Salam Maal Hijrah 1430 buat semua sahabat, kawan, musuh, pembenci aku dan spin doctors.
Aku sebenarnya dah taknak cerita lagi. Seriously aku dah taknak cerita lagi. Nanti orang cakap aku ni yang beriya iya dok bantai majlis ni padahal aku buat kerja aku jek, salah ke? Tapi, itulah, being a journalist, maklumat datang bergolek pada aku without asking pun. And it came very late at night semalam.
Last night, aku pi makan sushi with wifey and we talked about our childhood, gelak gelak kat Sushi King, while waiting for a friend, DonC arriving from KL.
Bila dia sampai, kami terus ke rumah pencipta lagu LY dan lepak lepak. Aku taknak cerita pasal LY sebab aku bukan entertainment reporter atau spin doctors, except LY dan isterinya have a very pleasant personality and he is my super senior in school!! Haha.. What a small world. Esok kalau aku nak cari lagu, I will call him. Definitely. Yelah mana tahu kot aku jadi penyanyi, tapi kat funfair jer lah. Haha. Terima kasih LY dan isteri. Till we meet again. :)
On the way back, I received a text message on my phone. Unknown number, tapi ayatnya memang memeranjatkan. Tetapi dalam sms ada dinyatakan nama beliau, dan berlandaskan kredibiliti yang aku kenali, tak mungkin ia satu sms yang direka reka.
Aku membacanya sehingga penghujung ayat. Panjang ceritanya. Beliau adalah seorang pegawai kerajaan yang turut dijemput menghadiri majlis persandingan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak, Kulai dan aku ada terserempak dengannya di majlis itu.
Sempat kami bertegur sapa dan aku memang kenal dengan pegawai kerajaan ini sejak beberapa tahun lalu dan beliau dikenali sebagai seorang yang peramah, bukan sahaja kepada orang bawahannya, tetapi juga kepada warga media dan orang ramai.
Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang amat amat memeranjatkan dan mengecewakan.
Kalaulah aku senaraikan apa yang ditulis dalam sms tu, Masya'allah, mesti korang sendiri terkejut. Tapi dia minta protect his identity which I am and I will. Kiranya ala ala Deep Throat laa ni. Ada lapan perkara yang diutarakan.
Tetapi, antaranya ialah No 6: "Sistem keselamatan mereka ngalahkan anak Raja Brunei. Kononnya profesional tapi bodoh sombong. Tak nak tanya pendapat org yang lebih arif."
Aku tak terkejut yang item no 6 ni sebab pegawai kerajaan ini pernah terlibat secara khusus ketika lawatan Sultan Brunei ke Johor tak lama dulu.
Sesekali aku nak bersastera pulak, dan mungkin pantun ini boleh menggambarkan kekecewaan beliau:
Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?
Malah, pegawai kerajaan itu menyifatkan layanan yang diberikan kepada beliau, isteri dan seorang lagi pegawai kerajaan sebagai
'hidung tak mancung, pipi tersorong sorong'. Serius ni.
Pegawai tinggi kerajaan itu dijemput menghadiri majlis persandingan itu dan tiba di dewan tetamu kira-kira jam 2 petang semalam bersama isteri tercinta, yelah kan biasa dalam kad jemputan kahwin Melayu ni, mesti ada tertulis:
Dipersilakan Tan Sri/ Puan Sri/ Dato'/ Datin/Tuan/Puan __________ suami/ isteri / sekeluarga ke majlis.......
Menurut pegawai kerajaan itu, sebaik tiba di pintu masuk dewan itu, beliau yang lengkap berbaju batik sebagai menghormati majlis bersama isteri terus menunjukkan kad jemputan yang diterimanya.
"Yelah, kita ni hormat majlis, dan dengan kawalan ketat macam itu, saya tunjukkan kad jemputan kepada petugas yang berada di pintu pagar dewan itu," katanya ketika kami bercakap melalui telefon lewat malam tadi. Ohh, dia bercakap dalam nada cool seperti yang aku kenali dia. Dia memang cool, siap giggling sikit sikit.
