Tuesday, March 24, 2009

UBI MAKANAN RUJI KITA MASA ZAMAN JEPUN, TAPI WANITA SEKARANG SUKA MAKAN UBI.

myMetro

‘Hari-hari makan ubi’

GEORGETOWN: Umpama hidup di zaman penjajahan Jepun, itu dialami seorang gadis, Nur Jamiah Saad, 18, yang terpaksa memakan ubi kayu setiap hari selama dua tahun kerana tiada wang membeli makanan selepas melarikan diri dari keluarga semata-mata untuk berkahwin dengan suaminya, Soranto Ngadio, 30-an di Medan, Indonesia, pada Oktober 2007.

Katanya, selepas berkahwin, kehidupannya sangat susah dan sering tidak cukup duit untuk beli makanan hingga terpaksa makan ubi kayu yang ditanam di belakang rumah.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), semalam berkata, hasil perkahwinannya, dia melahirkan seorang anak perempuan bernama Risti, berusia setahun lebih.

Nur Jumiah yang tenang, tetapi sebak tidak dapat menahan sedih selepas disatukan semula dengan kedua ibu bapanya, Saad Ahmad, 61, dan Esah Shaari, 56.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata, kehidupannya di Kecamatan Seilepan, Medan, umpama kais pagi makan pagi kerana suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya berpendapatan RM6 sehari.

“Saya tidak mahu kembali semula ke sana dan berharap akan dapat meneruskan hidup bersama keluarga di sini, namun saya dan suami tidak bercerai.

“Malah, dia akan datang ke negara ini untuk meneruskan hidup dan membawa bersama anak kami,” katanya dengan pelat bahasa Indonesia ketika ditemui selepas dibawa pulang Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno.

Dia yang berasal dari Belantik, Sik, Kedah, mula berkenalan dengan Soranto yang bekerja sebagai penoreh getah ketika masih belajar dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Sik.

Gadis itu hilang sebelum Aidiladha dua tahun lalu selepas memberitahu bapanya dia mahu berjumpa rakan di Baling, kononnya untu k pergi berkelah.

Nur Jumiah berkata, dia tidak sanggup lagi hidup dalam kesusahan di sana dan mengambil keputusan menghubungi keluarganya untuk pulang ke negara ini.

“Saya sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan, tetapi ketika ini saya hanya mahu bawa anak saya pulang dan merancang keh idupan baru di sini,” katanya.

Sementara itu, Saad berkata, kepulangan anaknya itu amat menggembirakan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka dapat bertemu semula Nur Jumiah selepas dua tahun terpisah.



* * * * * * * * * * *

Mata aku tersalah baca, aku salah mengeja atau aku buta huruf?

Aku nak ucap terima kasih kepada Pemuda Umno kerana sudi membawa balik wanita wanita yang 'sangat menyesal' dengan apa yang dilakukan mengahwini lelaki Indonesia sehingga ada yang tak makan berhari hari, disiksa , disuruh kerja pagi petang siang dan malam, terpaksa susah payah menongkah kehidupan tanpa televisyen, belajar cakap banget ngetop butuh dan gampang serta belajar menyukai dangdut "ada yang bilang, dangdut tak goyang, bagai sayur tanpa garam, kurang enak, kurang sedap.."


Best kan gerudi Inul ni. I know, aku dah beli drill kat rumah.

Aku rasa, kalau dikumpulkan semua laporan media mengenai kisah kisah cinta derita selepas 'berhijrah' ke kampung suami nun di seberang, boleh menggunung.

Banyak soalan aku terpikir.

1. Adakah lelaki Malaysia kurang bermutu?
2. Adakah lelaki Malaysia yang bermutu hanya untuk pondan sahaja? (perfect men for men only?)
3. Adakah lelaki Malaysia tidak kacak, dan wanita ini semua inginkan yang berwajah Ariel Peter Pan atau Giring dari kumpulan Nidji? Tidak adakah wajah seperti itu di Malaysia?
4. Adakah lelaki seberang lebih romantik berbanding lelaki Malaysia?



