Best kan cerita pasal pelajar kita? Aku pun nakal di sekolah, merasa hisap rokok, ponteng sekolah, tapi selepas rotan cikgu singgah di punggung dan di tapak tangan, ia menjemput keinsafan. Apatah lagi, kalau mak bapak yang susah payah, bertungkus lumus setiap pagi hingga ke senja hampir menjelma, membanting tulang mencari sekelumit rezeki buat menyuap kita.
Dulu, sewaktu di sekolah menengah, aku takut nak hisap rokok depan orang. (alamak sorry mak, sorry ayah, kiranya ini my true conffession lah nih). Paling hebat pun aku hisap rokok ialah di depan kekawan. Punyalah takut nak eksyen depan orang apatah lagi isap rokok beruniform sekolah.
Several months ago, aku ada buat isu budak sekolah hisap rokok untuk 360. Cameraman aku ambik jejauh, dan menggunakan wireless microphone, aku menghampiri bebudak sekolah. Dulu masa aku nakal nak isap rokok, sure aku kelam kabut buang rokok. Tapi, bebudak sekarang hebat. Aku rasa ini mesti ada kena mengena "anjakan paradigma". Yelah, dulu aku dididik untuk hormat orang tua kan, mungkin sekarang kurang penekanan terhadap konsep itu kot.
Apabila aku tegur, bebudak tu cakap.. alah bang mak bapak saya pun tak marah, abang nak sibuk sibuk kenapa? Adakah sistem pendidikan kita kurang berkesan bagi mendidik generasi ini agar lebih menghormati orang lain? Itu secara baik, ada jugak yang jawab: Yang Lu Nak Sibuk Apa Hal? Keh keh keh keh, betul jugak, aku bukan bapak dia kan kan kan.
Aku tak tahu, tapi yang pastinya, pakaian seragam sekolah hari ini bukan lagi satu stigma untuk dibimbangi. Masuklah kafe siber yang berlambak kat taman perumahan, mesti ada jumpa pelajar sekolah lengkap dengan uniform.
Di luar premis, mesti ada tulis Pelajar Sekolah Berpakaian Seragam Tidak Dibenarkan Masuk.
Yeah rite. Sekarang ni, notis atau amaran macam sekadar melepaskan batuk di tangga, alah, macam kita masuk kelab malam lah, Dilarang Menjual Minuman Keras kepada Orang Islam, dan yang meneguknya siapa? Kalau idak, takkan pegawai penguatkuasa pak haji pak haji pi menangkap umat Islam yang menikmati air haram tu kan.
Teknologi
Evolusi teknologi pantas menguasai kehidupan kita. Dulu paling tidak pun, public phone menjadi sasaran anak muda yang masih di bangku sekolah, tetapi sejajar dengan evolusi serta perkembangan teknologi, telefon bimbit sudah menjadi lebih penting dari text book.
Malaysian are truly avid texters. And do you ever know that Malaysians are known as the most sought for due to their ability to drive and send text messages? Haha..
I was told that Hollywood producers organised a covert operation here in Malaysia to recruit Malaysian drivers to be their next stunt drivers! Serious. Aku tak tipu.
Back to school. Look around you, ada tak budak sekolah yang tak ada handphone? Tak ramai kan. Aku rasa, bebudak ni akan bangga kalau ada handphone. Dan sebab handphone lah, lahirlah bakal-bakal producer, pelakon, pengedar serta pencetak ulang filem pendek porno.
Yelah dulu zaman aku, kalaupun ada mak bapak yang 'sudi' belikan handphone, rasanya aku pun tak sanggup bawak, sebab berat.
Aku rasa kan ada eloknya Motorola revive kan handphone ni dah gomen buat satu peraturan, pelajar hanya boleh pakai handphone ni sahaja, untuk elak dari kelahiran ramai sangat producer, director, pelakon porno kat sekolah.
10 years down the road, Anugerah Skrin akan lebih meriah sebab akan ada kategori porno untuk pelajar pulak. Yelah, kan dah ada orang cadangkan suruh pi buat festival filem seram. Jadik, aku nak cadangkan kita buat festival filem porno.
Nanti kita boleh send an entry untuk kategori International Short Film Competition di Porn Film Festival di Berlin. Malaysia Boleh ! Mesti peminat peminat filem porno terkejut sakan bila dapat tahu producer, director, pelakonnya adalah pelajar pelajar sekolah sahaja, menandingi Paul Thomas. Paul Thomas pergi belajar sampai universiti. Kena ada subjek mengenai Paul Thomas selepas ini di sekolah.
Haha, ntah saper ntah ni. Aku tak kenal pun. She must be a porn star dulu kot. Cuba tanya bebudak sekolah sekarang, mesti diaorang cam.
