Thursday, June 4, 2009

NURUL HANA BINTI CHE MAHAZAN.

Nama ini mungkin kurang dikenali buat segelintir. Samalah dengan aku. Baru hari ni aku ambik kisah pasal nama ni.

Kalau disebut Nana, sudah pasti ramai yang mengenali penyampai radio Era ini. Dan aku teringat lagunya.. Hey Nana.. haha, aku benci lagu tu, sebab gedik bunyinya. Tapi ini bukan kisah lagunya.



Hot tak? Yeah, stop drooling, she is no longer available beginning this Saturday.

Aku sebenarnya kurang gemar buat liputan pasal artis kahwin ni. Phobia.

Kawinoratisphobia. Ya.

And I have my reason ok. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat...

Aku tak mahu lagi jadi subjek utama, melebihi pengantin seperti yang berlaku dulu. Cukuplah. Kata kawan aku sorang ni - halo you are over expose. Haha. Jahat ko yek cakap aku camtu.

Apatah lagi sang penulis ruangan gosip sudahpun menulis akan Nurul Hana yang bakal diijabkabulkan dengan Mohd Raqeem Brian Abdullah pada Sabtu ini, 6 Jun 2009 tidak mengundang wartawan ke majlisnya.

Beberapa minggu lalu, ketika sidang akhbar mengumumkan kejayaan polis menyelesaikan kes kematian seorang wanita mengandung dua bulan yang diragut, aku sempat menyakat bapak pengantin perempuan yang juga seorang pegawai kanan polis.

Aku tak tahu apa kejadahnya penulis ruangan gosip tu menulis sedemikian, tetapi even sebelum keluar kisah ni semua pun, bapa pengantin yang aku kenali - seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sudahpun siang siang, beriya iya meminta aku datang, biarpun aku sekadar menyakat beliau. Lagipun aku agak phobia dengan majlis kahwin selebriti ni.

Bapa Nana, Che Mahazan, yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat dan sering berurusan dengan pihak media, tentunya tahu akan tugas wartawan. Aku pun kenal dia dah lama, dan belum pernah lagi walaupun ketika kes sensitif, dia menolak menemui wakil media. Dan sentiasa mesra media sama dengan bossnya, Ketua Polis Johor dan KPD Batu Pahat.

Maka, apabila keluar cerita yang Nana taknak jemput, aku pun pelik, bukan ke itu hari bapak dia cakap, belum sempat lagi hantar kad jemputan.

Seriously, aku langsung tak kenal Nana secara peribadi dan tentunya Nana 120 peratus tak kenal aku. Aku cuma kenal bapak Nana disebabkan tugas aku.

Dan Che Mahazan sendiri, yang sepatutnya bercuti selama beberapa hari untuk menghantar kad jemputan tempohari terpaksa membatalkan hasratnya kerana dipanggil bertugas berikutan kes ragut yang turut menyebabkan kematian itu. Sebab itu, sebaik kes itu berjaya diselesai, Che Mahazan lah orang paling sibuk hantar kad.

Jadik, aku tak tahu di mana justifikasi kisah ini, apatah lagi antara usikan aku kepada Che Mahazan, bapa Nana adalah, "alah, entah entah tuan tak mau kitaorang datang kot." Lantas ditepisnya, sedikit pun tidak difikirkan sedemikian, apatah lagi yang bakal datang buat liputan dari Johor adalah rakan-rakan media yang dikenali beliau.

Aku teringat satu entry rakan aku, DonCorleone. Ya, di biro negeri, tak ada falsafah atau kefahaman sama ada kau wartawan hiburan atau wartawan jenayah. Semua kena buat. Maka, kemungkinan bahawa wartawan yang sama membuat liputan jenayah akan datang Sabtu ini adalah amat amat tinggi, dan aku adalah contohnya. Dan aku pulak, untuk program wanita. Vogue the vazz lah aku.. tak tahu nak pakai baju kebaya warna apa ni, kena cari yang lap lip ni. Hahaha.. mampussss. Nauzubillah.