Sebaik ditunjukkan kad jemputan itu, beliau dan isteri diminta menunggu di luar pintu pagar dewan itu, katanya.
Ditanya apakah yang tertulis pada kad jemputan yang diterimanya, ia tertulis perkataan VVIP. Kalau tak silap aku yang sekolah tak habis ni, VVIP maknanya Very Very Important Person.
Tetapi, katanya, dengan cara dilayan ketika di pintu pagar itu, mungkin ia lebih bermakna Very Very Irritated Person.
Dan apa jadi? Ketika menunggu kadnya disahkan oleh petugas di situ, beliau ditengking dua kali oleh mereka yang berada di pintu pagar itu. Wait, first, kau dah jemput pegawai kerajaan itu sebagai VVIP dan kad itu dikeluarkan oleh pihak korang, tetapi korang perlu sahkan? Ini nak masuk mana ni? Kenapa korang tak letak cip keselamatan jek kat kad tu, senang orang korang nak scan bila kat pintu pagar tu. Ini bukan majlis perkahwinan ker? Bukan ke, adab menganjur majlis, tetamu diterima dengan penuh mulia, sentiasa dimuliakan dan sentiasa dinantikan dan disambut? Ok, fine, it is a majlis Mawi dan bak kata Freddie Fernandez, "biasalah kalau ada Mawi mesti ada kontroversi". Tapi ingatlah, kontroversi tak datang kalau tak berlaku.
Merah padam muka pegawai kerajaan ni kena tengking dua kali. Kalau aku beritahu korang jawatan sebenar dia, sure korang akan terperanjat, memikirkan kapasiti dia, tak patut kena tengking lagi. Well, that is not the issue. The issue here is, sepanjang hidup aku, tak pernah lagi aku dengar bila kita ke majlis perkahwinan, kita ditengking apatah lagi kalau dipelawa sebagai VVIP. So, kata beliau, takde hebatnya jemputan VVIP itu.
Ohh, beliau ditengking kerana berdiri di depan pintu pagar itu sementara menunggu seorang lagi petugas mengesahkan kad jemputannya itu. Apa ni? Cara pegawai kerajaan itu tiba sudah cukup menceritakan dia memiliki kredibiliti terhadap apa yang dilakukan dan ia dilihat oleh semua orang termasuk abang abang sasa yang berada di depan pintu pagar.
"TEPI TEPI, JANGAN BERDIRI KAT SITU" Yup, dengan nada tinggi menengking. Terkebil kebil pegawai kerajaan ni ditengking begitu. Lagi pulak isteri di sebelah dan ramai orang yang lalu lalang di situ. Ya Allah, malunya.
Tapi dia cool. Beliau terus berbisik kepada orang yang menengking tu, dan menyatakan, beliau adalah pegawai kerajaan yang DIJEMPUT menghadiri majlis itu. Eh eh, time tu, barulah depa tahu, terus membawa masuk pegawai kerajaan itu selepas hampir 10 minit menunggu. Bestnya.
Tak apa. Tempat duduk beliau hampir dengan pentas bersanding, so sejuklah sikit hati pegawai kerajaan tu. Beliau sempat berkongsi kisah dengan seorang lagi pegawai kerajaan yang duduk di meja yang sama.
Pegawai kerajaan itu duduk di salah satu meja ini. Yang depan sekali tu, kat bawah tiga lampu spot light tu atas stage ialah Mawi dan Ekin. Nampak tak, tu haa.. Dan pegawai kerajaan itu pun ada berhampiran stage berkenaan. Nampak tak pegawai kerajaan itu? Tu haaa, nampak tak? Itu laa.. tu haa.
Ketika berkongsi pengalaman itu sambil menyaksikan Mawi dan Ekin disandingkan, pegawai kerajaan yang sorang lagi ni, bercerita, tadi aku nampak satu couple datang, suami isteri bersama anaknya berusia dalam 10 tahun.