Lupakan sukan peringkat zon, lupakan sukan peringkat negeri, lupakan lumba lari lompat pagar, kita buat AVN Award.
Minggu lalu, di bawah office aku, sekumpulan pelajar masih berpakaian sekolah bertumbuk. Ya bertumbuk dia swing penumbuk macam dalam filem Hollywood cuma kurang sound effect jek. Aku tak sempat nak rakamkan, sebab sebaik aku nampak hayunan pertama, aku terus berlari ambik kamera, bila aku pusing balik, dah abis, budak yang ditumbuk tersungkur.
Meh, berani masuklah.. Ini bukan gambar salah seorang pelajar yang bertumbuk tu, tapi ada iras iras sikit. Kira bolehlah aku taruk gambo ni. Ada relevan kan..
Tempat bertumbuk? Cyber cafe. Kat situ semua ada. Ponteng sekolah, hisap rokok and couple of months ago, polis serbu dan salah seorang pengunjung didapati memiliki dadah sintetik. Best tak budak sekolah sekarang?
Dulu masa baru baru pindah, aku tegur sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal menghadang laluan ke tangga ke office aku, tup tup dia panggil geng enam tujuh orang kerumun nak pi belasah aku. Hahaha.. One phone call, and all of them spent the night at the best five star hotel in town, meal and transport provided - Lock Up.
And they are juveniles.
Dan aku terpikir, apa jadi dengan pihak berkuasa tempatan? Bukan ke salah satu syarat lesen cyber cafe ialah tidak membenarkan pelajar berpakaian sekolah memasuki premis mereka? Kenapa tak ada pemantauan? Wait, pihak berkuasa tempatan sibuk nak mengangkut makcik jual nasi lemak pepagi yang dapat untung entah berapa sen sangat. Itu penguatkuasaan yang diberi keutamaan.
Aku terpikir, salah cikgu ke? Alahai, cikgu pun dibelasah. Then aku terfikir, apa fungsi mak bapak? Tuntutan hidup menjadikan mereka terlalu sibuk untuk tengok anak-anak? Dulu kalau aku kena rotan, seronok mak dengan ayah. Memang terbit rasa benci, tetapi hari ini, aku terpikir, rotan itulah yang mendidik aku, dan bukan menghukum aku. Hari ni, sebelum merotan, jika anda seorang guru, pastikan anda mempunyai pertalian dengan peguam yang hebat hebat di Malaysia ni, atau dilahirkan dalam satu keluarga yang berpengaruh bagi memastikan anda menang jika diheret ke mahkamah.
Bercakap pasal premis seperti cyber cafe, apabila sesebuah premis itu sudah diserbu dan ada hasil melalui serbuan seumpama itu, laporan akan dihantar ke Majlis Keselamatan Daerah / Negeri dan biasanya pihak yang membuat laporan biasanya akan mencadangkan tindakan seterusnya - contoh jika sebuah premis hiburan didapati menggalakkan aktiviti negatif, satu cadangan penutupan atau lesen ditarik balik akan dikemukakan atau penilaian semula lesen boleh dilakukan. Jadi, bila nak 'dilakukan' tu?
Aku taknak buat apa apa kesimpulan, tapi aku rasa dah banyak kali cyber cafe diserbu dan banyak kesalahan yang dibongkar, jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan ahli ahli mesyuarat majlis berkenaan.
Manakala biarpun handphone dilarang digunakan ketika waktu sekolah, tapi kawalan selepas waktu sekolah camne? Adakah satu hari nanti, memiliki handphone memerlukan lesen seperti lesen memandu kalau ia semakin tidak terkawal?
Rekod Kementerian Pelajaran pada 2007 menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
Selain ponteng, salah laku pelajar KURANG SOPAN seperti berikut:
1. Merokok
2. Tidak hormat guru
3. Tidak hormat pengawas
4. Berbahasa kesat
Keempat empat salah laku ini adalah kesalahan yang PALING BANYAK berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus) pada 2007 dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.
Kesalahan berunsur jenayah pulak, seperti: MENCURI, MENCEDERAKAN PELAJAR, BERGADUH DAN PUKUL antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu:
18,900 kes pada 2007 (0.35 peratus)
18,360 kes pada 2006 (0.34 peratus)
See the figure. 18,900 pelajar. Yelah akan ada statement, isolated case @ jumlah kes tidak membimbangkan tapi cuba korang kumpul semua 18,900 orang kat satu padang bola, penuh tak? Itu belum diukur kalau masuk lokap. Cukup tak?
Pada aku yang tak secerdik bebudak sekolah zaman sekarang, although it is only 0.35 percent, ia tetap jumlah yang tinggi.
