Hari ini, aku berduka sebab melihat posting akubimbo dalam entry terbarunya bertajuk:
AIR MATA DARAH SEKALIPUN TIDAK AKAN KEMBALIKAN NYAWA MUHAMMAD AL-DURRAH.
Video youtube yang disisipkan bersama tulisannya itu menyentuh hati. Ya, aku lelaki, perlu macho, control macho, tetapi hati siapa yang tidak tersentuh melihat anak kecil yang tidak berdosa ditembak, dibunuh oleh Yahudi laknatullah.
Aku tak tahu, mungkin ada yang tersentuh, mungkin tidak. Tetapi, gambarkan diri kita dalam situasi sedemikian. Mun gkin itu keterlaluan untuk aku minta? Bagaimana kalau anak kita terjatuh dan berdarah lututnya, kelam kabut kita dibuatnya, apa pula kalau kakinya patah, lagilah panik kita dibuatnya. Apatah lagi kalau anak kita dibunuh depan mata kita. Apa rasanya?
Anak kita menangis tidak henti pun kita dah resah gelisah kan?
Tataplah betul betul wajah anak kecil ini, tatap tepat pada matanya yang sudah tidak berkerdip itu . Apa salah si kecil ini? Apa salah anak kecil ini? Lihat wajahnya. Lihat dan renung sedalam-dalamnya. Cuba, tukarkan wajah si kecil ini dengan anak kita. Apa kita rasa?
Pelbagai alasan boleh diberikan Yahudi laknatullah, serangan yang dilakukan untuk menghapuskan pejuang Hamas, tetapi dunia berdiam diri biar pun jelas nyata Yahudi laknatullah secara terang terang sudah melakukan keganasan.
Apa kita lihat mungkin tidak sehebat apa yang dilalui saudara kita di Palestin. Ya, mungkin ignorance kita bercakap pada diri kita:
1. Ohh takperlah, cukuplah kita cerita sikit pasal Palestin, lagipun kita kat Malaysia kan aman. (Ya, kita hidup aman dan sebab itulah kita perlu sentiasa ingat dan tidak alpa dengan kesenangan kita hari ini, dan tidakkah kita merasa malu akan rasa bongkak kita tidak memperdulikan akan saudara seIslam kita dibunuh denga n kejam sekali).
2. Alah, buat apa nak boycott, lagipun mana kita tahu duit per olehan mereka itu disalur pada Rejim Tel Aviv? (Ya, kita ego dan malas membaca sejarah dan latarbelakang sebab kita cuma nak baca ruang hiburan di akhbar akhbar sebab itulah yang best, tentang Siti nak anak).
3. Kita sibuk nak bercerita benda lain di blog kita untuk menarik perhatian orang. (Ya, anak anak kecil, ibu ibu Palestin itu bukan datang dari kel uarga kita, tetapi pertalian saudara seIslam tetap ada, tetapi kita terlalu bongkak untuk mengaku inya, seterusnya melakukan sesuatu untuk mereka, biarpun kecil usaha kita itu).
Apa yang kita lihat di blog Akubimbo mungkin sekelumit dari derita yang maha besar. Sengsara yang meragut nyawa anak, ibu, bapa, kakak, abang.. Ya Allah, aku tak sanggup cerita betapa sengsaranya kalau kita kehilangan saudara kandung kerana kemalangan, penyakit; inikan pula kalau dibunuh depan mata, secara kejam!
Petang semalam, aku berbisik dengan wifey, aku sedih dengan saudara-saudara Islamku di Palestin yang berterusan derita berabad lamanya. Aku beritahu pada dia, aku hampir menangis melihatkan darah yang mengalir, tangisan si ibu, kesugulan si bapa dek Yahudi laknatullah.
Aku bertambah sedih apabila ada insan yang seperti endah tidak endah akan penderitaan mereka. Bersatu kita teguh kan? Tapi kalau kita bersikap ignorant, mana sifat kemanusiaan kita pergi?
Apa yang kita lihat dalam blog akubimbo hanya sedikit. Mungkin cerita Palestin ini ada yang menganggap tak habis habis menjadikan kita alpa dan menganggap ia satu cerita basi.
