Mungkin secara kebetulan atau tidak, dua hari selepas aku menulis entry tentang Sekolah Porno Di Malaysia, Daftar Hari Ini! aku terbaca di Utusan Malaysia surat dari seorang guru yang dah fedup, bosan dan menyampah dengan sikap ibu bapa dan pelajar yang semakin hari semakin melampau.
Ini catatan guru itu:
"Sikapnya masih sama; tidak bawa buku teks dan buku latihan, asyik bermain dalam kelas dan mengganggu rakan yang lain. Apabila saya katakan "Awak ni baru saja datang selepas dibuang sekolah, mengapa masih tidak ubah sikap?", dengan angkuhnya dia berkata kepada saya, "Kalau kena buang sekali lagi pun, saya masih boleh masuk semula. Ini bukan urusan cikgu". Seterusnya saya meminta dia duduk dengan senyap dan melarang dia mengganggu rakan lain. Tetapi, kerana marah dengan saya, pelajar saya itu keluar dari kelas tanpa kebenaran dan tidak kembali sehingga tamat waktu pelajaran saya. Dia tidak masuk kelas juga pada waktu guru lain masuk mengajar. Kawan-kawannya memberitahu saya yang dia telah melompat keluar dari pagar sekolah. Saya hanya dapat mendengar."
Baca selebihnya di sini.
Esok aku akan ke Sibu, Sarawak untuk satu tugasan.
Sibu, Sarawak pernah dikenali sebagai salah satu daerah di Sarawak yang memiliki banyak masalah samseng yang kritikal sehingga satu operasi dikenali sebagai Ops Cantas Kenyalang dilancarkan pada April 2007.
Seramai 763 orang termasuk 84 kepala gangster dari 17 kumpulan haram diberkas dalam operasi itu.
Kisahnya, hinggakan penjualan telur ayam juga dikawal oleh samseng di sana dan tidak boleh menjual mengikut harga pasaran sebaliknya harga yang ditentukan kumpulan yang berkuasa di sesebuah tempat.
Antara nama kumpulan yang ditumpaskan polis adalah:
GENG MARKET - KUCHING
GENG AH SENG - SARIKEI
GENG TUA CHECK - BINTULU
GENG HUA KEE - SIBU
GENG TAXI STATION - MIRI
GENG SUNGAI MERAH
GENG KONG PIA
Aku yakin dengan kemampuan pihak berkuasa negara ini, lebih lebih jika satu perlakuan yang menggugat kestabilan dan keamanan negara kita.
Aku selalu menghadiri sidang akhbar polis mengenai kejayaan mereka menangkap penjenayah, menumpaskan geng geng samun, rompak, culik, dadah dan sebagainya.
Ada yang kata, alah polis ni nak glamour jek lebih. Well, for once, aku nak cakap, that is a wrong perception. Ia perlu dilihat dari sudut positif (altho I know dah natijah manusia, susah nak pikir positif, asyik nak belasah jek).
Sebenarnya, apabila sesuatu kejayaan itu dilaporkan ia seharusnya dijadikan pelajaran kepada bakal bakal penyamun, perompak, peragut untuk tidak melakukan jenayah. That is an education to the public supaya kumpulan kecil dalam masyarakat ini tidak terus menjadi parasit.
Dan pelajaran itu boleh dilakukan di sekolah. Itulah peringkat usia yang mudah dilentur.
Lihat petikan akhbar di bawah ini:
30 samseng balas dendam (18 Mei 2007)
KOTA BHARU: Tindakan nekad kumpulan 30 remaja termasuk pelajar menyerang lima sekeluarga hingga menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati. Difahamkan, serangan itu tercetus apabila seorang mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Wakaf Mek Zainab di sini, mengadu kepada gurunya selepas tidak tahan dibuli dan diperas ugut pelajar lain.
