Monday, July 13, 2009

EHH DAH NAK RAYA KER?

Syawal lama lagi, tapi kata orang tua tua, tap tup tap tup atau tup tap tup tap pejam celik pejam celik, dah Ramadan.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" (QS Al-Baqarah: 183).

** baiknya budak yang tulis ni, anak saper lah tu. Ok, aku dah kahwin.

Ramai juga di kalangan kenalan yang bakal menunaikan umrah pada Ramadan ini. Mudah-mudahan ibadah dipermudahkan sepanjang berada di Mekah.

Dan ramai dah mula menjeling buku resipi, sembang kat kaunter tanpa pedulikan pelanggan dan ada dah mula tanya sana sini mana nak beli kuih raya.

Dan tokeh tokeh kedai baju kurung dan baju Melayu dah semakin mesra pabila aku lalu depan kedai depa. Ada hal lah tu dia senyum, definitely bukan nak ngurat aku, tapi nak ngurat poket aku.

Citer pasal kuih, well, this sister in law of mine, memang obses part buat kuih.

My mum told me today, that she even resigned from her well-paid job sebab nak buat kuih.

Aku agak pesimistik gak bila mak beritahu dia dah resign, but bila depa siap nak hire pembantu, I guess she is serious about her SME business tu.

And her kuih is well accepted in Singapore, dan baru aku tau kenapa adik aku selalu tanya how to go here, how to go there in Singapore. Ada projek rupanya. But good for them. Dan kuih dia tak seasonal, malah sepanjang masa ada jek orang order, untuk memacam jenis majlis.

Then again, aku tanya, ehh gaji laki (adik aku lah tu), tak cukup ker? Well, this brother of mine is an engineer dan gajinya lebih banyak dari aku (err.. kalau ada lebih boleh masukkan dalam akaun aku tau).

Tapi it is all about hobby. Siap beli oven yang aku pun tak tahu nak nyebut brandnya. Yang aku tahu, oven tu besor dan duit nak membeli pun besor. Dan dengarnya, kalau laki dia degil nanti, adik ipar aku boleh masukkan laki dia dalam oven tu. Banyak tul duit adik aku dengan bini dia ni.

Tak sangka adik aku kahwin dengan tokeh kuih. Dan pastinya aku akan dapatlah tujuh lapan balang kuih free untuk raya ni (you better be..). Untunglah sebagai seorang abang ipar yang baik kat korang, aku tak ambik hati kalau korang bagi tujuh atau lapan balang. Lagi aku tak kecik hati kalau korang bagi 10 balang, genapkan senang nak susun atas meja. Balang bagi sekali ok.

Aku tak kisah kuih apa pun, sebab aku tahu kuih adik ipar aku buat ni memang sedap, yang penting taknak serbuk kuih. Jangan propose apa apa kuih, hantar jek terus ok, Farhana. Aku tak tahu apa nama kuih Farhana buat tu, tapi yang penting masuk mulut sedap dan ditelan lagi sedap.

Dan sebagai pre-balas budi pada kuih kuih yang korang nak amal jariahkan pada kami laki bini, aku promote kan sikit.

E-flyer ni diambik dari Resipi Emak milik adik ipar aku. Click sahaja di sini.

Aku bangga dengan semangat SME adik ipar aku ni dengan dibantu sepenuhnya oleh laki dia (disebalik muka masam). Haha.

Dan yang paling penting, esok kalau korang tengok ada usahawan berjaya BUKAN sebab jual air yang nano, that will be my sister in law. And fyi, korang tak perlu buat loan Tekun atau loan CIMB atau Bank Rakyat untuk beli kuih dia.

Orderlah hari ini, dan aku janji, aku memang takder komisen untuk this advertorial. Tapi kalau ada, aku hanya mampu melafazkan syukur dan pastinya aku akan berdoa untuk itu. (Farhana nak nombor akaun tak?).

p/s: aku dah bersiap sedia untuk belajar memandu lori ini. Any vacancy Farhana?



19 replies:

FAD ARIFFIN said...

haih awal2 lagi dah promote kuih raya. Berapa komisyen? ;-P

Hazrey said...

Haha, membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana, yang TAK jual apa apa penapis air beraura.

F A R Y N said...

bini azhan ke yg jual kuih?

agak2 kalau guna penapis air beraura bio apa jadah,kuih raya tu lagi berkhasiat ke?

hahahhaaa

Hazrey said...

Tak Faryn, tapi anda berpeluang untuk keluar TV dan bercakap ala ala baca buku di sekolah dengan skrip berikut:

"Dulu saya keja kuli, kena perah siang dan malam, pernah keja bank tapi boss mental. Kini, saya adalah usahawan kaya, lebih kaya dari orang kaya, sebab ramai pelanggan saya sudah mendapatkan pinjaman Tekun. Kebetulan pula Tekun baru sahaja dapat tambahan peruntukan."

Azhar Abdullah said...