Dapatkah mereka lelaki seperti ini?


Aku pelik, apa yang membutakan mata dan hati serta akal wanita wanita ini semua sehingga sanggup mengenepikan mak, ayah yang bersusah payah membesarkan diaorang semua?

Kalau tak silap aku, di kampung, masih ada lagi teruna tampan, teruna yang masih kepinginkan cinta sekampung, tapi cinta seberang tetap menjadi idaman dan pilihan hati.

Mungkin banyak sangat tengok sinetron. Hiburan adalah hiburan. Sekadar menghibur dan memberi teladan. Sebab tu kita ada - yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Ni tak, yang menyeberang sempadan jugak yang bertatah di hati.

Pada satu sudut pula, aku yakin, wanita wanita ini mempunyai alasan yang baik. Mungkin mereka tidak mahu nanti terpaksa berkongsi hidup dengan orang orang seperti wartawan yang suka teropong, sebab nanti sibuk teropong orang, hidup sendiri tak tentu arah.

Dan pastinya, wanita wanita ini takut nanti, kalau ditakdirkan berkahwin dengan orang orang camtu, pastinya mereka tak a kan merasa untuk pergi shopping sebab suami sibuk bermain acah acah di depan escalator, tetapi suami tetap anggap kebodohan itu sebagai satu tugas demi mendapatkan komen dari artis.

Dan pastinya (sekali lagi) wanita ini mengambil keputusan untuk pergi ke seberang sebab phobia dengan bayangan escalator.

Atau mungkin wanita wanita ini terseksa jiwa dan raga sebab tak sanggup lihat gambar seperti ini:

Ada juga wanita yang bahagia bersama teman yang sememangnya mesra dengan orang seberang. Tapi tentunya mereka amat berhati-hati ketika memilih pasangan.

Apa jua ceritanya, aku tetap tak faham wanita. Tapi aku faham satu perkara, jangan mengacah di depan escalator sebab tak manis kalau pak mentua nampak.

12 comments:

i.am.belle said...

hazrey,
aku tak rasa persoalan tentang apa2kekurangan lelaki di Msia ni.

kemungkinan besar sebb perempuan itu punya rasa rendah diri tenang diri sendiri dan tak cukup kasih sayang. terserempak pulak lelaki indon yg beri sepenuh perhatian.

Hazrey said...

opportunists.

tapi kan, itulah akibatnya bercinta dengan lelaki muda malaysia. kan kan kan.

F A R Y N said...

wah..takhta dirampas oleh kakak!...
woohoooo...tetiba gumbira....

aku kadang2 tak paham ngan pompuan yg gatal miang pi lari ikut laki indon ni..bila dah susah...baru nak nyesal & terhegeh2 mintak nak blk...

yg kelakar sbb nak blk sini tak tahan dgn kesempitan hidup...mau je aku kasi pelempang ngan pompuan2 mcm ni....

ninoZ said...

bila disandarkan pada yang tak mahu celik..kan cinta itu buta

errr...betul ke cinta?
;-)

LiLacFlA said...

haha makan ubi kayu pun syukur da..
bukanka ramai rakyat indon yang tak makan pun?
bila dah terhantuk barulah tau peritnya mak ayah cari duit tak nak anak dia makan ubi kayu.
pengajaran buat dia,mungkin

bagusnya dia bawak laki anak dia skali. biarlah sama2 tak makan ubi, barulah best. (ubi sedap apa?)

Emma McKay said...

1. Adakah lelaki Malaysia kurang bermutu?
- Kebanyakkannya bermutu

2. Adakah lelaki Malaysia yang bermutu hanya untuk pondan sahaja? (perfect men for men only?)
- Tiada komen

3. Adakah lelaki Malaysia tidak kacak, dan wanita ini semua inginkan yang berwajah Ariel Peter Pan atau Giring dari kumpulan Nidji? Tidak adakah wajah seperti itu di Malaysia?
- Kacak tapi mereka mahu girlfriend seperti Diana Danielle dan Fasha Sandha. (Gua dah kalah kat situ! Damn!!!)

