Sunday, August 2, 2009

HELO 999.. SAYA ADA KECEMASAN, BERAPA JAM LAGI AMBULAN SAMPAI?

Tidak, ia bukan mengenai program 999. Tiada kaitan langsung. Kalau ada pun, ia secara kebetulan.

It is about our 999 emergency number.

Bermula 1 Oktober 2007, semua talian kecemasan menggunakan satu nombor sahaja iaitu 999. Empat agensi berkongsi talian ini, polis, hospital, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

Talian dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999.

Banyak keluhan mengenai response time oleh pemanggil antaranya kelewatan agensi atau jabatan tiba di tempat kejadian. Adakah ia sekadar myth atau cakap cakap sahaja?




Well, I can't say much about other agencies but last Friday (31 July 2009), saya terserempak dengan satu kemalangan melibatkan kecederaan parah berhampiran Perling Mall, Taman Perling Johor Bahru.

Aku memang sentiasa yakin dengan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) sebab berdasarkan pengalaman dan bukan cakap cakap sahaja, mereka pantas tiba di tempat kejadian.

Dulu ada talian 991 yang menghubungkan terus ke agensi itu. Kini ia dirangkumkan melalui talian 999.

Kalau tak silap, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam berhampiran Perling Mall, Taman Perling Johor Bahru, dan mangsa - seorang wanita dalam lingkungan awal 40-an mengalami kecederaan agak parah di bahagian kepala.


Saya tidak akan memaparkan gambar lebih close up kerana ia  agak disturbing. 

Saya menghampiri seorang lelaki yang saya lihat agak kelam kabut kerana sibuk menggunakan telefon. Saya pasti dia bukan kaki tow truck.

"Dah call ambulan?" tanya saya kepada lelaki itu.

"Dah bang, dah call tadi, dah lama dah call, tak sampai sampai," jelasnya termengah mengah.

"Pukul berapa tadi awak call ambulan. Nombor mana yang awak call?" tanya saya kepada lelaki itu sekali lagi.

"Sekarang pukul berapa bang? Saya call 999 lah. Nak telefon mana lagi. Terus dia memeriksa telefon bimbitnya dan waktu panggilan adalah jam 10:30 malam.

Waktu itu, jam sudah 10.55 malam. Eh lama sangat tu. 

Anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara (JBU) sudahpun tiba waktu itu. Mereka hanya mampu menyabarkan mangsa kerana khuatir kecederaan yang tidak dapat dilihat memandangkan terlalu banyak darah keluar dari kepala mangsa.

Saya terus menghubungi seorang pegawai JPA Johor bertanyakan mengapa tiada ambulan selepas hampir setengah jam panggilan 999 dibuat. Terus dia menghubungi pusat kawalan JPA dan menghubungi saya semula memberitahu makluman baru diterima.

Dan tidak sampai lima minit ambulan JPA tiba di tempat kejadian. Pantas. Dan itulah sebabnya saya sentiasa yakin dengan JPA.

Namun, yang menjengkelkan saya ialah ambulan dari Hospital Sultanah Aminah juga muncul selang seminit sebelum ambulan JPA itu tiba.

Apakah talian 999 itu sendiri efisien menangani panggilan kecemasan? Perlukah kerajaan melihat semula SOP penyampaian makluman? 

Dan saya terfikir, kadang kadang pihak polis sendiri lebih selesa memaklumkan nombor telefon rakancop terhadap sebarang kejadian jenayah berbanding 999. Dan saya akui, menghubungi talian rakancop lebih cepat response nya berbanding 999. Apakah pihak polis sendiri melihat kelemahan ini, apatah lagi agensi itu bertanggungjawab terhadap keamanan dan ketenteraman awam, dan menangani perlakuan jenayah?

Apa yang perlu dilakukan? Kita lihat di kaca TV, siri 911 edisi barat begitu cepat dan cekap attending to call in distress. Adakah kita masih belum mampu mencapai tahap itu? 

