Sebagai tribute kepada pengorbanan Pak Karim di Kampung Rambah, Pontian, I am re-posting this entry for all, just to remind my dear readers of his story malam ini.
Make a date, tonight at 9:30pm immediately after 360. Don't miss 360 though as tonight's episode will be on H1N1, the dos and don'ts and what do you do to avoid the epidemic (is it an epidemic?)
I will be an angel if I am that.
* * * * *
Usia 52 tahun bukan sedikit.
Pada usia ini, pastinya banyak sudah dilakukan, diperolehi untuk hidup apatah lagi dalam dunia materialistik hari ini. Semuanya adalah kebendaan. Bagaikan sudah sinonim hidup kita dengan semua itu.
Di Kampung Rambah, Pontian, seorang lelaki sanggup mengorbankan kehendak dan gelojak hati ketika muda dahulu.
Dia lelaki tulen. Kemegahan semua kaum lelaki. Dan aku sendiri, terasa malu pabila berdepan dengan lelaki ini, minggu lalu.
Kalau ad
a anugerah untuk lelaki maskulin, Abdul Karim Mohd Jani, 52 tahun patut diberikan anugerah itu.
Dia mengenepikan tuntutan dunia sebagai seorang lelaki lazim kita dengari, yang berasaskan kebendaan.
Gadget yang paling mahal yang dimiliki cumalah sebuah telefon bimbit murah yang tiada 3G, tiada kamera video, apatah lagi kemudahan untuk melayari internet di mana jua. Harganya kurang RM100. Itupun digunakan untuk tujuan kecemasan. Ohh telefon bimbitnya juga tak boleh langsung mengambil gambar seperti yang kita miliki. Tak perlu buatnya.
Dialah perwira SEBENAR di medan kehidupan.
Dia juga jarang ke Starbuck mahupun Coffee Bean apatah lagi Old Town Coffee. Dia tak perlu diberitahu untuk memulaukan Starbucks dek kerana dia sendiri tak tahu Starbucks itu apa. Tak penting buatnya Starbucks. Tiada keperluan bagi Abdul Karim untuk mengetahuinya.
Dia juga tak pernah berkunjung ke J-Co atau Big Apple.
Selepas waktu kerja, Abdul Karim belum pernah lagi bergegas menemui rakannya di restoran mamak untuk sesi mengeteh (minum teh lah, tu pun korang tak tau. Kenapa gelak?).
Begitu juga waktu tengaharinya, dia tak perlu runsing ke manakah langkahnya akan membawa tubuh yang sudah dimamah usianya itu untuk mengisi perut.
Destinasi utamanya hanyalah satu - rumahnya. Itu yang dipanggilnya.
Tetapi rupa serta keadaan struktur usang yang dipanggil rumah ini sudah cukup menghibakan.
Di bawah bumbung yang berkeropos sana sini dengan lantai
retak seribu, di situlah seorang wanita tua berusia 82 tahun menghabiskan sisa hidupnya.
Rahmah Ramlan, 82 tahun adalah ibu kepada Abd Karim.
Sejak kehilangan bapanya pada 1984, Abd Karim lah tempat si ibu bergantung hidup.
Karim sanggup mengenepikan keperluan hidupnya demi ibunya itu.
Sementalaah pula, kaki si ibu tak mampu lagi memapah, menanggung tubuhnya, berdengkut dengkut, hinggakan menangis si ibu menahan kesakitan pabila berjalan selangkah dua.
Bagai mengerti akan keuzuran si ibu, dari luar rumah yang usang sudah cukup menceritakan akan penghuninya.
Biarpun kehidupan yang serba kekurangan, dengan ibu yang sakit dan sudah uzur, Karim tak pernah mengeluh, tak pernah putus asa untuk pulang menjaga ibunya.
Karim juga masih bujang. Ditanya kenapa tidak berkahwin, ibu lebih penting akuinya, apatah lagi, dengan keadaan ibunya itu, tanggungjawab itu mahu digalasnya sebaik mungkin.