SIANG TADI.
Siang tadi, aku sempat telefon Che Mahazan. Usik dia, amboi bapak pengantin resah semacam jek. Dia gelak sungguh sungguh seperti biasa yang aku kenali. Dan terus dia nyakat aku balik, Halo hazrey, saya cuti dah, jangan tanya pasal kerja. Aku terus gelak.

Bila aku sebut yang aku akan datang buat liputan, dia tanpa teragak agak terus bertambah ceria. Kecil tapak tangan, nyiru ku tadahkan, mungkin itu yang boleh digambarkan dari suara dia. Dan dia sempatlah jugak mengutuk kenapalah majlis anak perempuannya itu jadik isu, dan turut menyebut nama penulisnya. Aku terus gelak paling besar untuk tahun 2009 ini, bukan kerana apa yang dikatakan, tetapi nama yang disebut.

Bila aku tanya lokasi rumah dan apa yang hendak aku lakukan nanti untuk liputan itu, terus dia jawab, takder masalah Hazrey, datang jerlah, kau ni macam tak biasa dengan aku pulak. Dan tak sampai seminit selepas perbualan itu selesai, aku sudahpun terima sms alamat majlis bakal diadakan.

Maka apabila aku baca perenggan ini:

“Asalnya bukan Nana yang tak mahu jemput wartawan, tapi saya rasa keluarganya sendiri. Majlis akan dibuat di pihak keluarga Nana. Keluarga Nana bukannya selebriti, jadi mungkin mereka tak berapa faham. Justeru, memang saya ada bertemu orang kuat sebuah akhbar tabloid untuk bertanya pandangannya. Tapi, nak kata dia marah, tak ada pun. Sekarang semua dah selesai, Nana pasti jemput wartawan,” kata kenalan Nana itu.

.. aku terus gelak, sebab tidak ada justifikasi langsung. Kalaulah story macam ni keluar dari wartawan jenayah, pastinya editor akan siap siap suruh bungkus kain baju seluar dan segala pakaian sebab hanya hearsay dan langsung tidak ada source yang sahih. Bestnya kalau aku boleh buat camnih, takder confirmation langsung.

Kenapa depa taknak call bapak Nana tu sendiri? Call jerlah. Bukan susah sangat pun untuk dapatkan confirmation.

Tanyalah "Halo pakcik, pakcik tak mau jemput wartawan ke? Tau tak saya siapa? Saya abang Superman, sekali saya tulis, sampai bila bila pakcik tak akan dapat naik eskalator lagi. And I know where you live pakcik."

Seperti yang aku kata, mustahil bapak Nana yang hampir setiap hari berdepan dengan wakil media tak mau jemput media. Pelik nih. Siapa kawan Nana tu? Siapa orang kuat akhbar tabloid tu? Keluarga Nana memang bukan selebriti tetapi takkanlah bapak dia, iaitu khalifah dalam keluarga Nana tu yang dah naik muak tengok warga media hampir setiap hari kat Johor ni jahil tentang peranan media?

Dan aku terasa betapa kurang matangnya apabila penulis menyebut:

"Mungkin ada hati wartawan yang sudah terguris, tapi tak mengapalah Nana, suka hatilah nak jemput ke tak, ada ku kisah!"

"Bagi Zubir, populariti Nana tidaklah sehebat Datuk Siti Nurhaliza, Mawi atau bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari yang awal-awal lagi sudah menyenaraikan nama wartawan yang bakal diundang ke majlis perkahwinan mereka. "

Cuba ditukarkan kepada ayat berikut:

"Mungkin ada hati wartawan jenayah yang sudah terguris, tapi tak mengapalah duhai Ketua Polis Negara, suka hatilah nak jemput ke tak, ada ku kisah!"

"Bagi Jubir, populariti Ketua Polis Negara tidaklah sehebat Barrack Obama, Mawi atau bintang Indonesia, Bunga Cintra Lestari yang awal-awal lagi sudah menyenaraikan nama wartawan yang bakal diundang ke sidang akhbar beliau."

