Friday, January 30, 2009

SAYA KENA TIPU - BOLEH TAK SAYA TIPU AWAK PULAK?

Look at this piece:



200 Ditipu Pegawai Tekun
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin <-- just in case, this is not the same guy who do entertainment kat paper yang sama. Hahah.. dun worry Rudy.
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Dengan hanya membayar yuran pemprosesan RM100, seorang wanita yang mengaku pegawai kanan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menjanjikan pinjaman modal bernilai antara RM50,000 hingga RM70,000 kepada kira-kira 200 ahli baru sebuah syarikat jualan langsung, sebelum dipercayai melarikan wang mangsa RM20,000.

Pinjaman kononnya ditawarkan melalui beberapa koperasi yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dikatakan boleh diluluskan dalam masa 30 hari bekerja itu menawarkan amaun berkenaan tanpa penjamin atau kertas kerja, sebaliknya peminjam hanya perlu memberi salinan kad pengenalan, penyata gaji dan wang RM100 sebagai kos memproses.

Malangnya, sejak Jun tahun lalu, pinjaman yang dipohon itu masih belum diluluskan, sebaliknya wanita yang berusia lingkungan 40-an itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Mangsa, Hisyam Samsu, 30, dari Kampung Melayu Majidee di sini, berkata dia mengenali wanita berkenaan selepas diperkenalkan rakan ketika mendaftar menjadi ahli sebuah syarikat jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) pada Jun 2008.

Read More Here

This story were featured in Berita TV9 last night (29 Jan 2009) and you may view it here.

Ok.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Pelangi SPG RENGAM/000374/09.

Aku tak pernah percaya MLM. MLM ni sentiasa kayakan orang yang paling atas sekali. Sorrylah sesiapa yang buat MLM tapi aku memang tak pernah yakin sebab dulu sebelum Pak Man Telo kena tangkap, semua orang nak kaya cepat dan semua taknak berusaha.

Sebab apa orang Melayu mudah terperdaya? Sebab kita malas. That is for the fact.



Sekarang memacam cara MLM ni, jual barang, korang beli barang pastu jual, pastu cari downline. Wait. Korang bayar beribu ribu ringgit pastu barang tu kalau tak jual, nak jadik apa? Jadik unggun api pun boleh, hantar kat Jabatan Perikanan buat tukun pun boleh.

Well, I spoke to this fellas masa di Balai Polis Taman Pelangi.

Wanita itu sememangnya pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga yang berpejabat di Simpang Renggam

Mereka bayar RM100 setiap seorang sebagai bayaran pemprosesan pinjaman kepada pegawai ini.

Kalau sorang RM100 kali dengan 200 orang, berapa ahh? Cuba korang kira.

Sebelum itu, mereka diajak mendaftar menjadi ahli My J Projek. Apa kejadahnya My J Projek ni pun aku tak tahu. Tetapi menurut salah seorang dari mereka, pembayaran modal sebanyak RM21,600 diperlukan bagi menyertai projek ni.

Ok aku dah dapat dah. My J Projek ini diasaskan oleh sebuah syarikat MLM, dengan pendekatan berikut:

1. Loan Rm75,000
2. Untuk program = RM22,200 untuk beli barang company MLM ni.
3. Baki RM52,800 anda punya dengan syarat kenalkan 4 orang yang nak buat loan (dan ini adalah wajib).

Cuba kau kira. Aku upline kau, kau dan 4 orang lain bawak RM22,200 setiap seorang = dan aku akan dapat whooping RM111,000-00 !! Yeah, smack my butt. This aint a fantasy, this is reality. Definitely you wouldnt mind to be parting away from that little RM22,200 kan since you still have RM52,800.

So, mestilah golongan ini takder duit sebanyak itu kan, dan seperti biasa, strategi MLM ialah menunjukkan carta carta hits minggu ini - siapa yang dah pakai kereta besar, rumah besar dan semua besar termasuk bini jadi besar kepala kan. Dan golongan yang mendengar surely will be so amazed dan mula mencongak congak pelbagai angan angan dalam kepala.