Dengan pendapatan tak seberapa sebagai seorang tukang kebun, wang itulah digunakan untuk menyara hidup mereka dua beranak. Lupa langsung Karim akan keperluannya, kerana padanya, ibu adalah segalanya.
Sekelumit pun tak pernah Karim merengus.
Pada orang kita, lazim buat kita melihat seorang ibu melayan anak bagai menatang minyak yang penuh. Sebaliknya, melihat Karim, pasti tersentuh hati, hiba rasanya, kecil diri kita, berdosa diri kita.
Tenang merenung wajah Karim. Tanpa kerut, tanpa keresahan. Jarang aku bertemu wajah setenang begitu. Terpahat wajah Karim tanpa sebarang kekaburan. Ya Allah, permudahkan hidup Karim, bukakan pintu rezekiMu seluas-luasnya untuk Karim.
Karim mengayuh basikal usangnya siang dan malam. Itulah pengangkutan utamanya biarpun sebuah motosikal sudah dimilikinya, namun jarang digunakan semata mata untuk berjimat, demi menyara keperluan ibu dengan wang yang tak seberapa sebagai tukang kebun.
Setiap tenga
hari, Karim akan mengerah kederatnya pulang ke rumah, untuk memasak buat santapan ibunya. Apa yang dimasak? Apa yang mampu.
Waktu bekerja, Karim bersungguh sungguh dengan tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang amat besar buat majikannya. Tak kira panas, hujan, sama seperti tanggungjawabnya kepada si ibu, begitu juga kepada amanah yang diberikan.
Begitulah juga amanah yang sudah diberikan arwah ayah, dan sebagai anak sulung, itulah yang digalasnya.
Pada ketika rakan seusia sudahpun berehat rehat di anjung rumah sambil bermain dengan cucu, Karim masih lagi mengerah kederatnya menyara hidup buat ibu.
Ramai penduduk di Kampung Rambah kenal akan Karim. Pendiam. Tak banyak karenah. Malah kesungguhannya menjaga ibu sering dijadikan contoh kepada anak muda di perkampungan itu.
Mungkin atas dasar itu, Karim juga dipilih sebagai pembantu noja masjid Kampung Rambah. Sebelum itu pun, Karim tak pernah lekang berjemaah di masjid itu.
Karimlah pengisi kesunyian ibu. Karimlah rakan bergurau buat ibu. Karimlah tempat bermanja.
Hakikatnya, pasti syurga dijanjikan buat Karim. Mudah-mudahan.
"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."
Mudah-mudahan, kita semua menginsafi apa yang dilakukan Karim buat ibunya. Semoga rezeki Allah SWT yang dipinjamkan pada kita di dunia ini dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Mudahan Allah SWT dapat membalas kebaikan Karim dan anda semua. Insya'allah.
Jangan lupa untuk menyelami kisah Karim Rabu, 24 Jun depan.
Sambil itu, apalah khabar ibu kita agaknya? Dah makan? Cukup tidur? Sudah baikkah sengal sengal di kakinya? Sudah redakah batuknya? Cukupkah beras di rumah untuk disuapkan di mulut yang semakin dimamah usia itu? Siapakah yang membasuh baju ibu? Ibu masih ada, di depan mata, tetapi jauh dari hati dan ingatan. Apa dosa ibu? Apa dosa ibu? Siapakah yang berada di speed dial di telefon bimbit kita? Ibu? Tentu tidak kan.
Tak apa, ibu pasti memahami kita sibuk. Kesian kita terpaksa sibuk mencari keperluan hidup di dunia. Tak apa, ibu boleh tunggu untuk kita bertanyakan khabar dia. esok Esok pasti mendatang. Hari sememangnya mendatang. Hari ini kita sibuk. Ibu pasti ada esok. Itu kata kita tetapi malangnya bukan kita penentunya.
Sayang dah makan? Sayang sihat? Sayang ok ke tak? Itu ayat Pak Karim buat ibunya, mungkin, kita tak tahu. Tetapi bukan dari kita untuk ibu kita. Betul?