4. Adakah lelaki seberang lebih romantik berbanding lelaki Malaysia?
- Tidak juga. Apa yg romantik kalau kena makan ubi kayu?

Saya rasa perempuan-perempuan yang terpikat dengan lelaki asing (dan sanggup ikut mereka balik kampung) kerana lelaki asing ni berani approach mereka dengan cara yang boleh diterima pakai oleh mereka.

Biasanya lelaki tempatan (khususnya yang tak habis sekolah) guna "Hai kak long. Phewit. Boleh kenal". Sapa ndak macam tu. Lari le perempuan tu.

Lelaki tempatan tak rasa tercabar ke?

PiNkLaDy said...

Salam.. Before nie silent reader jerr.. Xde nak komen banyak. Just nak share, ada pengamal perubatan dakwa kes-kes sebegini coz lelaki2 indon tu guna minyak dagu pd perempuan2 nie.. so, diorang memang xsedar le apa yang diorg dah buat.. Tapi xmustahil ramai yg ikut kerelaan sendiri.. memg perempuan mcmnie takpernah fkr ttg mak ayah...

auni said...

saya duduk di negara orang (europe) tapi tak penah lah pulak tertarik kat omputih.
pompuan tu umur baru lah 18 thn, baru nak kenal dunia sebab tu lah kot ikut kata hati sangat.lelaki malaysia ada je yang bermutu tapi susah nak cari.yang bermutu selalunya dah ada yang punya.yang tak bermutu pulak ada yang malas nak memajukan diri sendiri.

..oh ya saya sokong komen Emma McKay.

Zakiah Ponrahono said...

AKU LEBIH MEMILIH LELAKI BRUNEI DARI MALAYSIA.

hahahaha...

Mungkin sebab aku terlalu bertemu dengan lelaki-lelaki Malaysia yang ego melampau tinggi Gunung Everest.

Yang banyaknya lebih terikut budaya hidup orang Amerika...

Agaknya... walau tak semua, tapi itu kebanyakannya yang aku jumpa.

hahahaha

dan aku rasa aku bahagia dengan lelaki Brunei.

Sakit hati tak... baca ayat aku... macam haram kan...

hahahahaha

Hazrey,

AKU PUN TAK PERNAH FAHAM LELAKI. BULIH?

Hazrey said...

Faryn: Yeah, lepas ni ramai yang akan buat yang sama sebab diaorang tahu, ada orang akan bawak diaorang balik. Free flight, dapat masuk sok kabar lagi.

ninoz: depa ingat dapat rumah macam dalam sinetron. Depa tak tengok slumdog millionaire.

Lilacfia: Ya ubi sedap, kalau dah tak menda lain nak makan. Kalau pandai, boleh buat kuih, kek. Kek ubi? Ada ker?

Emma Mckay: I shall reply in numerical order.

1. Bermutu. yes, my wife had proven that. LOL.

2. Better reserve your comment. Sebab pondan akan menyerang.

3. Hahaha, aku setuju. Tapi bukan ker orang cakap, yang penting hati? (yeah righhttttt).. kalau tengok hati pun, lepas tu makan ubi buat apa kan? And yes, Fasha Sandha hot. Very hot. My wishful ex-girlfriend. Tak tak, joking joking.

Hahaha, pick up line. Agree!!! So obsolete. Tapi dah tradisi kan.

auni: betul tu, yang bermutu selalunya dah dikebas orang siap siap, regardless dikebas pompuan atau terlupa diri bukan pompuan. I guess my wife is lucky. LOL.

Zakiah: Untunglah. Hopefully he is related to Sultan Brunei, boleh aku menumpang private jet.

Hazrey said...

pinklady: sebab tu kita disuruh kaji Al-Quran. Kan banyak pendinding. Dan I agree with you, watever it is, ibu bapa kitalah buffer untuk kita daripada melakukan benda tak elok.

CAHAYA said...

teringin rasa International kot. Tu pasal la kawen org luar.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.