Monday, August 17, 2009

Influenza A, Nurse, Hospital dan Wartawan.

Siang tadi, aku ke rumah seorang bapa yang kehilangan anak akibat virus Influenza A, H1N1.

Anaknya berusia 3 tahun dan bukannya 7 tahun sebagaimana dalam kemasukan tulisan terdahulu.

Si kecil yang masih lagi mentah dalam kehidupan tak sempat menikmati zaman kanak-kanak. Ajal sudah menjemput, pergilah si kecil menemui Penciptanya.

Pertama kali si kecil dibawa berjumpa doktor adalah pada 8 Ogos lalu, kemudian sekali lagi pada 10 Ogos. 

Kedua dua kali itu, doktor hanya diagnose si kecil itu sebagai demam panas biasa, biarpun suhu badan kanak-kanak itu mencecah 38 darjah celsius. 

Tiada keperluan untuk yang merawatnya mengambil sampel darah, mahupun swab dari dalam mulut si kecil untuk dibuat ujian. 

"Ini demam panas biasa. Sekarang musim," itulah yang dijelaskan seorang Medical Officer, menurut kata si bapa. Dan memandangkan yang bercakap itu seorang pegawai perubatan, tentunya dia lebih arif. 

Pertama kali ke hospital itu pada 8 Ogos, si kecil yang tercungap cungap nafasnya terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk bertemu doktor.

Si kecil juga mempunyai rekod perubatan di hospital itu antaranya asma. Namun, ia bukanlah laluan hijau buat si kecil untuk diberikan keutamaan. 

Mengikut Centers For Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat, penghidap asma dikategorikan sebagai high risk of serious complications. Ia termasuk bagi warga emas berusia 65 ke atas, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, wanita hamil dan mereka yang mempunyai sejarah keadaan kesihatan kronik.

Rabu lalu, keadaan si kecil semakin kritikal. Ulcer mula muncul dalam mulutnya. Nenek si kecil terus membawa ke klinik swasta namun doktor di klinik itu tidak mahu mengambil risiko dan terus merujuk si kecil ke hospital kerajaan.

Khamis pagi, kira-kira jam 10 pagi, si kecil dibawa ke hospital kerajaan buat kali ketiga dan kali ini, keadaannya semakin kritikal.

Terus dimasukkan ke I.C.U dan kira-kira jam 6.45 petang, si kecil menghembuskan nafas terakhir. 

Lima hari adalah masa yang paling berharga buat keluarga ini. Apa yang dikesalkan, jika pemeriksaan teliti dilakukan dalam tempoh lima hari itu, sekurang-kurangnya langkah pencegahan dapat dilakukan. Apakah nilai nyawa kepada petugas di hospital berkenaan, tanya si bapa? 

Si kecil itu anak tunggal kepada pasangan muda yang aku kenali dan biarpun pahit, kedua mereka redha dengan pemergiannya. Namun, biarlah ia menjadi pengajaran buat semua, terutama di hospital supaya tidak memandang remeh memberikan perhatian kelas ketiga kepada pesakit.

Seharusnya, kata bapa, setiap kes perlu diberikan perhatian sewajarnya dan bukan sekadar melihat dan terus kata "ini demam biasa". Kita bukan superman. Seharusnya perlu ada pemeriksaan yang lebih teliti.

Dan aku bersama rakan rakan berada di rumah itu hampir sejam. Sebaik kami pulang, aku diberitahu, seluruh keluarga itu dikuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar rumah. Adik ipar si bapa tadi turut mengalami simptom Influenza A, H1N1.

Pulang dari rumah itu, batuk aku semakin kerap. 

Bersin semakin kerap. 

Adakah ini simptom? 

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) has determined that H1N1 virus is contagious and is spreading from human to human. 

Am I being overreacting for having the symptom?

The life of a journalist kan. Ready for anything.

Walau apa pun, aku nak plan warna untuk baju raya tahun ni. :)

To you out there, keep clean and hygienic.

14 replies:

ninoZ said...

hazrey...sometimes overeacting is good cuma jgn keterlaluan..
kalau continous, pegi check la..jgn tunggu lama2 tau

semalam baru jumpa doc sebab anak 'mcm' nak demam plus batuk..
according to her..vaksin influenza a sgtttt laris di klinik2..dan stoknya sgt limited

tapi semalam kalau tak salah dlm MHI ade dinyatakan oleh seorang wakil kementerian kesihatan yg vaksin ini tidak mengubati h1n1 n pengambilan vaksin secara berleluasa akan menyebabkan virus immune terhadap vaksin n jika ade h1n1 second wave..vaksin ini tidak akan memberi sebarang kesan lagi...

raya tahun nih..pesen paling relevan - optimusprime..hehehehe
[carik yg matching dgn face mask lah :D]

Suria Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Macha,

I know u r not that young anymore, but isnt it too soon to be getting alzheimer???? What's up? Dapat tak draft tu?

Desert Rose

mizzyN said...

over reaction yang tak over is ok like ninoz said, cuma jangan over je.

Aku pun over react aritu sebab suhu badan 37.7 dan sakit badan bila bangun tidur. tapi the doc boleh kata tak ada apa dan kalau nak obat kena tunggu 4 ke 6 jam lagi. Why? Sebab aku gi hari ahad dan yg buka cuma emergency ward. Baju raya apa tahun ni kaler? Aku tgh merancang baju sedondon dgn bf aku.

cik_ah82 said...

sama la kes cam saya..
saya pregnant 8 bulan lebih..
demam + batuk, terus gi spital..
kata high risk kan..
tp, belum sempat nk jmpa doc, kat saringan lagi dh halau soh balik..
habis tu nk tggu saya ni nazak dulu ke??
gi jmp doc (setelah 3 jam) menunggu, doc ckp xde ape2..
kalo berlarutan, dtg lagi..
tp yg kononnya wanita hamil diberi keutamaan, hanya cakap2 kosong saja..
warga emas yg terbongkok2 pun dorang xpeduli..hmmm

Desert Rose said...