UPDATED: Jika anda ingin menyumbang, sila hubungi Encik Shafie di talian 017-7618919.
Make a date, tonight at 9:30pm immediately after 360. Don't miss 360 though as tonight's episode will be on H1N1, the dos and don'ts and what do you do to avoid the epidemic (is it an epidemic?)
Again, get ready with your tissue my dear readers. There is no penyingkiran, status kedudukan, tiada peluk meluk dengan luggage, siapa dapat sms tertinggi, tiada sepanduk sokongan, cuma sekujur tubuh Pak Karim dan cerita pengorbanannya buat ibu yang uzur dan dah tak berdaya memerah kederat.
Dan Pak Karimlah tempat bergantung, Pak Karimlah tempat mengadu nasib. Pak Karimlah tempat si ibu menitiskan airmata.
Renung betul-betul akan wajah Pak Karim. Renung akan hatinya. Tatapi wajah senyumannya.
Ajak anak anak bersama-sama di depan televisyen malam ini.
Jangan lupa menyumbang buat Pak Karim dan semua yang memerlukan.

* * * * * * *
I will be an angel if I am that.
* * * * *
Usia 52 tahun bukan sedikit.
Pada usia ini, pastinya banyak sudah dilakukan, diperolehi untuk hidup apatah lagi dalam dunia materialistik hari ini. Semuanya adalah kebendaan. Bagaikan sudah sinonim hidup kita dengan semua itu.
Di Kampung Rambah, Pontian, seorang lelaki sanggup mengorbankan kehendak dan gelojak hati ketika muda dahulu.
Dia lelaki tulen. Kemegahan semua kaum lelaki. Dan aku sendiri, terasa malu pabila berdepan dengan lelaki ini, minggu lalu.
Kalau ad
a anugerah untuk lelaki maskulin, Abdul Karim Mohd Jani, 52 tahun patut diberikan anugerah itu.Dia mengenepikan tuntutan dunia sebagai seorang lelaki lazim kita dengari, yang berasaskan kebendaan.
Gadget yang paling mahal yang dimiliki cumalah sebuah telefon bimbit murah yang tiada 3G, tiada kamera video, apatah lagi kemudahan untuk melayari internet di mana jua. Harganya kurang RM100. Itupun digunakan untuk tujuan kecemasan. Ohh telefon bimbitnya juga tak boleh langsung mengambil gambar seperti yang kita miliki. Tak perlu buatnya.
Dan tidak pernah lagi sepanjang usianya menggenggam telefon bimbitnya itu, dia sibuk saling berganti menghantar sms kepada rakannya, admirernya, mahupun kerani wanita yang memakai cermin mata gelap dibeli di Tesco di tempat kerjanya.
Dialah perwira SEBENAR di medan kehidupan.
Dia juga jarang ke Starbuck mahupun Coffee Bean apatah lagi Old Town Coffee. Dia tak perlu diberitahu untuk memulaukan Starbucks dek kerana dia sendiri tak tahu Starbucks itu apa. Tak penting buatnya Starbucks. Tiada keperluan bagi Abdul Karim untuk mengetahuinya.
Dia juga tak pernah berkunjung ke J-Co atau Big Apple.
Selepas waktu kerja, Abdul Karim belum pernah lagi bergegas menemui rakannya di restoran mamak untuk sesi mengeteh (minum teh lah, tu pun korang tak tau. Kenapa gelak?).
Begitu juga waktu tengaharinya, dia tak perlu runsing ke manakah langkahnya akan membawa tubuh yang sudah dimamah usianya itu untuk mengisi perut.
Destinasi utamanya hanyalah satu - rumahnya. Itu yang dipanggilnya.
Tetapi rupa serta keadaan struktur usang yang dipanggil rumah ini sudah cukup menghibakan.
Di bawah bumbung yang berkeropos sana sini dengan lantai
retak seribu, di situlah seorang wanita tua berusia 82 tahun menghabiskan sisa hidupnya.Rahmah Ramlan, 82 tahun adalah ibu kepada Abd Karim.