Isu lewat ke sekolah agak ketara dengan 18,360 pelajar (0.34 peratus) pada 2007 dan 15,120 pelajar pada 2006. Nampak tak kenaikan tu. Maka adanya, buang tebiat ke apa, bangun lambat, itu untuk sekolah sesi pagi. Sekolah sesi petang?
Yang ni pulak pasal salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk guna the finger sign, lukisan serta guna perkataan tak senonoh catat sejumlah 2,700 kes sahaja. Ehh wait, kenapa kurang sangat? Aku rasa yang report cuma pelajar skema yang tak tahan dipanggil pondan, sissy and God knows what.
Ohh, korang mesti tanya, kenapa tak cerita pulak pelajar yang cemerlang.. eh eh bukan ke tujuan asal diaorang pergi sekolah untuk apa? So, sekolah jerlah.






33 replies:
semua main peranan sebenarnya. bak kata pepatah, melentur rebung biar dari buluhnya. Kalau dah besar ni nak larang macam mana?
Bukan tak boleh. Memang boleh. Tapi, tak sesenang kalau kita ajar siang² kanak2 ini. Umur bawah 18thn. Masih kategori kanak².
Contoh tauladan datang dari rumah, tak kira la dari ibu bapa ke, nenek dan datuk ke, pengasuh ke, sape² je, asalkan dari awal.
Dah terlambat nak nyesal susahlah. Pastu teknologi pulak dipersalahkan.
p/s: di negara lain ada tak agak² masalah ini?
jadi Hazrey sebagai wartawan kau tak boleh tau guna perkataan:::
F*** dan yang sekufu.
Satu lagi sebab, yang banyak masalah macam tu kat sekolah-sekolah menengah biasa.
Yang jadi orang-orang ternama, mengurus negara segalanya orang yang tak ada pengalaman kat sekolah menengah biasa tapi sekolah menengah berasrama.
KAU INGAT MENCABAR SANGAT KE JADI KETUA PELAJAR KAT SEKOLAH SBP YANG CERDIK TU DIBANDINGKAN KETUA PELAJAR KAT SEKOLAH MENENGAH BIASA?
Kalau setakat tayar basikal kena pancitkan tu dah macam lali untuk budak pengawas sekolah menengah biasa.
Tapi macamana yang kena ugut bunuh, belasah dan sebagainya?
Itu kalau sekolah yang ramai india lagilah teruk keadaannya tau.
hmmm....
begitulah hakikat yang pahit untuk diterima...
salah siapa? jawapannya ada pada 1st paragraph lagi....
dari figure tu, gua takut nak agak berapa banyak lah melayu agaknya...
I soooo agree with your entry.
Teramat menyedihkan. During my time belajar, takder pun budak perangai macam ni.
I guess people sudah tak tahu apa their top priority in life @ work.
Parents gila cari duit. Local authority pun sibuk cari duit.
Orang berduit seciput pun depa kacau. Budak sekolah takdak duit sangat. takleh pow.
I think we must actually revise content buku pendidikan islam/ moral / sivik untuk bebudak ni. bagi jadi kitab tebal supaya dieorg ikut. lagi nipis buku ntah apa content la ada dalam tu.
Allowing cellphones in schools are the biggest mistake ever.
I teach. Sebab tu I really see/ feel and understand this issue.
I don't know about other teachers. But, during my class, I take away all their handphones and only give it back after class.
It's so ridiculous kan ? Adults kena fear these spoilt youngsters.
They think they know the world enough.
Sorry for the long comment.
Memang menyakitkan hati bila bercakap pasal hal nih.
Sickening.
I strongly believe that government and schools should not allow the usage of cellphones in school.
Nak high-tech mana sangat kat sekolah?
Blajar pun pakai buku. Bukan computer.
Hish...Tolong lah..
aku nak komen pasal hp...
kalau kat sekolah,cekgu sendri pun dok bergayut & dok main sms dlm kelas, student musti ar terikut2 kan...
p/s: tunggu aku courier botol air bentuk henpon pakai NNR..
ahhahaahahahahahaha
Masalah budak zaman sekarang ni mungkin jugak terhasil daripada produk produk cikgu keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cikgu sekarang sekadar pegi keja dan tunggu dapat gaji. Sifat pendidik seperti cikgu zaman dulu dulu seperti mendidik anak sendiri dah tak ada.
Lepas tu mak bapak pulak tak boleh anak kena jentik.
Sedih pakcik tengok anak anak muda zaman sekarang.
my kid just 5 y/old.. tapi saya dah cukup risau dengan senario bebudak sekolah skang nih.
