Pada pandangan aku yang serba cetek pasal politik ni, kemasukan Mukhriz dapat mengimbangi keadaan politik pada masa ini. Dan aku setuju walaupun tiada jawatan dalam parti, Mukhriz dapat memberikan satu momentum kepada pentadbiran kerajaan, lebih lebih lagi melalui perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Miti, satu kementerian yang penting.
Dan gandingan bersama Datuk Mustapa Mohamed yang memiliki kepakaran dalam bidang ekonomi dilihat satu kombinasi baik.
"Sorry dude. I'm in."
Aku lebih tertarik kepada perlantikan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengetuai Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
Sudah berapa lama, rakyat Sabah dan Sarawak mahukan wakil dari sana mengemudi kementerian ini, bagi memastikan kesinambungan serta perlaksanaan pembangunan turut menyeberang Laut Cina Selatan.
Banyak lagi daerah pendalaman yang masih jauh dari pembangunan apatah lagi untuk mereka menikmati apa yang kita perolehi di semenanjung.
Antaranya ialah Long Busang di Sarawak.
Perjalanan ke Long Busang dari Sibu Sarawak mengambil masa selama 10 jam !
Dari Sibu ke Kapit, 3 jam menaiki bot ekspress.
Bot ekspress ini bagaikan bas ekspress buat penduduk di Sarawak.
Di Kapit, bertukar bot untuk ke Putai, 4 jam perjalanan menempuh sungai.
Setibanya di Putai, bot berlabuh di pusat pengumpulan balak, dan perlu menaiki pacuan 4 roda selama 4 jam.
Signifikannya, itu sahaja jalan penghubung ke daerah itu.
Shafie, anak saudara kepada Tun Sakaran Dandai ini adalah antara pioneer dalam Umno di Sabah pada 1991.
Selama hampir empat dekad, isu pembangunan di Sabah dan Sarawak kerap ditimbulkan dengan gambaran tempang, terpinggir dan tersisih dari agenda pembangunan nasional Malaysia, secara keseluruhannya.
Salah satu cara pengangkutan di Sibu Sarawak, untuk menyeberang sungai.
Pada pengumuman pakej ransangan ekonomi baru baru ini berjumlah RM60 billion, kementerian yang kini diterajui Shafie memperolehi peruntukan tambahan sebanyak RM550 juta.
Projek yang perlu memanfaatkan rakyat luar bandar di Sabah dan Sarawak perlu dilaksanakan secara tersusun dan sistematik.
Apa yang penting ialah feasibility study terhadap sesuatu perlaksanaan pembangunan dan tidak dilakukan secara tergopoh gopoh, bagi mengelakkan apa jua yang diterjemahkan melalui pembangunan fizikal - tidak menjadi gajah putih, lantas menjadi ejekan dan bahan cemuhan parti pembangkang. Dan yang paling penting, tidak menguntungkan rakyat.
Sistem penjagaan dan rawatan kesihatan adalah antara yang perlu diberi perhatian.
Pembinaan jalan kampung, peningkatan sistem perparitan khususnya, pendidikan serta jaringan keselamatan sosial juga mencakupi keutamaan yang perlu dilaksanakan di kedua-dua negeri ini.
Manakala sambil pembangunan dilaksanakan, pembentukan jatidiri dan modal insan perlu diberi perhatian dan Shafie mempunyai tugas berat untuk memastikan kesan sosial darinya diminimumkan sebaik mungkin.
Pemilihan Shafie ini dikira tepat pada masanya, apatah lagi pada 10 Mac lalu, terdengar di sidang dewan rakyat keluhan wakil rakyat dari Sarawak sendiri.
"Bukan kita tidak sabar, tapi kita sabar sampai sudah mahu mati," keluh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).
Dan tentunya suara itu mampu dijadikan modal untuk parti pembangkang mengupas dengan lebih cynical.
And shadow cabinet? For what? I think everyone di Parlimen perlu lebih proaktif dalam menangani masalah rakyat dari terus bercakar benda benda yang petty.

13 replies:
hope they know what their basis and benchmark.
where they laid their for sure development aim.
government is government. and politic is politic. government can stand alone without politic. but politic can`t.
do i sound like a politician?
hehehe
P.S: I give my high respect to those in politic with sincere heart and know their functions as moderator and leader
Ada satu teka teki
'Apa persamaan kabinet rakyat dengan kabinet kat dapor?
jawapan:
Kat dalam banyak mangkok!!!
he he he
Zakiah: Harap Key Index Performance (KPI) bukan sekadar cakap cakap sahaja. And Datuk Seri Najib tidak pula bercakap apakah akan jadik dengan menteri atau timbalan menteri yang tidak mencapai KPI? Kalau di sektor swasta, confirm bonus tak dapat, atau contract ditamatkan. Let's wait for him to come down to Johor, I will ask him that question.
alidyangon: hopefully not. Sebab, whatever the case it may be, yang penting ialah kita tengok performance diaorang dan walk the talk for the sake of the rakyat. And I believed they would. Tan Sri Muhyidding will be the driving force behind PM. Trust me.
sori, buta sket pasal politik. tapi aku harap dengan menteri2 baru ni...biar la gaduh2 dan masalh berkurang kat malaysia. negara luar dah start pandang negara kita ni tak releven dah...
Love your coverage... your firm emphasis on 'doing it for the rakyat'.
And your optimism is infectious :)
walk the talk..
tu jek me harap..
Dah Lama tak nampak Uncle Shapi'e kat Sungai Petani.
Wife dia org sungai petani, KEDAH. and In laws nye dok dpn umah my parents (saja nak cakap tak boley??)
Anyway, masih ada kesan tinggalan KJ di dalam kabinet M'sia, sepupunye dapat mengepalai kementerian 'lubuk duit'.....Dulu Samy Vell tamau tinggalkan itu tempat sampai berkurun purnama....sesuatu berbau ikan tak???
Tambah lagi, jgn marah nanti kena buang negara,
KPI tu di kalangan Menteri bleh ke dilaksanakan? Klau Officer biasa yg bukan JUSA, demerit la, show cause la...
Sapa mau show cause PM???? Branik????
p/s Kengkawan I kat JPM sume malas nak keja dah esp trauma selepas bersalaman ngan Kak Ros kita tu kerana acara sambutan di jalankan di tengah panas dan muka Kak Ros + Panas = MENAKUTKAN (hampir cair ok)
desert rose..
she is known as ahkak pink
:D
Kabinet ada Tok Dalang besar belakang...yg di tolak tahun 2004 dulu.
Hancur negara ku...sudah la dipandang serong oleh negara luar.
Aku bagi masa 100 hari jer...lepas tu semua panau, kurap dan kudis buta akan keluar.
Kali no lagi dasyat sebab nak cover duit yg dah hilang semasa recession ni.
Gerun beb.
elnino
gman, they have to know it is not a privilege being a minister, instead it is a responsibility being appointed.
Syed: Thank you.
ninoz: Yes, that is the right word.
desert rose: There will be Muhyiddin and Koh Tsu Koon to look over. Worry not.
Betulkan mana yang silap.Kalau tak silap,di Borneo ada satu masalah yang bagi aku sangat2 serius,iaitu masalah samseng dan gengsterisme yang tak terkawal.adakah benar? Bukankah mereka2 ini yang perlu dibersihkan dahulu?
Dah wipe out dah through Ops Cantas Kenyalang. I have write about it through my previous entry.
Pls read at this link:
http://bapak-gulagula.blogspot.com/2009/02/saya-taknak-belajar-saya-ke-sekolah.html
Post a Comment