Monday, January 19, 2009

LAGU UNTUKMU - JUMPA PAKCIK HUSSAIN - KENAPA DEPA MENANG DAN BAKAL KEKAL DALAM INDUSTRI?

Ayat pertama yang aku boleh catatkan kat sini bila aku dengar Meet Uncle Hussain nyanyi ialah:

GILALAH SUARA DIA NI.. KALAU PERGI KARAOKE NI, SURE DAH SIANG SIANG KENA HALAU SEBAB ROSAKKAN SPEAKER !! HAHAH.. Dan aku rasa akan berlaku fenomena seperti berikut:

1. Ramai yang akan guna sebagai ringtone lagu yang menang ini.

2. Akan mulalah program program radio waktu waktu malam dengan dedikasi lagu ini sebagai menggambarkan betapa meruntunnya jiwa pemanggil, sambil berteriak - aku sayangkan kau kat radio! Ya, dua tiga hari lepas aku dengar DJ ni suruh pi pemanggil tu jerit kat telefon.. apa kejadahnya.. memalam buta, terkejut hantu hantu, jin jin semua.

3. Caller ringtone akan digunakan lebih meluas dan setiap kali kita membuat panggilan ke nombor yang guna caller ringtone itu, kita akan menyanyi bersama-sama, dan akan marah bila orang tu cepat sangat jawab, sebab tak sempat nak masuk chorus dan tiba tiba kira menyanyi di stesen bas part chorus tu, dan suara tersekat sekat sebab tak sampai, tersedak sedak dan kita akan beri alasan, semalam tak cukup tidur. Itulah alasan yang paling munasabah.

4. Pasar malam akan lebih banyak mengalunkan lagu ini, dan akan panggil kita - Alo Abang, ini balu punya lagu wohh, ini JUALA LAGU Champion punya wohh.. OLIGINAL, walhal dia pi record kat tv malam semalam.

5. Akan ada blogger blogger yang guna lagu ini sebagai background termasuk klubbkidd (hahaha, sorylah bro, aku takder contoh lain ahh) menyebabkan page loading menjadi semakin lembab. Tapi aku tak yakin akubimbo akan guna lagu ini sebagai background sebab it doesn't sounds bimbo and bitchy and slutty. It is a BIG no no to DonC.

6. Ohh banyak komen dan reaksi terhadap kemenangan band Indie ini, termasuklah kenapa mekap macam clown dengan satu titisan airmata sebab diaorang tak paham metafora dan ironinya mekap itu.

7. Ramai yang mencuba nasib di pusat pusat karaoke termasuklah di karaoke jamban yang sepatutnya muat seorang tapi diaorang nak pecah rekod Guiness, dengan masuk seramai enam orang dan menyanyi lagu ini, lantas mengeluarkan angin di bahagian belakang badan menyebabkan berlaku sesak nafas dan jadik tajuk utama berita akhbar - bahagian jenayah, dan bukan lagi cerita hiburan.

8. Ibu bapa yang memiliki anak memaksa anak mereka berlatih lagu ini, dan mula belajar mekap ala-ala MUH dan mesti POSER abis untuk memasuki pertandingan nyanyian di mana-mana supermarket berhampiran rumah dan kekadang jauh dari rumah mereka, semata-mata untuk menunjukkan anak mereka hebat sebab boleh nyanyi lagu MUH ini. Namun bila tewas, ibu bapa ini akan menghampiri penganjur dan berkata: "Apa juri ni, anak saya kalau nyanyi mesti dapat nombor satu," dengan nada yang marah dan tak puashati sementara anaknya di sisi terpinga pinga dan gelisah sebab esoknya kebetulan ada peperiksaan pertengahan tahun atau UPSR yang bakal menentukan masa depan anaknya. Dan penganjur supermarket itu hanya menyediakan wang tunai RM300 sahaja untuk juara dan piala dan ohh, tiada siaran langsung termasuk melalui internet bagi pertandingan itu. Dan ohhh, biasanya satu family akan datang, termasuk nenek dan atuk yang tak bersalah; sepupu; mak sedara; bapak sedara dan kalau boleh jiran pun nak diajaknya. Ini bagi membolehkan mereka bersorak apabila si anak kecil ini mula menarik suara pada high pitching dan biasanya bila dah ada orang sorak, di Malaysia ni, orang lain akan ikut jugak, padahal diaorang kekadang tak tahu apa kebendanya yang diaorang sorak.

