Thursday, January 15, 2009

KITA TAK CAKAP TALI PINGGANG KELEDAR, KITA CAKAP "SET BET-L'

Yes, itu yang kita sebut. Sama macam government jadik gomen; kita tak cakap selekoh, tapi kita cakap ko-ner; kita tak cakap topi keledar tapi sebut helmet; kita ringkaskan pintu pagar kepada pintu gate (haha); antara perkataan yang paling banyak digunakan kita ialah sah-on (sound).

Sound:
1. Sound sikit meaning - marah sikit atau disuruh menegur dengan cara yang paling sarcastic. Haha
2. Kena sound - sama seperti di atas tapi hanya di pihak yang menerima 'sound' ini.
3. Sound rosak - maknanya terdapat kegagalan pada deria pendengaran anda, sehingga anda mendengar: Ohh Pak Mat kau memang macam tu, kalau siang dia pergi kerja.."
4. "Kuatnya sound TV tu" slow kan sikit.
5. Redundant.
6. Office

Yelah kot, kalau kita kat rumah cakap menggunakan nahu dan tatabahasa yang betul dan cara berhemah, tentunya kita jadik bahan gelak, sama seperti kebanyakan drama dan filem di Malaysia ni kan.

Contohnya: Tolong tutupkan pintu pagar itu kerana saya pasti ia akan menggamit tetamu yang tidak diundang dan kita akan terdedah kepada merbahaya.

Bahasa kita: Pergi tutup gatelah.

Semalam, contohnya, aku lepak lepak dengan beberapa pegawai polis dan kami gelak gelak, memberi contoh kepada drama kepolisan di negara ini.

Apa ke idaknya, ada ker dan boleh ker pegawai penyiasat menggunakan dialog berikut ketika melalukan penyiasatan:

"Saya amat pasti dan yakin, kamulah yang melakukan jenayah itu," as berhemah as it sounds tetapi tidakkah itu mengingatkan kita akan drama atau filem dulu dulu pada adegan di tepi Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana sambil seorang di bangku tasik dan seorang lagi bersandar di tepi pokok yang jaraknya tidak memungkinkan mereka mendengar sesama mereka tetapi dalam drama atau filem itu, segalanya boleh?

Mungkin selepas ini, yelah, kot penonton yang skema komplen kalau bahasa pasar digunakan, tidak mustahil dialog berkenaan digunakan dalam drama kepolisan:

"Saudara, apalah sudi kiranya dapat saudara membuat pengakuan tanpa paksaan terhadap jenayah yang berlaku semalam. Kami amat menghargai sekiranya saudara dapat menceritakan penglibatan saudara dalam kes ini secara jelas dan terperinci. Segala kerjasama serta pengakuan saudara amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih" Dan ketika melafazkan dialog ini, menggunakan ibu jari menunjuk kepada suspek.

Sebenarnya tanpa kita sedar, (walaupun banyak masanya, kita ni memang tak sedar.. haha), kita ni pandai cakap omputih kan.

"Woii aku accident lah." That is what we say bila kita kemalangan dan kita tak cakap Maafkan saya, saya baru terlibat dalam satu kemalangan, sekian terima kasih.

Dalam sms, kita text to the another 'take care' or tk cr dan ada jugak tc yang seriously, dua huruf tu tak pasal pasal memaksa aku memerah otak selama hampir sebulan memikirkan apa kejadahnya tc tu, instead of jaga diri bebaik.

Dan apabila dah bercakap pasal sms pulak, aku tergelak bila adik aku shared with me, satu terma yang paling paling menghiburkan:

"Ok bro, ppc".

Tekalah. Hahaha.. serious gelak.

24 replies:

tuty jaded said...

PPC?

apa tu?

macam penah dengar..tapi tak kot..

penyangtumpul said...

ok bro, pape call?

Zakiah Ponrahono said...

hahahahaha

aku rasa macam nak tumbuk je muka orang yang letak PPC.

Mengganggu kepala otak aku pagi-pagi je.

hahahahaha

KITA MEMANG PANDAI CAKAP BAHASA INGGERIS. TERUTAMA KAULAH HAZREY.

"PERGI TUTUP GATELAH"...

Zakiah Ponrahono said...

eh sat...sat...

gambar profile tu.. gambar orang berhemah tanya..

KENAPA SAYA TIDAK BOLEH MASUK? SAYA DARI TV3 TAU?

kat pakcik rela tu kan...

hahahahahahaha

arep said...

JOM PPC KAT KLCC

p/s: Pose2 Cantik

i.am.belle said...

ahaha betul sgt tu bro. hazrey, dulu aku baca text 'btw' tu sampai dekat setengah tahun baru aku tahu rupanya 'by the way'. bikin pening jer.lol.

PPC tu haper hah?

Audriena said...

saja ja la tuh adik ngetest.. kira ala2
aci cuba terai test?

ho! ho! ho!

Hazrey said...

Kah kah kah kah... takper, kasi ramai sikit teka.. kah kah kah kah berguling guling aku ni.. serious gelak ni...

F A R Y N said...

aku nak teka jugak ni.

PPC = pandai-pandai cover

CAHAYA said...

hehe. ok bro. pe pe call. ppc, boleh dak? haha. Cahaya pun selalu dpt TC tu. pecah otak gak memula. skang ni biarkan je.

'aq gy bkt bintng.'- sms kawan adik Cahaya dlm phone. ape maksud eh?