Sejak kehilangan bapanya pada 1984, Abd Karim lah tempat si ibu bergantung hidup.
Karim sanggup mengenepikan keperluan hidupnya demi ibunya itu.
Sementalaah pula, kaki si ibu tak mampu lagi memapah, menanggung tubuhnya, berdengkut dengkut, hinggakan menangis si ibu menahan kesakitan pabila berjalan selangkah dua.
Bagai mengerti akan keuzuran si ibu, dari luar rumah yang usang sudah cukup menceritakan akan penghuninya.
Biarpun kehidupan yang serba kekurangan, dengan ibu yang sakit dan sudah uzur, Karim tak pernah mengeluh, tak pernah putus asa untuk pulang menjaga ibunya.
Karim juga masih bujang. Ditanya kenapa tidak berkahwin, ibu lebih penting akuinya, apatah lagi, dengan keadaan ibunya itu, tanggungjawab itu mahu digalasnya sebaik mungkin.
Dengan pendapatan tak seberapa sebagai seorang tukang kebun, wang itulah digunakan untuk menyara hidup mereka dua beranak. Lupa langsung Karim akan keperluannya, kerana padanya, ibu adalah segalanya.
Sekelumit pun tak pernah Karim merengus.
Pada orang kita, lazim buat kita melihat seorang ibu melayan anak bagai menatang minyak yang penuh. Sebaliknya, melihat Karim, pasti tersentuh hati, hiba rasanya, kecil diri kita, berdosa diri kita.
Tenang merenung wajah Karim. Tanpa kerut, tanpa keresahan. Jarang aku bertemu wajah setenang begitu. Terpahat wajah Karim tanpa sebarang kekaburan. Ya Allah, permudahkan hidup Karim, bukakan pintu rezekiMu seluas-luasnya untuk Karim.
Karim mengayuh basikal usangnya siang dan malam. Itulah pengangkutan utamanya biarpun sebuah motosikal sudah dimilikinya, namun jarang digunakan semata mata untuk berjimat, demi menyara keperluan ibu dengan wang yang tak seberapa sebagai tukang kebun.
Setiap tenga
hari, Karim akan mengerah kederatnya pulang ke rumah, untuk memasak buat santapan ibunya. Apa yang dimasak? Apa yang mampu.Waktu bekerja, Karim bersungguh sungguh dengan tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang amat besar buat majikannya. Tak kira panas, hujan, sama seperti tanggungjawabnya kepada si ibu, begitu juga kepada amanah yang diberikan.
Begitulah juga amanah yang sudah diberikan arwah ayah, dan sebagai anak sulung, itulah yang digalasnya.
Pada ketika rakan seusia sudahpun berehat rehat di anjung rumah sambil bermain dengan cucu, Karim masih lagi mengerah kederatnya menyara hidup buat ibu.
Ramai penduduk di Kampung Rambah kenal akan Karim. Pendiam. Tak banyak karenah. Malah kesungguhannya menjaga ibu sering dijadikan contoh kepada anak muda di perkampungan itu.
Mungkin atas dasar itu, Karim juga dipilih sebagai pembantu noja masjid Kampung Rambah. Sebelum itu pun, Karim tak pernah lekang berjemaah di masjid itu.
Karimlah pengisi kesunyian ibu. Karimlah rakan bergurau buat ibu. Karimlah tempat bermanja.
Hakikatnya, pasti syurga dijanjikan buat Karim. Mudah-mudahan.
"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."
Mudah-mudahan, kita semua menginsafi apa yang dilakukan Karim buat ibunya. Semoga rezeki Allah SWT yang dipinjamkan pada kita di dunia ini dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Mudahan Allah SWT dapat membalas kebaikan Karim dan anda semua. Insya'allah.
Jangan lupa untuk menyelami kisah Karim Rabu, 24 Jun depan.