Lantas, pegawai Tekun ini menjanjikan agar mereka membuat pinjaman dari Koperasi Pendidikan Islam. Ok, koperasi ini memang wujud. Lihat link ini - Koperasi Pendidikan Islam.

Baca Frequently Asked Question (FAQ) mereka.

Tercatat secara jelas ia adalah skim untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja.

Dan kalau nak buat pembiayaan peribadi sehingga RM150,000, ia hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan, berkanun dan PDRM sahaja. Lihat link ini.

Mangsa ditawarkan pinjaman sebanyak RM50,000 melalui koperasi ini sebagai membantu mereka menyertai My J Projek is.

Hakikatnya, wanita berkenaan aka pegawai Tekun itu adalah agen kepada sebuah syarikat MLM yang menjual Health Food, Lingerie dan pelbagai lagi yang berpejabat di Jalan Kapar, KL.

Itu yang sebenarnya.

Mungkin pegawai ini memiliki pengetahuan yang baik mengenai koperasi koperasi yang beroperasi di negara ini.

Namun, yang tidak didedahkan ialah mengenai syarat utama Koperasi Pendidikan Islam itu - hanya untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun dan PDRM SAHAJA.

Dia juga mendakwa boleh mendapatkan pinjaman sebanyak RM75,000 melalui Koperasi Usahawan Siswi di mana koperasi ini tidak wujud sebenarnya.

Yang ada cuma Skim Usahawan Siswazah yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - MECD.

Aku sempat berbicara dengan salah seorang pegawai kanan Tekun di Johor ni dan beliau mengesahkan pegawai itu bertugas dengan Tekun dan menjalankan perniagaan sambilan dengan syarikat MLM itu.

Ok, mungkin kakitangan Tekun itu melakukan kerja itu sebagai meyahut seruan kerajaan sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada 22 Jun 2008.

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan menambah permit peniaga kecil dan penjaja bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, termasuk kakitangan awam untuk menggalakkan mereka bekerja sambilan untuk menghadapi kenaikan harga.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebahagian usaha jangka panjang kerajaan untuk membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah menghadapi kenaikan kos sara hidup."

Betul.

Tetapi, sepatutnya ia tak boleh ada conflict of interest dengan kerja kakitangan berkenaan. Esok kalau kakitangan Imigresen buat agensi pembantu rumah camner?

Cuba fikir. Dia pegawai Tekun, and definitely everyone will be under the impression that the loan definitely - sure sure one - boleh dapat, right?

Sepatutnya, there should draw up a clear and precise guideline - apa jenis bisnes yang boleh dan tak boleh dijalankan oleh kakitangan kerajaan. Tapi kan, bukan ke, kakitangan kerajaan memang dah lama berniaga sebelum ni pun? Termasuk jual kain, jual arcopal, jual Avon, jual Tupperware, jual Amway?

Aku setuju dengan rakan blogger, Freedom Of Association (ohh dia ni bukan agensi peminjam wang atau pertubuhan peminjam wang atau MLM) bahawa kat Malaysia ni ramai Slumber Millionaire yang mahukan kekayaan sepantas kilat. (dan ia mengingatkan aku dengan entry lama dia, ada mamat style rambut cam burung.. hahahaha.. asshole).



MLM ni memang memiskinkan orang, percayalah. Dan yang kaya adalah upline yang paling atas sekali. Dia tengok tv pun duit masuk. Dan bebarang yang dijual bukan murah pun. Pergi China boleh jumpa bebarang tu semua.

Aku tak berniat nak cakap secara pukul rata. Tetapi dah banyak sangat aku cover cerita camni, tapi tak kaya kaya jugak. Ada jugak seorang kawan aku, sekarang ni jadi wakil pos jek, selepas program MLMnya diharamkan kerajaan. Elok dah dulu kerja eksekutif, sekarang terpaksa kais pagi untuk makan petang, kais petang untuk makan pagi esoknya. :)

Dan ohh, pegawai Tekun itu sudah digantung kerja bermula hari ini termasuk seorang pegawai peringkat atasan di Johor ini oleh Yayasan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga - Tekun yang beribupejabat di Kuala Lumpur.