Itu semua bermula dari rumah. Bergantung kepada mcm mana kita didik anak kita... Dulu apa yg saya tak penah rasa. Getah paip, tali pinggang, rotan sume dah penah hinggap kat badan. Tapi cuba skang nih ada mak bapak buat macam tuh, silap2 mak bapak yang kena gari masuk lokap, kata dera anak...
hazrey..
kalau en. kamal affendi tumpang komen nih.. mau 5-6 kajang jadiknya ruang komentar nih..:D
last year we did a symposium on issue 'cinta terlarang'..pastu buat la close survey di kalangan budak2 sekolah n remaja
80% of the respondent dah biasa dgn perlakuan seks luar nikah n menerima such thing as suatu yg biasa ...menyedihkan kan?
takyah cetalah keadaan sekolah yg kat bandar..tunggu je lah kejap kat bus stand sekolah anak saya masa budak2 sekolah balik tghari [sek kampung jek somewhere in puchong], u'll be witnessing seribu satu macam perlakuan kurang ajar budak2 sekolah, bahasanya yang sungguh tak bersopan, adabnya yg hilang ntah ke mana tak memperdulikan org2 yg lebih tua yg ade kat situ..seriusly, sungguh menyedihkan!
parent dorangtau tak anaknya camni?
kat taman nih ade sekelumpuk kecil budak2 dok buat mende2 tak sedap sungguh mata memandang...bila kami tegur, dijawapnya apa tau, " kau bukan mak aku, peduli apa"
kalau my son kene penampo dah..guaranteed!!
next time, kitorang call polis jek terus..
rasanya kita nih sekarang dah pudar rasa hormat pada segalanya..
parent tak hormat pada tanggungjawabnya mendidik diri sendiri on top of everything ditambah dgn kurang hormatnya pada tanggungjawabnya mendidik anak2..jadinya sekadar membela anak2 jek [bagi duit cukup makan dahhh..boleh?]
cikgu kat sekolah plak sekadar mengajar, bukan mendidik...
bila guru sendiri takde hormat kat ilmu yg dia nak mengajar how do u expect budak nak hormat cikgu?
tu blom masuk pengaruh luar n teknologi lagi..aduiii
yg disampaikan dari hati akan menyentuh hati
yang disampaikan dari mulut hanya disambut dek mata sahaja..
as simple as that
wahhh..kene stop nanti jadi berjela laks..
hishhhh..saya ada anak yg tgh membesar, n bab2 camnih saya sungguh sensitif dan emo
Semua sekolah macam tu.
Korang ni pantang aku tinggal kejap, dah berjela jela aku nak kena jawab. Rotan baru tau.
CAHAYA: Masalah seumpama ini ada di mana mana. Pendidikan di rumah penting, dan jangan terlalu bergantung kepada sekolah semata mata.
Zakiah: Guess what? Our menteri sent their kids to private school! Haha.
arep: generasi muda sekarang semakin ganas. Itulah hakikatnya.
Superzac: Ikut statistik dari MCMC, kaum Melayu adalah yang paling ramai memiliki handphone, maka aku jangkakan pelajar yang buat benda benda tak elok menggunakan handphone adalah di kalangan pelajar Melayu dan kita tak boleh nak bersikap hipokrit terhadap fakta seumpama ini. Tapi itulah, NGO sibuk nak buat demonstrasi kat jalanan, sehingga lupa generasi yang meningkat naik adalah kumpulan sasaran. Semua sibuk nak publisiti murahan.
tuty jaded: I understand the feeling. Saya setuju dengan tindakan anda menyimpan handphone pelajar supaya pelajaran tidak terganggu. Likewise, diaorang ke sekolah untuk apa? Untuk menggayakan handphone? Untuk sibuk sms? Dan ketegasan tuty jaded ni perlu dicontohi semua guru lain, sebabnya esok kalau pelajar tu gagal dalam pendidikan, ia akan memudahkan generasi meningkat ini terjerumus ke kancah negatif dan kalau polis ramai pun takkan boleh buat apa pun terhadap generasi yang mungkin jadi parasit kepada masyarakat. Pencegahan perlu dilakukan hari ini dan bukan esok. Tahniah tuty.
Faryn: Those are bunch of teachers yang jahil, bodoh, dan tidak layak langsung menjadi guru. If you know who they are, just mention it here, let them know, and let other people knows who they are. Diaorang nilah yang menggagalkan sistem pendidikan yang sememangnya rapuh.
Johnjenin: Setuju. Pendidik - mungkin perkataaan pendidik itu terlalu tinggi buat golongan ini. Mereka hanya cikgu. Period. Dan ada juga cikgu yang bongkak walaupun masih di institut perguruan and I have met these group of people yang tak layak langsung jadi guru. Dan mak bapak pulak, terlalu bersifat ala ala parti pembangkang, silap sikit pukul anak, nak saman, silap sikit nak saman. Kalau dah tahu anak tak boleh dicuit, pergilah hantar kat private school, tak payah nak terhegeh hegeh kat sekolah gomen.