Apakah yang menyebabkan ambulan tiba di tempat kejadian hampir 30 minit selepas panggilan dibuat? Adakah disebabkan jumlah ambulan tidak mencukupi di bandar besar seperti di Johor Bahru? Atau adakah ia disebabkan penyampaian makluman dari MERS 999 lewat tiba di hospital?

Jika ambulan tidak mencukupi, apakah langkah perlu dilakukan kerajaan, jika berlaku satu bencana besar di bandar besar seperti Johor Bahru? Mencukupi atau tidak jika pasukan sukarelawan digerakkan jika berlaku bencana di Johor Bahru? Pernahkah latihan terhadap kesediaan agensi ini dilakukan? 

Kini saya bertanya pada diri sendiri, jika berlaku kecemasan seperti ini, adakah sayaakan menghubung talian 999?

13 replies:

ZARA 札拉 said...

Lambatnya!
Maybe it's not efficient enough, they need others to back-up as well~

Mazidul Akmal Sidik said...

Bro, cetusan tajuk amat bagus untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini.

Melalui pemerharian saya, apabila berdepan kemalangan jalanraya, ramai orang selain 'longkai' berhenti sekadar menjadi bystanders sahaja, tidak lebih daripada itu.

Mereka berniat membantu membawa mangsa ke hospital, takut jika mangsa mengalami internal injuries dan jika diangkat barangkali akan lebih memburukkan keadaan pesakit.

Tetapi saya percaya, ramai juga antara kita gentar jika mangsa meninggal dunia di dalam kenderaan milik peribadi.

ninoZ said...

hmmmm..next time kalau buat aktiviti komuniti lagi, nak kene selitkan segmen menangani situasi kecemasan. cud be a big help one ay..u'll never know kan?

saya pasti ramai yg nak membantu tapi biasanya tak tahu nak buat ape sebab takde pengalaman n pengetahuan yg berkaitan. tgk ER without missed pun tak membantu sebab asik tgk doug ross or doc kovac jek :D [tapi serius ahh..their paramedic nampak sungguh efisyen]
yg penah masuk bulan sabit or st john ambulance dulu pun tak semestinya bleh ingat exactly ape yg patut dibuat..

999 lambat respon? something need to done then..ini serius!

i.am.belle said...

aku teringat skrip Sepet dimana si Adibah call ambulan kenapa tak sampai2 lagi 'kalau saya beranak mesti anak saya dah masuk darjah satu tunggu ambulance sampai'.. xD sgt SINIS

Desert Rose said...

Bukan kah maksudnya back to square one, duluuuuuu pun satu nombor jugak, dan sudah terbukti kegagalannya, why again repeating the same mistake.

Once, staff aku pengsan kat opis, called 999, jawanpnya, takde yg available, have to call back in 1/2 an hour, did that, katanya pulak jalan jem, maybe lambat sikit,

Hampir 1 JAM, wtf, we brought her to d hospital despite d risk(she pengsan on the upper floor of the office, so we did not have any suitable thing to bring her to the car,hence d ambulance was called)

After d gerl dah warded and diagnosed, barulah i received the call from d hospital saying an ambulance was on d way, (OF COURSE GOV HOSPITAL) ....bayangkan berapa lama tu???

So i told d guy " takpelah terima kasih byk2 tapi budak tu dah mati dah pun, awaklah yg naik ambulance tu k"

Audriena said...

"telefon... telefon berbunyik...
telefon... kami datang...
ada kambing dalam bahaya,
ada kambing dalam bahaya...
ada kambing dalam bahaya di sana"

incik hazrey,

saya rasa mungkin lenny, tuck and ming ming sibok ngan kambing tersekat tulang kat new zealand. tu yang dorang lambat... tak pun, bot terbang dorang, layar carik... tu lambat sampai.

hahaha... mungkin kena review balik the SOP. like in this case, kepala berdarah banyak, ambulan tak sampai.. apa hal?

ini serious - bak kata ming ming.

pas tuh siap 2 ambulans sampai... x der koordinasi tuh...

"apa yg penting? KERJASAMA!
apa yg penting? KERJASAMA!"