Saya cuma tegur dia (28 Mac 2008)
ALOR STAR: "Saya cuma menegur tindakannya kerana mengejek saya, tetapi dia bersama 10 rakannya membelasah termasuk memukul kepala saya dengan kayu hingga pengsan," kata Elvin Sri Rush. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, Elvin, 17, berjalan seorang diri menuju ke dewan untuk membantu guru membuat persediaan bagi mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena di sini.
Pelajar Perempuan Dibelasah (17 Mei 2008)
BATU PAHAT, JOHOR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini, lebam di dahi kanan serta sakit pada bahagian dalam perut selepas dibelasah teruk seorang rakan perempuan sekolahnya, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Nur Farhana Abd Razak, 15, sedang dalam perjalanan pulang apabila dihampiri pelajar terbabit bersama kira-kira 20 rakannya, antaranya beberapa pelajar lelaki.
Even the female students are becoming violent.
Salah WWE?
Aku ada terjumpa gambar lain, tapi macam tak manis nak letak kat sini. Huhu.
Now, are we sending our children to school for this? Are our institutions being transformed into violence school or WWE wannabe?
Malangnya, seperti yang ditulis seorang guru dalam akhbar Utusan Malaysia 16 Feb lalu, ibu bapa bagaikan ambik mudah tentang sikap dan masa depan anak-anak. Tak mustahil nanti, bila anak tu membesar nanti, ibu bapa dihalau keluar dari rumah mereka sendiri.
Frasa remaja adalah satu peringkat yang mudah memberontak dan keliru. Dan jangan lupa terpengaruh. Cuba tengok demonstrasi jalanan yang dianjurkan. Tengok kapasiti golongan remaja. Berapa peratus? Inikah yang hendak ditonjolkan wakil rakyat yang kita pilih?
Remaja hari ini sentiasa disogokkan dengan pelbagai isu yang mengelirukan. Dan tidakkah duhai pemimpin hari ini, terfikir semasa mereka remaja, mereka juga mudah terpengaruh dengan sesuatu yang mengelirukan?
Polis ada menganjurkan pelbagai program bersama Jabatan Pelajaran. Tetapi adakah pelajar pelajar ini semua akan ikut apa jua nasihat, untuk tidak melakukan sesuatu di luar batasan? Atau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Pegawai perhubungan sekolah diwujudkan di sekolah terutama di bandar besar seperti KL, Penang, Johor dan Selangor.
Antara tugasnya ialah mengenalpasti masalah, gejala gejala yang dikesan mula 'merasuk' dalam 'jiwa suci' pelajar.
Tetapi setakat mana? Lepas sekolah siapa yang kawal?
Cuba jenguk kat cyber cafe. Apa tujuan cyber cafe? Tujuannya (ini pak menteri cakap); untuk meng-IT kan generasi muda. Tetapi adakah tokeh tokeh cyber cafe ini semua jujur atau profit oriented sahaja? My answer is profit-oriented. Diaorang tak kisah dan tak hirau sape yang masuk, yang duduk kat dalam cyber cafe. Undang-undang memang ada, dan kalau kita tengok hampir setiap tahun ada jek pengubalan undang-undang, tetapi adakah perlaksanaannya dilakukan secara total? Of course, kalau ditanya media esok, akan dijawab: kami akan siasat. Kami akan siasat. Tutup seminggu. Lepas tu bukak balik. Default answer.
Bila media highlight, depa marah, mengamuk cakap orang media ni takder kerja lain. Ehh depa lupa ke kami kerja apa? Why the hell should we be covering your ass while the majority of our readers / audience are the society and NOT you.
Kalau media tak highlight, bila public call, jawapan hampir sama. Yang makin menjengkelkan ialah, ada public yang mengadu pada media, bila dihubungi pihak berkuasa, disuruh pulak isi borang aduan. Apa kejadahnya?
Email toksah ceritalah. Jangan haraplah kalau kau hantar email pada mana-mana jabatan kerajaan atau agensinya. Hanya segelintir jek yang menjawab atau nasib baiklah kalau depa bukak email. Dan nasib kita LAGIIIII baik kalau depa tau apa itu email.
Pengaruh persekitaran amat penting buat pelajar.