Eh lupa, boleh tak tlg buat satu exclusive dedahkan scenario yg sgt alarming nih.

Tgk pada kome2 kat atas, plus pengalamn sendiri n my frens, most clinics and hospital (including gov of course) TAK AKAN i repeat TAK AKAN, conduct swab test if we come in with certain symptom.

Even if yg datang tu pun adalah dalam 6 golongan yg tinggi risiko tu, asthmatic being the top list. One paed in a renowned private hospital even dare to say - media is manipulating the situation and twisting the story. Tamiflu can caused certain bad reaction and side effects esp to children. Fine, as a medical practitioner, he is entitled to his own opinion, but, why refused to conduct swab test? Fine if u hesitate to prescribed tamyflu, but could u just leave the decision to the parents or patient sendiri, afterall they all yg sakit and they all yg paying. And wahy dont u suggest a normal influenza immunization yg kita dah guna =berkurun, or antiviral lain beside tamyflu as prevention??? The health ministry is saying something else, but the medical practioners all over d country is saying the opposite. And we the public are in a a state of major confusion.

*Kalo ko nak maklumat paed tu pun aku bleh bagi dowh, I had a strange feeling mcm ada sentimen kaum pun ada gak

ninoZ said...

vaksin influenza tu pun kalau doc nak kasik, kita kene make sure yg north atau south sebab vaksin tu adalah mengikut musim..ade doc belasah bagi jek yg dah obselete for the sake of $$

Hazrey said...

ninoZ: Ok, I shall take your advice. Not to overreact.

True enough sebenarnya, there is panic among the rakyat, dan implementation masih di tahap yang lemah. Kalau takder angin, takkan pokok bergoyang kan.

Suria: You should complaint about the doctor to the relevant authority.

Desert Rose: Alzheimer lah nok. And welcome back from your honeymoon.

mizzyN: Bila kita tengok story si bapa dalam entry ni, he was not overreacting pun. He was merely seeking medical attention from the hospital.

Baju raya recycle from last year jek.

cikah: this is the problem with outpatient doctors. Some actually tak baca paper atau tak tengok tv. Now, adakah arahan menteri yang diperkatakan di media itu, turut diperjelaskan pada kakitangan di bawah?

Desert Rose (again): Should report him to MMA.

ninoZ: thank you for sharing that. But how do we, the common people knows which is which?

ARA Lindungan Bulan said...

Bdk2 mmg lbh terdedah utk dpt this kind of disease sbb antibody depa kurang dr kita yg dwasa nie.

Sory to say, public hospital mmg sgt lmbt nk take action. x kesah la u sakit apa, kebanyakannya (x semua ok) suka bt keja halai balai. Sy dh alami, sbb tu bleh ckp. Huh! Kecewa dowh..

Well, better check klu u x sihat k.

Uitm pn skrg trus bagi cuti seminggu even utk student yg batuk2 ja. For protection!

P check ok!

ninoZ said...

hazrey..me kebetulan dapat maklumat pasai tu masa sembang dgn PKD petaling sebab nak mintak mai bagi ceramah kat sekolah my son..kalau tak mmg tak tau langsung jugak
tapi untuk kita yg biasa-biasa nih..penting untuk rajin carik maklumat cth dari CDC punya website n seumpamanya..

errr..n i was told, wutever the number yg KKM release..the real figures yg terlibat dgn h1n1 adalah didarab 10 [kes tak register lagi banyak dari yg registered]
wallahualam...

Naz said...

Salam Hazrey,
Dah pi check? Hopefully tak ada apa apa lah ya.
I can imagine how frustrating it is to not get the treatment when *you* feel that you rightfully need it. Di sini keadaan masih under-control walaupun reported case dah mencecah ke 170+. Easier to control here when the population density is low.
Let's hope manusia manusia di hospital kerajaan dan mereka meraka yang sewaktu dengannya akan cepat *bangun* dan buat apa yang patut untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
This is not the time to be cynical and indifferent.

Nah! 2 kupang...pi minum kopi! :D
Take good care of yourself.

Hazrey said...

Ara Lindungan Bulan: I thought I have you, as your name says. :) Tapi perkataan baru untuk saya hari ini ialah halai balai. Lepas ni kalau saya murka, saya akan cakap, kamu jangan buat kerja halai balai.

Ninoz: It seems that we MUST wait. Berapa harga siling mask.. petang ni kita tahu. Saya dah check kat mana nak dapatkan supply, nak jadik distributor. Nak buat fashion sikit so orang akan beli. Letaklah logo transformer, superman ke, Ben 10 ke.

Kak Naz: It seems that I am ok today. Much better, mungkin sebab kerja memang kena pi kat luar, so I was sweating endlessly. Tapi yang bestnya yesterday, I was with Pengarah JPJ Johor and told him that I was at a H1N1 victim's home, dan dia terus walk away a bit from me. Hahaha.

2 kupang mana cukup dik non.

Obefiend said...

aku sihat

tapi bila dengar cousin kena h1n1 tetiba badan macam nak deman

sama rasa nak demam masa nak jumpa rudy aritu. hahaha

aku rasa cuma badan kita bagi false negative

hopefully engkau tak kena la. pasal kalau tak syok la. engkau je manusia annoying yang aku suka. HAHAHA

Hazrey said...

Aku hampir nak masukkan kau dalam statistik. Nasib baik kau datang sini komen. Hahahah..

It is psychological. Samalah masa kau nak jumpa rudy itu hari. Hahahah..

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.