Dan sepanjang hidup aku menulis ni, tak pulak aku baca hartawan yang berjaya di Malaysia ni, kisah hidupnya dulu termasuklah mak bapak mereka saman sekolah sebab mereka dirotan. Sebaliknya mereka dididik dengan cara yang amat tegas sekali termasuk dirotan ditalipinggangkan dan akhirnya mereka berjaya dan JADI ORANG.
Fad Arifin: Salah siapa? Like I said above, sikap ala ala parti pembangkang dah merasuk dalam fikiran dan minda mak bapak zaman ini.
ninoz: cinta terlarang. I have seen all this nonsense for more than i can remember. Guess what, there were once aku kena ngurat dengan budak Form 5 !! Imagine that. Mana sikap segan, pemalu? Itu baru Form 5, belum abis sekolah lagi. Nauzubillah.
Haha, "kau bukan mak aku", "kau bukan bapak aku", "kau bukan bagi makan kat aku" etc. Hahaha. Those are default reply by teens these days.
And we need to call the police for petty thing like that yang kalau zaman kita, dulu, nampak orang tua lalu, kita dah lari lintang pukang sebab kita dah membayangkan tali pinggang, rotan dan penampar mak bapak kita.
Jadiknya, makin sibuklah kerja polis, dari cari dan kejar penjenayah yang sebenar, mereka terpaksa layan benda benda bodoh camtu, dan tak salah aku katakan, golongan pelajar seumpama itu adalah parasit masyarakat.
Ted Bakar: You think so?
Dulu time aku sekolah ada pelajaran tatarakyat dan sivik, Kami belajar rukunegara, tanggungjawab sebagai rakyat dan macam-macam lagi.
Dalam buku sejarah, ada dimasukkan sejarah Umno.
Aku nakal gak tapi tak hisap rokok sampai aku masuk Masscomm. Umur 27 barulah bapak aku bagi "Greenlite" untuk isap rokok depan dia.
Kat Malaysia ni pada Cyber Cafe...Cyber Cafe semua dah jadi Pusat Video Game.
CUba fikir ayat "Cybe Cafe", kalau cafe mesti ada jual kopi atau sandwich, dulu aku pernah terangkan masalah CC ni pada satu mat salleh yang bertegas nak kopi dari kaunter CC aku pergi.
Pulak dah, Cina ni tak geti cakap orang puteh, terpaksa aku terangkan bahawa CC kat Malaysia ni lain dari kat negara dia.
shahpaskal: dengan ini aku mengumumkan kau dapat anugerah pelajar terbaik zaman kau. Hehe..
Cyber Cafe kat Malaysia ni memang best, memacam ada. Kiranya ia macam pusat didikan pelajar jadik pelbagai. :) Dan sejarah aku ikut serbuan, banyak elemen negatif dari positif yang wujud kat dalam tu.
Tatarakyat? That subject aku ada belajar. Best.
budak-budak sekarang mmg menakutkan. semakin dunia maju semakin mundur kelakuan mereka pulak. (sighs)
k la,aku sebagai seorang pelajar yg msh di tingkatan 5,aku rasa sedih jugak la tgk gejala2 ni.aku rasa dorang ni memang bodoh yang sebodoh2 nye.aku tak tau la apa yg hebat sgt tntg merokok n then snap pic buat gy ala2 bitch mcm tu.dah la Islam pulak tu.aku cuma harap dan berdoa supaya remaja2 Islam kembali ke pangkal jalan dan bertaubat..insyaalllah.
Seharusnya setiap pihak memikul tanggungjawab yang penting dan tersendiri; bak sebagai ibu bapa, guru di sekolah atau rakan-rakan sekolah...
bagi sy ibu bapa memain peranan yg plg utama kerana jikalau didikan awal dan perhatian yg betul diberikn maka perkara2 atau luahan kata2 seperti 'mak bapak aku pun tak peduli siapa awak nak ambil tau' tidk akan keluar drpd mulut mereka sendiri..
Mungkin ibu bapa masa kini terlalu ghairah mengejar kebendaan demi keselesaan hidup sehingga lalai akan erti tanggungjawab ke atas didikan anak2 mereka...
segala tangungjawab diserahkn kepd pihak sekolah atau masyarakat... dgn alasan 'tak apalah.. nnt mereka akan belajar drpd kesilapan satu hari nnt'...
Bila tiba masa mslh berlaku segalanya sudah terlmbt dan pihak lain ditujukan jari...