Manakala dari satu sudut pulak, pelajar adalah market yang luar biasa buat tokeh tokeh cyber cafe, karaoke jamban, telekomunikasi dan rokok. Contohnya ialah rokok mahal sekotak, takper, kita jual rokok bukak. Karaoke jamban boleh masuk paling ramai dua orang, sumbat masuk sampai 10 orang. Satu lagu seringgit. Masuk pulak lelaki dan perempuan. Ruang bilik dalam 4 x 4 kaki. Masuk 10 orang. Ya 10 orang. Perempuan pakai seksi. Itu permulaan buat remaja ini ke arah benda benda yang tak baik. Tokeh tak kisah, janji masyukkk.. Tala apalah, lu masuk laa itu bilik, lu hentam lagu. Manyak lagu melayu maaa...
Dan mak bapak pulak tak kisah nak bagi duit, asalkan anak tak buat bising kat rumah. Dan anak tak ugut nak lari rumah. Mana nilai moral kita? Mana?
Anak hari ini mesti balik sebelum pukul 10 malam. Aku teringat community message Sinar FM guna suara kawan baik aku, Najman Hj Mohammed bunyinya lebih kurang camni: LIHAT JAM ANDA, DI MANA ANAK ANDA...
Aku suka pesanan masyarakat tu. Selalu dimainkan terutama diwaktu malam. Itu satu usaha yang baik. Tapi mungkin zaman hari ini, ia perlu ditukarkan kepada: LIHAT JAM ANDA, DI MANA SUAMI ANDA...
Betul tak? Betullah tu.
Sebelum jam 10 malam tu, memacam boleh berlaku pada anak anak kita. Tak perlu tunggu sampai tengah malam. Dan kalau aku ikut operasi polis pada waktu malam, masih ada lagi pelajar yang di luar.
Aku teringat satu insiden. Aku terkejut beruk sebab aku hampir melompat.
Satu hari aku pergi recce satu rumah untuk tujuan program kebajikan, hulurkan tangan ringankan beban. Aku dapat maklumat mengenai keluarga yang kehilangan kedua ibu bapa mereka. Dua hari lepas tu, aku terserempak dengan salah seorang dari ahli keluarga tu, pelajar perempuan yang masih di Tingkatan 5, dalam karaoke jamban, bersesak bersama 4 orang remaja lelaki. Mau tak aku mengamuk. Tapi aku tak mengamuk. Alhamdulillah ada pihak yang prihatin dan ambik kisah. Pegawai Kebajikan Masyarakat tu kini dah pun dinaikkan pangkat.
Begitu juga dengan gam. Tokeh tokeh jual gam tak kisah, walaupun muka yang sama beli gam hampir setiap hari sebab dia ada margin keuntungan pada gam tu. Dan dia boleh pulak promote kat budak tu suruh beritahu kekawan seGAM, boleh dapatkan bekalan gam terbaik di pasaran di kedai mereka.
Tingkah laku pemimpin penting. Ia menjadi ikutan. Pengaruh. Kalau asyik bergaduh pagi petang siang malam, bila masa nak jenguk masalah yang lebih besar? Dan toksahlah bergambo terkangkang kat atas sofa dengan cermin mata tak bukak dan duduk atas katil bersama laptop. Itu kan tak baik.
Mak bapak perlu lebih prihatin dengan anak-anak. Berilah peluang pada guru mendidik, mengajar dan mengenakan sedikit hukuman kepada anak anak kita kalau buat salah. Kalau kat rumah kita tau anak kita degil, nakal, toksahlah jangka anak anak kita jadik pondan kat sekolah. Mesti sama jek. Kalau dah nakal tu, terima jerlah, dan berilah peluang kepada sang guru mendidik, menjadikan anak kita ORANG. Esok, kalau anak tak betul, salahkan diri sendiri, jangan salahkan cikgu. Ada cikgu yang komited, ada cikgu yang siang malam prihatin terhadap anak muridnya. Berilah mereka sokongan. Fahamilah tugas mereka.