Aku gay bukit bintang ke? Wallahualam. Hehe.

Nur said...

Hazrey......i baru nak teka:- ppc=pandai pandai cover...dah ada org teka.

Ingatkan kalau betul nak suro u blanje makan kat kg. senibong....hehehehe......

Btw bahasa sms ni macam-macam........

omg = oh my god
x = times
tc = take care
tq or 10q = thank you
imho = in my humble opinion
wtf = u tahu sendiri lah

i.am.belle said...

hampeh ke daun! hazrey baik ko bgtahu cepat, dah phobia aku fikir ppc tu pe kejadah ;'

shoeshineazreen said...

BURN.

Kira burn. kasi burn. aku burn je la. BURN.

wtf?

azhan said...

PPC...

mula2 aku dpt sms tuh dr budak EDP (yg agak hot) kat opis, ingatkan Peer to Peer Communication.

rupe2nyer...!!!ceh. haha. the new lingo of msian aged 25 & below.

considering she's only 23, acceptable la. if u guys are over 35 & spell like this, better hang urself.

ha ha

Hazrey said...

Sorrylah, aku baru balik assignment Bersamamu kat Pasir Gudang, Johor seharian today. Kesian family tu, dinding rumah, bumbung rumah pun takde. Don't forget to watch it this coming Wednesday.

Anyway, aku gelak sakan kat korang punya jawapan, sebab memacam jenis. Aku sempat baca tadi masa assignment thru 3G, and jawapan korang menggembirakan aku sesangat. Sorrylah, sesekali laa korang jadi bahan lawak aku pulak.

Cuma sorang jek yang teka betul. Tapi yang paling klasik - Pose2 Cantik oleh areq. Sorrylah areq, I can't help it, tapi kasilah aku ketawa ehh. But at least you have the guts to try kan. No harm trying kan.. tapi alah, bolehlah aku ketawa ehh.. boleh kan. Hahahah..

And like Azhan said, sebenarnya lingo ni sesuai untuk teenagers tapi yelah aku setujulah jugak if the one saying it is a hottie.. hahahah

Ok, since I have everyone's attention, have you donate your one ringgit to the Palestinians? You may do it now please.

Ok, the answer is Per Per Call atau Pape Call (Apa apa hal, call). Kah kah kah, ada kedodollah kawan adik aku boleh shortcutkan ayat tu jadik PPC. Nanti akan ada lingo seperti:

1. LC (Later call)
2. CUL (sebutan Cool. Maknanya ialah Call You Later)

Kan kan kan?

Tahniahlah penyangtumpul, esok aku bagi piala.

DonCorleone said...

Cakap pasal ape ni?

wanieweng said...

ok. ni tak tau laa korang tau ke tak,

TTUL.
hint: at d'end of sms/ym

dulu xpaham ,buat2 paham je. hahahaha

p/s: ade lagi orang yang tak tau LOL tu ape.. heee

Nur said...

Hahahahahahaha.......semua jawapan salah....Anwy, it also can be 'pandai-pandai cover......hehehehehe.......

Let all of u do some cracking here. What is 'l8r' meant??

Haha....hehe......huhu..........Tak boleh tido dah ni ari.........hhhaaaiiizzz.......

Zakiah Ponrahono said...

Hazrey...

sebagai blogger malaysia yang concern dgn surrounding.. kau patut buat prediction..

juara lagu siapa menang.

aku suka ni tau..

"Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan....

cuba kau teka siapa???

Obefiend said...

GG

good post ROFL XD. full of LULZ

QFT QFT

brb

ambik!

monkibizniz said...

walopn aku termasuk golongan sasaran yang gne PPC tuh, tp somehow aku sndr pn x dpt teka..huhuh..

nway aku slalu gak dpt TC n TTUL tuh..tp y plg bez ms ari raye aritu la..aku dpt sms cmni jek: S.H.R.A.M.Z.B

ek eleh..cmtu jek?? T_T

Hazrey said...

DonC: Kami sedang citer pasal bagaimana nak ternak lintah secara gotong royong. Kalau berminat, sila hubungi kami. Nanti kami akan lantik seorang artis untuk jadik duta. :)

Nur: That is later.

wanieweng: Ntah yek, sebab when I sms, i will make sure I use complete spelling and no short cut, takut terikut masa tulis berita. Karang tak pasal kena jerit dengan editor if I write: Seorg lelaki dikjrkan ke hspitl krn ditikam dgn sebilah prg.

Zakiah: Whoever wins, TAHNIAHLAH. And I am not up to the standard to predict atau mengulas pasal entertainment scene in Malaysia or anywhere in this world. Pi suruh DonC buat. I am busy with other things. :)

Obefiend: MF. :)

Monkibizniz: Hahahah.. short cut abis tu, save laa SMS woii.. So, kalau raya dengan Chinese New Year jatuh pada hari yang sama, depa nak tulis apa yek? S.H.R.A.M.Z.B.N.H.C.N.Y.G.X.F.C..Y.A.M.S.E.N.G?

Hahahahaha, and whoever sent you that text, knock his/her forehead the next time you see the sender.

penyangtumpul said...

mana piala saya?

Nur said...

Hazrey - Tak cool lah you ni. Kata sms dah tentu2 stand for 'short messaging system'. Kalau dah sms in full baik tulis surat je.........hehehehehe......

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.