Bila tiba di pintu pagar tu, ditunjukkan kad jemputan yang diterimanya. Petugas di pintu pagar tu cakap, tak boleh bawak masuk anak, anak kena tinggal. Wait, let's say couple ni datang dari Segamat or even Pasir Gudang, dan dah tiba kat majlis itu bersama anaknya sebab tak ada orang jaga anaknya pada hari Ahad, macam mana harus kita handle situasi seperti ini?Nak tinggal kat mana weii? Apa kejadahnya ni?
"Tak boleh, tak boleh, jemputan untuk suami isteri jek." kata petugas itu. Gosh, lepas ni, pastikan korang yang terima jemputan perkahwinan kat mana-mana, jangan pandai pandai nak bawak extra yek. Tapi, yelah, aku pun pernah kahwin, dan hampir semua orang yang aku kenal dah pernah kahwin. Majlis perkahwinan orang Melayu ni seronok, sebab kadang kadang ia menemukan saudara mara dan rakan taulan yang dah lama tak bersua muka, bertentang mata.
Seronok tau majlis perkahwinan, dengan riuhnya, dengan tetamunya, dan sebab itulah, kalau tak silap aku, biasanya kalau kita jemput suami isteri, tup tup tetamu datang dengan anak, lagi pulak si kecil yang tak tahu apa apa dan tak berdosa tu, pastinya kita improvise, yelah tetamu dah datang tu dah cukup melimpah keberkatan kepada kita yang menjadi tuan rumah, dan kewajipan kita memuliakan tetamu.
Pegawai kerajaan itu sendiri yang sering terlibat dalam majlis protokol kerajaan negeri dan persekutuan terkejut dengan cara layanan diterima beliau dan isteri. Menurut beliau, yelah biasanya bila jemputan VVIP atau VIP, berdasarkan pengalaman beliau, akan dipastikan boleh improvise untuk menerima tetamu berlebihan terutama yang bawa anak.
Majlis perkahwinan bukan sahaja satu peristiwa yang bermakna buat si pengantin, malah kepada semua termasuklah tetamu. Yelah, seronok bukan kepalang nak tengok mempelai bersanding.
Nak tahu apa jadik? Couple tadi dengan bengangnya koyakkan kad jemputan dan terus berlalu pergi. Mungkin petugas kat pintu pagar tu tak cakap kat mana ada nursery untuk baby sit the couple's child tu.
Tapi betullah, seorang rakan blogger sendiri akui bila dia text aku semalam, ada yang lebih lebih dan over. Memang betul. So, korang kenalah post mortem dan perlu ke bodyguard seumpama itu sehingga menghina majlis dan tetamu? Aku sendiri tengok dengan mata kepala aku sendiri.
Ini majlis perkahwinan lah brother, bukan konsert, so, kan elok korang train dan INGATKAN orang yang berdiri kat depan pintu pagar tu untuk lebih berhemah. Korang ingat korang ni Secret Service ke apa? Serious, memang serious, aku tengok cara diaorang ni, mengalahkan Secret Service Presiden Amerika.
Yang menengking tu pun orang Melayu, jadi aku jadik pelik, mana adab, tertib dan hemahnya? Tak pernah buat majlis kahwin ker? Apa kejadahnya kau nak terpekik terlolong marahkan tetamu? Tak boleh ke sampaikan dengan cara berhemah? Rugi ke hidup kau kalau cakap dengan baik?
Since benda ni dah aku ceritakan, meh aku share sedikit fakta, aku sendiri tengok orang Astro dipertikaikan sebab nak bawak kami masuk, biarpun ada perjanjian untuk bawa kami masuk. Terkial kial jugaklah pegawai Astro tu nak explain tapi tetap dinafikan. Eh, yang dia gantung kat leher dia tu tangkal ker? Bukan tag kerja dia? Communication breakdown. Serious.