Dan kalaulah betul ditulis begitu rupa, sudah tentu dah lama diaorang bungkus. Tutup kedai. Kena gelak - confirm.

Dan sebab itulah, wartawan bukan dari meja hiburan lebih cekal dan lebih kental dan tidak mudah terguris biarpun sampai kena tendang oleh Orang Kena Tuduh (OKT) di mahkamah sebab ambik gambar depa tak henti henti mahupun kena marah sebab tanya soalan bodoh pada Ketua Polis. Sebab kami ada integriti dan kalau taknak kena marah, jadiklah mak andam atau kerja yang tidak memerlukan dimarahi (kalau ada).

Dan belum lagi aku dengar mana mana wartawan (bukan dari meja hiburan) yang merungut merengek macam budak kecik tak dapat susu botol sampai tulis begitu sekali, dalam mana mana ruangan tulisan mereka. Belum lagi.

Dan sebab itulah, tulisan seperti inilah menyebabkan jatuh bergoleknya nilai kewartawanan apabila disebut "mungkin ada hati wartawan yang sudah terguris", padahal yang terguris itu siapa? Ada ku kisah ke wartawan hiburan ni nak kecik hati ke tidak? There is a hole in their life.

Haha. Takperlah, yang penting aku akan ke Muar, Sabtu ini untuk cover majlis Che Mahazan tu. Mesti ramai yang aku kenal dari PDRM yang datang. Mesti depa akan gelakkan aku sebab mamat (ejaan: ensem) buat program jenayah ni pun buat program wanita. Aku serba boleh, so gelaklah. Haha.

25 replies:

Obefiend said...

zubir gdempol anak seladang buat hal lagi ke? hai puaka sorang ni tak abis cerita ye?

ha ha ha

btw Haz.. wojik ke ajak wakil media. kang jadi macam kes Datin Natasha Hudson. sampai la ni dendam kesumat tak padam2. tak dapat makan kek 7 tingkat muncung sampai 3 tahun ye? minah tu dah ada baby dah pun

ha ha.. adei. macam pondan. engkau bila nak bash pondan? lama dah tak maki pondan.. engkau punya maki bagus ditujukan kepada Azwana. dengar cerita pondan tu kena sound dengan SKMM. siapa la setan yang flah blog dia. kesian ko pondan

well not really

Hazrey said...

Aku kalau pergi Zoo tak suka tengok tenuk. Sebab ingatkan aku pada seseorang.

Benda ni effi, bukan untuk artis jek, anak pak menteri atau menteri pun sama jugak, kalau dah jadik public figure. So depa mestilah tau, lagi pulak bapak dia tu biasa keja dengan media.

Bukan macam pondan, memang pondan pun. Hahah, lama kan tak maki pondan. Esok jangan ada pondan buat hal kat majlis tu, aku ketuk kepala diaorang. Haha. Yang flag tu dianggap mulia budi pekertinya.

<< s| tED| >> said...

wahhh!!! Musti wartawan hiburan yang ala2 tenuk tu klu bace entry ni musti nangis golek2. ye lah... dia tak dapat undangan.. tulis merayu meratap nak sgt g majlis kawen anak en che mahazan. tetiba org lain yg dapat pergi.

eh eh obefiend.. baru perasan lah nick ko ni yg slalu layan oh bulan!! tue... hik hik hik..

Azwana Alia blog dia dah kena sound.. dah ketaq jari nak menaip lah tu!! ha ha ha ha ..

Ariana Naziha Aris said...

Orang dah ajak,datang saja.. :)

Zakiah Ponrahono said...

aku mesti tak boleh pakai baju cam NANA tu...

aku kan gemuk.

hahahaha

sreSHAziela said...

bro kang upload pix2 ari sabtu nanti erk.. upload sekali muka bro ngan bpk pengantin.. boleh?

wartawan hiburan skrg ni lebih2 dr artis plk.. masuk melodi lah.. tak puas ati sini .. benci artis sana.. khepoh ok!