Obefiend said...

betul pun aku cakap semalam

post tak habis! HAW HAW

apa nombor JPA. kalau lagi efishen aku nak call JPA gak kalau ada kecelakaan

Hazrey said...

Zara: I believed the relaying of the communication has something to do with it.

Mazidul: Itulah, dan lebih baik mereka lihat sahaja, yelah tanpa skill dan expertise untuk internal injuries mungkin ia akan menyebabkan ia lebih parah.

ninoZ: everything on tv looks good.

belle: Haha. But on a serious note, kerajaan perlu kaji semula apa kelemahan sistem MERS999 ini. Kalau boleh, biar pak menteri sendiri cuba. Tak try tak tahu kan. Biasanya kalau tak terkena hidung sendiri, selagi itulah rungutan orang ramai tidak diendahkan.

Desert Rose: WTF kan. Banyak kes seperti ini tetapi tidak dilaporkan sebab kita pun dah jelak dengan kejadian seperti ini. Nantilah, if I happen to see the responsible menteri, I will ask the question.

Audriena: The 2nd ambulance were arranged by the pegawai Jabatan Pertahanan Awam after I called him, disebabkan ambulan yang dipanggil melalui 999 tak kunjung tiba. I aint sure what went wrong, tetapi kenapa ia mengambil masa yang terlalu lama untuk tiba di tempat kejadian walhal ia bukan waktu sesak dan hospital berada kira kira 6 kilometer sahaja.

Hazrey said...

Obefiend: Haha, memanglah, semalam camner ntah mamai pergi click publish post. Hahaha. Monyet kan.
Alamak, KL aku takder. Aku cuma ada kat JB jek. And JPA are so efficient.

The Bachelor said...

aku bukan pelupa,
aku bukan sengaja,
aku sibuk,
aku banyak kerja,
aku sekarang pun tkde kat opis,
aku tgh buat air kopi,
aku nak balik amik anak,
eh!! belum lagi...

sori la bro..bkn aku tknk visit blog ko, tp aku terlalu bz laa...
pasal isu ni, aku sendiri susah nk komen..

tp yg pasti sistem menyelamat di Malaysia adalah yang terbaik kalau di buat semasa persembahan atau pertunjukan hari terbuka pibg sekolah atau pameran-pameran... in reality still byk yg kena improve...

bayangkan kalau yg kemalangan tu saudara mara mamt yg drive ambulan ke, yg tukang angkat stretcher ker, doktor tu punya pakcik ker... susah kan...

semekom...jumpa kat sibu.

ondscene said...

bro- itulah yg berlaku sebenarnya. kalau nak tau apa sebabnya, aku boleh bagi detail mengapa benda ni berlaku. tapi jika aku rungkai kat sini, ada yg melenting, melambung. memang sistem baru ni terlalu banyak yg tak kena dan tak betul.hanya mereka yang di hospital kerajaan sahaja yg tau dan tak akan membocorkan rahsia di sebalik talian ini.hang boleh baca artikel aku mengenai ini dlm blog aku:
http://ondscene.blogspot.com/2008/10/response-time-satu-analisis-yang.html

http://ondscene.blogspot.com/2008/10/benarkah-bomba-sampai-lambat-ke-lokasi.html

cuma pesanan pada mereka yg terlibat - insaflah, kerana anda deal dengan nyawa manusia, dan selagi benda tu tak kena pada keluarga mereka sendiri, mereka anggap nyawa manusia itu begitu murah dan mungkin boleh ada tawar -menawar. aku dah penat hadapi situasi ni semua dan akhirnya, rakan2 dari JPAM juga yg datang membantu walaupun hanya baru 5 minit cal directly pd talian mereka.

flip said...

perlu diselidiki lebih mendalam lagi berkaitan semua khidmat ini,,

*haisyhh*

+a.z.i.e+ said...

saya selalu call 999 apabila nampak kemalangan. perkhidmatannya amatlah memalukan dan memualkan. Semua nya lambat dan tidak peka pada nama tempat dan peta. :(

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.