Memang betul korang buat kerja korang, tapi bila korang over doing it, kan masalah dan mencacatkan majlis. Seriously, dah macam secret service dah. Aku gelak pun ya semalam.
Tak habis lagi, rupanya. Bila dah tengok macam diabaikan sepanjang majlis tu, pegawai kerajaan, isteri dan seorang lagi tu, pun mula cari alasan untuk beredar segera.
Wait, ketika duduk di meja VVIP tu, yelah, kalau dah majlis perkahwinan, kita mesti ada buah tangan untuk dibawa balik. Itulah memori antara kita dan majlis itu. Ia semacam tradisi tetapi buah tangan itu bukan sekadar material / kebendaan semata mata, tetapi diterjemahkan sebagai ingatan kita sebagai tuan rumah dan sebagai tetamu.
Yelah kan, kan dah bersusah payah siapkan, kalau tak disampaikan pada tetamu, tak payahlah buat.
Lihat laporan dari web
murai.com ni.
Di pintu keluar dewan, seorang saudara pengantin sedang memberikan cenderahati kepada tetamu yang sedang beransur keluar.
Maka, si isteri beritahu pada suaminya pegawai kerajaan ni, mehlah bang kita tunggu kejap, nak bawak balik kenangan. Yelah, gila nok, Mawi yang kahwin kan, kurangnya adalah ingatan pada majlis tu. Bila kita ingat, kita akan mendoakan. Bukan hadap pun tapi sekadar membawa balik kenangan.
Apabila si isteri, suami dan seorang lagi pegawai kerajaan berdiri di tepi tepi tu, belum beratur pun sebab ada 5 hingga 6 orang yang segak bergaya dan vogue dengan kebaya dan batik masing mengambil cenderahati itu, sekali lagi, ketiga tiga mereka ditengking.
"Woii, beratur beratur". Eh eh, biasanya kalau tengking tengking suruh beratur ni masa aku dengar masa aku cover operasi Pati jek.
Lagi sekali petugas di majlis itu BERJAYA memerahkan muka pegawai kerajaan itu, kali ini ada extra, seorang lagi pegawai kerajaan terbabit sama. Mendengarkan kena tengking itu, ketiga-tiga mereka terus balik.
Apa kejadahnya perlu tengking tengking dalam majlis yang indah dan mulia seperti ini? Mana dia adat Melayu yang memuliakan dan menghormati tetamu?
Takperlah, aku cakap pada pegawai kerajaan itu, dah lepas dah kan, redha jer lah dan dia gelak sebab aku ada cakap kita ni dah masuk satu persatuan. Kah kah kah kah. Tapi apa yang dikatakan pegawai kerajaan itu sebelum menamatkan perbualan kami, membuatkan aku berfikir: agaknya sebab tulah seorang lagi pegawai kerajaan yang penting di Kulaijaya beriya iya taknak datang, dia pun dah cakap tak sedap hati.
Dan akhirnya, selepas perbualan hampir setengah jam itu, aku tidur dengan kenangan baru dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Of course, akan ada yang berkata, alah biasalah tu buat majlis, mesti ada kurang, tak boleh puaskan hati semua orang. Yelah, betullah tu. Betullah sangat tu. Sesangat.
Sebagai penutup entry ini, aku tinggalkan korang dengan satu banner yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Banner ini digantung dengan jelas di antara padang khemah makan orang ramai dan dewan bersanding Mawi dan Ekin. Kenapa yek? Care to explain?
Kiranya ni macam disclaimer kat blog kita yek?
p/s: aku terasa macam ruang gosip pulak entry kali ni ala ala.. takyah sebutlah. Jap, aku nak pakai nama apa yek? Kesot Kesot? Bang Jo? Lensa Hazri? Ok, I know. Jarum tak boleh, so aku pakai Mesin Jahit Cap Singer sebab aku nak jahit mulut mulut diaorang tu.. hahaha

Hazrey, Johor Bahru.