Anak aku paling gelak part anak2 diorang tadah tangan..."Syukur, Alhamdulillah.."
Skrg kalau aku bagi diorang main PS2 lebih time, diorang pun tadah tangan.."Syukur Alhamdulillah"...

Nak order kat Farhana, tapi jauh bebeno nak sampai Perlis ni..sempat jadi habuk dulu...nanti la bulan 12 aku pegi JB...

F A R Y N said...

tak bley blah ok ayat tu..tapi aku kena pakai gelang emas sampai ke siku dulu...baru bley kuar TV sambil promot penapis air yg ada aura tu..kalah aura mawi !!!

Cinta said...

besar tu lori tu. lesen sudah ada ka? nanti takut tak sampai kuih raya.

Hazrey said...

Azhar: Kah kah kah kah. Baguslah kurang kurang pun ada pengajaran di sebalik skrip baca buku tu. Kah kah kah kah kah. Kiranya ada aura tu bro. Kalau Perlis, Farhana hantar pakai Airasia Redbox.

Faryn: Alah, kau beli jerlah zhullian. Dalam tibi mana orang tau betui ker idak. Mawi? Macam kenal nama tu..

Cinta: Mana besornya. Ikut gambo lah. Itu saiz sebenar tu. Ahaks.

ninoZ said...

nak ghaya dah? alahaiii posa pun blom abih ganti lagi..hehehehe

sejak kawin tak penah beli lagi kuih raya..takde personal touch lah lagi pun tak suka kuih raya kita sama dgn org lain...hehehehe burok tul perangai
tapi those yg berniaga kuih raya mmg untung kusssss semangat..untung 10K every musim raya tu kira kacang jekk..takyah tunggu bonus

ZARA 札拉 said...

hehehe~
cam cikgu kat sekolah pula..
belum raya, semua tempahan dah mula keluar..kuih raya, baju raya, tudung raya, kosmetik raya...

tunjuk pada daku yg gaji hari ni watpe? jamu mata window shopping kat catalogue je lah~ hahaha~

err...kamu suka kuih apa en hazrey?

Farhana said...

uishhh...awal ke sekarang nak promo kuih raya?...kalau pegi kt opis, makcik2 akak2 da sibuk bg sampel suh makan kuih raya hari2...

terima kasihla byk2 kepada abg iparku yg baik hati ni sudi promokan Resipi Emak...mudah2an murah rezeki En Hazrey suami isteri raya ni ye (dapat kuih raya free)....

nak order dari perlis?...bolehhh...singapore brunei indon pun boleh order....penghantaran boleh diuruskan melalui pos laju...

untung 10k?...Aminnnnnnnnnnnn...hehehehe....

Obefiend said...

hari raya buat aku pusing..

kenapa?

pasal bosan

Desert Rose said...

Aku dah submit cuti sebulan , nak buat dodol dan rendang arnab. Tempahan dah tutup 3 bulan dulu, gila bayk melimpah ruah.....tak sempat ar nak derma kat ko sket, raya haji lah ye aku bagi...

Pontianak Degil said...

Daripada bawak lori, baik tolong buat kuih. u kan the bapak of gegula. Sweeter than gula2 lagi tu

*eh2, bau kuey raya.

The Bachelor said...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

uwaaa!!!tknk raya kat sibu...nk balik johor!!!sbb ada kawan aku nk dpt bonus 500k..hikhihkhihk

mizzyN said...

promote promote

azhan said...

apesal bagi idea pasal oven tuh?

hahahaha

10 botol on the way...botol je

thanx!

Hazrey said...

ninoz: eloklah tak beli lagi. Tapi this time, you must buy Farhana's cookies. Sedap. Tak sedap, pulang balik.

Zara: hahhaha.. betul tu. ntah yek, kuih apa.. nanti I will write an entry about what is my favourite and hoping my sister in law will do one for me. ** Ehem Azhan, apa lagi.. perintah dijunjung.


Farhana: memang murah rezeki sebab Farhana dengan Azhan akan hantar kuih kan. Kitaorang nak simpan duit nak gi holiday so NO kuih muih this year. Langsir pun tak tukar tauuuu.

Obefiend: Kahwin cepat.

Desert Rose: Dasar kedekut, tahi hidung masin. hahah

Pontianak Degil: Takper, nanti ramadan u dah tak boleh komen lagi tau sebab kena ikat. Kita pandai bawak lori jek, buat kuih tak pandai, nanti buat pi baling dinding jek.

The Bachelor: Kesian orang sibu. Takper, raya this year, I will make a point to visit you in Sibu. That is my promise.

mizzyN: dapat upah.

azhan: Kah kah kah..

the 11th alphabet said...

boleh tak aku beli dengan duit zimbabwe selori yg aku dah kumpul?

engineer buat byk duit? ini satu penipuan. hahahah ade mmg ade tp tak ramai.

oh selamat mengganti puasa bapak gula2.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.