Sudah berpuluh tahun rakyat Palestin dizalimi. Bagaikan warisan mereka dari generasi ke generasi malah kita belum hidup pun, saudara Islam dizalimi.
Ini termasuk Six Day War yang berlaku pada 5 hingga 10 Jun 1967, di mana ia mengubah lanskap Genting Gaza sehingga hari ini apabila Rejim Te l Aviv berjaya menakluk tanah Gaza itu.
Hanya 20 tahun kemudian, pergerakan Initifada bermula iaitu pada 1987 menentang kezaliman Yahudi laknatullah.
Ketika perang enam hari itu berlaku antara Israel dengan Egypt, Jordan dan Syria. Dan kesemua tiga negara Arab itu menerima sokongan dan bantuan dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan dan Algeria.
Perang itu berlangsung selama 132 jam dan 30 minit. Tetapi durasi itu lebih pendek on 2 of the 3 fronts, on the Egyptian side only 4 days; and on the Jordani an side only 3 days. It was only di pihak Syria, peperangan itu berakhir 6 hari.
I don't want to further elaborate on what had happened many years before tetapi cukuplah apa yang kita lihat hari ini, dan tertanya tanya mengapa negara bersempadan tidak melakukan sesuatu seperti yang dilakukan kerana tidak berpuashati dengan tindakan PBB pada 1956?
Akhirnya, kita hanya mampu berdoa, hanya mampu m eni tiskan airmata, hanya mampu merenung wajah wajah yang dizalimi, mengutuk Yahudi laknatullah.
Tetapi, alangkah baiknya jika kita tidak mengabaikan derita mereka itu. Mungkin kita akan membisik dengan sepenuh kekuatan hati, untuk kita hindari barangan Yahudi dan sekutunya, terutama Amerika yang secara terang terang merestui da rah dan tubuh saudara kita dizalimi Yahudi laknatullah.
Fikirkan, adakah kita mahu popular dan sibuk dengan perihal remeh temeh keduniaan walhal ada tubuh tidak berdosa seperti anak kecil di atas ini dizalimi, dibunuh? Tanyalah diri kita, apa yang kita lakukan untuk membantu? Seringgit pada kita bagai tiada makna, tetapi bermakna buat mereka di Palestin untuk ubatan mereka.
Dan kita juga boleh MEMULAUKAN BARANGAN YANG HASILNYA DIGUNAKAN UNTUK MENZALIMI SAUDARA SAUDARA KITA. INI YANG AKU PEROLEHI DARI FROM A BLOGGER BUDDY - LIFESPINS. THANK YOU LIFESPINS:
Klik di sini.
Banyak cara boleh kita bantu dan aku pun tidak mampu ke sana, ke Palestin, membaling batu ke arah askar Yahudi laknatullah, tetapi aku ada sedikit kemampuan doaku dan rezeki dari Allah SWT untuk aku kongsi meringankan beban mereka. Insya 'allah.
Banyak pihak yang melakukan inisiatif bagi membantu saudara Islam kita ini antaranya termasuk Mercy Malaysia, NSTP group, Media Prima, Utusan Malaysia dan sebagainya.
My brother blogger, Azhan at bystander.blogspot.com ada meminta kita memperolehi nikmat di akhirat melalui sumbangan kita, dan aku menyokong gesaan dia.
Rezeki dari Allah SWT dan apa kata kita kongsikan rezeki dari Allah SWT bersama mereka yang memerlukan.
Click lah di maybank, cimb, public bank dan sebagainya, sekarang bagi membantu.
Akhirkata, sumbanglah mana yang kita mampu, sesungguhnya Allah SWT sahaja yang membalasnya kelak. Insya'allah.
*
*
*
*
Ini pula inisiatif oleh Mercy Malaysia yang patut disokong.




A friend sent me this, early this morning, I thought I'd put it up here. I haven't actually done thorough checking on all of these products, but please do correct them if they aren't involved.
Here's what is written on my sms:
A list of brands found to DONATE money to ISRAEL ARMY. WE need to STOP BUYING from them in order to CRIPPLE the Israel ECONOMY. It may seem like a small thing to do but its a start. Pls pass on..