Wednesday, June 3, 2009

The War Against Ah Long, Achik dan Angah

The real aim of loan sharks is to keep their customers eternally in debt so that interest (for the sharks) becomes almost an annuity."

Macam lama tak menulis. Too much of work I guess. Jom heboh, assignment etc etc.

Today, met some familiar faces at the press conference of Johor Police Chief, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Seronok dapat berjumpa dengan media friends, especially those yang aku boleh menyakat.

Fauzi Ntv7 dengan gangnya, Shahrul dan Effi (no, not that Effi of Obefiend), yang tak henti buat lawaknya. Ohh Effi, lain kali kami akan menyediakan kerusi besi untuk kau.

Begitu juga dengan Ashar, wartawan hot berita TV3 di Johor. Sempat berlawak membuatkan semua orang kelam kabut di Taman Daya, pagi tadi. Haha, nakal kau Ashar. Dan sempat jugak aku menyakat Su dari Bernama. Dan Su, you can always ask me for my script. Upah: teh tarik secawan.

TODAY

Today's assignment is about Ah-Long. Loan shark. Jerung pinjaman?

Loan sharks sudahpun menjadi sebahagian dari sejarah. Banyak peminjam wang ini skirted between legal and extra legal activity. Dan di dunia barat, loan sharks adalah salah satu feature underworld, and blackmail or threats of violence adalah sebahagian dari ciri ciri menuntut semula pinjaman.

In many exploitative manner, these illegal moneylenders tend to violate many laws. Contoh terbaru adalah yang terjadi di Seri Kembangan di mana tiga lelaki diikat seperti haiwan.

Not that aku menyokong these moneylenders, but true to its fact sebagaimana yang dikatakan Ketua Polis Johor, kalau tidak ada demand, pastinya sindiket ini tenggelam. Dan sekali lagi, it is the public responsibility not to opt to these illegal moneylenders.

Their inflated service charges langsung tidak masuk akal.

Ini adalah kiraan pinjaman salah seorang mangsa yang dirantai di Seri Kembangan.

Pinjaman: RM1,000.00

Tunai Diperolehi: RM450.00 sahaja

Bayaran Setiap Hari: RM52

Tempoh: 120 hari

Jumlah yang perlu dibayar: RM6,240.00

Oleh kerana tidak sanggup membayar lagi, dia diculik dan dirantai.

Itulah hakikat konsep kiraan bayaran semula pinjaman Ah-Long. Semasa mula meminjam agen agen Ah Long ini adalah manusia yang paling manis dan paling baik dalam kehidupan anda.

Namun di sebalik kemanisan itu semua, pastinya kalau check ruang barangan kenderaan agen agen Ah Long ini, pasti akan terjumpa cat merah, batu, rantai dan tidak mustahil senjata tajam.


Artis Hong Kong, Andy Lau pernah menjadi duta Ah Long di Malaysia dengan gambar vogue the vazz ini. Tidak, ini sebenarnya cara Ah Long memikat peminjam. Marketing.


I still remember part of the war on Ah Long is to register prepaid handphone number. But of course, in Malaysia ada banyak undang undang yang disebut dan dinyatakan dalam media, namun penguatkuasaan adalah suam suam kuku. Itu hakikat dan tiada siapa yang boleh menafikan.

The purpose is simple, to stop on Ah Long activities that advertise their number so that the authority can trace them down. Ask any of the police officers, berapa banyak nombor yang tertera di poster poster dan iklan iklan Ah Long itu memiliki data yang sah? Legitimate information?


Look at this. Remember those ad by Jabatan Belia? These Ah Long pun pandai. Ini cakap diaorang, *kami bukan Along. Abis tu? Angah? Achik?

Ah Long tahu ke peminjam ni kakinya busuk?

Apabila gagal membayar, jalan mudah Ah Long ialah menampal gambar IC peminjam di kawasan pejabat dan rumah peminjam. Aku taknak guna mangsa sebab diaorang bukan mangsa tetapi peminjam yang taknak pikir akibatnya.

See the hyperlink that I included on the above's paragraph and see the former Deputy Home Minister, Datuk Fu Ah Kiow sendiri cakap tracing loan sharks will NOT be easy because "there is a loophole in tracing them whereby the numbers could have been registered under a different name or even a "phantom owner".

Yes, I myself dah boleh buktikan it does not work here in Malaysia. Couple of months ago, I received prank calls during wee hours, and sms-es. Those sms-es are not friendly although some men would love to receive such sms. "Abang, mana ni, saya dah tunggu ni, lama tak sentuh tubuh abang" all sort of things. And those sms-es delivered to me almost every day.

So I decided to lodge a police report while calling some friends to check the details of the sender. Yes, I got the address and even the IC number. And yes, phantom owner. The address does not exist at all. So di mana MCMC?