Sedih...
kalaw nak tengok buah baik kualitinya, tengok dulu induk yang di kacuknya....
kalaw anak-anak sekarang rendah kualitinya...moh pakat ramai2 muhasabah mana silap nyer =]
salam perkenalan...salam ziarah, nice n3! jom wat n3 pelajar sekolah pakai kain banjir.. huh!
you.are.belle: semua akan mula menuding jari. Televisyen? Majalah? Internet? Itu semua akan dijadikan lame excuse untuk justify kan keadaan pelajar sekolah hari ini. Dunia maju dengan pembangunan SAHAJA. Bukan pada sikap. Dan sikap bebudak sekarang seiring dengan rasa malas mereka disebabkan? Dek kebiadapan mereka.
atie: my dear sis, kalau tidak dikekang budaya ini, ia akan mudah menular, sebab satu hari nanti, percayalah, akan kedengaran, ohh kalau kita tak buat, maknanya kita tak vogue. kita tak stylo, kita golongan poyo.. percayalah, hari ini kita lihat 18,000 tetapi tak mustahil ia akan menjadi 36,000 pada masa datang. Sebab tu saya pernah katakan, buku yang bertimbun timbun yang terpaksa dipikul pelajar ke sekolah setiap hari bukan jaminan, sebaliknya pembangunan insan bagai tiada dalam sistem pendidikan kita. Takkan nak tunggu PLKN? Bukan ke melentur buluh biar dari rebung? Kalau dah jadi buluh, kan ke susah nak dilentur, abis abis pun dibuat pelapik lemang. You as a student must fight, because you are responsible to the next generation, my dear sis.
Connie: Saya setuju dengan pendapat anda when you say some parents quipped "tak apalah,satu hari nanti diaorang sedar dengan kesilapan."
Ya, parents hari ini mungkin terlalu taksub dengan telenovela yang paparkan kisah masyarakat yang berubah selepas melakukan kesilapan. Mereka lupa, mencegah lebih baik dari mengubati. Tetapi generasi hari ini lebih kuat memberontak. Sebab apa? Sedar tak sedar, apa yang kita lihat adalah 'pendidikan' secara tidak langsung. Contohnya, pemimpin bertelagah, rasuah, demonstrasi, baring tengah jalan halang kenderaan royalty dan mereka yang buat ni semua adalah yang memiliki pendidikan yang tinggi dan langsung tidak menunjukkan teladan yang baik kepada generasi yang bakal melihat dan membacanya dari sumber media.
Apabila mereka sibuk lakukan itu semua, siapa yang akan menjenguk generasi yang membesar? Dan tidakkah memualkan melihat bagaimana seorang penjenayah dibela nasibnya dengan kesungguhan? Inilah masalahnya sebenarnya.
al-haqimi: Salam bro. Terima kasih menyinggah. :) Insya'allah, kain banjir akan dijadikan topik when the time comes.
sebenarnya statistik tu bukan gambar keadaan sebenar. ianya lebih teruk dan dasyat dari apa yg kita disajikan.
semua ni ibarat masuk kanan, keluar kiri.
di sekolah, byk kes yg memang disembunyikan oleh pihak pengurusan. alasan utama, nanti jatuhkan imej sekolah. mereka lebih pentingkan imej dari memperbaiki keadaan sebenar.
aku kalau ada kes2 kat sekolah, paling aku menyampah nak cover kerana selalu dipandang serong dan mereka anti benar2 jika ada nak bertanya itu dan ini.
tgu belum kes tikam, ugut, sex bebas, gangster. isap rokok tak payah ceritala.
cikgu2 sendiripun hari2 nak dtg sekolahpun ada yg dlm ketakutan kerana anak murid lebih berkuasa dari mereka.
mak bapak tak payah ceritalah, langsung tak peduli semua tu, yg mereka tau, cikgu yg tak betul didik anak mereka.
ntahla bro, aku sebenarnya artikel mcm ni, sedih bila bacanya sebab cakaplah berjuta kali, ceramah, kursus, hampeh, apa pun tak de hasilnya.
aku pernah kendalikan byk kursus, di mana dari soal-selidik, keadaan sebenarnya lebuh teruk dari yg kita jangkakan.
ada satu budak lelaki form 4, dlm kursus aku, buat pengakuan, dia dirogol beramai2 oleh 5 student pompuan form 5... Poning den mikirkannya...
(dan student ponpuan tu pun, adalah juga peserta kursus tu...0.. adus....
on the scene: aku setuju sangat. kekdahnya, bila citer bebaik jek diaorang nak senyum dengan kita. alah, kebanyakan jabatan kerajaan camtu lah. Hipokrit. Yang bestnya, kalau kat state ni, wartawan crime adalah wartawan yang sama cover general news, dan seronoknya bila diaorang panggil lepas tu selepas diaorang menyampah tengok muka kitaorang.. hahahah.. kau dapat bayangkanlah reaksi muka diaorang kan... hahahahha.. dan mulalah diaorang berdrama.. sorrylah masa tu kami tertekan.. kah kah kah kah..
this is too much!