9. Tak kewl / cool kalau tak guna ringtone ini terutama pada pondan pondan yang memenuhi Stadium Putra malam semalam. Biasanya mereka akan guna ringtone LIVE di AJL itu sebab kalau pakai yang lama, kira tak kewl, tak lincah, tak kuasa nok, dan tak amboi amboi amboi.

10. Ini yang paling best: Bila dah ada ringtone ni, pastikan ia menggunakan volume +10, bagi memastikan semua orang dengar, dan bila naik bas atau dalam perpustakaan atau dalam wayang, pastikan buat buat lupa nak silent kan supaya orang akan tengok dan perasan kagum dengan kehebatan handphone diaorang menggunakan ringtone juara AJL ini, padahal handphone kredit tinggal 7 sen jek, miss call pun tak lepas..

Hahahahahahahaha.... sorrylah, aku bukan expert pasal lagu lagu ni.. so in conclusion, Meet Uncle Hussain ini sesuai untuk menjadi duta produk berikut:




By the way, this girl kinda hot jugak kan.. bestlah kalau MUH jadik duta, dapat jumpa awek ni.. wuhuuu...

16 replies:

Zakiah Ponrahono said...

Hahahahaha...

AKU PAKAI CALLER RINGTONE ZAKIAH ZAKIAH SEBAB AKU KAN OBSES TERHADAP DIRI SENDIRI.

BIAR SAMPAI MUNTAH ORANG DENGAR.

Aku tak kisah. Aku tak peduli.

AKU KAN ZAKIAH.

hahahahahahaha

P.S: Hazrey, kau malu nak ngaku kan... malam tadi kaulah orang pertama yang download lagu ni kan???... sebab tu kau tahu serba-serbi fenomena pasal lagu ni..

hahahahaha

nurul said...

hye hazrey..
new follower here.. got ur link from aku bimbo...

about the AJL, kenapa mesti nak jumpa pakcik hussin??

n thats why i dont used caller ringtone..

Hazrey said...

Zakiah: I sang that song every morning to wake my wife's up. And I only take the chorus, so that dia dengar. Hahahahah

nurul: Ohh really, thank you for dropping by. Well, mungkin pakcik dollah or pakcik leman, takder, so they decided that pakcik hussin is the right man to meet? How should I know kan.. But truly, it is indie era, sebab youngsters perlukan sesuatu yang energetic bersesuaian dengan kehendak keremajaan mereka yang energetic dan tak lemah longlai melankolik seperti yang didengar pondan pondan.

Ringtone: baik toksah. sebab i do bumped into people yang macam ada masalah dengan gegendang telinga, bukak volume sampai +10 tapi malangnya tak pernah jawab telefon and jawabnya ialah: tak dengar. Jahil dan bodoh sebenarnya. Hahaha.

JohnJenin said...

Revolusi yang dibawa pakcik husin memang best. persembahan macam konsert. xdak point nak menafikan kemenangan depa...

p/s: pakcik dok tengah transfer balik album meet uncle hussin ke ipod pakcik. pakcik tak mahu ketinggalan. hehehe

aimedidie said...

bro, aku sebenarnya aspect faizal tahir yang menang walaupun aku tak minat dan menyampah tengok dia. yelah semuanya nak sapu. biar sapu semua. pasal meet uncle hussain menang aku setuju dengan pendapat bro DonC. semalam aku sampai salah cakap kat wife aku faizal tahir tu Faizal Hussain. nama pun semuanya dekat2. Faizal Tahir + Meet Uncle Hussain = Faizal Hussain. ok tak bro? hehehehe

Hazrey said...

