Monday, July 6, 2009

RILEKSLAH, AKU BARU DAPAT BONUS RM10 K

Ada tak sesiapa yang boleh angkat tangan dan beritahu kat aku yang jahil ni, ada tak mana mana majikan yang sudi bagi bonus sebanyak RM10,000-00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) pada ketika ekonomi dunia merudum ketika ini.

Harga minyak masih lagi berkitar pada US$64 setong dan terdapat keyakinan bahawa ekonomi dunia tidak cukup kukuh untuk meningkatkan permintaan sebagaimana dijangkakan.

Dan di merata tempat di dunia terutama di kuasa ekonomi dunia, pasaran saham mengalami satu lagi pullback hari ini (Isnin) dek sikap pelabur yang agak pesimistik terhadap pemulihan ekonomi.

Maka, aku dengan seleranya bertanya sekali lagi, ada tak mana mana majikan yang sudi beri bonus sebanyak itu pada ketika ekonomi merudum sekarang ni.

Aku tau saper boleh bagi duit sebanyak itu.

Sebab sebentar tadi aku berhenti untuk beli burger tepi jalan. Beli banjo. Sedap banjo tu. Untuk yang tak tahu, banjo bukan sebuah gitar seperti di bawah ini, tapi burger berisikan telur semata mata.


Bukan benda ni yang aku order. Dan aku bukan Yuna.

Don't ask me, aku pun tak tahu sejarah awat depa panggil burger telur tu banjo. Kalau korang tahu, tolong beritahu sebab aku nak tahu.

Aku tiba di warung burger itu. Biasanya gerai kecil menggunakan sebiji lampu kalimantang menerangi malap malap menggunakan bateri kereta itu dikendalikan oleh remaja, dan aku suka diaorang ni, sebab ada usaha untuk cari rezeki.


burger tepi jalan Pictures, Images and Photos
Sekadar gambo hiasan. Bukan kedai sebenar. Lokasi kedai sebenar dirahsiakan.

Manis budak aka tokeh burger tu, sentiasa senyum. Aku turun kereta, aku beri salam, "adik, banjo satu, tapau." Yelah takkan aku nak makan kat situ, mana ada meja.

Ada seorang jejaka turut sedang menunggu pesanannya. Kiranya macam Pizza Hut lah, ada section untuk menunggu. Ermm lama tak makan pijah hat.

Wait, sebelum itu, kira-kira seminit sebelum itu, aku memberhentikan keretaku secara romantis, penuh dengan kesyahduan dan menggambarkan ketenangan jiwa. Mungkin aku sedikit jiwang apabila memberhentikan keretaku. Mungkin. Tapi tiada siapa tahu. Tapi percayalah, dalam kereta aku tiada hiasan bunga di kepala gear.

Aku turun. Aku kaget. Ok, mana ada kaget, pasal apa pulak nak kaget.

Aku berdiri posing senget sebab takder tempat nak sandar mahupun tempat duduk. Posing itu aku kira adalah yang terbaik untuk malam ini. Posing yang jarang jarang anak Melayu buat. Lelaki pulak tu. Kalau aku pusing 360 darjah, pastinya semua orang akan tepuk tangan sebab aku akan dianggap seperti Michael Jackson. Wohhhh...

Ok. Dengar perbualan sikit sikit.. yada yada yada yada antara si jejaka dan tokeh burger itu..

Burger jejaka itu siap.

Berapa ringgit?

Dua ringgit setengah jek, takkan sepuluh inggit pulak, kata si tokeh.

Alah, apa ada hal, sepuluh hinggit pun aku boleh bayar, kata jejaka, lantas mencampakkan not RM10 ke atas kaunter tempat memasak burger. Ya campak.

Tokeh hanya senyum sambil tangan ligat membungkus burger yang dipesan.

Sambil itu, tetiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan. Ohh ada kereta depan aku sudah dihidupkan menggunakan remote. Hebat, bisik hatiku.

Ehh bro, dua inggit setengah jerlah, bukan sepuluh inggit - kata tokeh burger melihatkan si jejaka sudah melangkah pergi.

Alah ilekslah bro, aku baru dapat bonus sepuluh ribu ringgit. Apalah sangat sepuluh ringgit, tegas jejaka itu dengan penuh keyakinan. Memang yakin jejaka ini.

Aku hanya mampu tersenyum.