Kita yang mak bapak pun susah nak jaga anak sorang kat rumah, cuba fikirkan sang guru nak jaga satu kelas!! Berapa ramai tu?
Dan cikgu cikgu jugak, toksahlah dok main SMS kat dalam kelas. Kalau ye pun, urgent, pergilah kat bilik guru, jangan tunjuk pada bakal pemimpin negara kita tu. Tapi aku tahu hanya segelintir jek macam tu.
Yang penting, kita kena tunjukkan moral yang baik duhai pemimpin pemimpin sekelian. Ya, moral. Kalau nak masuk balik jadik pemimpin, fikirkan soalan berikut:
"Ini kalau aku masuk balik, mesti akan jadi pengaruh tidak baik pada generasi akan datang. Aku seorang pemimpin, mesti memimpin benda yang baik dan positif."
Atau
"Alah takperlah, kita kan masyarakat yang saling memaafkan. Biarlah aku bertanding balik. Diaorang mesti dah lupa tu."
Ya, aku pasti korang akan ambik jawapan yang kedua. Terima kasihlah.
Dan aku akan terbang ke Sibu Sarawak pepagi esok dan maaf ya, aku tak ambik apa apa pesanan dari korang termasuk untuk belikan korang gambir Sarawak. Dan harapan aku ialah, MAS tak cancel kan flight pagi esok sebab diaorang ni selalu buat magic waktu pagi!
And I hate packing.. and now I'm on a sofa, stressed.

18 replies:
yeayyy posting baruuu..
sat nak perabih baca dulu..hihihihihi
Mak bapak sekarang mmg bangang...aku pun benci bila baca artikel yang berkait dengan keegoaan mereka.
Dulu aku pernah jadi cikgu sekolah sementara, satu hari, aku denda pelajar berdiri atas meja. Datanglah seorang lelaki (kawan aku) meminta aku menurunkan pelajar tersebut.
Beliau memberitahu, beberapa bulan sebelum itu, mak kepada seorang pelajar di situ telah memberi amaran untuk mengambil tindakan saman ke atas sekolah yang kami ajar.
Peristiwa ini terjadi pada awal 90an dan nampaknya selepas sekian banyak kempen dan kesedaran yang cuba diwujudkan oleh akhbar, mak bapak zaman sekarang masih lagi menjadi hamba kepada anak-anak mereka.
Mak bapak aku pulak dulu lain, lepas jumpa cikgu sekolah, bapak aku akan rotan kat rumah pasal dia dapat tahu aku nakal kat sekolah.
Saat-saat yang peling mengerunkan masa zaman sekolah dulu ialah bila mak bapak aku datang berjumpa cikgu sekolah.
mmm..selagi satu ketamadunan tu dokberkembang..selagii tu permasalahan camni takkan ade kesudahannya kan?
mcm roda..naik turun naik turun nak balik..selagi tak tergolek kene rempuh..
by right..once dipaparkan di media..all kene alert n ambil kisah dgn lebih..tapi standard respon - hmm pekara camtu cuma akan jadik kat org lain or anak org lain..tidak pada kita..
kalau ada orientasi rehab yg ala2 VR simulation ke alam barzakh kan bagus..hang 'baik' sgt kat donia..meh bagi rasa sket in a glimpse ape yg menanti di akhirat..
bab peluang..saya believe in setiap manusia patut diberi peluang tak kira lah berapa kali pun..sedangkan nabi lagi ampunkan umat..
tapi memberi peluang tak semestinya dgn cara menerima hidup2 jek dgn penuh kemaafan..kenelah sekeh dulu sedas dua dulu bagi lebam sket..than bleh lah salam peluk2 balik..buat lagi?
sekeh lagi lah jawabnya..
satu ulasan , pendapat, komen yang bagus... [kipas sikit]
itu semua masalah.. cara mangatasi / mengubati banyak.. saling kaitan antara satu sama lain..
baik dari rumah, sekolah dan persekitaran.. kalau semua orang buat baik dan ikut landasan yang betol. maka baiklah jadinya...
