Sunday, April 26, 2009

RADHI OAG: AKU MASIH SAYANGKAN BINI AKU.



That is what he said to me personally yesterday.

He does not know me though, sebab aku bukan wartawan hiburan. But that does not stop me from pushing the mic to him. Nasib dia tak elak. Aku ni kurang stamina, takleh nak main kejar kejar.

Dia memberikan kerjasama yang baik sepanjang temuramah itu.

Arrest warrant? Did he answered the question? Yes he did.

Kebetulan, ini adalah rentetan dari tulisan rakan aku di Akubimbo yang menulis mengenainya.

Mohd Radhi Razali, vokalis kumpulan OAG aku temui sewaktu konsert Radio Rosak di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Johor Bahru malam tadi.

Lama berborak dengan dia. Ada yang on record, ada yang off record. Tapi aku tak ingat apa yang off record. Aku cuma ingat on record sahaja.

Dia menjawab. Tapi jawapan dia hampir sama dengan jawapan dia sebelum ini.

Radhi memulakan kehidupan sebagai suami apabila mengikat janji perkahwinan dengan pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM), Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005.

Semalam aku agak kaget seketika dengan sikapnya kerana masih memakai songkok ketika membuat persembahan walaupun pernah dikritik hebat sebelum ini.

Dia pernah dipetik melalui akhbar Kosmo apabila ditanya mengenai songkok yang dipakai ketika membuat persembahan.

".. Mengenai songkok pula, seperti yang orang sedia tahu, sudah lama saya berimej begini dan saya rasa tak salah. Saya bukan memakainya mengikut suka hati saya.

"Setahu saya jua, orang yang memakai songkok dapat 'melindungi' kepalanya daripada kena najis syaitan. Saya juga selesa bersongkok dan berbaju Melayu untuk ke mana-mana sahaja. Orang memakai songkok ketika pergi ke masjid saja, tapi saya mahu memakainya sentiasa," jelasnya.

Pada 2007, pasangan ini pernah menyertai Sehati Berdansa dan pada 18 November 2007, keduanya tersingkir, menjadikan keduanya mangsa pertama di vote keluar dari program realiti itu.

Ibu Radhi kini menetap di Miri, Sarawak kerana kedua ibu bapanya sudah berpisah, dan Radhi ada menyebut mengenainya semasa bercakap dengan aku.

Pada 4 Disember 2008, anak tunggal pasangan ini Mohd Rifdhi Muslim, 3 tahun dikejarkan ke hospital selepas tenggelam selama 15 minit di dalam kolam renang sedalam 2.44 meter di rumah mentua Radhi di Petaling Jaya.

Radhi pula, ada berkata, kejadian itu ada hikmahnya kerana membuka ruang untuk pasangan itu berbaik semula. Ketika itu, mereka sudahpun tinggal berasingan.

Aku ada bertanya mengenainya dan Radhi turut menjawab.

Dan pada 21 April lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi selepas buat kali kelima, dia gagal timbul kat court itu untuk sebutan kes perceraian difailkan isterinya, Shazlin Sharif.

Radhi didakwa melafazkan "Aku ceraikan kau dengan talak tiga terus" menerusi satu panggilan telefon jam 11.40 pagi, 25 Februari lalu.

Dan Radhi menjawab:

".. saksikan Melodi, Ahad depan 3 Mei 2009."

Tunggulah, baru thrill. :)

Thank you.

7 comments:

Anonymous said...

lama nak tunggu tu..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

aduhai..nasib baik time tu aku dah balik rumah, boleh aku tengok dalam Melodi nanti..err, Mr Hazrey ada ke nanti?

hehe~

Hazrey said...

Anonymous: Tak kena bayar pun tunggu.

Zara: Takder. Melodi minggu depan.

Youjie said...

Huhu....dorang kan sweet..
Ruginyer...

Fad Ariffin said...

hish buat suspen jer!

JohnJenin said...

Skey punya sexcited baca, tup tup kena tunggu Melodi. :(

Hazrey said...

Youjie: That includes me too. Thank you. :)

Fad Arrifin: Kan best camtu.

JohnJenin: Trailer blaze. :) haha

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.