Thursday, August 20, 2009

ENTRY TERAKHIR.

Ini entry terakhir.

Betul aku tak tipu. Terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan.

Aku pernah bertugas sebagai PR-man sebelum ini. Untuk yang kurang pendedahan hidup, PR ni bukan Penari Ronggeng sebab aku tak pandai menari ronggeng. Shuffle pun tak pandai. Poco poco aku lagi sumbang, orang dah reverse, aku tertinggal kat depan. Diaorang tipu aku, sebab tu aku selalu tertinggal kalau ada tarian poco poco. Patutnya ada step lagi, diaorang pakat sebenarnya. Langsung aku taknak poco poco lagi.

Aku suka kerja PR ni, terutama bulan posa. Sebab aku akan berbuka puasa kat hotel hampir setiap hari kecuali pada hari pertama dan minggu terakhir. Ia sebagai salah satu PR activity tahunan department aku.

Hari hari aku akan menjadi hos kepada memacam orang termasuk orang media yang terdiri dari rakan rakan aku jugak. Maka bertukar-tukarlah baju Melayu aku, lengkap dengan songkok dan bersamping.

Kalau tak percaya, memang aku nampak comel. Dan menjadi satu kelaziman, flash camera akan berkelip kelip setiap kali aku lalu, sebab kebetulan ada kumpulan yang ambil gambar di depan aku, dan mesti nampak muka aku side profile di celah celah kepala mereka. Betullah, mana ada aku tipu. Semuanya kebetulan.

Sebelum aku berpuasa termasuk berpuasa dari mengumpat, beberapa jam lagi, satu jek aku perasan masa menjadi hos tu. Bila tiba nak ambik makanan kat buffet line tu, pinggan yang leper akan menjadi setinggi Cameron Highland, siap dengan dressing seekor udang di puncaknya.

Tak cukup dengan itu, piring piring akan akrab mengiringi pinggan tadi, dengan dessert yang tak kontang dengan pelbagai jenis juadah kuih muih, pemanis mulut, puding dan pendek kata semua jenis yang ada kat atas meja buffet tu.

Dan yang mengambilnya bukan yang extra comel sahaja, malah yang selim melim pun sama naik. Naik setan. Sorry, setan kena ikat. Mengalahkan orang kena isim. Dan biasanya, dan lazimnya, banyak makanan yang berlebihan. Menangis rezeki.

Kalaulah kanak kanak di Darfur dapat bersama-sama kita masa kita berbuka tu, mesti best kan.


Akak, abang, bagi sikit puding tu. Bagi sikit udang tu. Bagi sikit ayam percik tu. Bagi sikit murtabak tu. Bagilah...

Biasanya akan disediakan tempat untuk bersolat. Abis tu, kalau dah melantak mengalah orang tak makan setahun, perut dah naik buncit, maka bermaharajalelalah kat kerusi, terduduk melayan sendawa puding dengan ayam percik. Takkan jamak kot?

Pada Jun 2009, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melalui organisasi makanan dan pertaniannya mengeluarkan data, jumlah kebuluran mencecah 1.02 bilion. Dan angka itu dijangka meningkat ekoran peningkatan krisis harga makanan di negara membangun.

Dan sejak 1995, bantuan makanan yang diterima World Food Programme pertubuhan itu juga menguncup sebanyak 35 peratus.

Maka, berjimatlah esok, berjimatlah lusa, berjimatlah selama sebulan. Kalau masa nak beli murtabak dengan air tebu sampai satu ladang tu dan sanggup bermasam dengan orang lain yang taknak beratur, ingatkan mereka yang memerlukan. Sedekahkan duit tu pada mereka yang betul betul memerlukan pada Ramadhan ini. Kongsikan sikit rezeki tu. Bila nak beli, tahan diri, pastu balik masukkan dalam tabung, cukup masa sedekah pada yang memerlukan.

Ramai lagi yang memerlukan, yang tak ada baju raya, yang tak ada kuih raya, yang tak ada langsir raya, malah nak beraya pun takder kemampuan.

Kalau meja 6 kaki kat rumah, pastikan makanan yang kita beli tak sampai kena beli meja baru sebab tak cukup tempat. Nafsu ni best kalau dilayan. Kena pulak dengan bau ayam percik, sanggup beratur sampai waktu buka puasa.

Dan itu secara automatiknya akan menjadi peringatan pada diri aku sendiri jugak. Jangan beli macam nak stok untuk persediaan nak perang. Bila kul 4 lebih, mulalah mencongak congak, apa yek nak beli, apa yek nak baham hari pertama nanti. Haha. Bernafsu betul.

