Ikat ketua polis
Oleh Saipul Adli Mohamadsaipuladli@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Walaupun kaki dan tangan saya diikat ke belakang, saya bersyukur selepas isteri menyahut apabila namanya dipanggil membuktikan kami tidak diapa-apakan kumpulan perompak terbabit,” kata Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu bersama isteri dan seorang anak perempuannya mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Taman Damansara Aliff di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum ketiga-tiga mangsa diikat dalam bilik berasingan, kira-kira jam 5.45 pagi semalam.
Mengimbas kejadian itu, Zainuddin berkata, dia tidur seorang diri di bilik belakang kerana pulang lewat daripada bertugas dan tidak mahu mengganggu isterinya yang tidur di bilik utama manakala anaknya di bilik berasingan.
Beliau berkata, dia hanya sedar selepas seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke lehernya sebelum mengarahkannya tidak membuat bising.
“Mereka mengikat kaki selain tangan saya diikat ke belakang dalam keadaan tertiarap. Selepas keadaan senyap apabila perompak itu dipercayai meninggalkan rumah, saya memanggil isteri dan mendapati dia serta anak tidak dicederakan.
“Dalam keadaan terikat, saya bergerak ke bilik belakang sebelum mendapati isteri dan anak dikumpulkan dalam satu bilik dengan tangan mereka diikat ke depan.
“Saya meminta anak saya mencari gunting untuk menggunting wayar yang mengikat saya dan menghubungi polis dan perompak terbabit melarikan pelbagai barangan berharga, selain telefon bimbit,” katanya.
Zainuddin mengakui ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan dan mengadakan tahlil di rumahnya malam tadi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisoner II Datuk Amer Awal, berkata perompak terbabit dipercayai memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah menggunakan pemotong besi dan pemutar skru.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut, polis menahan tiga lelaki berusia 20-an di sekitar bandar raya ini selepas dipercayai terbabit kejadian berkenaan.
Aku menulis kali ini bukan kerana aku rakan kepada ACP Zainuddin. Penguatkuasa undang-undang sendiri are not being spared from criminals.
Aku amat marah dengan apa yang berlaku. Aku sedih dengan apa yang berlaku pada keluarga ACP Zainuddin.
Aku minta maaf pada aktivis hak asasi, kerana aku rasa apa yang dilakukan kadang-kadang tak masuk akal. Sanggup pertaruhkan kestabilan dan keamanan negara semata-mata untuk menegakkan 'hak' seorang penjenayah. Hentikan gimik bodoh yang sentiasa dilaungkan itu.
Bagaimana pula hak mangsa?
Trauma sudah tentu menyelubungi keluarga ini.
Beliau tinggal di sebuah kejiranan yang aman damai, sehinggalah ia diragut sekumpulan penjenayah yang memecah masuk rumah beliau.
Tidak cukupkah kejadian ini untuk membuka mata kita semua?
Adakah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara bukan lagi dianggap perkara terpenting yang PERLU diberi pertimbangan wajar?
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dr Ahmad Zaki Ismail sendiri pernah mengungkap perkembangan di negara kita ini, apabila penjenayah sanggup dipertahankan, dan penat lelah anggota penguatkuasa untuk menurunkan kadar jenayah dipandang sepi.
"Hak asasi bagaimana yang sebenarnya yang mahu kita pertahankan? Apakah kita sudah lupa, bila penjenayah bermaharajalela kita tuding jari kepada penguat kuasa terutama polis yang kononnya tidak bekerja.
Bila penjenayah diberkas, proses membawa ke muka pengadilan bukanlah semudah menekan mesin kira 1, 2 atau 3. Dalam proses dan prosedur, mesti akan berlaku salah perkiraan.
Tetapi adilkah semua itu dilontarkan kembali tanpa kita memberi ruang dan peluang kepada mereka? Apakah hak polis lebih rendah keutamaannya daripada hak penjenayah dan tertuduh?
Mari kita kembali tumpukan perhatian kepada pokok isu utama. Ia berkaitan keselamatan dan keamanan. Hak individu hanya terjamin apabila negara dalam keadaan aman."
Lihat di Palestin, adakah hak asasi dipedulikan? Tidak. Melainkan kita ignorant.
Bayangkan anda sendiri diikat, diacukan parang yang mampu meragut nyawa? Dirompak, dirogol dan dicederakan?
Cukup dengan anak hilang, kita sebagai ibu bapa sudah menggelabah tak keruan.