Dia terus berlalu menaiki kenderaan yang sudah dihidupkan enjinnya menggunakan remote control itu. Ya, aku tahu, kereta aku tak ada remote sehebat itu, yang paling best aku ada pun remote aircon yang boleh aku hidupkan. Itupun kena ketuk ketuk sebab bateri dah nak mati. Alah, korang pun selalu buat camtu apa. Dah naik sompek remote control tv kat rumah.

Kenderaan berlalu pergi, siap dengan deruman, menekan nekan accelarator untuk semua yang ada di gerai burger itu dengar akan exhaust kenderaan dia. Vroom vroom vroom, vrooooom. Mahu RM5 minyak abis untuk adegan itu sahaja, bersama burger RM2.50 yang dibayar RM10. Tak apa, dengan wang bonus RM10,000 itu, dia masih ada lagi RM9,985.00. Masih banyak lagi. Tak luak pun.

Aku hanya tersenyum.

Lain macam jek brother tu - bukan aku tanya, tapi rakan tokeh burger kat situ, dan dia bagaikan membaca fikiranku. Mesti budak tu ada ilmu hitam.

Brother gemuk tu memang berlagak, statement berani mati tokeh burger tu. Tapi bukan kamikaze sebab target dah berlalu pergi.

Aku terus ketawa besar, berguling guling di atas jalanraya, lompat atas kereta, menyusup bawah kereta, buat sommersault atas gerai burger itu, dan buat kuak dada lima kali.

Ok aku buat tu semua dalam hati. Gila. Reputasi mau jaga.

Aku tergelak gelak dalam hati.

Alah, dia selalu camtu, esok mesti dia datang mintak baki, kata taukeh burger tu. Aku terus tambah buat kuak dada lima kali lagi, khas untuk tokeh burger itu dan diberi tepukan gemuruh. Posing senget aku terus tak menjadi. Ok, juga dalam hati.

Ok. Mulutku terkumat kamit, bukan baca mandrem kat tokeh burger tu, tapi ingin berkata kata:

"bukannya dia kat kedai Patek Phillipe atau Rolex, mahupun di kedai LV atau Gucci, kan bro?" Itu soalan yang nak sangat aku sambut bagi statement terbaru tokeh burger itu.

Banjo aku siap. Aku gelak berdekah dekah dalam kereta dengan biniku. Dan aku juga tidak menghidupkan enjin keretaku dengan remote sebab aku tak bawak remote control aircon aku.

Ohh aku bayar cukup cukup RM1.50 untuk banjo itu.

Next time, aku bawak remote control aircon aku.

19 replies:

ahmad yuthri said...

bro,
aku ingat nak pasang gak remote keta yg leh idupkan enjin dari jauh... tapi lepas ko citer mcm tu kan, aku ingat pasang balut kepala gear aku je la..aku tak beli, modified dari bunga kerja kawin jiran kawan aku kat kampung aritu... sedap ayam masak merah tu, tapi bukan yg kat kenduri tu, aku singgah kat kedai ujung jalan tu beli 2 ketul... ok laa..aku ngantuk..mana tau mimpi dapat bonus 500k....muahahahahaharun salim bachik!!!

ZARA 札拉 said...

hahahaha~

kalau dapat bonus camtu punya banyak, aku nak tau gak dia kerja mana..hahaha~

kalau mau bawa remote aircond, sila pastikan memakai baju tebal..mana tau tetiba jammed, terjadi iglu di situ sambil makan banjo~

^__^

Cinta said...

kenapa kita dah tahu bateri dah nak habis tapi tak nak ganti bateri remote tu? termasuk lah i skali..nak tunggu rosak pecah berderai dulu remote tu kot haha

WAN ZUHA ISHAK said...

:-)

DonCorleone said...

Kedai burger tepi jalan kat kampung aku dulu eja BENJO, bukan BANJO. Barangkali BENJO adalah diksi Jawa yang bermaksud roti yang dipasangkan dengan telur, bukan daging.

Aku start makan BENJO masa harganya 90 sen and last sekali aku beli BENJO ialah di TTDI dengan harga RM1.50.

Sekarang ni dah pukul 5.20am dan aku baru sudah sahur sebab esok nak puasa.

Cilakak sungguh....tetiba aku teringin BENJO pulak! Hampeh!

Zakiah Ponrahono said...

Apasal aku baca ceritanya aku rasa macam nak kutuk kau ha?