So seriously, what is the purpose of getting the whole nation to register their prepaid numbers in an attempt to halt loan sharks' activities, when their "master plan" is flawed? Aren't we all back at square one now? Correct me if I'm wrong but I think the whole prepaid registration circus is a big joke. I can imagine the loan sharks laughing their butts off watching all of us monkeys (yes, me included) in the process.



"errm… kena register ke prepaid aku ni.." fikir monyet sambil berfikir, IC siapakah yang perlu digunakan kerana monyet tak ada IC. Takper, kat Malaysia, MCMC tak buat kerja.

Ramai rakan aku di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sering menemui jalan buntu apabila melakukan siasatan terhadap nombor nombor yang diperolehi.

Organisasi Ah Long ini amat licik dan bijak. The main culprit tidak akan muncul malah ada kalangan Ah Long yang ada sekarang hanyalah runner sahaja dan bukan the main player.

Dipercayai, ada juga runner yang tidak pernah menemui the main funder mereka dan hanya menjalankan tugas memberi hutang dan memungut hutang, dan of course dengan cara yang paling zalim dan kejam yang boleh mereka lakukan, bagi memastikan modal yang dikeluarkan funder mereka mempunyai return yang tinggi.

Dan yang paling sadis ialah, pegawai serta anggota polis sering menjadi sasaran kepada cacian dan cerca dari masyarakat apabila berlaku peminjam dizalimi.

Sebelum terus melempar tohmahan dan cacian itu:

1. Kenapa pergi meminjam pada Ah Long? Antara jawapan mudah: sebab susah nak dapat dari bank, padahal kebanyakannya bukan untuk perniagaan tetapi untuk tujuan berjudi atau (quote Obefiend) ada juga yang digunakan untuk menyertai MLM.

2. Untuk apa meminjam? Untuk berjudi, sebab dah ketagih. Untuk menutup hutang dengan Ah Long lai

Manakala MCMC serta penyedia perkhidmatan telefon selular perlu lebih bertanggungjawab, jangan sekadar memikirkan Ringgit dan Sen semata mata.

Peraturan untuk mendaftar talian pra-bayar ini sudah lama di Malaysia tetapi sejauh manakah penguatkuasaan dilakukan MCMC, agensi yang bertanggungjawab terhadap penyedia khidmat itu semua?

Adakah penyedia khidmat akan terus melindungi agen agen mereka yang tidak bertanggungjawab membiarkan pendaftaran oleh phantom owner di atas buku lejang tanpa perlu mengemukakan kad pengenalan mereka?

* * * * *


Di Amerika pada lewat abad ke-19, loan shark sudahpun wujud. Dulu dikenali sebagai land shark dan money shark.

Di Amerika juga, before the First World War a progressive coalition emerged to fight on behalf of these consumers. This fight culminated in the drafting of the Uniform Small Loan Law, which brought into existence a new class of licensed lender. The model statute mandated consumer protections and capped the interest rate on loans of $300 or less at 3.5% a month, or 42% a year. Its aim was to establish a reputable class of lenders that could satisfy the demand of loan shark victims at a substantially reduced rate. The law was first enacted in several states in 1917 and was adopted by all but a handful by the middle of the twentieth century.

Hakikat sebenar Ah Long ini ialah, dari mana sumber wang mereka kalau tidak dari organized crime? Ini termasuk pelacuran, penjualan DVD cetak rompak, judi, pengedaran dadah dan banyak lagi aktiviti menyalahi undang undang negara. Ini bukan beban untuk polis sahaja. Ketika meminjam, tidakkah peminjam memikirkan akan akibatnya nanti? Pada keluarga?

Amerika sudahpun memerangi Ah Long sejak 1917 malah pada tahun 60-an, underworld Ah Long di sana menjadi the second most lucrative franchise of organized crime!

Hari ini di Malaysia, terpapar nombor telefon bimbit dengan pelbagai gaya dan strategi termasuk menggunakan ala ala Master Card, CIMP Bank, MayiBank dan ada juga went overboard dengan meletakkan Urusan Kerajaan pada sampul surat yang diletakkan dalam peti surat kita.

Calling card Ah Long hari ini semakin evolves, dan banyak nombor telefon tertera dan tentunya ia berbalik dengan penguatkuasaan dari MCMC dan service provider terhadap phantom owner of the handphones.

To me, if police is going hard on these Ah Long, how about other agencies? How about service provider? Are they even serious of implementing the laws? Or are they even doing it?

Manakala, apa pula tindakan bank bank perdagangan yang susah sangat nak bagi pinjaman kepada usahawan untuk besarkan perniagaan mereka?