Inikan pula berdepan dengan sekumpulan penjenayah.
Dan yang menjadi mangsa kali ini, adalah seorang ketua satu jabatan penguatkuasa yang menjadi harapan kita mengekalkan keamanan, bebas dari ancaman domestik dan luaran.
Pada siapa anda akan berpaling memohon pertolongan dan bantuan? Ketika anak dan keluarga anda dipukul, dicederakan dan dijadikan tebusan, kepada siapa hak asasi itu hendak anda suarakan?
Jawab sahaja soalan di atas maka para aktivis dan pejuang hak asasi yang cuba menjadi juara berkenaan boleh mendapatkan jawapan sebenar sekiranya mereka itu ikhlas tanpa agenda tersembunyi.
Bolehkah memburukkan polis dan penguat kuasa membantu kemakmuran dan kesejahteraan negara. Ganas benarkah anggota keselamatan sehingga kita terpaksa berdemonstrasi di seluruh pelusuk negara.
Berapa ramaikah mereka yang ditahan dilokap mati akibat didera? Mari kita bandingkan fakta jenayah di seluruh negara dan kira dengan dada yang lapang berapa ramai yang menjadi mangsa pembunuhan ngeri, kecederaan kekal, kerosakan harta benda, kecurian, rompakan, rogol, dadah dan seumpamanya.
Mampukah para juara demonstrasi ini menjamin keamanan dan kesejahteraan kita? Atau merekalah sebenarnya yang memuja kepada keganasan dan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
Pihak berkuasa, semua rakyat yang cintakan keamanan adalah majoriti yang diam. Mereka sudah muak dengan sikap mengalah yang ditunjukkan.
Mereka juga khuatir rasa hormat kepada anggota penguat kuasa telah dilucutkan sehingga ada yang sanggup meletakkan logo anjing pada lencana kemegahan itu. Sifat apakah ini? Esok, jika golongan ini menjadi mangsa, kepada siapakah akan diadu akan nasibnya? Siapakah yang diharapkan dapat menangkap penjenayah yang melakukan perbuatan zalim terhadap mereka?
Bolehkah kita nafikan lagi bahawa penghormatan, rasa takut dan gerun yang pernah ada pada anggota kerselamatan sudah semakin luntur kerana terlalu atau terlebih diplomasi.
Semboyan kembali ke medan sudah patut ditiupkan. Hidup yang diselubungi was-was tidak berasas patut dilupuskan.
Buka mata dan minda, buka telinga dan hati pada fakta dan kebenaran. Mulakan dari detik ini, jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur dan durian sudah menjadi tempoyak.
Mudah bercakap, bergendang sekampung tentang hak asasi, tetapi tak nampak akan hakikat sebenar penjenayah zalim tak mengenal mangsa.
Ini satu cabaran buat kita, bukan lagi pada anggota polis sebagai penguatkuasa yang pagi petang siang dan malam kita cela, marah dan hina.
Anggota dan pegawai polis siang dan malam bertugas tanpa mengira masa, bersengkang mata, meninggalkan anak isteri di rumah, menjaga keamanan orang lain, dek tanggungjawab dan amanah.
Kita pula, dengan mudah menuding jari, tatkala ada individu yang memiliki agenda tersendiri untuk meraih populariti bergendang memalu tong kosong hinggakan adakalanya anggota polis sendiri bagaikan runtuh moral dan semangat untuk bekerja.
Cuba lihat kadar penyelesaian kes jenayah? Mengapa tinggi? Adakah kerana kes sudah semakin banyak? Bukan. Ini menunjukkan betapa pada ketika kita lena, nyenyak tidur dibuai mimpi, ada anggota yang masih meronda, memastikan keselamatan rakyat terjamin. Dan penjenayah berjaya dicekup.
Berhempas pulas tanpa mengira waktu, memastikan kawasan kejiranan bebas dari anasir negatif. Memeriksa mereka yang mencurigakan. Membuat pemeriksaan di jalanraya secara berkala.
Dan semua itu dilakukan demi memastikan keamanan, hinggakan ACP Zainuddin sendiri menjadi mangsa, kerana sebagai orang nombor satu crime buster di Johor Bahru Selatan, keselamatan penduduk di seluruh Johor Bahru menjadi his top priority dari keselamatan dirinya sendiri. Dan keluarganya turut sama terpaksa hidup dengan trauma ini.