Apa punya ceritalah. Kalau plot cerita macam ni masuk cerekarama, pasti aku kutuk TV3 3 hari 3 malam tau.

hahaha

bloodytiramisu said...

masa senang boley la berlagak..bila2 masa jer tuhan boley tarik benda gitu.
kekeke

Azhar Abdullah said...

Lepas baca entri ko kali ni aku ada beberapa tugasan:
1.Nak ganti bateri remote kipas dapur yang selalu kena ketuk...

2.Nak beli Banjo malam ni,serius lama aku tak makan Banjo...teringin bila baca nih..

3.Nak tanya Cina mekanik aku tu boleh tak pasang remote start enjin kereta aku tuh...hehe...

Anyway,mamat tu silap2 cuma round sekali pusing je, pastu bila tgk ko dah blah sebab banjo ko dah siap maka dia stop balik minta baki dia...

eddie dewanaga said...

dalam pada rakan2 gua(termasuk juga si buah ati)excited keluar masuk drive thru McD, gua lebih selesa dgn stall burger tepi jalan ni... stop, relax tgk diorang masak burger tu, kebanyakan mereka cukup peramah, penuh pengalaman suka duka... ditambah meriah dgn radio kecik sangkut tepi tiang yg cuma melekat di stesen yg memainkan lagu2 lama...

gua makan kat situ je beb, relax layan burger ayam dan irama malasegar tahun 70an...

Anonymous said...

hahaahhah nasib baik kau tak letak no plat dia

Dollah

Al-Kaput said...

jap!
nk tekan remote..
suruh dapur aku masakkan benjo untuk tengahari..
lapar wo!

Audriena said...

"abang burger, benjo satu. potong semalam punya baki ha..."

<< s| tED| >> said...

ada amek no kete die ke bro..?? aiseyyy!! aku mau tanye mana die keje.. sape amek die keje.. aku pun nak keje ape yg die keje.. bape manyak keje da...

ntah2 die keje baiki remote rosak.. ekekekeke.. remote segala remote!!

Hazrey said...

ahmad yuthri: Haha.Mesti vogue the vazz keta kau tu.

Zara: Aku pun.

Cinta: Tulah kan, sebab kedai banyak jual bateri palsu?

Wan Zuha: :)

DonCorleone: Mudah mudahan ibadah kau hari ini mendapat keberkatan Allah SWT. Amin.

Zakiah: Sebab kau jeles dan perlukan perhatian dari aku.

bloodytiramisu: tulah kan.

Azhar Abdullah: Hahaha.. kesian remote kipas kau tu. Bolehlah bro, so next time kalau ada orang se-tat enjin dari luar, aku tau itu adalah kau. Pastikan kau berada di kedai burger tau untuk berbuat demikian.

eddie: betullah bro. Nikmatnya lain kalau makan kat situ. Lagipun, aku setujulah, burger diaorang memang sedap. Tapi kena tengok tempatlah.

Dollah: Ada, tapi aku taknak bagitau.

Al-Kaput: Haha, kau berasal dari Jepun?

Audriena: Hahahah, a'ah kan.

Tedi: Saya masih mencari alamat majikan dia. Kalau saya dapat, dun worry, gerenti saya takkan beritau, kena makan sorang ni beb.

mizzyN said...

ceh lagak dgn ko je lebih.

perempuan said...

hahahahahahahahhahahahahah
*gelak guling2*
bencinyaaa mamat yang berlagak macam tuuuuuuuuuuu,.tolonglahh!

perempuan said...

haha nak terbaca dua kali dan membayangkan situasi sebenar..

alangkah bestnye kalau dapat tgk sendiri..

lepas tu nak datang esok pulak tgk macam mana dia mintak bakiiii!

hahahahahah *gelak sampai sesak napas*

Nani said...

Ada dua pengajaran yg dapat diperolehi dr cerita ini. Dua2 berkait rapat dengan hidup saya:
1) Masa pertama kali saya nampak dekat menu gerai burger tertulis banjo, saya pun terus terbayang alat muzik yg en hazrey paparkan. jadi saya terus order satu untuk lihat bagaimana rupa banjo ini. Sedap!!
2) Saya pun selalu kena ketuk remote control tv sbb selalu bateri nak habis. Kalau dah ketuk beberapa kali dan masih tak berfungsi, baru lah baterinya saya tukar.

* I am trying to learn to write in standard BM sbb selalu surat resmi yang saya tulis kena edit dgn typist!!

Obefiend said...

haz

aku pelik. rss feed jamu dah pulh ke masih tersumbat. aku tak pasan pun kamu hapdet

lol

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.