Wednesday, August 5, 2009

KAMI IKHLAS DAN SENTIASA SANGKA BAIK.

Bukan mudah menjadi wartawan. Siapa kata senang?

Ia tidaklah sekacang yang semua orang sangkakan. Ia durian.

Tanya old timer like Mazidul Akmal Sidik, Saniboey, Ondscene and of course Shahpaskal.

For the past 15 years, it is not easy as it looks.

We need to uphold our own integrity. Bukan sahaja media yang kami wakili, tetapi diri sendiri. Bukan mudah. Kalau kami 'bedek' dengan story kami, pastinya akan kantul satu hari nanti. Kan dah ada teladan baru baru ini. Dan kalau kantul, ia adalah satu kantulan yang paling anti climax.

Every step of the way, kami sentiasa menjaga laporan yang dicoretkan pada story atau skrip kami. Bukan senang. Kalau sekadar nak buat cerita, banyak cerita yang kami nak cerita. Kami pun suka bercakap. Haha.

Perlu ada kesahihan, dan kami juga terdedah dengan pelbagai karenah dan aksi serta gaya sommersault lidah yang kadangkala cuba memperdaya kami, termasuk dengan airmata.

Apabila menerima sesuatu maklumat, kami sentiasa sangka baik. Kami pergi dulu, biarpun jauh beribu batu, meredah hutan belantara, merenangi lautan, ok lautan kami tak renangi sebab biasanya naik bot atau sampan, dan jangan sangka sampan yang kami naiki adalah five star atau sepuluh star.

Pernah, sampan yang kami naiki memang fizikalnya tak mampu membawa lebih dari seorang, sebab cukup seorang pendayung, sampan itu sudahpun membuat position wheelie, tenggelam bahagian belakang.

Air laut atau sungai tak jauh langsung dari sisi sampan. Tak payah mendepa tangan, pasti dah boleh cuit.

Mahu tidak mahu, kami cekalkan juga hati. Apatah lagi kami akan menaikinya bersama kamera yang bernilai belasan ribu ringgit. Dan ayat seperti: biar korang jatuh, jangan kamera jatuh adalah biasa, walaupun untuk mereka yang baru setahun jagung pegang kamera, akan kecik hati dan muncungkan bibir, ia adalah hakikat.

Dan apabila bertemu dengan subjek utama untuk diwawancara, kami pastinya akan bersangka baik. Yelah, dah datang jejauh ni. Apa jua yang hendak diceritakan, kamilah their listener, and we will DO OUR BEST to convey it in good faith. Dan tujuan atau objektif kami tetap kami uphold - contohnya - sebagai wartawan, mungkin apa yang bakal ditulis akan dapat mengubah nasib hidup mereka, membantu mereka, membuka mata pihak pihak terbabit untuk tidak mengabaikan mereka ini.

Tapi ada juga yang ambil kesempatan. Ya, itu tidak mustahil. Amat amat tidak mustahil.

Apatah lagi, lengkap dengan cucuran airmata dan pasti menggamit sebak dalam hati pendengarnya.

Tapi, selain menaiki sampan yang uzur, dan dimaki hamun, kami juga resourceful. Amat amat resourceful. Kami sentiasa mempunyai sumber maklumat dari pihak lain untuk mengesahkan apa jua yang diceritakan, dan diberitahu termasuk bersama airmata berbesen besen, adalah sahih dan tidak ada yang lain selain yang sahih. Dan sumber kami, sudah dipastikan sahih. Bukan sekadar cakap cakap sahaja. Dan kami pinta bukti. Toksah buat pasal nok, karang cerita tak betul, siappppp kau nok.

Dan kami juga memiliki deria analisa yang amat tinggi, terutama pada mata kami. Setakat melilau ke segenap penjuru, menganalisa dengan penuh dedikasi, kami juga berkebolehan sebagai human lie detector. Betul, tak tipu. Haha.

Maka, biarpun kami sempat sebak dan bergenang airmata mengiringi cerita ceriti si pencerita, kami tetap memasang kaki ala ala tonto untuk mencari maklumat agar apa yang dilaporkan tidak menjadi bahan tempelak dan lawak pembaca mahupun penonton.

Dan bila kami dah tahu apa yang diceritakan si pencerita penuh dengan kesedihan itu adalah tidak benar, kami mempunyai satu ilmu yang ramai tidak tahu. Hanya segelintir sahaja yang tahu kami memiliki ilmu ini.



Inilah ilmu kami yang jarang jarang kami tonjolkan kepada public apabila kena tipu square square. But we always know bila ada bau seekor ikan. Yelah kalau tak pergi, mana nak tahu kesahihannya. Oh, kami memang terer naik beskal ni.

Kami faham jika anda susah. Kami sedia membantu, Insya'allah, apa yang kami mampu. Tapi apa yang kami tak faham ialah kalau sendiri yang cari penyakit hingga membawa kepada kesusahan, tapi masih ada nafsu nafsi nak menipu.

Yang tak bestnya, si pencerita tahu kami datang dari stesen televisyen, dan apalah gamaknya nanti kalau gambo meka dan anak anak meka masuk TV, dan tup tup orang tahu meka menipu. Apa kekdahnya?

Memang wujud golongan seperti ini. Tak tahu apa motifnya selain membikin cerita dan pastinya meka meka ni semua boleh jadik penulis novel cereka yang baik. Dan mungkin jugak mampu menandingi J.K Rowling.