Pernah kah, antara kita, apabila membaca akhbar tentang kejayaan polis, berbisik pada diri kita: Alhamdulillah, dapat ditangkap akan penjenayah samun. Alhamdulillah, terima kasih pada anggota polis yang tak henti henti membanteras anasir ini, hingga kita tidak menjadi mangsa. Alhamdulillah, polis dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah, dapat menyelamatkan anak anak aku dari terdedah dari itu semua.
Pernahkah, dalam hidup kita menulis kepada pegawai polis apabila terlihatkan kejayaan itu, dan mengucapkan secebis tahniah buat usaha mereka itu? Memang itu kerja mereka, tetapi keterlaluan ke kalau kita mengucapkan tahniah kepada mereka? Apa bebanan kita untuk berbuat demikian? Kita tak rasa perlu, sebab kita sentiasa ucapkan pada diri kita, oh itu memang kerja mereka.
Tapi tidak, pada kita komplen, hentam, hina dan cerca mereka siang dan malam dan rasa tidak puashati sentiasa tak lekang dari mulut dan fikiran kita.
Pantang salah sikit. Kita mudah terpengaruh dengan agenda dan polemik sesetengah individu yang hendakkan populariti di media.
Setiap kali aku membuat liputan kejayaan polis, aku pasti tersenyum bangga. Kita memiliki pegawai dan anggota yang dedicated untuk memastikan negara ini terus aman dan sejahtera untuk aku dan keluarga aku tinggal.
Aku pasti akan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana itu sahaja yang aku mampu lakukan. Aku pasti, ia cuma selingkar kenangan kecil buat mereka dari ucapan itu, dan sambil itu aku mendoakan akan kesejahteraan mereka juga, bersama keluarga mereka.
Tetapi apabila aku membuat liputan kejadian jenayah, aku menjadi marah. Aku dapat lihat sendiri akan derita mangsa, sengsara mereka, trauma mereka. Apatah lagi jika ada ahli keluarga mereka dibunuh bagai nyawa tidak bernilai. Dan sememangnya itulah penjenayah. Nyawa tiada nilai buat mereka.
Jangan hanya melihat that black dots. Lihatlah kepada kejayaan polis. Bukalah mata akan usaha mereka. Bukakan minda. Bolehkah anda berjalan, berkelah, menonton wayang, jika tidak kerana usaha pihak polis yang tak putus asa?
Sememangnya, in an organisation memang ada kambing hitam. Tetapi bukan semua. Hanya segelintir dan mereka ini pastinya turut dihukum. Bagaimana pula yang lain, yang menunaikan amanah mereka penuh dedikasi?
Pernahkah terlintas dalam fikiran kita, apabila kita melihat seorang anggota polis trafik berdiri di bawah panas terik, membantu kita tiba ke destinasi? Pernahkah terfikir pakaian mereka ini cukup untuk mengekang kepanasan ini semua? Sememangnya itu tugas mereka, tetapi pernahkah kita menghargainya? Kita hanya berlalu pergi mengejar apa yang kita kejarkan. Dan mereka tetap berada di situ untuk membantu kita terus mengejar.
Sudah sampai masanya. Sudah tiba kita di penghujung. Sudah noktah. Ini bukan lagi tanggungjawab polis semata mata. Ini tanggungjawab kita. Apakah tanggungjawab itu?
Kita perlu kembalikan keyakinan dan hargai apa yang dilakukan. Jangan pedulikan gimik yang dilemparkan sesetengah individu. Bangkit dan bantah mereka.
Tanyalah pada diri kita, adakah kita sanggup menggadaikan keamanan dan keselamatan keluarga kita?
Lihat wajah anak anak anda, adik kecil anda pada tatkala mereka nyenyak tidur. Lihat dan tanya diri anda sendiri, mahukah anda melihat mereka diikat, diacu parang di leher?
Lihat wajah uzur ibubapa kita. Lihat dan tenung betul betul. Bayangkan parang tajam diletak di leher kedua mereka.
Melainkan anda seorang yang tidak mempunyai perasaan, anda boleh terus menghentam anggota dan pegawai polis. Teruskan. Moga Allah SWT memaafkan kamu.

* * * * * * *

12 replies:
orang malaysia memang tak reti bersyukur...kena kat batang hidung sendiri baru la nak memekak2 keliling kampung..
aku nak tengok orang yang anngap penjenayah ni dewa, apa reaksi diorang bila penjenayah yang diorang defend tu pecah masuk rumah diorang..