F A R Y N said...

woooo...agak2 kalau dapat anugerah wartawan contoh,aku nak afundi HAZREY SI BAPAK GULA....muahahahahaha

Desert Rose said...

En Hazrey (bacaan : POORAAAH),

Sian ye abg Jubir org tak jemput, kecik ati dia tau. Tulah aku tgk wartawan hiburan yg jantan pun makin ramai dah jadi transformers, dulu gagah skarang dah pakai lipstick dah, geli hempedu aku....tu yg emo semacam tu. Jap lagi Abg Jubir jadi Kakak Zubaidah lah tu ko tgk la.

Ko buat NONA ke ke WHI???? Aku kena tengok nih hu hu hu hu...

p/s : Aku tak ske ar Nana, gedik n #####, dia la yg ckp Angkasawan Negara Jamaludin Jarjis, dan dia bukan silap cakap, dia yakin ok. Tp dulu dia buruk, skarang dah cun sket. Cumanye bila lepas kawen ni hopefully dia lebih rajin membaca.

eddie dewanaga said...

bro, nana era ni dulu budak2 af kan..?

penah terserempak dgn dia dulu sekali, yg gua noticed sangat2, body dia mantap beb... dia kawin dgn 'muallaf' ye..

Syed said...

Most time I gelak je baca article cam tu. Then rasa marah sebab most times they instigate kemarahan dan kebencian pada whoever mentioned in the article. And that's just repugnant.

I'd rather read blog 'I am not a Sugar Daddy....'. Now that's good reading right there... :)

Hazrey said...

Tedi: Tenuk mana tau menangis. Dia cuma tahu mengacah depan eskalator jek. Orang orang macam nilah yang merosakkan kerjaya wartawan. Obefiend tu merata ada dia. Tempat yang dia takder, cuma kat rumah aku jek.

Ariana: Mestilah. Nak kirim?

Zakiah: Kenapa selepas pengakuan tu mesti ada 'hahahaha'. Tak elok hidup dalam denial ni. Hahahah.. Taklah zack, ko comel, sure boleh muat punya (selepas dikembangkan atau ditambah kain).

sreSHAziela: Alamak. Tu yang jadik keras sikit tu. Kita ni bukan artis atau selebriti nak ambik gambo dengan bapak pengantin, atau mana mana penanggah majlis tu. Malulah shaziela.. ni pun saya dah tersipu sipu malu ni.

Faryn: Tak boleh ke pakai konsep berbeza selain dari "AF"undi tu. Tak teruja rasanya. Haha.

Desert Rose (read: mulut jahat):
Orang badan macam tenuk ni memang macam tu, tak sedar diri. Tak tahu antara integriti dan kesahihan berita. Aku tengok mana ada newsworthy pun dia tulis apa apa. Budak praktikal Mass Comm pun kalau tengok tulisan dia sure akan muntah darah. Dia nak jadik Zubaidah ke, nak jadik Halimah ke, lantak dia lah. Walau apa pun, aku kalau ke zoo tetap tak suka tenuk.

Aku buat liputan untuk sebuah program kewanitaan. Terasa manja bila aku sebut kewanitaan tu. Ahaks. Methodddd nokkkkk...

p/s: Nana hot lah. Oh dia ker yang cakap? Takperlah, buang yang keruh ambik yang jernih. Aku pasti dia akan lebih rajin membaca. Esok aku akan pesan kat dia. Dummy's Book For DJ.

eddie: Yes dude. She entered AF1 kalau tak silap aku. Kau pnya komen ni menggambarkan kau lelaki yang siuman. So, aku tak marah. Hahah. Entah yek siapa bakal laki dia, tapi aku tau dia budak Astro gak. Cuba kau baca link tulisan si tenuk tu.

Hazrey said...

Syed: If he writes about me or my family in such a way, confirm I wil drag him to court sebab I have Desert Rose (read: mulut jahat) to do the dirty job for me.