Apa kata kita renungkan sikit apa yang dicoretkan dalam Harian Metro pada 16 Jan 2009 lalu, ohh bukan cerita hiburan. Sorry ya.

SAYA hendak bertanya pendapat Dr mengenai perniagaan pelbagai peringkat (MLM) seperti membuat pembayaran RM1,000 (perkara A ), termasuk yuran RM30 dan membeli lesen perniagaan RM70 manakala selebihnya RM900 sebagai bayaran produk syarikat.

Bagi mendapatkan bonus perniagaan, seseorang itu perlu mendapatkan orang (downline) untuk mendengar ceramah syarikat terbabit dan jika mereka berminat perlu mendaftar seperti perkara A di atas.


Kemudian 'upline' (orang yang di atas) akan mendapat bonus sebanyak 10 peratus (tahap satu), 20 peratus (tahap dua), 29 peratus (tahap tiga), 38 peratus (tahap empat) dan 41 peratus (tahap lima) melalui yuran setiap peserta.

Apakah pendapat Dr dalam sistem perniagaan ini? Adakah ia bersih dari unsur riba, perjudian, zalim dan gharar?



JAINAH,
Sabah.




PADA pendapat saya ia termasuk dalam sistem piramid atau perniagaan ala 'Pak Man Telo' dan bukan bentuk perniagaan atau pelaburan.

Anda tidak sepatutnya menyertai skim sedemikian kerana ia hanya agihan pendapatan berdasarkan 'downline' dan 'upline' dan tidak membabitkan perniagaan secara sah.

Akhirnya ia akan ditutup apabila tiada ahli baru menyertai skim itu. Ia membawa kerugian terutama orang bawahan.

Skim sedemikian adalah haram kerana ia adalah suatu penipuan dan mereka yang menyertainya mengambil hak orang lain.

Mengikut saranan Islam dalam mencari pendapatan ialah berdasarkan firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri [dengan sebab memakan hak orang lain lahir perkelahian sesama anggota masyarakat yang boleh membawa pembunuhan]. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (al-Quran (4): 29).

Ditulis oleh Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri.

Hakikatnya, takyahlah berangan nak kaya cepat kalau tak berusaha. Pergilah buat blog macam Obefiend yang dapat RM1.50 setiap kali korang klik kat iklan kat situ, atau korang pun boleh klik kat sini jugak. Klik kat sini jerlah. Kayakan aku dan jadi downline aku. Nanti aku postkan gambar aku dengan kereta mewah yek pastu boleh bawak korang. Or korang boleh tengok entry yang lepas, kereta aku kat sini. atau kereta terbaru aku ni haaa selepas ramai klik kat iklan nuffnang tu. Klik ahh, aku pun nak kaya gak.

Kalau kekawan press tanya aku, aku akan jawab: "Saya tak sangka, bermodalkan airliur sahaja, saya berjaya memiliki kereta ini dalam blog saya." Tak sangka betul ia menjadi kenyataan.


Jangan Stress, Pi Jual Pencuci Mangkuk Berharga RM200-00 yang boleh mencuci sama dengan pencuci limau yang lain yang boleh dapat kat Giant atau Tesco atau kedai Chop Ah Lek berharga RM4.50

11 replies:

CAHAYA said...

jenama tesco rm2.30. kalau axion rm2.90

ke dah naik harga?

azhan said...

pompuan TEKUN tuh dah berjasa pada mereka2 yg nak join MLM tuh.

Pompuan TEKUN tuh scam diorang rm100 je. Compare kalau diorang kene scam MLM tuh, mesti beribu-ribu punye. perghh loan 75k??? wtf?

btul tak? haha. apa2 pun scammer mesti kene ajar. baru diorang serik.

Hazrey said...