YERN ain: yeah, i agree, this is just too much for both of us. Lets go holiday, shall we? :)
mak aii...
benda2 yang camni lah paling menakutkan..syukur dulu dapat praktikal budak2 yang baik...
yang kalau camni...
mau berguling pikir nak settle hal2 camni...alahai~
Zara: Kan best benda benda yang menakutkan ni.. sebab tu drama atau filem pasal hantu laku sangat kat Malaysia ni.
kesimpulannya:
bila kite2 dah jadi mak2 ayah2 nanti, didik anak betul2. kalau rase nak ditangan2kan tu, tangan kan je.. tak yah simpan2.pastu jgn duk sibuk cari duit tapi anak membesar jadi setan.
*perangai budak2 sekarang memang sangat-amat menakutkan
*tak gune duk kupas2 isu ni berdegar2 tapi jalan nye solutionnye tak gerak2.
boleh tak rombak balik sistem edu kat msia ni BETUL-BETUL? i mean, BETUL-BETUL. seriously, annoying gile dengan 'org2 kat atas' yang nampak tak nampak ni.
depa tak bace blog paper segala kot. haih!
*btw.. aku baru 23tahun "sebenarnye".tak de pengalaman jage anak tapi nengokkan budak2 skrg.. aduyai~
(=.=") cemas!
emm nak wat camne...
nak rotan x leh, silap2 kuar tv3..
ni kat Kementerian, hari2 ada aduan yg pelik2 dari mak bapak, contohnya, x puas hati cikgu marah anak x bawak buku ke sekolah..imagine that..
ish aku dulu, kalau wat salah ke apa kat sekolah, punyala x berani nk bgtau parents aku. silap2 aku yg kena rotan balik...
prinsip mak bapak dulu2: kalau kita x wat salah x kan cikgu nak pukul...
prinsip mak bapak skang: x mungkin anak derg wat salah, mesti cikgu saja nak cari pasal ngan anak derg..
huh...
melentur gonad biarlah ketika masih licin. jangan bial sudah menjadi rambutan baru hendak diajar. pada ketika itu sudah tidak boleh lentur dan hanya tahu menegang
paham?
btw hazrey
kamu ambil gambar butterbean. dia peninju kegemaran aku. bukan kerana beliau hebat. tapi kerana beliau gemok dan boleh terima beratus tumbukan tanpa pengsan.sebagai seorang yang sadis aku suka tengok beliau terhoyong hayang macam karakter MORTAL KOMBAT
FINISH HIM
btw
malu aku tengok papaer macam tu punya title. i think sometimes certian things need to be buried. takut INSPIRE diorang nak cuba jugak. budak DJAMAN sekarang lain macam semangat enkuiri diorang!
alprazolam: I understand your rage. Sebab kita dulu, kalau salah, memang tangan hinggap, tak payah dijemput atau disms. Sekarang tak boleh.
Tuntutan kehidupan masa ini amat meruncing sekali, kekadang ada kalangan ibu bapa yang terpaksa membuat dua tiga kerja semata-mata to make ends meet. Itu menyebabkan masa bersama keluarga semakin tipis.
Dan nilai kekeluargaan semakin kurang, sebaliknya anak-anak menggunakan masa itu bersama kekawan yang tentunya dengan sifat ingin tahu pada zaman keremajaan itu, maka terdedahlah mereka kepada benda benda baru yang negatif dan mencabar.
Tengoklah, dulu masa terluang kita, kita bermain bolasepak, hari ini padang bola pun dah dikebas atas dasar pembangunan dan buat rumah kedai / premis komersil padahal yang sedia ada pun masih banyak yang tak terjual. Pelik tak? Maka, bebudak ni pergilah menepek kat cyber cafe dan haaa, yang bagi lesen adalah orang yang sama - yang benarkan padang dikebas dan yang bagi lesen cyber cafe.
And while the parents are busy untuk cari nafkah, on other hand, we have those NGOssss, but wait, they are busy demonstrating on the street and commenting on someone's nude picture. Ahh well, forget them. Aku tetap cakap, generasi membesar TIDAK DIPEDULIKAN.
ciksyasya: Haha, kuar tv3. :) Tapi saya setuju with your comment. Ehh ni orang kementerian ke? Heh.
Tapi betullah tu. Parents should focus more on their children dan toksahlah asyik nak menyalahkan cikgu jek. I wun be surprise kalau satu hari, dua hari and more days to come, takder saper yang nak jadik cikgu. And we will hear children replying to their teachers:
"Awak dah besar nak jadik apa?
"Dulu saya nak jadik cikgu tapi dah taknaklah"
"Kenapa?"
"Sebab takut kena saman dan masuk TV."