Sambil itu, apalah khabar ibu kita agaknya? Dah makan? Cukup tidur? Sudah baikkah sengal sengal di kakinya? Sudah redakah batuknya? Cukupkah beras di rumah untuk disuapkan di mulut yang semakin dimamah usia itu? Siapakah yang membasuh baju ibu? Ibu masih ada, di depan mata, tetapi jauh dari hati dan ingatan. Apa dosa ibu? Apa dosa ibu? Siapakah yang berada di speed dial di telefon bimbit kita? Ibu? Tentu tidak kan.
Tak apa, ibu pasti memahami kita sibuk. Kesian kita terpaksa sibuk mencari keperluan hidup di dunia. Tak apa, ibu boleh tunggu untuk kita bertanyakan khabar dia. esok Esok pasti mendatang. Hari sememangnya mendatang. Hari ini kita sibuk. Ibu pasti ada esok. Itu kata kita tetapi malangnya bukan kita penentunya.
Sayang dah makan? Sayang sihat? Sayang ok ke tak? Itu ayat Pak Karim buat ibunya, mungkin, kita tak tahu. Tetapi bukan dari kita untuk ibu kita. Betul?
UPDATED: Jika anda ingin menyumbang, sila hubungi Encik Shafie di talian 017-7618919.

42 replies:
Mom is everything to him, which we all need to look up to. Besar jasanye, besar la hadiah Tuhan bagi kat die. Insyaallah. Moga-moga beban die diringankan & ditambahkan rezkinye.Insyaallah.
Serius bro, entri ko kali ni berjaya mnitiskan air mata aku...Hebat pengorbanan Karim...
Entry yang menyayat hati.
Semoga Allah meringankan beban Karim dan menyenangkan hidupnya.
Semoga Allah menolong kita untuk selalu bermuhasabah diri dan bersyukur atas segala nikmat yang kita perolehi.
semoga syurga hadiah paling besar buat pakcik karim. banyaknye dosa aku pada mama. malu rasanye pada pakcik karim.
doa aku buat pakcik karim,
semoga Allah memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
semoga Allah murahkan rezeki pakcik karim
semoga Allah beri kesihatan untuk pakcik karim.
bersamamu la ek?
aku baca kisah ni, mcm tgk cerekarama.
but berjaya muhasabah diri kejap.
terkasima sekajap.
Besar pahala bela mak, seandainya sume org islam sedar akan betapa kasihnya Allah pada hambanya yg mengasihi dan menjaga kebajikan ibu bapa, tak ramai mak bapak yg duduk kat rumah seri kenangan.
Walaupun dia sangat sederhana, tapi di amat bahagia, dan kebaikan dia pada mak dia tulah jmbatan besi utk dia meniti syurga
Waaaaa rindu mak bapak aku la plak
So sweet. Our parent is everything. Love them smpai syurga~
Agaknya... macamana dia memandang kehidupan.
Agaknya... macamana dia melawan kesepian.
Agaknya... macamana dia merawat kesunyian.
Agaknya... macamana dia mengisi ketentuan.
Agaknya... macamana dia mengumpul kekuatan.
Agaknya... macamana dia menutup kesedihan.
azza: Mom is evyerthing to us. Not only we need to look up to, kita wajib, dan Pak Karim seorang lelaki yang amat amat baik.
Azhar Abdullah: Memang hebat, aku sendiri sebak pabila menemuramah dia bersama rakan, Aina, aku cuba provokasi dia dengan soalan kenapa tak kahwin, tidakkah beban buat dirinya, tapi tersenyum tenang sahaja Pak Karim. Hebat hati Pak Karim, mulia pekerjaannya, syurga pasti dijanjikan buatnya.
Amir ALS: Mudah mudahan kita semua dapat iktibar.
cik nana: Jangan lupa mendoakan ibu agar kesejahteraan dan ketenangan sentiasa bersama ibu kita.
ateeka amer: You know which program kan. :) Dan it is not me, ini kerja Allah SWT.
out of your mind: Ingat ibu tau dan ayah juga.