Ohh ye ker? Normally i will pay everything including axion so tak tahu bapa ringgit selepas wifey pick and choose and put it into the trolley. Hahaha. Now I know. Ini harganya rupanya. Kisahnya.

Azhan: PSD dah kuarkan circular on 16 Jan rupanya larang any kaki dan tangan kerajaan menyertai MLM. Tapi kenapa baru hari ni Cuepacs nak ceritakan?

Zakiah Ponrahono said...

Namanya pun dah berasaskan konsep piramid.

Kesian orang melayu. Atau orang lain yang ikut.

Macam Uptrend lah. Siap guna web kan? Siap N.D Lala pun jadi ikon dia.

Padahal CEO dia dah ada lebih daripada 2 program MLM yang gagal sebelum tu.

Pernah ikut kawan pergi ceramah dia. Dia boleh cakap, setiap kejayaan perlu merasai kegagalan semata-mata nak yakinkan orang yang MLM dia yang lepas itu ala2 eksperimen.

Masalahnya dah juta2 dia kaya.

Kesian. Samada ilmu ekonomi rakyat malaysia ni terlalu rendah atau masa kat sekolah cikgu-cikgu ekonomi kita tak ajar betul2.

Pasal buluh mas sorang kawan masuk. Nak ajak aku join sama. Bila aku argue, macamana dengan risiko?

Sebab dia asyik cerita yang best2.

Dia kata melabur kenalah ada risiko.

Bila aku tanya balik, tapi aku melabur ASB ada jaminan yang jumlah aku laburkan tu boleh dapat balik. Cuma dividen atau bonus je mungkin sikit banyak.

Dia tukar plak kata macam main sahamlah. Aku cakap saham bukan cover dengan insurans sekali ke?

Dia terus mula tarik muka pastu cakap "KALAU TAKNAK JOIN SUDAH."

2 hari lepas tu, BANK NEGARA announce. BULUHMAS pun dikira ambil deposit haram.

Ish. Tak faham aku macam mana pemahaman bisnes diorang tu.

Tu fall under what type of economic approach ek? open market?

ish.

P/S: BISNES BLOG TU PUN SAMA AJE DENGAN KONSEP MLM TU. DAHLAH ADA BLOG YANG BILA UPDATE SETAKAT 5 PATAH PERKATAAN. MAHAL KORANG DAPAT YA UNTUK SETIAP HITS.

BERAPA? RM2.50?

KAYA CEPATLAH KORANG...

ORANG BODOH YANG SUKA BACA CAM AKU NILAH YANG MAKIN BODOH NAMPAKNYA.

hahahahaha...

azhan said...

Hazrey,
Ko tau la Cuepacs. Publisiti murahan. Kalau nak mintak elaun COLA naik, tak abih2 muka diorang buat PC.

Aside from that. Selain gov staff, mcm mane?

Kesian kat org2 yg low income & yg tahap pendidikan rendah. Not everyone are well informed like us kan...what is the ratio btwn gov servant vs others, yg kene scam?

F A R Y N said...

MLM = Mari Lanyak Melayu






p/s: takhta dah kena rampas..hak hak

nani said...

I dah tak ke tesco sebab tokeh dia yahudi semenjak dari kat uk lagi. Tp tak sangka u pun ke chop ah lek.Kedai tu brg2 dia ok gak la.

Hazrey said...

nani: chop ah lek hidup segan mati tak mau dah.. kesian depa.

Hazrey said...

Zakiah: Thank you for being the bodoh. Hahaha. Tak join takper, click jek kat nuffnang saya tu. :)

Azhan: Jumlah mesti ramai kan sebab kalau dia dapat aku atau kau, dia akan dapat jiran kita, atau rakan rakan kat tempat kerja kau. Hahah

Hidup KOKA said...

Hazrey,
Sejak aku pindah..... Aku tak pegi dah Pasar raya Chop Ah Lek kat Taman Perling tu......

Hazrey said...

Hidup KOKA: Hahaha.. dekat dengan opis aku tu.. haahah

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.