kalau nak jadik baik.. ikutlah ajaran agama masing2.
tu jer..
parents skrg mmg ramai y sombong2..anak sendiri x reti jaga, tp bila cekgu2 nak tolong jagakan diorg melenting pulak. ape kes??
tp ade jugak antara parents y sombong2 ni terdiri dr kalangan cekgu2 gak..no comment la..
program program bersama tu banyak budak2 baik yang pergi..kokurikulum la kata kan...sijil..esok nak masuk U senang....setan2 yang patut pergi tu tak pergi pulak..sibuk main gam (or err..other things)..if theyre preaching to the wrong choir..susahlah..
kerana artikel ini, saya mohon saudara hazrey sendiri (dan jemput juga teman-teman blogger yg lain) ke blog saya.
saya seorang cikgu, awal minggu tempohari saya telah updatekan entri mengenai ke'sengal'an pelajar sekolah saya yang sebenarnya mewakili generasi myspace kini.
saya perlu respon atau pandangan dari pihak-pihak lain berkenaan entri tersebut. terima kasih.
http://ceritaceriticerutu.blogspot.com
shahpaskal: ko pernah jadik cikgu? Heheh.. Cool bro. Budaya saman. Cuba baca paper hari ni atau semalam atau esok, ada tak contoh contoh pemimpin dok saman sesama sendiri? Meh kita ikut diaorang meh, after all, kita yang pilih diaorang kan. Soalan: adakah merotan anak bukan lagi satu budaya untuk mendidik? Menjadi satu stigma? Menjadi satu perkara yang kolot? Jadi, apa cara untuk mendidik anak-anak? Jentik? Piat telinga?
ninoz: Ibu bapa hari ini tidak bertamadun. Period.
arep: kenapa the father of pin number ramai pengikut? kenapa tok guru tok guru yang buat short cut dalam ibadah, solat dan bernikah ramai pengikut, DAN pengikutnya ramai jugak di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi?
monkibizniz: well, kalau tak silap dalam kamus kalau yang camtu dipanggil: arrogant, bitches and losers.
Superzac: true enough. And I believed you were one of them kan. :) Kenapa problematic students taknak masuk? Sebab mak bapak diaorang yang hanya lihat anak sekadar sejam dua di rumah berpendapat, anak tak nakal.
cikgu yuz: salam. terima kasih atas jemputan. Insya'allah saya akan tiba nanti. Tapi tulah, adakah satu hari nanti, akan ada tindakan disiplin terhadap pelajar kerana mencerca guru di dunia internet yang semakin maju ni? kita tak perlu block the access sebab tujuan internet adalah untuk ilmu, tetapi adakah ia digunakan sebaiknya?
apa yang kau tulis ni aku simpan dulu...
aku nak dengar cerita dari Sibu dulu.
Hehehe...
kat SIBU kau jangan ambil gambar cermin mata tak buka depan laptop tau.
Hahahahaha...
panjang gile.
tapi aku abes gak baca.
aku yg remaja ni pun kdg2 takut dgn remaja skang.
haih.
err en hazrey da ada anak?
btul3x,budak la ni mmg extra ganas..zaman sy dulu pnh jgk kena buli n kepung ramai2 (kira mangsa buli la jgk ni..isk)tapi dorg kepung ramai2 xdala nak blasah sy(meb sy nampak gagah..wah!)dorg kepung sbb nak ugut je,tp bdk zaman skrang dah xda ugut2 dorg trus blasah je..plus,zaman sy gaduh2 ni kalo blh xnak mak ayah tau nnt xpsl2 kn rotan balik...mak ayah zaman la suka amik tau tp extra syg kt anak plak
fuh...lama pendam nih,hihi
sori yer.. tumpang baca blog ni... saya bukan apa.. sem lepas terjadi kat tmpt sy bekerja ni.. mak ayah student mengamuk kenapa anak dia dapat teruk sangat.. bila lect terangkan, anak dia tak antar assignment/quiz/tutorial.. tak dtg kelas.. bukan parents tu nak marahkan anaknyer.. tapi marahkan lect.. siap antar surat kat ceo supatan lect itu dipecat.. kalau semua student yang fail, maybe salah lect.. tapi kalau anak dia jer yang fail, camner tu??.. saya rasa, bila parents dok manjakan anak, n anakjer yang betul, jd camnilah... bukan nak kata semua lect betul.. tapi sebagai pendidik, harapan nak anak bangsa kita menjadi org yang berguna... just my 2cents..