Johnjenin: Sebenarnya, pada akulah, their music arrangement is not bad. But if you ask me, Spider memiliki music arrangement yang baik pada lagunya. Aku suka penggunaan T-Wah, insert pada lagunya, membuatkan lagu tu lunak. But the way MUH performs is no doubt the best performance, dan mungkin juri pilih pada lirik dan keserasian lagu dan liriknya.

aimedidie: Ya, memang kau merapu. hahaha.. but truly, aku akan setuju kalau music arrangement Spider diberikan salah satu anugerah malam semalam.

gman said...

haha...btol2...kdg2 aq bersorak bkn aq tw pn mnde yg disorakkan!!!
wuhuuuuu<---cth~hehe

tp jmpe pokcik hussein pt mng ke? tah la...aq x minat la jerit2...

n hazrey!!!aq x bpe dgr lagu2 jerit2 cm hussein 2...tp mak bukan pondan okey!!!

lol juz kidding~

*ateeka amer* said...

tp suara dia unik woo.
susa na dpt kat mesia ni.

Hazrey said...

gman, pening kepala aku baca comment kau pepagi, subuh subuh ni. dua tiga kali aku mengeja apa kejadahnya yang kau tulis. Hahaha. Takper gman, kau jiwa sentimental, sebab kau duduk jauh dari mak bapak kan. Aku faham. Tapi, the high pitch vocal tu memang gempak, teringat aku kat Yantzen, Rusty Blade.

ateeka: betul. Semua orang boleh menjerit, tetapi jeritan dia memiliki keunikan dan melodi dan tonasi.

NurakaCenderaWasih said...

Hey, I am not gonna download MUH song as my ringtone...tak minat MUH. Lebih baik I download lagu Amy Search. Asal nama dia MUH eh, tak glamour langsung......letak lah Joyah Cabaret ke, Meet MakCik Senah ke, Meet Uncle Jonid ke.....hahahahaha baru klasik......nostalgia beb...

Btw, Hazrey org2 yg letak volume sampai +10 tapi tak angkat.....sebab dia rasa lagu tu medodoikan dia lah.....baik untuk halwa telinga tau.......hahahahaha


Anyway, I prefer ABBA, Bee Gees, Diana Ross songs as my ringtone......ada value beb...

I think I wanna use hair extension jugak lah....rasa2nya cool tak????

ninoZ said...

ringtone ape pun tak kisah laaa..tho bingit telinga kekadang..
tapi masuk surau or mesjid or masa talkin kat kubur..tolong laa belajar silentkan enpon
some ppl tak gheti gheti bahasa...duhhh

Obefiend said...

aku pakai ringtone lagu pak arab tu.. apa nama lagu yang singer nampak macam JAFFAR from Disney's Aladdin!

lol

jus to piss people off!!

Hazrey said...

NurakaCenderaWasih: Well, I aint sure why they use the name Meet Uncle Hussain, itu you have to check with akubimbo because, entertainment ni not my cup of tea, and I rather do more serious thing.

And NurakaCenderaWasih, those yang pakai volume +10 tu dangkal, dan biasanya orang camtu adalah orang yang hodoh, tak cantik, takder orang nak, so bila dia buat ringtone kuat kuat, ia akan menarik perhatian orang, dan dia memang perlukan perhatian lebih sebab kehodohannya. Hahaha.

ninoZ: true. masa raya itu hari pun hilang kusyuk sebab adalah mamat sekor ni pi letak lagu Radja as ringtone pastu tak silentkan. Apa ke bangang kan.

Obefiend: hahahah, kau jangan piss people off, kot kena patuk pulak karang. pak arab tu ada dua ekor atas bahu dia. Tapi yelah kan, to think of it, aku gelak sakan teringat si Jaafar dalam Aladdin tu.. betul laa bro. hahaha

klubbkidd said...

wei pakcik. aku ujung minggu ni kat jb. tapi sehari dua je kot. jom lepak for a drink kalao sempat

Hazrey said...

klubkidd: bawak souvenir yek untuk aku. Aku prefer souvenir dari majlis perkahwinan seorang artis terkenal itu hari. :)

strangeezy said...

ahaha..xde keje letak ringtone meet pakcik hussain ni.. baik letak lagu nasyid. org dengar pon, sejuk jer ati. hahahahaha... xnampak mcm poser sgt kn.

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.