And in one way or another, as I said, whatever he is doing is childish. A journalist should NEVER writes about your emotion and your feeling as to be fair the subject you are writing. Nanti takder justifikasi. And he is doing it, FREELY.

zahara sufian said...

saya tak tau kenapa. tapi saya suka mengupdatekan diri dengan news pasal gadis-gadis ala bimbo seperti nana. haha. and no i am not one of them =) paris hilton mungkin sesuai menjadi mentor nana.
anyways, selamat pengantin baru, nana ke?

notakaki: en. hazrey, i think we're now under the same roof. (tapi, i have no idea who u are. sorry)'cause i'm currently doing my practical in media prima. dept mana, perlu dirahsiakan =P

Superzac said...

yang penting ko takkan dihalau kerana memijak rumput masjid hahaha...! anyhoo, suka hati la dia nak jemput sapa ke tak kan? dia punya kahwin dia punya suka ah....terguris la plakkkk...and yes, i hate pondans...

cik nana~ said...

yang flag blog azwana tu budak2 cari forum kan??? opssss....

Hazrey said...

Zahara Sufian; Nama awak pun macam ala ala watak Samarinda. Kena saman ke cakap camtu. lulz.

notakaki: kalau law student pi buat praktikal kat media prima, takkan pulak kat engineering dept kan. mengalahkan wartawan hiburan tersohor statement 'perlu dirahsiakan'. hahaha.

Superzac: hahaahha.. aku pastikan aku tidak memijak rumput. Masalahnya zac, bapak dia belum lagi nak ngantor kad dah kecoh kecoh, hadap sangat, macam tak pernah makan nasi minyak kot.

cik nana: hahaha eloklah kalau depa flag. Korang jangan pulak flag blog aku. Aku suci.

Obefiend said...
This comment has been removed by the author.
Obefiend said...

aku flag blog engkau pasal engka kata aku ada di serata tempat. ini tidak benar!

aku ada kat depan PC jek. kes kes

Hazrey said...

Alamak. That is so pondan to flag my blog. Hahaha.

Obefiend said...

aku pacak jalur gemilang.. hahahaha

FAD ARIFFIN said...

agak2 si 'jubir' tu baca tak blog nih? kalo dia baca bagus gak! cuma terpikir, kalu artis2 dia berani bantai dalam column dia, napa dia tak pernah kutuk balik wartawan2 yg selalu 'tegur' dia, like yourself Bang Hazrey, or Bang Don? tak berani ker?

zeqzeq said...

x nak komen bab reporter....periuk nasi masing2..

mmcm komen periuk nasi peguam juga..

Hazrey said...

Fad Arrifin: Good question. Nope, I dun think he would read a junk like this, as he is over his head. lols. Siapa kata tak berani? Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pun dia boleh jolok.

zeqzeq: :)

HipHopLess said...

Nak jadi papparazi, buat la cara papparazzi. Just crash the fucking wedding. Tak payah nak bitter-bitter sebab kena berdiri depan gate carcosa yang terkunci (read: natasha hudson)

Lepas tu tulis dalam paper tanya: dia sapa sampai nak taknak jemput wartawan, hengat wartawan hingin sangat nak pergi.

Dah diorang tulis dalam paper as their fucking article, diorang sendiri angkat status dia sebagai selebriti dan letak diri diorang kat bawah sebagai wartawan yang hati pink dan cepat sentaaaaap. "kaedahnya" bak kata pondan.

Buat macam bapak gula-gula: suka hati mak bapak dia nak pijak rumput mana pun kan?kan?kan? (read: mawi)

Sekian. Lama dah tak melawat. Heh.

Hazrey said...

Hiphopless: Boleh sambut anniversary to see you here. Same goes to DonC. Korang dua dua boleh menyebabkan aku kerugian sebab kena beli kek dan belon untuk menyambut anniversary korang tak datang sini.

Ok, joke aside my english teacher, hahaha... (read: takut nak tulis omputih sebab cikgu omputih ada sini).

A'ah kan, memula mengangkat diaorang, pastu sentaaaaaaap macam pondan, pastu jatuhkan diaorang. Ishh toksah jadik artis lah kat Malaysia ni.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.