khalayak peniaga di malaysia ni, mmg tak ada t/jawab sosial, yg penting bagi mereka, untung.
mak bapak ada 2
i golongan yng terpaksa bekerja keras, kadang2 buat 2 kerja untuk menampung kos sara hidup melambung, hingga anak2 terabai.
1 lg kumpulan yg kaya raya, anak2 melimpah ruah ngan kenikmatan hingga besar kepala.
say selaltu tertanya2, apakah golongan pembuat dasar tak sedar ttg hal-hal mcam ni?
tapi selepas 3 dekad aku idup d negara ni, aku akur..dalam kebanyakan masa dorang bersikap ignorance, atau lebih kerap melontarkan pandangan2 yg tak realistik.
n kalau lah depa sedar pun,ada perkenalkan peraturan baru, tapi penguatkuasaan pada tahap cipan.
student yang ada masalah ni igt hidup ni sangat mudah. petik jari keluar duit.
saya tak fokus (dah tak ambil pot) student2 yang ada masalah ni. mereka ni bukan masalah tak bleh catch up dalam kelas, tapi masalah sikap yang ntah hapa2. (tak hantar assignment, tak dtg kelas tanpa sebab etc).
jadi saya fokus pada yang cemerlang dan semi-cemerlang. saya puas hati dgn result mereka dan tak pening memikirkan hal2 yang menyesakkan kepala.
- Emma
I think it's all back to square one lah Hazrey.
1) Parents yang sibuk - tak tau apa jadi kat anak2 depa. So, kenalah ada balance. Duit kena cari jugak, career kena jaga jugak.. anak yang kita yang produce sendiri - takkan nak kasi maid yang jaga sepenuh masa, kan?!
2) Students yang mempunyai parents yang terlalu sibuk - kebykan buat hal sendiri, ada jugak yang bawak diri. Kalu dia terjumpa jalan yang baik - jadi baiklah dia.. Kalu tak - ntahlah apa akan jadi..
3) Cikgu / Lecturers - bukannya semua hampeh, tapi tak semestinya semua baguih. Adakalanya jugak kita tengok lecturer yang baya2 student.. Jadinya, mungkin respect tu agak kurang.
It all goes back to our education system.. Standard that are set, semakin menurun.. pasei nak nampak macam ramai yang pass with flying colours..
Sekarang punya education system is more like marketing a brand. Schools, colleges & universities are more focused on QUANTITY of students enrolled each term. NO longer on the QUALITY of students produced.
Just look around you..
I don't think I've to say any further.. I'm pretty sure you understand what I mean.
Another thing is, I think the subject Tatarakyat or Civics should be brought back into the education system.. & I'm not the only one who feels it should be done..
There's an article here as prove..
http://blog.thestar.com.my/permalink.asp?id=11430
What more with busy parents that hasn't the time to educate the simplest of things in life that a kid should know, especially between the age of 3 - 12 years .. e.g: their P's & Q's.. manners, respect for each other (fellow students or elders).. & many other stuffs before it sets into their system that all these are not important in life..
That's when arguments turns to fights in school between child & child or child and teachers, as they do not understand the meaning of SELF RESPECT or RESPECTING OTHERS.
bala panjang macam kertas kajang - bak kata pak samad ismail dalam Mat Som
hoho
aku baca.. banyak tul point nak dibalas dan dikomen. since aku tak nak menulis bloh didalam bloh aku guna point form dan komen isu utama aje tau Hazrey
1. ade orang kata capital punishment ni tak ok. sebat menyebat kononnya arkaik. tak seswai lagi. nah tengok ajelah zaman sekarang. naik minyak dan naik balung ayam pulak bila guru tidak lagi dibenarkan membantai budak. shit man. masa dulu aku cuak gila degan guru. otai sekolah pun bila nampak huru disiplin dan rotannya kecut telur. skang apa kes? macam kata SHAHPASKAL la. pussification of youth. nak sangat tiru kayak highschool mat salleh. detention bullshit. bodoh!