Desert Rose: Mudah mudahan kita mendapat sedikit kesedaran dari ini semua dan keinsafan. Ibu selalu ingat kita, tapi kita jarang ingat ibu kan..
Zakiah: TIADA perkataan agaknya dalam hidup Pak Karim, lelaki hebat tanpa perlu ada misai tebal, mahupun kereta mewah dan pelakon utama sebuah filem atau dikejar wartawan hiburan. Tak perlu meminta minta untuk diberikan undian. Dia mendapat doa ku. Dan dia sudahpun mendapat kemenangan dengan peranannya itu buat ibu kandung yang menjanjikan syurga buat ibu.
Ya Allah, sungguh hebat pengorbanan Pak Karim ini, kecil betul aku bila berdepan Pak Karim.
Ara Lindungan Bulan: Mudah mudahan Pak Karim menerima restu dan keredhaan Allah SWT. Jangan lupa call mak.
dah ler pagi tadi nak merambu ayaq mata tgk mazidul n wardina dok bercerita pasal bapa..nih tambah balik baca entry nih..:(
tinggal berapa lama sangatlah masa yg dipinjamkan untuk kita berbakti pada mak bapak yg entah sepanjang mana usianya..
harap-harap one day anak2 kita nanti akan membesar dgn menghargai kehidupan n keluarga mcm pak karim neh..
aminnnn...
pengorbanan seorang ahli syurga...
mungkin ada yg bakal membantah kenyataan gua ni, hey, nobody is perfect!
tapi tak ramai yg sanggup jadi begitu, mengabdikan diri buat ibu tercinta, tinggalkan dunia yg penuh warna warni. syurga dibawah tapak kaki ibu, kasih ibu membawa ke syurga... kita biasa dengar ayat2 tersebut, kan??
so, tak salah lah kenyataan awal gua yg mula2 tadi...!
ninoz: Harap airmata itu diiringi keinsafan dan ingatan buat ibu dan ayah. Apa yang mereka mahu? Duit? Belanja makan? Tak, bukan itu semua. Mereka mahukan sedikit ingatan dan doa. Telefonlah mereka. Tanyakan khabar, ibu dah makan? Ayah dah makan? Ibu sihat, ayah sihat? Katakan rindu pada mereka. Katakan ingatan pada mereka.
eddie: tak salah eddie. Itulah yang sebenar benarnya. Ramai antara kita mengakui adanya syurga dan wujudnya neraka tetapi tidak mahu beramal untuk memasuki syurga sebaliknya berbuat sebaliknya, dan menafikan neraka.
Pak Karim simbol lelaki. Takde galang gantinya.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
oh my God!!!! I'm cry!!
Bravo bro...
hargai ibu kita sentiasa.
Yup!! memang jarang kita jumpa manusia macam En. Karim. Diri kita sendiri pun kita belum mampu buat sebegitu.
Semoga hidup en. karim sentiasa tenang dan sejahtera di bawah doa ibu tercinta. InsyaAllah.
Buat insan bernama Abdul Karim bin Mohd Jani,
aku belum tau aku akan sekuat mu,
belum ku tahu aku kan setabah mu,
belum ku mampu berkorban seperti mu,
belum tentu ku kayuh basikal burukmu,
belum tentu ke mengerah peluh setitis mu,
belum tentu aku pulang menyuap ibu ku,
belum tentu menahan jeritan muda ku,
belum tentu pakai hp tanpa camera dn 3g seperti mu,
tapi...kasih syg ku pada ibu tetap sepertimu...
ok lah..aku nak tepon mak aku jap... semekom...
waahhh...sungguh sebak hati ni bila baca....kagum pada pakcik ni..semoga Allah memberkati hidupnya, dimurahkan rezekinya bersama bonda tercinta....
tergumam.
kalau nak dibandingkan Pakcik Karim dengan anak-anak zaman sekarang, jauh beza.
semua ingin jalan mudah tanpa memikir pengorbanan kedua orang tua mereka.