"Oh, saya kenal dia tu..dulu saya backup dia kot.."
Salam Hormat
Ini kunjungan pertama..
Suatu artikel yg sangat membuka minda rakyat yg telah "berbuku" mindanya dgn "A.C.A.B"..
Teruskan menulis rencana yg menongkah arus ni,kebenaran mmg pahit untuk diperkatakan..
Tahniah!
opismet kawan aku kena rompak dgn orang spiking warga asing. mereka laki bini dalam awal 50an dan trauma sampai sekarang, padahal rumah baru dibeli je masa rompakan itu.
aku tak suka betul dengan orang yang dah salah lagi nak defend2 diri tu atau orang itu. heihhh.
Hmm..bagaimana pula hak Allah sebagai tuhan ya? Allah suruh tegakkan hukum Islam yang sesuai dengan fitrah manusia untuk keamanan, tapi kita tolak..
Pencuri ada hukumannya tersendiri. Perompak pun begitu juga. Tidak semudah-mudahnya menjatuhkan hukuman. Mengapa kita masih sombong ya?
Fikirkan..
maaf
hak mangsa dan hak penjenayah itu sama. dalam islam pun kata begini. apa lagi dalam undang undang sekular malaya
aku tak setuju yang THE END justifies THE MEAN
kita dah baca banyak kali kes orang yang innocent kena hambat masuk jel. yang tak bersalah kena dera then bila polis tahu salah dikambus pulak ceritanya. bukan sedikit
ya betul penjenayah makin banyak. ye betul makin ganas juga tapi aku tak setuju yang kita harus ade polis gedebeh kaki pukul untuk counter the gedebehness.
ini macam New York sekitar 80-an. banyak kes salah guna kuasa dan hampat orang sesuka hati. banyak juga kes unlawful death. akibatnya jenayah makin naik bukan main turun. i think its a law that god put down on earth. the more UNJUST the powers that be the more VIOLENT the criminals in the land would be
sure sure
aku rasa kamu rasa terpukul pasal kamu kenal mangsa. rasa marah and whatnot but still END does not justify the mean.
keganasan pada pesalah only put a SHADOW of doubt over our abang polis. kalau abang polis dah kena label kepala gangster orang pun hilang respek dan kepercayaan. it swings both ways bro. tahu kenapa cosa nostra jadi kuasa besar di new york dari 1920-1980-an? pasal komuniti italian dia new york kerap dijadikan mangsa belasahan polis dulu. ada crime sahaja random italian kena belasah.. akibantanya italian communities lagi support mafia dari polis. a state within a state jadinya.
Obefiend: Yes, hak dalam Islam tetap sama. Well, apabila ada innocence yang kena dera, of course, it is the duties of the chief police untuk bertindak sewajarnya. And kita ada media untuk melaporkan, dan ia adalah satu keseimbangan yang wajar. Memang kita tak nafikan, seperti yang aku katakan, ada kambing hitam dalam mana-mana organisasi, tetapi jika sesuatu perlakuan itu dicetuskan oleh segelintir itu, perlukah kita menghukum keseluruhan organisasi?
Of course, I will never agree with brutality in police, and like I said, what is due now is justice being served without any effort by any policitians to sensationalise the matter.
We have court of law, let the court of law decides. And of course, if brutality has been proven, of course we should leave the matter to the court of law, while many does not know, deparmentalise actions banyak sudah diambil terhadap anggota mahupun pegawai yang melanggar undang undang.
Contoh ialah kehilangan dadah di IPK Johor tempohari, the culprits have been arrested.
And I disagree to see this matter similar to what New York is in the 80's. Please note, police does not produce criminals. Sometimes too much of freedom will produce more negatives than positives.
Amerika memiliki rang undang undang yang agak liberal terhadap pemilikan handguns. Dan gun violence has become their own domestic terrorism. And note that, nearly 11,000 lives lost to gun homicide each year and three times that number are injured.
And when the govt says, ok lets have all the guns, the argument was the good guys will surrender their guns, but that will leave criminals the only ones with guns.
Our society are more fortunate sebab kita ada Akta Senjata Api, Penalti Lebih Berat yang boleh membawa hukuman termasuk gantung sampai mati, to show the severance of possessing a gun.
Again, police does not produce criminals, but we do. Bila kita mahukan kebebasan yang tanpa had, ia pasti akan mengundang banyak derita. And that my dear Obefiend, New York is a good case study.