2.bercakap pasal saiber kafe pula kenapa BSA macam nak taknak aje pantau instalasi game secara haram di CC. kamu ingat CS di CC malaya ni legal ke? aku dengar sendi mutiara pemegang lesen game Blizzard di malaysia sudah haramkan installation DOTA dan WOW di CC. tapi ada aje aku tengok. paling best tahun lepas ada surat pekeliling menyuruh CC ditutup seblom pukul 10. melatah satu malaya dibuatnya. kononnya susah kalau CC tutup awal. nak wat kerja susah. persetankan itu semua. tutup aje. ini tidak. lepas satu CC kena serbu lepas tu takde lagi. CC yang kena serbu di Subang Jaya tu pun dah beroperasi balik selama 24 seakan-akan tak pernah kena serbu! NICE ONE
last one.. i am containing myself from writing way too much HAzrey. I am too opinianated for my own good!
3. the destruction of the community spirit. zaman skang jiran tak kenal jiran. anak jiran lagi la tak kenal. zaman kampung dulu anak pak husin tak berani nak buat nakal pasal satu kampung tahu dia anak pak husin. kalau orang "bilang" sama pak husin mau kena hambat dia nanti! sekarang tidak lagi. semua macam tak endah. kubur sendiri sendiri punya attitued. akibatnya remaja lebih brazen nak jadi asswipe. in conlucsion kita kena wujudkan sistem kejiranan macam djaman dulu.
dah.. aku sudah lebih kuota. ha ha
p/s: gamba apa yang tak seswai itu? adakag gamber Stacy Kiebler berbikni atau Candice Michelle bugil dalam Playboy! ha ha ha!
dunia dah nak kiamat..
ibu bapa supposed tgk anak2 but they dont
politicians patutnya FIKIR dan BERTINDAK demi KEPENTINGAN rakyat,bukan cabar mencabar or rebut jawatan
guru..mereka takde salah,mereka pun terikat dengan etika perguruan,nak buat lebih skit kena hentam dgn ibu bapa,kena bakar kereta,kena belsah or worst,kena bunuh..mana letaknya darjat guru ni?
pelajar..kenpa korang taknak fikir?sampai bila nak jadi samseng?takkan dengan penggali kubur pun nanti korang nak belasah dia cukup2 kalau tak gali kubur korang dengan baik?
tah la.aku pun tak tau.semoga kita semua dijauhkan daripada larangan Allah..ameeeeen
by the way,salaaam bro :)
Zakiah: Yeah, lets wait for it. :)
ateeka: hey little sister, you better start learning flying kick, punch and smack down. That will get rid of your fear. :) But joke aside, students today are fearsome lot.
luluchen: ya, yang pasti nilai nilai zaman kita ada sudah terhakis. Hakis dek sikap mak bapak.
zdiana: saya selalu kagum dengan guru, sanggup meletakkan diri dan keluarga mereka di tempat kedua demi melahirkan generasi yang berguna. Tapi tulah, ibu bapa tak nampak tu semua. Dont touch my children. Kan? Kesimpulannya, nilai insan terhakis.
azman: some of the pembuat dasar hantar anak ke sekolah persendirian. So macam mana nak nampak?
Emma: saya pasti saudari seorang guru. Harapan saya, janganlah pinggirkan anak anak yang bermasalah itu, walaupun saya tahu betapa getirnya untuk mendidik mereka itu. Tapi percayalah, jika anda berjaya, satu kepuasan akan anda perolehi. Itu kan cabaran untuk Emma, dan saya pasti, Emma sama seperti guru guru lain, walaupun komen saudari sedemikian rupa, tetapi saya YAKIN Emma tak sampai hati untuk meminggirkan anak anak kecil yang masih keliru dan mudah terpengaruh itu.