Pernah aku terbaca kerajaan memperuntukkan berbillion ringgit kepada bank bank terpilih di negara ini untuk pinjaman kepada usahawan, tetapi bank bank ini buat macam duit diaorang sendiri, sehinggakan adakalanya duit tak habis membiayai pinjaman.

Itu belum lagi kisah dari seorang kawan aku yang mengemukakan permohonan pinjaman kepada SME Bank untuk membiayai expansion project syarikatnya yang memiliki aset berjuta ringgit dan tidak mempunyai sebarang liabiliti pinjaman tetapi pegawai SME Bank dengan mesranya menolak mentah mentah tanpa berkunjung pun untuk melihat sendiri aset yang dimiliki kawan aku itu tetapi terus menolak permohonan itu. Menarik tak?

Jadi, sementara kita sendiri bencikan Ah Long, bank juga perlu keluar dari pejabat berhawa dingin mereka dan pergi jenguk usahawan tulen dan serious yang memerlukan pembiayaan untuk berkembang. Jangan malas dan jangan makan gaji buta.



15 replies:

Obefiend said...

macam biasa hazrey.. enforcement yillek. kalau baca komentar akhbar selalu terbaca ini

"why can't the police just track down the numbers"

dah tau dah kenapa

tapi kan tak bole ke polis telepon diorang. buat macam nak pinjam. bila dia mai kita serbu. boleh kan. jatuh dibawah "solicitation" bukan entrapment. ke ape tah. im not too sure. hahaha

by the way

ade gak yang meminjam ni buduh. for example ada TEKUN dan sebagainya. last last guna masuk MLM. tak kurang juga ada yang pinjam ah long nak melabur MLM. bila MLM tak untung kena la jual dubur! hahaha

Hazrey said...

Obe: Police dah puas track down the number and yet, like I said, it goes back to service provider yang MEMBIARKAN agen agen mereka mendaftarkan phantom users.

Service provider lebih memikirkan keuntungan dari tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan MCMC hanya mampu duduk di kerusi empuk mereka di Putrajaya tanpa perlu melakukan apa apa pun.

Pelbagai cara dah dilakukan dan agen agen Ah Long ini bijak. Kalau depa tahu polis dah trace their number, they will change it to new number. As easy as 1, 2, 3.

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

berpinau mate bace!! Berlawan2 dengan latar hitam n font berwarna putih!!

wah ! lari topik ni!!

entry adalah panjang. Membaca adalah pening sedikit.
Ah long, ah ngah atau ah chik!!
apapun yg penting.. Jangan menyerahkan diri anda kepada mereka dgn membuat pinjaman. Itu bermakna anda telah menempah satu ruang bilik 'lokap'mereka.

eh!! Tapi betul ke untuk buat pinjaman persendirian di bank2 tempatan banyak songel betul mereka sehinggakan kita terasa nak wujudkan bank sendiri??

Hazrey said...

Ok dah tukar color sikit. Tulah, saya pun rasa peninglah baca. Hahah.. I thought it was me. Haha.. Thanks for the note.

Syed said...

Many years ago saya pernah tinggal menyewa bilik di apartment seorg loan shark. Of course masa deciding and moving in tak tau yg dia tu buat keje tu. Plus he seemed like a nice guy. He proudly revealed that horrific info [and some equally horrific 'life of loan shark' stories] after I was there for about 2 mths.

Seram bila ingat2 balik.

Hazrey said...

Syed: Kalau buat buku, mesti laku. Hidupku Seorang Loan Shark. Come, you will be the photographer.

F A R Y N said...

pegawai bank mmg suka suki reject loan customer..kena sogok2 sket..bawak buah tangan...ajak minum2..baru la bukak mata nak luluskan loan...

eh..salah sorg reader aku,bf nye keje as Ah Long...muka tak ganas langsung...hahahahaha

Ariana Naziha Aris said...

Bayangkan muka Mawi jadi ikon Ah Long,

ataupun muka Akhil Khayy?

ahmad yuthri said...

Do you know most of the pigs do not have names? ----> good question..
but, which one got?

my point here, do you know all the hp number is registered? and do u know when u registered u need to give copy of ur ic? do u know u have to fill the form including ur add n ur mother's name? do u know i miss my mom so much?

bro, ko kenal aku n ko tau aku keje aper..n for info (but off record) apa saja suggestion korang tu dah di laksanakan but law dah stated sampai satu tahap ko tak dapat nak kaitkan is ketam bola dengan profesor klon kerana hp no yg di guna oleh profesor klon di register atas nama is ketambola. tapi bila di siasat is ketam bola bukanlah pemain bola atau jual ketam bakar kat tepi stulang laut. Dia cuma bela itik kat belakang umah abang askar... apa kejadah aku melalut ni...

register hp no tu sebenarnya hanya untuk mengaitkan si A dan si B. Bukan membuktikan apa-apa aktiviti haram yang di lakukan. Untuk membuktikan seseorang itu melakukan jenayah tidak semudah menonton konsert artis indonesia yang semakin byk kat msia berbanding artis tempatan yang tkde sponsor nk buat konsert dorang.
oleh yg demikian pak, kita haruslah sedar, gimana lagi untuk menyelesaikan perkara ini. Pak Polisi tidak butuh utk menjaga setiap org di msia pd satu-satu masa. ya, kita bisa menarik seekor KELDAI ke kolam, tapi apakah bisa kita memaksa KELDAI itu minum air di dalam kolam tersebut...