"rumah orang-orang tua kan ada mak? mak duduk situ jelah ya..bulan-bulan sipulan sipulan kirimkan duit"
sedihkan kalau anak kita cakap macam ni dengan kita.
Semoga Pakcik Karim memberkati hidupnya dan dimurahkan rezekinya.
*diberkati
tercabar aku sebagai anak. mak, aku sayang kamu..
Selamat Hari Bapa juga!! :D
ahmad yuthri: nanti aku bagi kau username and password untuk blog aku ni. :)
Kekadang bila kau comment, it scares me. Haha. Yeah, remember that tears of hers? Dia menitiskan
Tedi: Syukurlah kerana Allah yang tunjukkan pada my colleague - producer Ms Kalijahwati untuk menjenguk famili ini. Dan semoga hidup kita bersama ibu sentiasa tenang dan sejahtera juga.
ajie: Insya'allah.
perempuandotdot: Mudah mudahan kita semua mendapat iktibar dari kisah ini.
laki cikgu kimia: gi telefon mak.
tedi: hepi father's day. :)
rasa kecik aje diri ni bila baca sinopsis en karim. sesungguhnya mulianya en karim
salam.
karim memang hebat dan memang mungkin tak akan dapat kita sampai pengorbanan ditahap itu.
.
moga Karim dirahmatiNya.
.
Mak is almost everything to me, to all of us.
Well, maybe kita panggil Mama, Ibu, Ummi, but still, sia yang mengandung dan melahirkan kita, anak-anaknya.
Semoga kasih sayang sentiasa berpanjangan.
Semoga cinta yang tersemai tidak akan putus begitu saja.
Semoga berbahagia la en karim itu dunia dan akhirat kerana membahagiakan ibu tercinta. Dan semoga berbahagia juga kpd en hazrey n rakan2 Bersamamu dunia dan akhirat juga.
renung fikir dan amal..
Wan Zuha > sama jugak, nabi terakhir adalah Nabi Muhammad SAW. Tetapi tidak pula disebut siapakah sahabat terakhir Rasulullah. Tiada?
abanglong: Boleh, boleh. Mesti boleh. Sebab itulah kita diketemukan dengan Pak Karim. Itu kerja Allah SWT.
Zara: Insya'allah.
Rohaya: Terima kasih Rohaya. Terima kasih. Doakan agar semua krew penerbitan Bersamamu sentiasa diberkati Allah SWT dan dipermudahkan urusan mereka.
zeqzeq: betul tu.
subhanAllaah..
tq 4 this sharing
salaam
Perkongsian yang menarik..
Ada sesuatu
utk dipelajari..
Utk Dimengerti..
Uk kita lebih mensyukuri
P/s: Salam tumpang baca..
semoga ALLAH akan meletakkan pakcik karim ke syurga paling atas. gua respek lu pakcik karim!
miss bee: Salam. You are most welcome.
missgee: betul tu. You speak my mind.
ayobkelubi: Sama dengan gua.
eh eh.. baru tambah perkataan 'yet' di belakang tu yek? Opss!! Sorry2 selingan!!
Dasyatlah reporting hang kali ni. Terpempan dan tersentuh. Dasyat betul pengorbanannya. Awak macamana?
Kak Zana! Haha I am very the fine. lols. Sesekali melankolik sikit. Kita ni orang kecik kecik. Huhu.
apa kes RSS feed kamu ni haz
site dah update tapi RSS tak update.. haih
rss feed blogger ni memang bab sikit. kekadang 2 hari baru hapdate.
kita sekarang benda kecik pon macam kena marah sebab balik lambat dengan ibu, dah tarik muka, dah fikir rumah bagaikan neraka. ibu belikan baju on sale taknak, want the branded stuff only.
tapi kita x sedar ada lagi insan-insan lain yang di luar sana lebih susah, tapi masih mampu melayan ibu mereka dengan layanan first class.
dunia.
sedihnya....
dia adalah insan terbaik
sejuk perut ibu masa mengandungkan dia....
semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat dia... amin..
Post a Comment