Life Spins: Ya, mak bapak hari ini sentiasa sibuk. Tuntutan hidup. Dan sebab tu maid yang menjaga anak-anak kita semakin BESAR KEPALA. Pernah seorang kawan, beritahu, orang gaji Indonesia marah dan kecik hati sebab majikannya panggil dia orang gaji !!!
2) Sebab tu environment perlu kondusif untuk membesarkan anak-anak. Ini termasuk apabila di luar pandangan ibu bapa. Mana dia pergi, dengan siapa dia keluar etc. Dan kerajaan juga ada tanggungjawab, sebab mereka yang memberikan lesen kepada CC dan karaoke jamban.
3) Aku setuju, ada lecturer yang baya baya student, sebab garis panduan untuk akreditasi cuma perlukan sijil - documentation dan bukannya maturity, leadership.
Sistem pendidikan kita theoritical. Terlalu theoritical. Sampai kekadang langsung takder practicality. Kita lebih mementingkan kelulusan. Betul sangat.
Yup, IPTS tu saper yang bagi lesen? What is the guidelines? :)
Ya, aku masih ingat lagi Tatarakyat diajar termasuklah jangan buang sampah merata rata dan hari ini aku menyampah kalau tengok orang buang sampah bersepah sepah. Pantang. Dan ohh, ramai juga yang bawak keta besar yang buang sampah keluar dari kereta mereka. Mungkin diaorang tak belajar Tatarakyat.
Obefiend You are officially the co-owner of this blog. Hahaha
1. Hahah.. you watch too much of High School Musical. Tapi some of the girls in it are hot kan? :)
Capital punishment are there to instill discipline and not to torture dan itulah yang bahalul bahalul tu semua tak nampak. Ohh they went to private school, dan anak anak diaorang pun camtu. Dan diaorang pelik kenapa guru private school tak perlu rotan. Berapa diaorang bayar kat sekolah tu? So cadangan aku, apa kata cikgu cikgi kat malaysia ni semua bila berdepan dengan mak bapak camtu, say it straight to their face: gi registerkan anak kat private school atau sediakan one brochure stand for private school dengan tagline: Di sini kami merotan. Di sekolah ini pula TIADA ROTAN cuma $$$$.
2. BSA can investigate tetapi kuasa penguatkuasaan pada siapa? Siapa? Kalaupun BSA menyalak siang malam pun, paling tidak pun bawak ke mahkamah for civil suit. And that will be time consuming.
It is a norm in Malaysia. Kalau satu benda tak elok jadik, segala undang undang, segala peraturan, segala petikan petikan kat Dewan Rakyat penuh satu suratkhabar diiringi mere political statement, dan betullah tu, lepas tu, habis camtu jek. Kita kan bahagia hidup dengan macam tu. Dan buat apa kita nak pedulikan benda tu semua, sebab kita ada gambar atas sofa untuk kita google.
3. Bro, kita memang kecut, kalau curi rambutan sekalipun. Dulu aku kecik kecik suka curi rambutan rumah jiran aku sebab rumah aku cuma ada pokok durian yang tidak menerima sebarang bantuan teknikal dari UPM. Dan bila ada orang kampung lalu, aku dan kekawan mendiamkan diri tak bergerak seinci pun di sebalik rimbunan daun pokok rambutan tu. Hahahah.. Tapi mulut mengunyah rambutan. Kah kah kah kah. Sekarang takyah. Curi jerlah. Mak bapak aku tak marah apsal kau nak marah.
And yes, bukan sahaja kau lebih kuota, aku tengah edit settings aku supaya kau boleh menulis di main interface of this blog. Hahaha.
Takleh, aku takleh cakap gambar apa tapi it is better than Candice in Playboy. Much much much better. Wuhuu.. And somehow, I know that you are the only reader yang suka gambar tu.
Post a Comment