Ah long sememangnya tidak di nafikan kewujudan mereka tetapi siapa yang menyokong pertumbuhan golongan itu? kalo tkde penagih, ada ke pusher nak tolak barang? kalo tkde DSLR, buat ape lens di jual...?

Pemerintah harus menyediakan satu hub atau medium baru bagi mengagalkan usaha mamalia berdarah panas ni(kalau tk silap aku la jerung berdarah panas...nyesal cabut masa kelas sains..)

kalau kita tk nk cendawan tu terus tumbuh melata, racun tak dapat, cangkul tanah pun tk dapat, kau bom tmpat tu pun masih tumbuh lagi, nape tak cari punca mcm mana tumbuhnya cendawan tu....then work from there... ko pakai condom ker, mkn pil perancang ke,buang luar ke, tp masih lagi mengandung perempuan tu, nape ko nak main jugak...

(Komen yang di buat hanyalah luahan isi hati si penulis. tiada kena mengena antara yang masih hidup atau pun yang sudah buat peralihan kuasa.....)

Desert Rose said...

U know TEKUN tu kalau nak apply kena jadi AHLI UMNO dulu, prasyarat yg dikeluarkan dlm pekeliliing dikeluarkan kpd semua bahagian......its an open secret.

SME tu??? I tatau apa modus operandi dia n seriyesly I teringin nak tgk balance sheet derang, coz tak pernah lagi i dengar application yg lepas, how they make profit really beats me la...

eddie dewanaga said...

bank teruk beb...

susah sgt nak lulus loan, padahal org serius nak besarkan bisnes, zaman gua muda2 dulu, sorang member berniaga warung, nak besarkan warung, pinjam bank kena gelak dgn budak2 pegawai pinjaman... last2 pinjam along... tapi hari2 ada je cina naik moto kawasaki kip kaler ijau dtg ambik duit...

sial, bertahun2 gua selalu bertembung dgn cina tu. kesian member gua, sekarang dia jadik jaga dekat kilang... bisnes hancur, van lebur.

cik nana~ said...

biasanye yang pinjam ah-long bukit beruntung nih orang yang terdesak. memang susah la sekarang nak wat loan dgn bank. rata2 nak gaji tinggi n keje kerajaan. lagi2 la time gawat cam ni. bank susah nak lepas. saya dah survey banyak bank nak wat loan, susah sangat. yang senang tu haaa.. cimb bank. tapi interest 24%. adik beradik ah-long gak tu!

Hazrey said...

Faryn: Itulah yang patutnya Kementerian Kewangan lihat. Dan budaya macam itulah yang buatkan orang semakin benci.

Ariana Naziha Aris: Nama awak ni macam ala ala pelakon drama slot samarinda, tapi saya suka. Hehehe. Mawi jadi ikon? Ermm.. last year, ada rakan saya call, ada gambar fasha sandha dijadikan model iklan Ah Long. Lupa nak ambik gambar.

Ahmad Yuthri: Panjang cerita kau ni. Tapi betullah tu. Yang penting ialah masyarakat tidak berpaling kepada Ah Long tetapi apakah option yang mereka ada? Bank?

Desert Rose: Lets urge the government to revamp SME Bank.

Eddie: That is not new. Memang berlaku. Yang kerja di bank tu semua kekadang, langsung tak tahu apa itu bisnes, dan tak tahu apa itu feasibility study, dan mudah mudah menolak proposal orang sebab mereka sendiri tak faham isi kandungan proposal. So, adakah salah si pemilik bank memiliki kakitangan seperti itu?

cik nana: Betul, indah khabar dari rupa. Tapi apa kawalannya? Yang penting sekarang ialah kawalan oleh pihak kerajaan. Perlaksanaan tanpa kawalan dan pemantauan, susah jadiknya.

tbchua said...

Good stuff, good stuff!

Keep writing,sir.

Chua,Muar.

Hazrey said...

Hi Chua (my unofficial translator.. haha);

I had a good and lengthy chat with you in Muar on Saturday. We should do this more often. Next round, will be in JB, and the next teh peng will be on me. :)

You may visit Mazidul Akmal's blog as well. The link is on the right hand side of this blog. Look for Mazidul 360.

Pls visit again.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.