You see, we are different. We uphold the laws. Even the IGP is not being spared. Trust me, what we need is balance. The more we think we need more freedom, the more we will not gain it.
And community must play their role, don't just sit and complaint, but do their bits too to help.
Sememangnya dalam Al-Quran dah tertulis akan ada lebih ramai penguatkuasa mencegah jenayah, tetapi pada masa yang sama, Allah SWT berikan kita akal dan angota badan untuk turut membantu.
We have to see this issue as timely. Timely to sweep the criminals off the street more seriously, and this time with more cooperation and association with the public, us the society. At the same time, we also have the public untuk menjadi mata. Dan lagi sekali, balance. If complaints but nothing is being done on our side, then that is not justified. And we must NOT send a wrong message to those criminals and criminals to be, that even when they are being apprehended, there will always be some ministers or human rights activist to be on their side.
And thank you for the argument.
Anonymous: Pls see the above for my reply.
mizzy N: Yes, during those time, perhaps those criminals have forgotten there are laws for human rights.
Jebat: Salam to you too. Ya, mereka tidak seharunsnya melabelkan kesemua anggota dan pegawai semata mata kerana segelintir kambing hitam yang sememangnya akan dan sudah dikenakan tindakan. Dan aku sangat setuju, apabila ada pegawai dan anggota yang melanggar undang undang dikenakan tindakan. Aku sendiri pernah melaporkan kepada pegawai atasan terhadap salahguna kuasa. Dan itu tidak bermakna semua macam tu.
Floy: Let's wait for that. Perhaps then only they changed their perspective. To me, we must take sides. And I know I have although mungkin ada kekurangan dan kelemahan pada side yang aku ambil. But faith is important.
Betul hazrey. Org menghukum the whole organisasi polis ni bcoz of segelintir kambing2 hitam tu. Arwah bapak aku dulu polis. Tp kengkawan aku, bila aku bgtau arwah keje polis, depa react semacam je. Ada yg gamak tanye, eh ko rasa bapak ko dulu amik rasuah tak. Aku tergamam masa tu. Sedih sgt. Arwah bapak aku n kengkawan dia bertarung nyawa masa zaman darurat dulu n dihantar bekerja kat black area eg ulu tembeling di pahang, sg sayung (i think this place kat spg renggam) and few other places, tergamak kwn aku tanya soalan mcm tu. Tp aku pujuk hati aku. Pd aku, Abah the unsung hero.
Sori la hazrey, aku mungkin digress sikit. Tp thanks coz ko highlight benda2 mcm ni. At least aku tau ada org still memandang n memandang tinggi institusi kepolisan ni.
-cik siti intan-
this is really catch-22
memang ada bad apple dlm polis, tapi nak pukul rata semua polis pun susah gak. kalau hilang kepercayaan pada polis then next time bila jadi mangsa pegi report pada bomba atau redha dan doa atas tikar sembahyang.
aku rasa point entry nih adalah "politician sentiasa buat bende2 bodoh/sensasi untuk gain political mileage". Baik Umeno mahupun Fuckatan.
p/s: hazrey aku rasa kes kat balai skudai masih fresh kat memori kau, yang mana aku dan kau hadapi 3 pihak--- tertuduh, polis, orang-orang politik. but the worst of em all adalah pihak ke-4 (kau mesti ingat).
tak suka polis,
dah le kaki rasuah,
suka main bapuk!
aku lagi tak suka anonymous..
tak bertelur
haha
-floy
Bro,
Aku geli jugak ngan org yg demo lebey2 bila mamat itam tu mati dalam tahanan.
Tai aku tau la cara polis wat keja kat Malaysia ni. Hakikatnya, Scotland Yard pun kalah ngan polis M'sia, ari ni org mati esok dah dapat susek, gila kagum tak.And aku ada berbakul pengalaman 2 kurang indah ngan abg polis, pengalaman2 yg membuatkan aku tertanya2 siapa la lagi yg boleh tolong kita kalau dema ni pun macam siyel. And I tak maksudkan semua la......but sad to know most of them yg i know.
p/s : Pehal mamat tu tido bilik blkang? Gaduh ngan bini le tu tak pun takut bini bising sb balik lmbat. Takut menggangu katanya.....LOL.
p/s
alamak..makcik aku tinggal kat damansara aliff tu..
aku nak call die jap r..
p/s: slalu naik bulu roma jalan2 kat area damansara aliff tu..sbb blakang kawasan perumahan tu kubur..
Post a Comment