Tapi kan, kena air tebu musim musim panas ni, layan dengan murtabak daging, masuk pulak dengan nasi beriani gam. Aduh mak, aduh cik tijah. Itu belum cerita ikan bakar lagi tu dengan roti jala.

Ok, kena tahan nafsu tahun ni. Betul. Boleh ker? Aku pasti bulan yang mulia ni dapatlah kita semua duhai para suami mengecutkan sikit perut buncit kita tanpa perlu beli Detox.

Kepada semua pondan yang pernah dibelasah cukup cukup kat blog ni, selamat menyambut Ramadhan dan jangan lupa berpuasa sebagai seorang lelaki. Jangan pulak kata datang bulan. Sebab nanti pad kena pasang kat mulut korang.

Dan akhir sekali, untuk Kak Naz di Norway, ini gambar kereta baru.



Sorry, kamera saya takder wide angle lens. Depa boleh ambik part ni jek. Nanti saya beli eh. Kat Norway, makan kuih apa? Kuih No-Way? Ok tak lawak.



13 replies:

Naz said...

Salam Hazrey,
Berkobar kobar nak tumpang seronok tengok gambar kereta baru you tapi hahaha! tipah tertipu :D
Nampak design lampu macam jenis kereta sleek mleek je eh! betul ke?
Apa pun, Raya nanti adalah yang bergaya sakan ya :P

alhamdulillah kat sini tak ada pasar ramadhan (umat Islam pun tak sampai 10 orang - my family je dah 5!). jadi tak adalah risiko air asia nak terbang senget bulan 12 nanti ke Bandung (((echo)))

Ramadan di sini kiranya time for reflection in the true sense of the word. Tak ada nak melebih lebih apa apa pun. Ala kadar saja setiap hari.
Eh eh...you pun pernah rasa kuih No-Way tu? Jual kat mana? KLCC tingkat 5?
hehe ;)

Ariana Naziha Aris said...

Salam Ramdhan, bro.

p/s : Macam lawa je kereta?Ehem2.

Ariana Naziha Aris said...
This comment has been removed by the author.
ateeka amer said...

ye. bulan puasa. bulan na makan makanan yang tak pena jumpa sepanjang tahun, haha. dah berangan na suruh mama masak roti jalan, bajet tiap2 minggu na balik. takpe, rumah dekat (;

F A R Y N said...

nak tumpang,bley?
lalalalalaa

Azhar Abdullah said...

Entri yang bagus sempena menyambut Ramadhan...

Aku ucapkan selamat berpuasa kepada nko...semoga Ramadhan tahun ini menjadi lebih baik dari tahun lepas-lepas...

Jangan jadikan bulan ni Bulan Berpuas, instead of Berpuasa...

Dan diorang yang tersandar kat kerusi tu memang solat Jamak...cuma bukan Jamak Taqdim atau Ta'khir...tapi Jamak Takyah...hawau betul..

Salam Ramadhan...

Hazrey said...

Kak Naz: Takper, sempena dengan bulan kemerdekaan ni, elok gak semangat tu berkobar kobar. We should do a story on you kat Norway tu kan. Interesting.
Nak gi bandung? Macam best jek... (((echo)))

Ada ke kuih No way? Hahah

Ariana: Macam jek.

ateeka: Jaga makan, nanti baju kurung tak muat.

Faryn: Pastikan kasut anda tidak berpasir.

Azhar: Hahahah, Jamak Takyah. That was a good one. Hahahahah. Salam Ramadhan to you and Suria.

zeqzeq said...

salam nak ramdhan, gula tak cukup

GOMEN kata gula selesai di Kelantan, tpi semak dekat pasaraya habis, dulu kedai runcit bagi sekilo, bila GOMEN kata line clear, peruncit bagi 2 kilo seorang.

siapa yang permainkan undang2??

Ara said...

nice entry, terasa jap..biasa ler, bulan puasa mcm2 juadah yg ada, klu tak merasa takut kempunan. tapi dah buat azam, tahun ni taknak membazir. anyway, selamat menyambut ramadhan..

p/s : kalau nampak satu kreta masuk cing-gapore kilau semacam, tau ler tu kreta saper..he3

mizzyN said...

selamat berpuasa esok kepada mak dab bapa gula-gula.

Hazrey said...

zeqzeq: Siapa yang dominasi pasaran?

Ara: haha, you better get ready for my arrival ok. Murtabak Arab Street esok!

mizzyN: mak gegula kim salam balik.

Ara said...

haha..murtabak je? kata nak shop satu expo. datang, jgn tak datang. we'll be ur personal tour guide esok. cakap je mana nak pegi. offer while stock last!

desertrose2575@gmail.com said...

Aku sambut echo Kak Naz aje (provided tiket flight kiterang return, ko sponsor n sanggup pakai baju kebaya ngan tudung Myza)

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.