Bagaimanapun, bak kata Mazidul, takperlah bro, janji niat kita nak menolong orang. Betul tu. Kekadang hidup kita sendiri pun tak sempat nak diuruskan dek nak menolong orang, tetapi toksahlah temberang kami.

Bak kata Datin Wan Abe - Su-wer (sure); of kos.

11 replies:

Obefiend said...

Patutla si Joyah dan wartawan gossip malaya suka guna "kami prasangka baik" sebagai penutup dihujung perenggan setiap gossip laser tahap azwan ali AAJ the vazzz..

mantra rupanya.... huhuhhu

kenapa orang menipu? mungkin nak glamer masuk tv. macam Andy Warhol kata.. in the future everyone will have 15 minutes of fame. jadi sekarang ialah generasi famewhore. biar la menipu asal dapat feymesss..

huhu

apa kat engkau suggest ke kepada drama queens ni masuk Anak Wayang atau Pilih Kasih. aku tengok peserta season ni macam selipar je lakonan. baik antar real pros macam engkau jumpa ni masuk. FEMES pun dapat.. DUIT pun dapat. kerja pun dapat...PROFIT. semua untung

si nakal andi said...

oh come on!

kalau kamu merujuk kepada kisah parents YA yang nak saman media tu
saya tetap sokong parents YA

tidak kisahlah what the truth is
samada parents YA telling the truth or lies
media tidak ada hak untuk memalukan YA di media perdana seperti itu

masa sekolah kecik kecik dulu, ustaz selalu ingatkan,

'barangsiapa membuka keaiban orang, Allah akan membuka keaibannya kelak'

p/s : kalau kamu refferring to subject lain, hehehe, sori, salah topik..

ninoZ said...

dolu2 berangan secara secara seriusnya nak jadik journalist..
siap dah isi borang errr scholarship kewartawanan NST n dah siap buat karangan 5000 perkataan..
dapat kat my big boss..selamat semua kene cantas dan hancur bagai debu..
tak pe lah..dah bukan rezeki kot..

but still, me sanjung those yg sungguh bermaruah dlm menjalankan tugas dan menjaga integriti kewartawanan sebaik mungkin.. n seni penulisan sebahagiannya sungguh mengujakan...

mana de hidup yg sentiasa indah..sekali sekala kene gak terpijak taik lembu..kan?
:D

Hazrey said...

ninoz: nasib hang tak masuk. haha

andi: I stick to your p/s. Apology accepted. :)

Obefiend: Haha, betullah tu. prasangka baik. Itu prasangka. Prasangka ada baik ker? Too many drama queens this year. Hopefully next year, takder drama queen, takder orang gemok.

Anonymous said...

Tapi banyak juga reporter yg menipu...ubah suai cerita ikut sukahati sebabnya ...SENSASI...

kalau tak akhbar tak meletup...ada juga kena tarik hidung dek boss suruh rekacipta berita...

Macam macam perangai hampa ni...

TudungSaji

eddie dewanaga said...

gua selalu guna word 'bedek'... tapi ramai reader blog gua tak tau...

gua bilang itu semua slang jb-s'pore yg gua biasa guna.
pastu diorang musykil... lu 'bilang' apa?

bilang itu cakap atau kata.
sebab tu sesekali keluar jb, gua kena biasa kan...

roti prata itu roti canai.
gerek itu bagus/cantik.

dan baru2 ni, ada sorang member muncul dgn rambut belah tepi dan berkemeja butang penuh tutup leher, gua bilang dia ni 'step abang2 kompang' tapi orang KL bilang ini style 'mamat skema'.

hmm... gua kena selalu keluar dari JB, beb...

Desert Rose said...

Abg wartawan yang interview ibu tunggal malam tadi tu, sedey tak dengar citer dia???

ouT oF My MinD said...

betul tu. rasa cam hipokrit je kadang-kadang. tambah2 kalau nak deal ngan VIP. bosan...cakap bekobar-kobar. habuk takdak. kalau tak betul kita pulak yang kena.

klau keluar jumpa segelintir orng pulak, kena hamun lagi ada...adoi la, sbbnya kita kononnya bgtau benda yg betul....

Hazrey said...

tudungsaji: Your 'banyak' is subjective. Saya tak boleh menyokong atau membantah sebab saya tak tahu figure nya bersandarkan 'banyak' yang anda sebutkan.

eddie: Hahah. Ko memang kena pindah terus sebenarnya.

Desert Rose: Saya kagum dengan ibu tunggal yang saya temui tu. Dia seorang yang cekal. Laki dia dah buat seorang perempuan mengandung pada kala dia hampir ke bulan kesembilan kandungannya. Baik sangat ibu tunggal tu. Saya salute dia. Dia bertungkus lumus menyara hidup lima anaknya. Baik sangat ibu tunggal itu. Mudah mudahan Allah akan memberi keberkatan dan permudahkan segala urusannya.

Out of my mind: hahahah, best kan jadik reporter ni. Best apa. Hahah

Biaqpila said...

Salam Hazrey,

Akhirnya selepas menempuh beberapa roadblock akhirnya sampai juga aku ke sini...kehkehkeh...


Ada satu posting aku mengenai falsafah yang digunapakai oleh industri pemberitaan politik di Malaysia ketika ini, baru posting hari ini,mungkin hang dah baca kot...

Ni dia :
KLIK SINI

Hazrey said...

biaqpila: mana ada road block. Kalau takder demo, mesti takder road block. Haha. Takper, hang boleh mai anytime kat sini. :)

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.