit?

Naz said...

Hazrey,
I totally sokong you...kenapa wanita wanita ni tak diketengahkan. Let's hear not only the sad injustice nor the hyper optimistic ones...but those that populate that grey zones. Itu yang interesting.

Sebagai seorang wanita, Kak Naz rasa tak ramai yang sanggup berkongsi sebenarnya. Ramai yang senyum tawar tapi bila dah ada dalam situasi tu, you've got to make the most out of it. Padahal dalam hati, tuhan saja yang tahu.

Oh well, my two cents, Hazrey!
Keep writing and I'll keep reading :)

Hazrey said...

Kak Naz, yes, many have highlighted cerita yang tak manis, yang terseksa. Jarang kita dengar kebahagiaan. Ini akan menjadi bahan gelak kepada agama lain sekaligus mempersendakan Allah SWT bahawa poligami yang dibenarkan Islam ini hanya semata mata untuk meruntuhkan dan bukan sebaliknya. Subhana'allah.

Kita terlalu glorify akan keretakan rumahtangga dek poligami.

Sememangnya ramai wanita tak suka akan poligami sebab fobia akan kesusahan. Ia berbalik pula kepada lelaki yang tak reti reti bahasa yang diaorang ni tak mampu dari semua segi untuk berbini lebih tapi melebihkan nafsu dari kemampuan.

Setiap apa yang diperturunkan Allah SWT ada hikmahnya. Manusia yang memperbodohkan diri di sebalik akal yang sudah diberikan, dan membezakan mereka dari haiwan.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.