Obefiend: melentur gonad? Hahahah.. kah kah kah. Jahat kau ni. Dulu kau selalu kena rotan ehh? Kau kenal yek butterbean? Oh dia lah ni yek? Haha.. aku tak suka violence.
Tapikan, us - the media; our duties are to educate and it is the responsibility of the parents, guardians or the elder like us to guide the younger dan beritau diaorang, benda ni salah. Etika mengunakan handphone.
Dan biasanya kita akan dapatkan komen dari pihak berkuasa, apakah hukuman terhadap kesalahan seumpama ini, supaya mereka tahu, ohh buat salah yang ni, akan jadik macam ni hukumannya. Bukannya ohh camni buatnya, jom kita buat.
posting baru! posting baruuu!!
:D
Aku teringat satu cite masa aku dalam perjalanan menaiki bas dari Kota Bharu ke Batu Pahat.Ade sorang cikgu perempuan dalam lingkungan umur 26thn yang nmpak resah dan tertekan..
Bila aku tny kenapa die resah,then die pn jawab yang sebenarnya die takut nak balik mengajar kt sekolah.
Aku pn tny die,knp takut? Die pn dgn keadaan separuh menangis bgtau cmne pelajar2 sekolah sekarang sangat2 xtau malu dan xrespek guru diorg..Aku pn btau,mostly bdk2 sekolah menengah memang cmtu..
Ape yang mengejutkan aku,die ckp sbnrnya bkn budak sekolah menengah,tp sekolah rendah...
Damn....
Teruk btol zaman skang ni...
Pendapat aku,cikgu2 skang ni da xleh wt pape.Sbb yang ada kuasa adalah mak bapak diorg..
Cuba kalo mak bapak diorg bg green light kt cikgu,"awk nk buat apape kt anak saya,xkisahla cikgu.Asalkan jgn smpai patah tulang or cacat",mmg ade kemungkinan budak2 ni boleh dikawal.
Then,mak bapak jgn terlalu amalkn sikap "kau sibuk apa? die anak aku" sbb pasal bnd ni la,budak2 skang da besar kepala..
haaaa..tuuuu laa kami cikgu cikgi terpaksa alamiii..bila ank2 depa pandai..depa kata depa yang didik..depa yg ajaq dari kecik..TAPI bila their kids turned into hantu,pelesit dll..mula dok nak tuduh intitusi sekolah gagal dlm "mengengineerkan" insan..nak hasil insan berguna lagu mana..kalau modal insan yg d sogok ke sekolah skrg nih dah mmg jenis "tak dapek den nak nolong"..bila bg hukuman lebih skit mula lah dtg berpusu nak serang cikgu..what the &*%#!!..
parents la ni mmg lepas 150% responsibilities kpd we teachers..pernah time SPM..ada calon lewat..Sally tepon rumah srtudent tuh..mak dia bole kata.."eh..yo ko..ingat gi doh takdi""..huwaaa..rasa nak tenyeh je mak dan anak sekali!!! dulu time Sally nak SPM..fuhhh..mak siap amik cuti..temankan study..turun tumah terkumat kamit mulut mak ayah berdoa..ayah siap tuip2 kepala nih nak suruh bole jwb dgn tenang..parents skrg??????????????I bet if u ask 20 parents,the name of their kid's class..19 akan jawab "tak tahu"..ntah laaa..payah laaa..bincang berjela pun doesnt bring any gud..masing2 kena main peranan msg2..n it all starts at home..HOME SWEET HOME..nowadys..not all house can be called a home..home is where luv is..skrg nak luv ke hapenye..mak ayah subuh2 dah kluar..lepas Isya baru balik..hmmm alahaiiii..
Im proud because this entry has attracted lots of concerns from fellow bloggers. Dan yelah, setakat mana entry ini akan pergi dan meninggalkan sebarang kesan kepada isu yang diperkatakan, tiada siapa yang tahu.
Namun, there is nothing wrong for us to be optimistic, lebih lebih lagi kalaulah ada kalangan ibu bapa yang membaca, harap harap dengarlah sedikit rintihan golongan guru, kepayahan mereka, kesulitan mereka.
Terima kasih kepada semua, dan yang terakhir skywalker dan tchersally.
ninoz: Nantilah ya, sibuk sikit sekarang ni.
that is freaking disgusting!! sekolah porno? what the hell is happening to us and humanity? god..this saddens me deeply, mate. jelasnya doa saja mmg tak cukup. usaha sedia ada pun nampak mcm tak cukup. tapi cikgu2 dah buat macam2. cikgu2 kena jadi super-teachers la lepas ni. being flexible pun dah not enough skrg kan?
if i'm to say something, everyone needs to do what they could whenever they could. but that's as much as doing nothing, on my part. ergh. well.
good writings. keep it up. will come again. =)
Post a Comment